Thursday, December 31, 2009

Tidur di 2009, bangun di 2010

Tahun 2009 melabuhkan tirai, tahun 2010 membuka gelanggang pentas dunia yang pelakon-pelakonnya adalah kita semua termasuk anda.
Apa yang dah tercapai sepanjang tahun lalu...anda jawap sendiri. Harapan untuk dicapai 2010... anda jawap sendiri.
Lakonan ada banyak lakonan. Dari seorang yang tugas hakikinya sebagai seorang pelakon sehingga kepada seorang yang bermain wayang mempermainkan kehidupannya seperti pelakon walaupun bukan pelakon.
Terpulang kepada pandangan masing-masing. Terserah lah...
Kalau dikatakan kita pelakon dalam pentas dunia, maka persoalannya watak apakah yang hendak dilakonkan pada tahun 2010 yang masih segar udaranya ini?

Tuesday, December 29, 2009

Hikmah...

Allah kuasa, makhluk takde kuasa. Allah beri manfaat, Allah beri mudarat.
Meh baca cerita ini:
Seorang suami hendak pergi outsation ke luar negara, kena naik flight 3 jam perjalanan. Ikut jadual penerbangan, flight pukul 7 pagi, jadi at least kena ada kat airport untuk check in 30 minit lebih awal. Maka malam sebelum bertolak, si suami tidur awal sebab kena bergerak awal esok.
Dia pesan pada isteri dia suruh kejutkan drpd tidur paling lewat pukul 5.15 pagi, sebab waktu subuh masuk lebih kurang 5.45 pagi maka rancangannya solat subuh kat surau yang terletak on the way ke airport. - itu paling lewat la tu sebab distance nak ke airport pun boleh tahan, lebih-lebih lagi takut tetiba jamm pulak jalan.
Pagi esoknya...... tiba-tiba bila isterinya tersedar pagi2 esok dah pukul 7.30 pagi!!!! Flight kompom terlepas. Si isteri menjadi sedih, gundah gulana, serba salah, keciwa.
Si suami masih tidur. Jadi, isteri serba salah nak kejutkan lalu nak ambik hati, tenangkan hati suaminya, dia pun pergi dapur bancuh air kopi kegemaran suaminya.
Niatnya ialah nak bagi kopi bila kejutkan dari tidur.
Sambil isteri buat kopi, cari gula, air panas apa bagai, dia buka radio, dlm radio masa tu tengah ada flash news, berita tergempar!!.
Berita tu melaporkan ada kejadian pesawat yang membawa penumpang berlepas pukul 7 pagi dari Malaysia menuju sekian tempat terhempas di ..... bla..bla...bla... semua penumpang disahkan meninggal dunia.

Gambar hiasan
.
Bila si isteri dengar nombor pesawat dan destinasi rupa-rupanya, pesawat tu adalah kapal terbang yg sepatutnya dinaiki oleh suaminya.
Siisteri terkejut badak, terbeliak, tapi berasa cukup gembira, bernasib baik, bertuah bersyukur sebab suaminya tak jadi naik kapal terbang tu, asbab terlajak tidur tadi.... suaminya terselamat daripada nahas.
Maka, berlari-lari lah isteri ke bilik tidur mengejutkan suaminya yg masih berdengkur dan bagitau apa yang berlaku.
Mula2 terbangun, suaminya terus tanya pukul berapa sekarang dan bengang sebab dah terlewat. Tapi bila diberitahu peristiwa yang berlaku maka mereka bersyukur sebab Allah selamatkan mereka. Berlinangan air mata mereka mengenangkan hikmah atas apa yang berlaku.

Habis cerita.

Kat sini kita lihat perubahan perasaan berlaku dlm sekelip mata. Daripada sedih, gundah gulana dan serba salah si isteri kepada gembira, bertuah, bernasib baik dan bersyukur bila tahu hikmah apa yg berlaku.
Siapa yang beri sukacita, dukacita?
Susah senang, gembira, bahagia, kecewa, marah, sedih bahkan semuanya di tangan Allah. Allah yang buat semua keadaan.
Ok, mari kita baca satu laporan berita yg diambil daripada akhbar lalu di copy paste di bawah. Kucing binatang kesayangan dan memberi manfaat kepada manusia yang mengasihi kemanjaannya, tetapi sekelip mata asbab manfaat itu bertukar menjadi asbab mudarat seperti cerita di bawah. Allah Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa.
Penunggang maut, rakan parah elak kucing melintas
KUANTAN 28 Dis.- Gara-gara mengelak seekor kucing, seorang penunggang maut manakala rakannya cedera parah apabila motosikal yang mereka naiki hilang kawalan sebelum dirempuh sebuah van dari arah bertentangan.
Kejadian berlaku pada pukul 4.53 petang itu berlaku di Jalan Temerloh-Bahau berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak, Bera dekat sini.
Mangsa, Mohamad Abdullah Mohamed Hashim, 19, dari Felda Sungai Kemahal, Triang mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala rakannya, Ahmad Nor Hussin, 27, mengalami kecederaan parah di kepala dan dihantar ke Hospital Bera (HB) untuk rawatan lanjut.
Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Pahang, Supritendan Mohd. Fauzi Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Jengka menuju ke Sepang, Selangor.
``Ketika tiba di tempat kejadian, Mohamad cuba mengelak seekor kucing yang sedang melintas jalan secara tiba-tiba.
``Akibatnya, mangsa hilang kawalan dan terbabas sebelum di percayai dilanggar sebuah van yang datang dari arah bertentangan,'' katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang, hari ini.
Menurut Mohd Fauzi, mayat Mohamad Abdullah dihantar ke HB untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya.
``Dalam pada itu, orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bera di talian 09-2558222 bagi membantu siasatan,'' jelasnya.

Monday, December 28, 2009

Tak dapat-dapat lagi...

Empat perkara diperbanyakkan:
1-Dakwah
2-Taklim wa taklum
3-Ibadat
4-Khidmat

Empat perkara dikurangkan:
1-Masa makan dan minum
2-Masa tidur dan rehat
3-Masa di luar masjid
4-Cakap sia-sia

Empat perkara ditinggalkan:
1-Jangan harap pada makhluk
2-Jangan minta pada makhluk
3-Jangan membazir
4-Jangan guna barang tanpa izin

Empat perkara jangan disentuh:
1-Isu semasa dan politik
2-Mazhab dan masalah khilafiah
3-Pangkat dan keturunan.
4-Minta Derma.

-Adab usul untuk diri sendiri masing-masing. Insya-Allah, semua ini boleh dapat bila keluar di jalan Allah SWT. Kalau setakat baca-baca je kat sini takde mujahadah maka susah lah nak datangkan perkara-perkara tu. Benda tinggiii kena mujahadah lah kan.
Aku pun tak dapat-dapat lagi!!
Tuan2 tolong doakan aku, kena keluar lagi dan lagi.

Saturday, December 26, 2009

Nasi Ambeng

Jom cerita pasal makan, adakah anda kaki makan? Boleh la menjawab soalan tu tanpa melihat perut yg boroi atau tak boroi.
Kalau memang kaki makan, tentu macam2 jenis makanan dah try, mungkin jugak pernah makan menu yg aku postingkan kali ni iaitu 'nasi ambeng' - juadah tradisi masyarakat keturunan Jawa.
Hidangan nasi ambeng dlm talam yg belum diagih-agihkan...

Sebenarnya aku bukan lah penggemar nasi ambeng walaupun batang tubuh ada separuh bercampur darah keturunan Jawa. Dari segi rasa, bagi aku boleh tahan...biasa2 je, tapi apa yg menyedihkan juadah ini semakin pupus di negeri yang banyak masyarakat Jawa seperti di Selangor dan Perak. Yang masih maintain ialah di Johor yang mana masih dijual, dibeli bersepah di gerai pagi-pagi utk sarapan pagi.
Di Selangor, nasi ambeng rata-rata hanya boleh ditemui bila ada majlis keramaian atau kenduri kendara. Yang menyediakannya kebanyakan orang veteran manakala yang muda-muda sekadar menghidang atau pun datang 'mencekik' je.
Bila generasi veteren ini dah tutup mata suatu hari nanti, tak mustahil nasi ambeng boleh pupus terus jika generasi muda tak ambil alih tugas 'kejobos' menyediakan nasi ambeng.
Tak lama dulu, aku sempat datang ke majlis keramaian yg dihidangkan nasi ambeng.
Menariknya, nasi ambeng ini disediakan dalam talam beralaskan daun pisang dengan lauk pauk yang bertimbun sampai timbul pula persoalan 'boleh ke diorang ni makan habis?'.
Lauknya ialah ayam seekor, sayur goreng tempe kacang panjang, ikan masing, bihun, kerisek, keropok dan sebagainya.
Tapi jangan risau sebab nasi ambeng tu bukan untuk dimakan di situ sebaliknya untuk dibawa pulang dalam bungkusan.
Yang paling best, tertib nasi ambeng ni diagih-agihkan kena ada seni!
Bila hadirin sudah duduk dalam halqah masing-masing maka talam berisi penuh nasi ambeng dan lauk pun datang. Jadi terbentuk beberapa kumpulan yang mana satu kumpulan satu talam.
Setiap satu kumpulan akan ada seorang yang jadi tukar agih, macam amir sab, dengan dibantu oleh rakan-rakan lain. Nasi, lauk dlm talam dibahagi-bahagikan kepada beberapa bungkus dalam plastik. Sorang tak larat makan sebungkus sebab kuantitinya banyak.
Rupa-rupanya, sorang pun tak makan nasi ambeng tu kerana kesemuanya untuk dibawa balik ke rumah!
Maknanya, orang yang hadir hanya makan kuih muih dan minum air manakala nasi ambeng makan kat rumah bersama keluarga atau etc..
Dari sudut itu, bagus jugak... sebab jimat masa, tak payak terlalu lama orang terpaksa spend masa di majlis itu sebaliknya boleh makan bersama orang tersayang di rumah.
Sambil mereka makan kuih selepas majlis tu, boleh la diorang borak2, bersembang dan beramah mesra dan bila bungkusan2 nasi ambeng dah siap diorang pun balik. Sungguh berhemah menggunakan masa!! Tuan rumah pun tak kalut nak basuh pinggan banyak2...etc.
Nasi ambeng yg sudah siap dibungkus dlm plastik utk dibawak balik rumah...

Tuesday, December 22, 2009

Masturat, misteri kereta, pelajar

Jemaah masturat
Dalam beberapa hari sebelum ni, rumah aku dimesyuaratkan untuk dikunjungi tetamu istimewa iaitu jemaah masturat 10 hari dari Kuala Lumpur. Keputusan mesyuarat halqah set 4 route, salah satu route rumah aku.
Rasa syukur, seronok sebab dapat sambut takaza yg merupakan hadiah, rasa gelabah pun ada. Seronok sebab tentulah banyak manfaat akan kami sekeluarga dapat disamping jiran dan orang di kawasan mahallah, rumah dihidupkan dengan amalan 24 jam, penuh keberkatan dan sebagainya.
Rasa gelabah sebab, rumah masih banyak persiapan belum settle buat lagi...Dan ini lah kali kedua nak terima jemaah masturat, yang pertama terima jemaah dulu di rumah lain.
Selepas beberapa hari berlalu dengan persiapan dan tarikh jemaah sampai semakin hampir, tiba-tiba aku mendapat berita yang jemaah itu tak dapat datang ke negeri ini.
Nampaknya, rumah aku belum dipilih oleh Allah untuk kali ini.
Aku kena istighfar... mungkin disebabkan kelemahan amalan aku.
Ingat senang ke nak terima jemaah masturat? Susah ooo....
Kalau Allah tak pilih tak dapat.

------------------------------------------

Misteri
Bercerita pasal rumah, dalam pertengahan tahun ini, tiba-tiba ada sebijik proton iswara parking betul2 belakang rumah aku, tanpa diketahui siapa punya. Keadaan bertambah misteri bila kereta tu terus diparkingkan hampir dua minggu tak bergerak.

Monday, December 14, 2009

Kalumpang

Air Sungai Inki yang sejuk lagi menyejukkan...

Pernah dengar pasal Kalumpang? Errr... bukan pelempang ye. Kalumpang, kawasan di Kerling, Selangor yang kini menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk bermandi manda.
Kalau drive ikut highway dari Klang menghala ke utara, boleh sampai ke Kalumpang antara sejam atau dua jam ikut tahap memecut masing-masing. Dari KL, diberitakan ambik masa paling kurang 45 minit. Kalau terbabas pecut, terus sampai ke Tanjung Malim, Perak. Kalumpang terletak di daerah Kuala Kubu Baru, Selangor. Tengok peta kat bawah:

Sunday, December 6, 2009

Sakit, hospital, kronisme

Mengharap keampunan-Nya
Aku accident jatuh motor masa balik solat subuh di surau, Khamis lepas. Tapi alhamdulillah semuanya okay. Luka sikit kat lutut, dagu, pipi, siku dan kaki.
Tak silap aku, kalau seseorang tu on the way pergi kerja atau balik kerja lalu terlibat kemalangan, pekerja itu akan dicover oleh Perkeso dan layak untuk dapat sedikit pampasan insuran pekerja atau apa2 tah.
Tapi bagi kes aku, lepas balik solat subuh yg lepas tu ada taklim dan mesyuarat harian. Jadi, tuan2 doakan lah untuk saya supaya accident ni jadi asbab kifarah dosa aku yang banyak macam butiran pasir pantai Morib atau PD atau di mana-mana lah. Wallahualam.
Dosa zaman2 rock, bawah tanah dulu pun dah banyak, ini kan pula dosa nak kesemuanya, ditambah pula amal ibadat yg sedikit!
Haiii...apa nak jadi kepada kau blog owner Ziarah 76!! Engkau tahu maut itu boleh datang bila2, tapi engkau masih lagi berseronok dgn tipu daya dunia!
Engkau tahu, dosa kau yang banyak tapi masih rasa complesent dgn amal ibadat yg sedikit!
Engkau tahu masa untuk dimasukkan ke dalam kubur semakin hampir tapi ko tak buat persediaan terhadapnya!
Engkau tahu dunia ini sementara tapi ko hidup sibuk menghimpun isu perut dunia untuk hidup seolah-olah selama-lamanya!!
Ya Allah, daku sentiasa mengharapkan rahmat-Mu, ampunkan lah dosaku.
Satu benda yang kita boleh check diri sendiri ialah bila terkejut atau terjadi sesuatu di luar dugaan, apa yang terkeluar dari mulut kita?
Adakah perkataan itu:
1) Allah
2) Innalillah
3) Adoiiii
4) Aahhhh
5) etc... letak sendiri, ikut kesesuaian anda

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang mafhumnya, seorang yang akhir kalamnya dapat mengucap kalimah Lailahailallah maka wajib syurga untuknya.
Tapi benda yg nak terkeluar dari mulut secara sepontan bukan benda yg boleh dibuat-buat. Kalau perkara itu yang kita usahakan dalam hidup ini dan telah masuk bersarang dalam hati kita maka besar kemungkinan perkara itu lah yang mudah terkeluar kalau berlaku sesuatu di luar jangkaan.
Ini lah yang kita risau.
Bagaimana kesudahan kita?

Friday, December 4, 2009

Accident


wuduk terpaksa tayammum


Salam kengkawan.... semalam aku accident, tolong doa untuk aku.

Wednesday, December 2, 2009

Join Blog-Blog Bicara Sempoi

CLUB BLOG BICARA SEMPOI

MALAYSIA MEMBER CLUB


Baru-baru ni ternampak pulak ada beberapa member blogger yg dah menyertai Blog-Blog Bicara Sempoi. Jadi aku pun try la tengok blog tu... dan didapati memang menarik kalau disertai kerana ia menghimpunkan pelbagai ragam blog di bawah satu bumbung (ada bumbung ke? mana de, di bawah satu URL, baru betul).
Macam tengok saham naik turun, begitu lah kalau tengok list blog yg update setiap hari, dengan tajuk yg pelbagai maka pilih lah mana satu idaman qalbu kalau minat boleh klik tak kena bayar.
Yang aktif naik atas, yang kurang atau kureng akan ke bawah tetapi tak lah sampai dilupakan kecuali kalau tuan punya blog tu sendiri mendeletekan blognya sendiri.
Kebanyakannya blog peribadi dari pelbagai golongan.. baik dari yang muda, tua, miskin, kaya, hensem, tak hensem, cun, tak cun, guna gambar orang jadi profile, gambar sendiri, ada yg malu2, ada yg daring, ada yg macam bagus tapi memang bagus, ada yg informatif, interaktif, aktif, pasif, selektif...tif..tif...tif.
Nak masuk kena buat 3 benda: 1. Pasang link Club Bicara Sempoi Diblog Anda
2.Buat Posting Review Tentang Club Blog Bicara Sempoi. 3. Apa tujuan anda buat blog? Sertakan Nama Negeri Anda dan isi form.
Maknanya, posting yang anda baca sekarang ni adalah untuk comply dgn syarat nombor 3 tu.
Kalau lulus, Ziarah76 pun akan ada dalam list untuk melengkapkan lagi that colourful long list.
Macam mana pun, terus terang nak cakap, aku bukan lah mahu aktif sgt berblog, bahkan sekarang ada azam untuk 'mengurangkan blogging' atas sebab2 tertentu (boleh ke?).
Kalau bicara sempoi nak tanya apa tujuan berblog, mungkin sebab nak explore salah satu new media dlm dunia ICT. Atau mungkin nak kongsi pengalaman, minat, pendapat atau cerita2 yg entah apa2 tah.
Disebabkan, takde syarat untuk review ni sama ada perlu panjang atau pendek, maka rasanya ini dah memadai lah, kan.
Sekian dulu.

Tuesday, December 1, 2009

Susah cari tomyam

Cuti raya aidiladha ni ada satu benda yang aku prasan berlaku. Kalau time raya cina, orang ramai komplen nak beli barang kat kedai payah sikit sebab banyak kedai tutup sebab cina beraya. Kadang2 tutup lama. Kedai Melayu tak brapa banyak. Yang ada pun kadang2 cuti macam cina jugak atau kedai melayu contohnya bengkel, spare part kereta, dia pulak ada masalah nak ambil komponen, sbb dia biasa beli dari dealer syarikat Cina. Hakikatnya, perniagaan dan perdagangan di Malaysia masih lagi kuat dikuasai oleh satu kaum, kecuali dalam barang tertentu. Ok, itu senarionya, tapi bukan lah nak rasis dlm hal ini, dari satu segi, Cina memang rajin dan mereka memang layak kecapi apa yg mrk usahakan.
Orang Melayu pulak ramai yang malas. (statement ini boleh didebatkan zaman sekarang).
Tapi apa yang nak bagitau ialah, time musim raya aidiladha ni, satu benda berlaku......... iaitu banyak gerai tomyam tutup agak lama.  Gerai tomyam faveret aku depan rumah tutup!, cuti balik kampung raya korban. Sampai sekarang tak bukak, entah, ada yg kata mungkin seminggu lebih. Mana taknya, kebanyakan tukang masak diorang ni dari Kelantan, Patani dan daerah yang sewaktu dgn nya. Orang belah sana, dikatakan sambut raya korban lebih sikit berbanding kawasan lain.
Sudahnya, yang bukak ada satu dua kedai tomyam tapi jauh sikit. Pulak tu tak la sesedap tomyam di gerai feveret aku.  Kalau dia punya tomyam putih...fuhhhh, memang Allah bagi sedap.
Tapi takpe lah... syukur la, makan la apa ada.
Dan dari sudut lain, syabas lah, tukang2 masak dari daerah ni, dari utara hingga ke selatan, semua mereka ni ada, tepi jalan,, bawah pokok, premis proper...etc. ada saja gerai tomyam. Masakan mereka berjaya dimarketkan dgn baik, itu lah semangat keusahawanan yg perlu kita contohi. Syabasss!!

Sunday, November 29, 2009

Pertanyaan daging korban

Gambar hiasan

Dalam sehari dua ini, ada beberapa kawan-kawan pejabat dan di luar pejabat yang bertanya kepada aku soalan yang sama. Ada juga saudara mara yang bertanya.
Yang peliknya, walaupun orang berlainan, berasal dari negeri berbeza tetapi soalan tetap sama. Seolah-olah persoalan ini berlegar-legar dalam masyarakat. (Diharap tidak, kerana ia dianggap perkara basic oleh sesetengah pihak). Hikmahnya, soalan-soalan itu membuatkan aku lebih teliti dan terus bertanya kepada yang ahli.
Soalannya berbunyi lebih kurang begini:

SOALAN 1
Kawan: Daging korban, orang yang buat korban tu boleh makan ke tidak?
Aku: Siapa cakap tak boleh makan?
Kawan: Dengar ada orang cakap tak boleh.
Aku: Main dengar-dengar (hearsay) ni lah yang payah ni.


SOALAN 2
Kawan: Daging Aqiqah tak boleh beri bukan Islam, daging korban boleh ke tidak? Tulang daging aqiqah ditanam, tulang korban macam mana?
Aku jawap: tulang korban buat sup gear box sedap.


SOALAN 3
Saudara mara kata: "Orang nak korban seekor lembu, tapi AJK masjid suruh ikut bahagian yang dibahagi kepada 7 bahagian. Mana lebih baik? Tak boleh ke seekor terus?"

Sebelum mengulas lanjut, perlu dinyatakan di sini bahawa aku bukan 'ostat' ataupun ustaz, walaupun nampak macammm osstaatt baru nak start.
Yang kedua, persoalan fiqh adalah daerah yang perlu berhati-hati. (Bayangkan kalau tersalah, lalu orang mengikut perkara yang tersalah itu, siapa nak tanggung tu?).
Jadi, yang terbaik jika ada kemusykilan, adalah lebih baik saudara saudari pergi berjumpa dan merujuk sendiri kepada ustaz-ustaz dan guru agama yang
mursyid. Dapat jumpa face to face lagi baik.
Bagaimanapun, untuk tidak menghampakan 'penyoal' tadi dan mengelakkan kekeliruan berlarutan berlegar di kepala jemala mereka, maka terpaksa jugak dijelaskan secara ringkas mengenai soalan itu (sikit je) selepas aku merujuk lanjut (utk lebih berhati-hati) kepada seorang ustaz yang 'berpangkalan' di Kubang Bujuk. Beliau merujuk terus kepada kitab asal dan menterjemahkannya dari bahasa Arab kepada Melayu satu persatu kepada aku.
Kitab yang dimaksudkan ialah kitab Mahalli karangan Syeikh Jalauddin Muhammad bin Ahmad al-Mahalli merupakan syarah kepada kitab Minhajut Tholibin karangan Imam Nawawi. (Mahalli adalah antara kitab syarah yang tertinggi dalam mazhab Syafie rah.)
Dan tujuan menulis secara ringkas di sini, semoga, ia dapat memberi manfaat kepada aku (iaitu direkodkan dlm catatan di sini) dan sesiapa sahaja boleh mengambil manfaat daripadanya jika mahu, insya-Allah.

JAWAPAN SOALAN 1
Disebut dalam kitab itu:
1) Qaul pertama, ialah orang yang membuat korban boleh memakan satu pertiga (1/3) daripada daging yang dia korbankan, yang baki disedekahkan.
2) Qaul kedua, ialah orang yang membuat korban boleh memakan separuh (1/2) daripada daging yang dia korbankan, yang baki disedekahkan.
3) Qaul ketiga, ialah orang yang membuat korban boleh memakan 1/3 daging korban manakala 1/3 lagi disedekah dan 1/3 lagi dihadiahkan.
Disebut juga, daging korban boleh diberikan kepada orang kaya tetapi dengan syarat tidak boleh bagi milik, yakni hanya boleh untuk sekadar dimakan si kaya itu tetapi tidak boleh dijual dan sebagainya.
Daging korban yang disedekahkan kepada orang miskin, terserah kepada orang miskin itu untuk dibuat apapun.
Walau bagaimanapun, kesimpulannya:
1) Wajib mensedekahkan sebahagian daripada daging korban itu.
2) Yang paling afdhal ialah mensedekahkan semuanya kecuali satu suap untuk dimakan oleh orang yang mengorbankan daging itu bagi mengambil berkat. Satu suap itu disunatkan kerana Nabi Muhammad SAW berbuat demikian.
3) Sedekah daging ini hanya daging manakala kulit dan tanduk tidak termasuk.
4) Hukum membuat korban adalah sunatun mustahabatun (sunat yang digalakkan) dan satu lagi Qaul, hukumnya adalah sunat muakad (sunat yang ditekankan).

JAWAPAN SOALAN 2
Daging Aqiqah dan korban sama sekali tidak boleh diberikan orang kafir.
Tulang aqiqah ditanam, tulang daging korban tak perlu ditanam.
Pembahagian daging aqiqah adalah sama seperti daging korban sebagaimana di atas.
Perbezaan lain antara daging aqiqah dengan daging korban pula tentu sudah sedia maklum dan diketahui umum maka tidak perlu dinyatakan lagi.

JAWAPAN SOALAN 3
Korban yang afdhol mengikut turutan keutamaan, untuk korban:
1) Paling afdhol seorang buat korban seekor unta;
2) seorang buat korban seekor lembu;
3) seorang buat korban seekor kambing;
4) tujuh orang buat korban tujuh ekor kambing masing-masing
5) tujuh orang buat korban seekor lembu yang dikongsi kepada tujuh bahagian. (yang ini banyak dilakukan di masjid-masjid di Malaysia).
(Maknanya, dari segi keutamaan, yang no. 1 lebih afdhal dari no. 2, yang no.2 lebih afdhal dari no.3, yang no.3 lebih afdhal dari no. 4, yang no. 4 lebih afdhal dari no. 5)

Sekian, waallahualam bissawab
Info tambahan:
**Pagi tadi, duduk bayan suboh malam markas, semasa bayan, pembayan memberitahu, beliau telah bermuzakarah dengan Imam Besar Masjid Sri Petaling dan maulana itu memberitahu, umat Islam di Malaysia disunnahkan mengikut mazhab Syafie.

Thursday, November 26, 2009

Test drive ALZA

ALZA, MPV baru keluaran Produa kini paling hot dalam pasaran tempatan (betul ke?). Tapi jika anda ternampak seseorang yang memandunya buat masa ini, pastinya dia bukan pemilik kereta itu - walaupun dia berlagak macam dia punya - sebab kesemua yg di atas jalan setakat ini cuma untuk test drive saja.
Manakala sesiapa yang berkenan lepas test drive boleh buat tempahan dan dijangka seminggu dua atau lebih dari tempoh tu dapat lah kereta baru keluar dari kilang, Insya-Allah.
Kat kampung ada sebuah cawangan produa yang dikerumuni orang ramai sejak Selasa lepas (24 Nov.) dek gara-gara ALZA. SA kata setakat ni dah 40 tempahan diterima di cawangan tu saja.
Tukar gear tepi stering je bro...best.. macam honda stream...dll

Kebetulan ada lapang sikit on the ways nak beli barang lepas zohor semalam (25 Nov., Rabu), jadi kami sekeluarga tak melepaskan peluang menengok dan test drive sekali keliling pekan.
Overall kira ok, drive pun sedap. Untuk mereka yang tak berkesempatan tengok ALZA depan mata, ia lebih kurang kecik sikit dari Avanza, tapi lebih besar dan panjang daripada Myvi. (Kalau nak gambar2, spec, harga dia boleh check sendiri dlm google atau browse mana-mana patut). Disebabkan kereta aku Avanza 1.5 (Auto) jadi, banyak yg aku compare dgn Avanza lah waktu ni (nak compare dgn lain tak reti). Dulu aku ingat, Avanza adalah MPV paling kecik tapi sekarang ni ALZA jadi MPV paling comel dan kompak!
Ruang dalaman selesa walaupun kecik sikit dari Avanza, setakat ni, seat fabric, keluaran akan datang akan ada kulit semuanya.(takde gambar lain, sori, ek!)

Aku nak test naik bukit, tapi kawasan tu takde bukit, sudahnya, SA suggest naik satu jambatan yg agak tinggi.
Mengikut customer lain, jenis MPV nasional yg lagi satu meraung bila naik jambatan tu dek bodynya yg berat jika penumpang penuh.
Ok, aku terima cadangan tu... lalu..... aahhh memang steady je, membelok pun best, bawak pun sedap.
Avanza pun rata2 ada la ciri2 tu sikit2, cuma Avanza ni tinggi sikit, Alza rendah macam naik kereta.
Diakui lah kan, suspension AZLA memang ok, takde la macam Avanza yg lembut.
Ok cerita banyak pun tak guna, kalau nak tau boleh cuba, try, test sendiri. Atau boleh baca review pasal permotoran yg berlambak2 boleh dijumpa bila digooglekan dan sebagainya.
Family kecil memang sesuai utk 6 org termasuk driver, kalau penumpang saiz warga ghana atau africa maka sempit la nampaknya. Kalau 2nd car pun kira ok lebih2 lagi kalau wanita yg bawak. Aircond ada kat depan je tapi bila pasang sampai ke hujung boleh rasa aircond. Kata SA, sebab blower dia besar.
Nak bawak jemaah pun boleh, cuma kalau ruang belakang bubuh set taam kena lipat la 2 seat blakang, kalau tidak, tong gas tak boleh masuk, ahli jemaah kena pangku sendiri beg.
Conclusionnya, kami sekadar syok test drive je la beb!... nak beli? tak terasa pula macam nak menukarnya buat masa ni.... azam nak pakai sampai reput je apa yg ada.
Hahhh macam mana geng?

Monday, November 23, 2009

Balik kampung

Sumaiyah check tempat nak loading barang... nak loading barang yg malas nih. 

Insya-Allah, kami sekeluarga hari ni bercadang nak balik kampung di Selangor. Plannya balik lepas habis waktu kerja. Al maklum lah, sekarang dah cuti sekolah dan tak lama lagi nak raya Aidiladha jadi terus beraya lah di kampung.
Kelebihan aku ialah, orang rumah surirumah sepenuh masa jadi boleh lah duduk di kampung lama sikit tak perlu nak kalut-kalut ambik cuti, tinggal aku punya cuti je la yg kena adjust. Budak2 ni pulak boleh la puas jumpa atuk diorang.
Doakan kami. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami.

Saturday, November 21, 2009

Alhijrah tahun depan disokong

Ingat tak, dulu kita pernah bincangkan soal TV dlm blog ni dalam posting di sini dan di sini. Rata-rata bersetuju bahawa siaran TV di negara kita ni agak merbahaya terutama kepada anak-anak kita jika ia tidak dikawal.
Mungkin pertimbangan stesen TV adalah antara soal profit iaitu disebabkan hendak menghidangkan rancangan yang menarik untuk menarik penonton hingga sanggup mengetepikan soal moral dan nilai-nilai agama.
Memang ada rancangan yang ok, tapi banyak yang tak ok. Itu lah antara kesimpulan yang boleh dipersetujui semasa berbincang dalam bab ini pada posting lepas.
Justeru, rancangan kerajaan untuk mewujudkan Stesen TV Alhijrah adalah amat dialu-alukan. Secara umumnya idea untuk itu adalah baik, sekurang-kurangnya keluarga Islam ada alternatif untuk menonton. Walaupun sebenarnya, kalau boleh hidup tanpa TV agaknya lebih baik, tapi realiti sekarang ia amat sukar dilakukan bahkan kalau ada yang berjaya berbuat demikian tentu lah boleh dibilang dengan jari jumlahnya.
Apapun, berita Siaran TV Alhijrah mula tahun depan amat disokong dan dialu-alukan demi kebaikan masyarakat Islam negara ini.
Lebih parah sekarang ni masyarakat dah tak dapat dinafikan menuju ke arah hedonisme, bersuka ria semata-mata dalam pelbagai sudut kehidupan.
Bagaimanapun, kita tunggu dan lihat lah bagaimana pengisian TV itu nanti, kalau ia diselitkan dengan unsur politik kepartian maka sudah tentu ia tak mencapai maksud. Sewajarnya ia perlu menjadi stesen yang tulus mulus, ikhlas dan benar-benar dapat membantu masyarakat Islam dalam pelbagai sudut terutama dalam pendidikan.
Apapun kita tunggu dan lihat lah bila beroperasi tahun depan. Sebenarnya, lebih cepat lebih baik.


Siaran TV Alhijrah mula tahun depan
PUTRAJAYA 20 Nov. - Saluran televisyen Islam pertama negara, TV Alhijrah dijangka memulakan siarannya pada pertengahan tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bagaimanapun berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyempurnakan majlis prapelancaran TV Alhijrah lebih awal iaitu pada hujung tahun ini.
Beliau berkata, rancangan TV Alhijrah sesuai ditonton oleh seisi keluarga tanpa mengira latar belakang agama penontonnya.

Thursday, November 19, 2009

Thanks Munir!!

LAST Wednesday I recieved a parcel contain 4 interesting booklets which I considered them as very relevant reading material nowadays. It was from my goooood buddy from the north a.k.a Munir Kangsari . And they're FOC!
I may take some time to digest them aspecially when you know they're all written by mufti and ulamas on current and on going issues in the Islamic world.
On his simple, short yet meaningful letter, among other, Munir said: "Tiada sebarang bayaran yang dipinta hanya asbab dari tulisan saudara, haqq akan dapat dinaikkan & bathil akan dihempaskan."
Fullamakk Allahuakhbar! powerful lagi membakar semangat ayat tu... macam pernah dengar tapi di mana ya? Haiii Munir siapa la aku...huk huk.
Insya-Allah, kita sama-sama doa moga2 Allah sebarkan hidayat di seluroohhh alam ini.
Thank you very much Munir, I really appreciate it.
May Allah SWT grants you with His pleasure in the hereafter.

Copies of 4 booklets written by mufti and ulamas...

Monday, November 16, 2009

Malaysiaku bertuah sungguh! (versi bangla)

Yang selalu ditanamkan dlm diri kita sejak kecil ialah negara kita Malaysia ialah negara bertuah. Dlm banyak segi diwajarkan bahawa Malaysia sebuah negara bertuah. Bagi aku, tanah air tercinta ini memang bertuah dlm banyak sebab dari dulu sampai akan datang, insya-Allah. Apa yang korang fikir bertuah? tentu banyak sebab jugak, kan.
Dari Perlis sampai ke Johor dan sampai ke Sabah, kita boleh list down kan keistimewaan Malaysia, begitu juga dalam aspek sosial, ekonomi dan politik tak kurang special nya ataupun sebab lain yg biasa kita dengar.
OK ammik satu sebab yg lain sikit. Iaitu bayangkan anda berada di satu tempat yang tiada orang lain kecuali anda dengan seorang mat bangsa (kalau anda seorang wanita maka anda sedang berada bersama dgn minah bangla).
Dlm keadaan ini, dia nak bercakap dgn anda dan anda juga nak berkomunikasi dgn dia tapi masalah bahasa menjadi penghalang sebab dia bangla yang baru sampai Malaysia semalam (jadi satu habuk pun tak tau BM, English dia tau.. no, yes, ok, OT, no OT, ...lain barang dia tak tau).
Ok kalau begitu masalahnya... aku cadangkan korang berkomunikasi dlm bahasa bangla, sikit2 pun ok janji rock ada. Amacam? ada berani ka? (bukan nak meminggirkan BM tau!, ni dah terpaksa dek situasi punya pasal) Dan kalau dapat cakap baru la dapat tambah kan lagi rasa bertuah duduk di Malaysia.
OK apa kata cakap begini:

Assalamualaikum
asyum busyum..
Kana jorori, pani jorori, iman jorori...
eik number iman, iman sokto, amal sokto
iman kamzur, amal kamzur
dunia soto, akhirat borro
sop musalman nabi ummat
mittu bahas kalima lailahaillah muhammadur rasulullah wajib jannat

Pendek je kan?... ok lah buat permulaan.
Maksud dia? Jgn takut... tak merapu, tak melencong ke benda tak senonoh.....

Assalamualaikum

asyum busyum..
(mari duduk)

Kana jorori, pani jorori, iman jorori...
(Makan penting, minum penting,  iman lagi penting)

eik number iman,
(Nombor satu iman)

iman sokto, amal sokto
(iman kuat, amal kuat)

iman kamzur, amal kamzur
(iman lemah, amal lemah)

dunia sotto, akhirat borro
(dunia kecil/sementara, akhirat selama-lamanya)

sop musalman nabi ummat
(semua orang Islam umat nabi)

mittu bahas kalima lailahaillah muhammadur rasulullah wajib jannat
(mati ucap kalimah lailahaillah muhammadur rasullullah wajib syurga)

Ok, sekian dulu pengajian bahasa bangla kita, anak-anak, maka kita sambung lagi tahun depan kalau ada umur.
Sebenarnya aku pun baru belaja masa keluar dgn bangla2 minggu lepas.. haiii apa nak buat, syukur je la sini byk bangla kena lah kami blaja2 sambut takaza. Lafaz telonya kena double check dgn mat bangla kat mana2 yg anda jumpa.
Yang lain aku pun tak tau... huhuhu...
Tapi apapun, sungguh bertuah berada di Malaysia sebab kita berpeluang untuk dakwah orang bangla walaupun tak ke negara bangla, begitu juga orang Afrika, myanmar, Indonesia..... dan sebagainya walaupun tak ke negara diorang.
haaah...! apa lagi tunggu... ada bangla kat sebelah tu.. terus la dakwah! Taskil dia:
tin din (3 hari)
eik cillah (satu cillah = 40 hari)
tin cillah (3 cillah = 4 bulan)
whole life (seluruh hidup, bangla punya aku lupa tanya)
seluruh alam... (pun aku tak tau bangla).
Sekian, Wallahu alam

Thursday, November 12, 2009

Cerita Mekah

Meh tengok gambar2 terbaru dari Mekah.


Masjid Nabawi waktu malam.

Jabal Uhud

Tanah perkuburan Baqi'


Jabal Rahmah


Amacam ok? Baru-baru ni rasa best pulak baca rencana 'Seksanya' mahu mengucup Hajarul Aswad, jadi copy paste je lah kat bawah tu:

**********************************************************

SEKSANYA MAHU MENGUCUP HAJAR ASWAD

HAMPIR sejuta jemaah haji dari seluruh dunia kini berada di tanah suci Mekah sementara menunggu hari wukuf yang dijangka jatuh pada 26 November ini.
Walaupun jemaah yang tiba belum sampai separuh daripada jumlah keseluruhan yang dijangka mengerjakan haji tahun ini iaitu 2.5 juta orang tetapi kehadiran mereka sudah memadai untuk menyebabkan keadaan sesak di sekitar Masjidil Haram apalagi di sekitar Kaabah dan laluan sa'i.
Semasa saya mula menjejakkan kaki di kota suci ini pada 16 Oktober lalu selepas melalui penerbangan kira-kira lapan jam dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), keadaan di sekitar Masjidil Haram dan Kaabah masih belum ramai jemaah dari luar. Sebahagian besarnya warga tempatan yang melakukan ibadat umrah.

Tuesday, November 10, 2009

Paka lempaq batu (versi Utara)

DOK BUAT APA TU? ... La ni mai kita pi tengok sat apa saudara2 kita dok buat di Palestin dgn layan gambaq2 terbaru bertaraf profesional kat bawah nuu. Cerita depa bukan baru... dah dok ada lama dah, sampai cemuih telinga dengaq, segan mata nak tengok, berbuih mulut nak habaq tapi masalah problem dok ada lagu tu jugak pasai tentera yg ketegaq betui!
Kalau kita teliti 'tang mana kepala, ekoq' cerita ni, kita pun boleh teriak, sedihhh, awat? hangpa tak sedih ka? Depa la ni dah jadi paka lempaq batu, bukan buat2 lakon tapi lagu tu lah yg depa dok buat dari dulu sampai la ni.
Yg dok berunding di meja perundingan tok sah kata lah, yg sedih lagi, yg orang Islam terus takdak perpaduan. Tak tau nak kata apa. Pikiaq la sendiri...

Bersiap sedia untuk melempaq ke arah musuh yg tengah tersengih memegang senjata bertaraf WMD (Weapon of Mass Destruction Menipu Dunia)


 Lempaq sekuat2 hati dgn harapan terkena helmet tentera penceroboh kampung halaman mereka.


Musuh-musuh yg jadi sasaran lempaq batu...depa tengah dok usap2 muncung senjata.. al maklum lah, nak lawan dgn batu yg dilempaq tu.


Tu diaa...finishing dia besa nya lagu tu lah...innalillah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Lagu tu lah episod2 yg besa berlaku yg kita besa dengaq.
(entah betol, entah tidak bahasa utara tu, lama dah tak cakap utara, rasa rindu pulak, kalau salah minta maaf byk2 noo. Semoga usaha dakwah terus maju di seluruh alam termasuk di Palestin).

Friday, October 30, 2009

Sanggup tidur dlm hutan?


Zaman sekarang ni, korang nak tak berbulan2 tidur dalam hutan belukar? Tapi kalau bangla rasanya no hal, gitu lah yang terpaksa dilalui oleh sorang mat bangla kat sini.
Namanya pendeknya SI (bukan nama sebenar) dan memang pendek orangnya, berkulit gelap macam typical bangladeshi, misai tebal tapi kontot sikit, gigi putih macam gambar ubat gigi darlie, takde janggut, umur 40-an, selalu pakai kemeja kolar lusuh dan wajah sentiasa dlm ketakutan.
"Problemmm...." itu perkataan pertama yang keluar dari mulutnya bila ditanya kenapa tidur hutan, masa mula2 jumpa (awal2 tahun dulu).
Dia tak fasih cakap melayu tapi boleh lah cerita sikit2. Katanya, dia nekad tidur dlm belukar sebagai langkah berwaspada untuk lari drpd serbuan pihak berkuasa. Kalau rumah kongsi kena serbu, dia dah selamat di hutan. Jadi bila siang dia kerja di tapak bina dan bila matahari mula terbenam dia pun menyusup masuk ke dalam hutan belukar sebab takde permit kerja. Kulitnya yang gelap memberi kelebihan dlm gelap belukar tu.
Kawan2 di rumah kongsi ada permit, tak boleh buat apa-apa kat dia walaupun kesian.

Wednesday, October 28, 2009

1umat, 1maksud, 1fikir,1usaha


Apa yang anda fikir sekarang? Apa kata cuba, try, test fikir2 dari 1 hingga 7 di bawah:
.
1umat, 1maksud, 1fikir, 1usaha
2rakaat, 2ghast, 2taklim, 2jam1/2,
3hari, 3pagi tahajud,3negaraIPB,3ratusenampuluhharidakwah,
4puluhhari, 4bulan, 4dibyk, 4dikurang,4ditinggal
5amal, 5waktu, 5kurnia, 5alam
6perkara, 6org at least satu jemaah,
7hari seminggu dakwah mati-matian sampai mati.
.
...ada nak tambah? dipersilakan tulis dlm komen. Hidayat selurohh alam

Tuesday, October 27, 2009

7 golongan contoh

Apa? Ahli muzik? Begitu lah kata-kata ibu mertua kepada kassim selamat dlm filem ibu mertuaku. Dialog yg sering kita ingat walaupun itu sekadar cerita je. Tapi itu lah mungkin pandangan orang terhadap sekelompok golongan manusia, namun hakikat yang sebenarnya tidak boleh lah kita memandang rendah kepada mana-mana orang, lebih2 lagi saudara seIslam kita.
Harus lah kita bersangka baik dan jangan pula menghukum kedudukan saudara kita sewenang-wenangnya.
Lebih-lebih lagi kerana saudara seIslam kita telah diberikan nikmat yang paling besar iaitu iman dan Islam. Bagaimana kedudukan seseorang itu di sisi Allah, Allah Maha Mengetahui.
Manusia itu terbahagi kepada 4 jenis kesudahannya:
1-Hidup sebagai org beriman dan meninggal dunia dalam keadaan beriman.
2-Dilahirkan dan hidup dlm keluarga tak beriman tetapi akhirnya meninggalkan dunia dalam keadaan beriman.
3-Dilahirkan dan hidup dlm keluarga beriman, jadi orang Islam tapi akhirnya meninggal dunia dlm keadaan tak beriman, tak Islam. Nauzubillah.
4-Hidup dlm tak beriman dan mati dlm keadaan tak beriman juga.

Berapa banyak kisah bani Israel terdahulu yang kita pernah dengar, seorang alim yg menghabiskan seluruh masanya dlm beribadat tiba-tiba mati dlm keadaan kufur. Tak kurang juga kisah mengenai bani Israel yang seluruh masanya dalam maksiat tetapi mati dlm keadaan beriman dan soleh setelah diberikan taufik dan hidayat oleh Allah.
Begitupun, kita yang penuh dosa, hina dina ini, perlu lah sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri, bertaubat dan memperbanyakkan amal soleh, meningkatkan ketaqwaan walau siapa pun kita.
Untuk itu, kekuatan iman lah yang akan mendorong kita ke arah usaha tersebut dengan cara kita menggunakan seluruh diri, masa dan harta kita untuk mengikuti jejak langkah nabiyin, siddiqin, syuhadak wa solehin.
Seperti yg kita tahu ada 7 golongan contoh bagi manusia yang mendapat naungan Allah sebagaimana hadis di bawah:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Semoga Allah berikan taufik dan hidayat kepada kita, anak isteri kita, jiran tetangga, seluruh umat seluruh alam.

Waallahualam.

Monday, October 26, 2009

JAKIM kata...

Keseluruhan di bawah adalah Statement Jakim dari laman web agensi kerajaan itu.
"Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada," - JAKIM

Sunday, October 18, 2009

1Malaysia yg tak boleh tidur

Pernah tak mengalami masalah tak boleh tidur atau tak lena tidoq?
Dah dua malam tidur gua tak lena atau terganggu. Sebabnya?
1)Memikirkan masalah umat?
...bukan. (alangkah baiknya kalau gitu)
2)Pikir hutang bertimbun?
...bukan jugak (walaupun mmg byk hutang)
3)Kerja banyak dan anak2 buah buat perangai?
...bukan aaa
4)jatuh cinta?
...tu dulu punya crita la...(zaman bujang)

Jawapannya, kawasan rumah gua dah macam kosovo kena bom dek bunyi mercun atau bunga api. Kureng asam betul. Kiri kanan, bunyi mercun sempena deepavali padahal gua rasa penganut hindu ada berapa orang je kat taman perumahan ni.
Sejak kelmarin, start pukul 12 onward bunyi bising berdentum. Gua lepas abis buat adab tidur terpaksa lah buat pekak telinga. Nasib baik baby nyenyak tak terjaga.
Semalam pulak, lepas isyak je, orang rumah kata dah start balik bising mercun. Banyak betul duit diorang ni bakar mercun dua hari berturut-turut. Nasib baik bukan
gudang bunga api yang meletup!
Ada yg kata bukan orang India je yg main mercun tapi orang Melayu pun main jugak time ni, buktinya kalau pergi ke satu kampung Melayu, pun terdengar bunyi mercun yg dibakar dgn cukup meriah. Tak tau la betul ke tidak, tapi kalau betul orang Melayu berugama Islam pun main mercun time ni, gua tak faham dan susah nak terima.
Kalau orang India main mercun time ni, kira ok lah, boleh diterima sbb suka hati diorang nak raikan deepavali, lagi pun dulu masa aidilfitri, orang Melayu sakan main bunga api, mercun. Time tahun baru cina, turn orang cina pulak main. Jadi gua tak nampak kenapa orang Melayu pulak lebih2 time ni.
Patutlah
polis pun kesal dengan sikap orang main mercun, kesian polis, sudah lah kes jenayah berlambak nak kena handle, soal mercun pun nak kena settle.
Budaya mercun ni asalnya orang Cina punya, tapi sekarang orang Melayu, India pun dah ikut. Dari sudut ni, orang Msia ternyata dah lama amalkan konsep 1Malaysia.
Entry ni tak rasis sbb gua tak rasis, bahkan Melayu, Cina, India dlm hal ni sama saja main mercun. Tapi kalau rakyat Msia suka sangat letupan, apa macam kalau tercampak ke negara kena bom di Iraq, Bosnia, Afghan? Baru la betul punya bunyi! Syukur lah Msia aman, tenteram.
Tapi kenapa dicemari?

Brapa ratus, ribu RM boleh habis dlm masa beberapa minit...

Friday, October 16, 2009

Cakap biar betul...

Tergelincir memang padah akibatnya...
.

Percakapan memainkan peranan penting dalam kehidupan dan jika tersalah cakap maka amat berat padahnya. Sebab itu agaknya, ada peribahasa yang berbunyi 'terajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.'
Lebih penting lagi teramat mustahak, kerana percakapan yang betul boleh meningkatkan iman manakala percakapan yang salah boleh merosakkan iman seseorang.

Seperti yang kita sedia maklum, iman dikhuatiri boleh terhakis atau tergelincir apabila - 1) kepercayaan atau keyakinan di hati; 2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah; 3) perbuatan - bercanggah dengan rukun-rukun iman.
Entry ini hanya menyentuh soal nombor 2 itu. Iaitu dalam hal perkataan atau percakapan, apa yang diucapkan - lebih2 lagi diucap berulang kali - ia boleh memberi kesan kepada hati manakala apa-apa yang ada dalam hati boleh dikeluarkan dengan percakapan atau dizahirkan dengan perbuatan.
Tidak akan betul iman seseorang melainkan hatinya betul dan tidak akan betul hati seseorang melainkan percakapannya betul.
Sebab itu, iman dan hati sering dikaitkan, dan kedua-duanya juga mempengaruhi perbuatan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Bukhari dan Muslim).
Hati yang rosak, merosakkan anggota badan. Dalam hati ada iman. Iman rosak maka hati rosak, hati rosak seluruh badan rosak.
Sebab itu, usaha untuk membetulkan atau meningkatkan iman tidak boleh tidak, termasuk sekali pakej menjadikan percakapan betul, yang akhirnya membuahkan perbuatan yang soleh.
Justeru, apa yang kita cakapkan amat mustahak dan ia juga boleh mempengaruhi persekitaran sama ada kawan-kawan, keluarga dan sebagainya. Misalnya, kata-kata atau arahan seorang raja, pemimpin kerajaan melalui perubahan dasar... etc.. boleh menjadi asbab kehidupan rakyat berubah.
Namun, menjaga percakapan adalah penting untuk diberi perhatian oleh semua orang Islam, bukan untuk golongan tertentu sahaja.
Selain memastikan agar iman tidak rosak, menjaga percakapan juga mencerminkan akhlak tinggi seseorang.
Sungguhpun begitu, secara sedar atau tidak, dalam kehidupan sehari-hari kadang kala kita terserempak juga ada orang yang memperkatakan percakapan-percakapan yang merbahaya dan dikhuatiri boleh merosakkan iman, nauzubillah.
.
Contohnya:
.
1) "Nasib baik engko datang, kalau tidak mati lah aku."
Yang betul: Hidup atau mati hanya ditentukan oleh Allah, bukan kerana seseorang datang atau tidak, sepatutnya boleh lah dikatakan begini, contohnya: Alhamdulillah, Allah hantar engko datang untuk permudahkan urusan aku.
.
2) "Kalau tak kerja, nak makan apa?"
Yang betul: bukan kerja yang beri makan, tapi Allah yang beri makan dan rezeki. Ramai orang yg tak kerja tapi makan jugak, ada jugak yg kerja bagai nak gila tapi tak cukup makan jugak. Patutnya boleh lah katakan begini:"Kita kerja sungguh2 tapi Allah yang beri makan kepada hamba-Nya, rezeki Allah yang tentukan."
.
3) "Bank ****** kan ada, minta tolong lah pada bank ******."
Bank tak boleh buat apa2. Sepatutnya katakan: "Ingat lah pada Allah, minta lah tolong pada Allah."
.
4) "Undang-undang syariah Islam zalim"
Jangan lah sekali-kali cakap begini... tapi dah ada orang Islam yang tergamak cakap macam ni, nauzubillah.
.
5) "Simpan janggut selekeh"
Jangan lah cakap begini jugak, kan janggut tu sunnah Nabi SAW. Tetapi apa yang mungkin boleh dikatakan ialah ada orang sekarang yang menyimpan janggut tetapi tidak menjaganya dengan kemas atau bersih. Jadi, bukan masalah berjanggut tapi soal menyelenggarakannya yg perlu disentuh yang mana janggut Nabi SAW amat kemas dan bersih. Boleh lah tanya alim ulama bagaimana rupa paras janggut Nabi SAW.
.
Dan sebagainya...., ada banyak lagi kata-kata yang kita biasa dengar dan saudara saudari boleh check sendiri supaya kita berhati-hati dan dapat elakkan percakapan2 yang merbahaya itu. Semoga Allah pelihara kita.
Sebelum perbincangan ini ditutup, perlu ditanya, maka percakapan apakah yang paling betul? Percakapan yang paling betul ialah memperkatakan mengenai mafhum kalimah Lailahaillah yakni memperkatakan kebesaran Allah. Dengan memperkatakan kebesaran Allah lagi dan lagi maka keimanan akan meningkat, keyakinan kepada Allah akan bertambah, amalan soleh mengikut sunnah Nabi SAW mudah dilakukan. Perkataan yang terbaik ialah kata-kata mendakwahkan kalimah, cakap-cakap mendakwahkan manusia kepada Allah.
Wallahualam.

Thursday, October 15, 2009

Member ke Mekah

.
Minggu lepas, ramai gak kengkawan yang datang ke rumah sempena Aidilfitri
dan tiba-tiba ada seorang member di Prai, Pulau Pinang call nak bagitau dia akan bertolak menunaikan haji pada 23 Oktober ni.
Alhamdulillah, itu semua pilihan Allah.......
Terdetik pula dalam hati gua untuk berazam kuat nak buat haji jugak dalam tempoh yang 'diharap' tak lama sangat. Saudara saudari doakan lah untuk saya....
.


Tuesday, October 13, 2009

Purdah lagi...

Semua di bawah diambil dari Ummi Ali

MALIKIYY : SEMUA BADANNYA, KECUALI MUKA DAN 2 TAPAK TANGAN.
MUBAH(YAKNI HARUS) DIDEDAHKAN MUKA DAN 2 TAPAK TANGANNYA DI JALAN DAN DI HADAPAN LELAKI AJNABI, TETAPI DGN SYARAT AMAN DARIPADA FITNAH.JIKALAU DITAKUTI FITNAH, MAKA WAJIB DITUTUP.

HAMBALIYY : ADA 2 QAWL:
1)SEMUA BADANNYA KECUALI MUKA DAN 2 TAPAK TANGANNYA.MUKA DAN 2 TAPAK TGNNYA HALAL DILIHAT OLEH LELAKI AJNABI, JIKA AMAN DARIPADA FITNAH. TETAPI WAJIB DITUTUP SEKIRANYA DITAKUTI MENDATANGKAN FITNAH.
2)SEMUA BADANNYA, TANPA KECUALI.(INI BERDASARKAN SATU RIWAYAT DARIPADA IMAM AHMAD DAN INILAH QAWL YG PALING SOHIH).

SHAFI'IYY : ADA 2 QAWL BERDASARKAN 2 RIWAYAT DARIPADA IMAM SHAFI'IYY>>
1)SEMUA BADANNYA, TANPA KECUALI.(INILAH QAWL YG PALING SOHIH, ATAU YG PALING NYATA, ATAU YG PALING MUKTAMAD,SEBAGAIMANA YG DITERANGKAN OLEH IBNI HAJAR AL-HAITAMIYY DI DALAM AZZAWAJIR, ALBAYDAWIYY DI DALAM TAFSIRNYA, DAN LAIN2 PARA ULAMAK SHAFI'IYYAH)
2)SEMUA BADANNYA, MELAINKAN MUKA DAN 2 TAPAK TANGAN.MUBAH DIDEDAHKAN MUKA DAN 2 TAPAK TGN DI JALAN DAN DI HADAPAN LELAKI AJNABI, DGN SYARAT AMAN DARIPADA FITNAH.WAJIB MENUTUP MUKA DAN 2 TAPAK TGN ITU, BUKAN KERANA IANYA AURAT, TETAPI KERANA MENUTUP PINTU FITNAH DAN FASAD.

HANAFIYY : ADA 2 QAWL BERDASARKAN 2 RIWAYAT DARIPADA IMAM ABU HANIFAH>>
1)SEMUA BADANNYA KECUALI MUKA DAN 2 TAPAK TGN.MUBAH DIDEDAHKAN MUKA DAN 2 TAPAK TGNNYA DIJALAN DAN DIHADAPAN LELAKI AJNABI, DGN SYARAT AMAN DARIPADA FITNAH,JIKA DITAKUTI MENDATANGKAN FITNAH ATAU MEMBAWA KEPADA FASAD, MAKA WAJIB DITUTUP.
2)SEMUA BADANNYA, KECUALI MUKA, 2 TAPAK TGN, 2 QADAM(YAKNI TAPAK KAKI) DAN PERGELANGANNYA.

Daripada kitab AL-HIJAB susunan Wan Muhammad bin Wan Muhammad Ali.

Saturday, October 10, 2009

Qaradawi shocked by the ban of niqab, purdah

Students of Al-Azhar University wearing niqab to class.
.
By now, almost everyone has heard of the recent statement by Sheikh al-Azhar Sayyid Muhammad Tantawi regarding the banning of purdah or niqab. It has caused a great shock not only to the ordinary muslims but also to the ulamas. Below is Yusof al-Qaradawi's latest statement concerning this issue where he expressed his shock with the ban of niqab. He said:
"No Muslim scholar, whether among the predecessors or contemporary scholars, has ever been reported to have regarded wearing niqab as forbidden except in the case of ihram for women. The scholarly difference regarding the issue of niqab is only over whether it is obligatory, recommendable, or merely permissible.
Thus it is untenable that a Muslim jurist would regard niqab as prohibited or even merely undesirable in Islam. Hence, I was really shocked to learn that the writer Baha' published an opinion attributed to some Al-Azhar scholars to the effect that they believe that veiling the woman's face falls under prohibiting what Almighty Allah has originally permitted. In fact, the advocates of this view cannot be said to be of firm knowledge about the Qur'an or the Sunnah or fiqh
."


Qaradawi's full statement as below:
(source http://www.islamonline.net/)


In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.
.
There is an opinion that niqab is a bid`ah that is alien to Muslims and that it has nothing at all to do with the religion of Islam, having penetrated Muslim society during the ages of extreme deterioration. This is neither a scientific nor an objective view. It is an oversimplification of the issue, which deviates people from scrutinizing the subject as it really is.
Any person learned about the sources of knowledge and scholarly views cannot argue about the issue being controversial among scholars. I mean here the issue of whether it is permissible to uncover the woman's face or whether it is obligatory to veil it and the hands too.
Muslim scholars of the predecessors — including jurists, exegetes of the Qur'an, and scholars of Hadith — have differed over this issue. Their difference was due to their various understandings and attitudes towards the religious texts about the subject at hand, especially that there is no definitive clear-cut text about it. Had there been any, there would have been no scholarly difference regarding it.
Among the texts they have differed over is this Qur'anic verse: [ And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty; that they should not display their zeenah (charms, or beauty and ornaments) except what (must ordinarily) appear thereof] (An-Nur 24:31).
Ibn Mas`ud was reported to have said while commenting on this verse, "[Except what (must ordinarily) appear thereof] here refers to the clothes and cloaks (women are wearing)." This means the outer garments that cannot be hidden.
Ibn `Abbas was also reported to have said while explaining this verse, "[Except what (must ordinarily) appear thereof] refers to kohl and rings." A similar view was also reported to have been adopted by Anas ibn Malik and `A'ishah. Sometimes Ibn `Abbas would add to "kohl and rings" "henna with which hands are tinted, bracelets, earrings, and necklaces." He might even refer tozeenah as the places where ornaments are worn, by saying "the face and palms of the hands." This was also reported to have been the opinion of Sa`id ibn Jubair, `Atta', and others.
Some scholars also included part of the woman's arm in what is referred to by [what (must ordinarily) appear thereof].
Furthermore, Ibn `Attiyah explained these words by saying that they refer to the parts of the woman's body that are unintentionally unveiled by means of wind and the like. (See the exegesis of the verse as explained by Ibn Jarir, Ibn Kathir, and Al-Qurtubi; and see also its explanation in Ad-Dur Al-Manthur, vol. 5, pp. 41-42.)
Scholars have also differed concerning the explanation of the words [draw their cloaks close round them] in the verse [O Prophet! Tell thy wives and thy daughters and the women of the believers to draw their cloaks close round them (when they go abroad). That will be better, that so they may be recognized and not annoyed. Allah is ever Forgiving, Merciful] (Al-Ahzab 33:59).
Ibn `Abbas was reported to have said, commenting on this verse, an opinion contrary to what he was reported to have expressed as comment on the first verse referred to above! It was also reported that `Ubaidah As-Salmani, one of the Tabi`un (Successors) explained [drawing their cloaks] practically by covering his head and face and unveiling his left eye only. A similar example was also reported to have been set by Muhammad ibn Ka`b Al-Qardhi.
But `Ikrimah, servant of Ibn `Abbas, differed with them, saying "The woman is to cover the unveiled part of her chest by a cloak that she draws round her." Sa`id ibn Jubair said, "It is not permissible for a Muslim woman to be seen by a man lawful for her to marry unless she puts on a face veil in addition to the hijab which extends from her head to her chest." (See Ad-Dur Al-Manthur, vol. 5, pp. 221-222 as well as the sources referred to above for an explanation of the relevant verse.)
As for my point of view on the issue, I see that the woman's face and hands are not part of her `awrah (parts of her body that should not be exposed in public), and hence, it is not obligatory for her to veil them. I also believe that the evidence supporting this opinion is stronger than that supporting the opposite opinion. Many contemporary scholars agree with me in this view, like Nasir Ad-Din Al-Albani (as shown in his book Hijab Al-Mar'ah Al-Muslimah fi Al-Kitab wa As-Sunnah), the majority of the Al-Azhar scholars in Egypt, the scholars of Az-Zaytunah University in Tunisia, the scholars of Al-Qarawiyeen University in Morocco, and many Pakistani, Indian, and Turkish scholars as well as others.
However, it is not right to claim that there is unanimity among contemporary scholars that it is permissible to uncover the Muslim woman's face and hands, as there are many scholars in Egypt, Saudi Arabia, a number of the other Gulf countries, Pakistan, and India, who believe that veiling the woman's face and hands is obligatory. Among them are the late eminent Saudi scholar Sheikh `Abdul-`Aziz ibn Baz, and the late well-known Pakistani scholar Abu Al-A`la Al-Mawdudi (as shown in his book Al-Hijab).
Living contemporary scholars who also believe that veiling the face is obligatory include the famous Syrian writer Dr. Muhammad Sa`id Ramadan Al-Buti, who published a letter in this respect, "To Every Young Woman Who Believes in Almighty Allah." There are also other letters and fatwas published from time to time that condemn women who uncover their faces and adjure them in the name of religion and faith to wear niqab and not to listen to the modern scholars who want to subjugate religion to modernism. The advocates of this view may even refer to me as one of those modern scholars!
But never do I hold that this opinion — that covering the woman's whole body except the face and hands is the obligatory attire for the Muslim woman — be imposed on the woman who believes in the other opinion, according to which veiling the face is obligatory and uncovering it is forbidden. I will only blame the advocates of the latter opinion if they attempt to impose their attitude on the proponents of the former one and accuse them of being sinful and wrongdoers for adopting it. It is agreed upon that, with regard to the controversial issues on which scholars have given different personal legal opinions, there is no blame to be placed on a person for following a certain personal legal opinion to the exclusion of others.
The advocates of my opinion and I, in turn, do not have any right to censure the supporters of the counteropinion for believing thatit is obligatory for women to wear niqab. For, first, this counteropinion is a scholarly one within the framework of Islamic jurisprudence, and, second, had we criticized them, we would have committed a mistake which we are originally against, that is, denying others the right to differ with us.
Moreover, there are some women who see that, to be on the safe side, wearing a face veil is not obligatory, but, rather, desirable, and draws its wearer closer to piety and fear of Allah. There is nothing wrong in so believing, and no one has the right to blame the proponents of this opinion for following it, so long as this would not be of any harm to others or contradict either public or personal interests.
No Muslim scholar, whether among the predecessors or contemporary scholars, has ever been reported to have regarded wearing niqab as forbidden except in the case of ihram for women. The scholarly difference regarding the issue of niqab is only over whether it is obligatory, recommendable, or merely permissible. Thus it is untenable that a Muslim jurist would regard niqab as prohibited or even merely undesirable in Islam. Hence, I was really shocked to learn that the writer Baha' published an opinion attributed to some Al-Azhar scholars to the effect that they believe that veiling the woman's face falls under prohibiting what Almighty Allah has originally permitted. In fact, the advocates of this view cannot be said to be of firm knowledge about the Qur'an or the Sunnah or fiqh.
Suppose even that wearing niqab is merely permissible — as I do myself believe — not obligatory or desirable. Even in such a case, any Muslim woman may wear it, and no one has the right to prevent her from doing so. It is her personal right, and in practicing it she neither falls short of her duties nor causes others harm. Even man-made laws and the conventions of human rights advocate the personal rights of people.
It is ironic that freedom of dress is given to those who choose to uncover parts of their bodies without encountering any objection, while severe censure is launched against the wearers of niqab who consider it a teaching of their religion that they cannot neglect!

-END-

Related news below:

Tantawi haramkan purdah
KAHERAH 9 Okt. - Imam besar Mesir, Mohammed Sayyed Tantawi (gambar) berkata, para pelajar dan guru-guru tidak lagi dibenarkan memakai purdah di dalam kelas dan asrama institusi pengajian Islam terulung, al-Azhar sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani amalan radikal dalam Islam.
Tantawi yang juga merupakan ketua al-Azhar mengumumkan perkara itu, beberapa hari selepas beliau membuat kenyataan: purdah atau niqab 'tiada kena mengena dengan Islam'.
Tindakan beliau itu telah mencetuskan bantahan kuat daripada golongan yang menganggapnya sebagai satu serangan terhadap Islam serta beberapa pertubuhan hak asasi yang menganggap pengharaman niqab mencabuli kebebasan berperlembagaan.
Isu sebanyak mana tubuh wanita Islam perlu ditutup telah menjadi isu yang kerap dipertikai antara tokoh Islam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_07.htm

Tantawi digesa letak jawatan
KAHERAH 8 Okt. – Seorang anggota Parlimen pembangkang mendesak ketua sebuah institusi pengajian agama terkenal dalam dunia Islam, Syeikh Mohammed Sayyed Tantawi supaya meletak jawatan selepas beliau mengarahkan seorang pelajar membuka purdah yang dipakainya.
Desakan tersebut dibuat ketika puluhan pelajar yang memakai purdah atau niqab, mengadakan demonstrasi di hadapan Universiti Kaherah, yang mengharamkan purdah di kawasan kampusnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1009&pub=utusan_malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm&arc=hive

1st He Makes Riba - "Halal" (permits usury)
Now He Forces Young Girls To UNCOVER?!

– Yasir Qadhi talks about “Mu-Shaykh al-Azhar - At-Tantawi
Dr Sayyid Tantawi Azhar
Riba Incident - over 20 years ago...
Once he ruled "haram" on "riba", later said the exact same type of transaction was "halal" (permitted).
When asked why he changed his opinion, Dr. Tantawi said, "Riba is a mystery of mysteries surrounding in a mystery"
(Looks like Tantawi is the 'mystery')
- That statement got him the title of "Grand Mufti" (big scholar) of Al Azhar University in Cairo, Egypt.
http://islamnewsroom.com/news-mainmenu-28/1016-muslims-say-qfakh-shakhq-bans-niqab-also-made-rida-ok

Wednesday, October 7, 2009

Raya & accident

Duduk baik2 sumaiyah... tu bukan abah punya tu. Masa ni beraya rumah abg ipar di KL.
.
Musim beraya ni, ke sana sini la kami sama ada ke rumah saudara, member dsbnya lebih2 lagi jemputan rumah terbuka bersepah tak menang tangan dan kaki hingga ke malam terpaksa diharungi.
Walaupun cukup meriah tapi tiba-tiba ada anti-klimak pula bila keta masa tengah parking dirempuh oleh trooper yg hendak undur. Sudahnya berlekuk la kat depan keta tu (gambar bawah) dan lebur la ongkos utk baiki. Tapi alhamdulillah semua selamat, takde yg tercedera dlm accident tu.

Ish..ish... ni first time keta ni terlibat accident.. ala sikit je tu.

Monday, October 5, 2009

Reaksi terhadap Sisters In Islam, JAG, WAO

DI bawah adalah antara reaksi pelbagai pihak terhadap tindakan Sisters In Islam (SIS), JAG, WAO yang mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang syariah negeri-negeri. Reaksi diambil daripada akhbar.

Batal pendaftaran SIS, JAG, WAO
JOHOR BAHRU 4 Okt. - Kerajaan disaran membatalkan pendaftaran Sisters In Islam (SIS), Kumpulan Tindakan Bersama Jantina (JAG) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) jika mereka terus mempertikaikan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini. Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut (gambar) berkata, langkah tersebut perlu diambil bagi mengelakkan pelbagai implikasi negatif kepada rakyat dan negara jika NGO terbabit masih berdegil. (baca seterusnya di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1005&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm


Bapa Kartika minta SIS usah campur
IPOH 4 Okt. - Bapa model sambilan, Shukarnor Abdul Mutalib meminta Sisters In Islam (SIS) tidak mencampuri urusan berkaitan hukuman sebat yang dikenakan ke atas anaknya, Kartika Sari Dewi, 32.
Beliau yang mempersoalkan akidah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berkata, SIS tidak sepatutnya menggunakan isu anaknya untuk mendesak kerajaan Persekutuan memansuhkan undang-undang jenayah syariah.
''Saya dan Kartika sudah keliru kerana dulu saya anggap mereka ini NGO yang membela perempuan Islam tetapi akhir-akhir ini tindakan mereka sudah mengarut sehingga tiada sempadan.
''Apakah matlamat sebenar perjuangan SIS? Kalau mereka menentang hukum sebat ke atas Kartika hanya kerana mahu hapuskan undang-undang syariah, lebih baik jangan guna nama Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. (baca terus di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1005&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

Majlis Fatwa Kebangsaan diminta siasat JAG, SIS
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menyiasat Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Kesaksamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) dan jika bersalah mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin (gambar) berkata, kenyataan kedua-dua kumpulan tersebut mengenai hukuman sebat ke atas model sambilan Katika Sari Dewi Shukarnor baru-baru ini boleh dikategorikan sebagai mempertikaikan hukum syarak dan penghinaan terhadap Islam.
''Malahan kenyataan berkenaan juga boleh menjerumuskan seseorang itu menjadi murtad jika ia dibuat secara sengaja dan sedar. (baca terus di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1005&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

---sekian. Link code ada masalah, jadi buat sementara, nak baca terus boleh la copy paste link tu.

Sunday, October 4, 2009

Bubarkan Sisters In Islam!

Sisters In Islam (SIS) buat hal lagi. Kali ni dgn tak bertanggungjawab menyifatkan undang-undang syariah iaitu hukuman sebat bagi orang Islam minum arak sebagai zalim.
Dakwaan yg tak sepatutnya dikeluarkan dari mulut orang Islam itu menjadikan masyarakat Islam bertambah meluat terhadap persatuan yg menunaikan agenda barat dlm hal berkaitan hak wanita Islam di negara ini.
Lebih mengesahkan kedangkalannya, SIS sanggup bersekongkol pula dengan Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG) - NGO yang dipertikaikan penubuhannya dan apatah lagi diragui kefahamannya mengenai Islam dgn sebahagiannya dipimpin bukan Islam. Mereka bersekongkol mahu melanyak undang-undang Islam iaitu mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang Islam di negeri2.
Dari dulu SIS ini memang 'menyesakkan' fikiran umat Islam dgn tafsiran yang diragui mengenai isu-isu semasa berkaitan Islam.
Byk org bercerita pasal SIS maka di sini tak perlu dibincangkan asal usulnya kerana akan membazirkan masa shj. Secara konsensus ramai sepakat mengakui fahaman Islam SIS amat bermasalah hingga ada seorang ahli parlimen yang juga peguam syarie menyatakan SIS sebagai menyimpang seperti juga Ayah Pin dan sebagainya. (Baca The Star, 4 Okt. 09, page 4).
Saya rasa sudah sampai masanya SIS dibubarkan atau diharamkan sahaja, jika hala tujunya tak diubah. Bagaimanapun, pendapat saya, orang2 dlm SIS tu tidak lah patut dimaki hamun atau diapa2kan kecuali dibawa ke jalan yang benar.
Secara peribadi, saya pernah berkesempatan bercakap dgn sorang pemimpin tertinggi SIS, beberapa tahun dulu yang antara lainnya katanya: "Semua masalah di dunia ini adalah berpunca daripada lelaki."

-Hampeh betul...memang tak berasas!

Saturday, October 3, 2009

Kisah pejuang...

Ini kisah simpati terhadap seorang rakan yg dikenali lebih 8 tahun. Kami masuk kerja sekali bahkan dlm batch kami hanya kami berdua. Latar belakang agak berbeza, dulu belajar di universiti berbeza, bidang berbeza - tapi gaji sama, kerja pun tonggang terbalik sama, susah payah sama, byk yg sama, gelak ketawa pun sama.
Kehebatannya dlm kerja tak dapat disangkal lagi tapi entah kenapa saya lebih dahulu naik pangkat dan byk bekerja di negeri-negeri dan kadang2 ke luar negara.
Setelah lama membelanjakan masa dlm kerjayanya baru dia ditawarkan kenaikan pangkat tetapi dia menolak. Sebabnya, jika naik pangkat dia tak boleh aktif persatuan sekerja - berjuang membela nasib pekerja bawahan. Kepimpinannya boleh tahan, garangnya selalu menggigit, marahnya merah padam dan taringnya selalu berkilat.
Sebagai pressure group dalaman, dia mengatur pelbagai langkah contohnya menuntut kenaikan gaji, elaun, kebajikan dan sebagainya - tetapi ditolak majikan. (Saya bukan ahli persatuan kerana tak termasuk dlm golongan itu). Setelah berlarutan pelbagai kes dan ranjau yg panjang akhirnya sblm raya dia dibuang kerja dan kenyataan dia bukan lagi kakitangan disiarkan dlm akhbar selepas raya.
Dia yg pada waktu ni giat cari kerja lain, tiba-tiba terjejas reputasi dan imej hingga ada syarikat yg mentah2 tak mahu menimbangkan permohonan kerjanya.
Walaupun orangnya jenis tabah, tapi kini perasaan tertekan, berkecamuk, down, serabut mula datang, sbb waktu ni takde kerja, takde income untuk menyara keluarga iaitu sorang anak berusia 2 thn yg cute dan sorang isteri.
Semoga Allah mudahkan urusan dia.

Thursday, September 24, 2009

Kalimah Allah

Kalimah Allah yang kelihatan di langit dirakamkan menggunakan telefon bimbit pada pukul 7.35 malam, 16 Ramadhan pada malam Nuzul Quran di Batu 4 Gombak, Kuala Lumpur.

Seekor ikan kaloi yang pada badannya tertera kalimah Allah. Ikan itu ditemui di Lahad Datu semalam.

Wednesday, September 23, 2009

Raya....

Naufal dan Farhah bersama sepupunya, Raof (tengah) menjenguk dari jendela rumah nenek saudaranya pada 1 Syawal. Tingkap kayu tu memang klasik.


ALHAMDULILLAH... Sambutan Aidilfitri berjalan lancar walaupun kami bergerak ke sana sini. Sebenarnya tak lah banyak sangat rumah dapat pergi sebab masa yang terbatas, apapun syukur je lah.
Yg paling best bila dapat berkumpul adik beradik.... mula lah macam2 cerita, karkuzahri. Ada usaha naik, ada usaha turun, yg naik sampai masjid suruh baca taklim kat depan setiap hari selepas selesai solat subuh (pakai microphone), AJK masjid kosongkan jadual program/tazkirah etc di masjid pada hari Ghast utk beri laluan bayan maghrib kat depan majmak dan sebagainya. Tapi malangnya rakan seusaha pulak ada beberapa kerat je aktif, yg lain berehat. Jadi yg aktif lah 'terkelam' kabut sambut takaza 5 amal masjid.
Patutlah kadang2 ada masjid surau yg tak menyokong usaha jemaah masjid, sebab jika mereka menyokong, rupa-rupanya kita pulak yang tak (belum) mampu melaksanakannya sepenuhnya, maknanya Allah nak pelihara kita semua. Jadi, dah tentu ada byk hikmah atas apa yg berlaku sama ada orang suka atau tak suka.
Tu belum cerita karkun 40 hari yg dah jadi YB dan ada jugak YB lain yg sebelum ni kerap hadir malam markas Sri Petaling dan beri galakkan kepada usaha ini di masjid kawasan dia.
Selain itu..... apa lagi... time raya ni makan aje la kerja nye....haiii apa nak jadi.

Saturday, September 19, 2009

Selamat menyambut Aidilfitri



Dalam kerendahan hati, terserlah ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa,
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah,
Mohon maaf atas lisan yang tidak terjaga,
Janji yang terabai, hati yang berprasangka,
Dan sikap yang pernah menyakitkan,
Tiada kata seindah zikrullah,
Tiada bulan seindah Ramadhan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin
Daripada Ziarah76 sekeluarga.

(Nukilan di atas sebenarnya adalah SMS raya yang diterima dari member (seorang guru besar). Cuma tukar yang perkataan Ziarah76 tu je).


Orang berkeluarga memang sibuk time raya, sebab yang meriahnya ialah anak-anak beraya dari baju raya hingga ke duit raya, itu belum masuk bunga api lagi. Yang dah tua tumpang sekaki je lah..
Selain itu raya ni cadangan akan menjelajah ke sana sini beraya, rumah ke rumah untuk berjumpa kerabat untuk erat silaturahmi, insya-Allah.
Apapun, hari raya kali ini memang ada kelainan, mana tidaknya, raya kedua dah kena kerja. Apa nak buat! Sebab itu adalah sebahagian daripada kandungan gentlemen agreement masa nak minta cuti panjang Jun lepas. Alhamdulillah.
Apapun selamat menyambut Aidilfitri diucapkan kepada semua followers blog ni, pengomen2 dan jugak sapa2 yang berkunjung ke Ziarah76.
Tahniah dan selamat!

--p/s:Terjumpa pulak satu artikel pasal Aidilfitri dlm rencana utama Utusan Malaysia semalam (Jumaat) yg mungkin menarik utk dikongsi bersama yg di copy paste di bawah ni. Kalau berminat boleh teruskan membaca:


Menghidupkan makna Aidilfitri
Oleh SAHBULAH DARWI

INSYA-ALLAH, akan tiba lah 1 Syawal untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa dalam Ramadan. Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadan, Allah SWT membalasnya dengan satu hari yang dinamakan Idulfitri di mana Allah SWT menghalalkan
mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.
Hazrat Ibnu Abbas r.a huma berkata bahawa sesungguhnya beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya syurga diwangikan dan dihiasi dari tahun ke tahun untuk menyambut kedatangan Ramadan,. Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadan, satu angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan 'Muthirah'. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok-pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaran dari yang demikian itu satu bunyian merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya.
Kemudian muncul lah bidadari-bidadari sehingga mereka berhenti di anjung syurga. Mereka kemudian menyeru, "Adakah sesiapa yang ingin meminang kami supaya Allah SWT mengahwinkannya dengan kami?" Kemudian mereka berkata lagi, " Wahai Ridhwan penjaga Syurga! Malam apakah ini?" Dia akan menjawab kepada mereka dengan "Labbaik!" kemudian dia berkata:
"Malam ini adalah malam pertama dari bulan Ramadan. Dibukakan pintu-pintu syurga untuk umat Muhammad."
Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, Allah SWT akan berfirman: "Wahai Ridhwan! Bukakanlah pintu-pintu syurga dan wahai Malik tutuplah pintu-pintu neraka bagi mereka yang berpuasa daripada umat Ahmad. Wahai Jibrail! Turunlah ke bumi dan tangkaplah syaitan yang sangat-sangat degil lalu ikatlah mereka supaya mereka tidak dapat merosakkan puasa umat Muhammad kekasih-Ku."
Baginda bersabda lagi: "Allah SWT akan memerintahkan seorang penyeru pada setiap malam dari Ramadan supaya dia menyeru tiga kali, 'Adakah sesiapa yang ingin memohon sesuatu supaya Allah mengurniakannya? Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya Allah menerima taubatnya? Adakah sesiapa yang ingin memohon keampunan supaya Allah
mengampuninya? Siapakah yang sanggup memberi hutang kepada si kaya yang tidak mungkin akan miskin, yang akan membayar hutangnya sepenuh-penuhnya tanpa dizalimi."
"Pada waktu berbuka puasa pada setiap hari dari bulan Ramadan, Allah SWT akan membebaskan sejuta jiwa dari neraka yang kesemuanya telah ditentukan untuk memasuki neraka. Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadan, Allah SWT akan membebaskan pada hari itu sebanyak mana yang Dia telah bebaskan dari awal bulan sehingga ke akhirnya.
"Apabila berlaku Lailatul Qadr, Allah SWT akan memerintahkan Jibrail a.s supaya turun bersama satu kumpulan malaikat. Bersama mereka terdapat bendera hijau. Dia akan memacak benderan itu di atas Ka'abah. Jibrail a.s mempunyai seratus sayap. Di antaranya terdapat dua sayap yang tidak dibuka kecuali pada malam itu sahaja. Lalu dia membuka keduanya pada malam itu sehingga keduanya akan menutup dari timur ke barat.
Kemudian pada malam tersebut Jibrail a.a akan mendorong malaikat-malaikat sehingga mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri atau duduk, bersolah atau berzikir. Malaikat-malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar.
Apabila fajar, Jibrail a.s akan menyeru segala malaikat, "Sekarang berangkatlah!"
Malaikat-malaikat itu pun akan bertanya, "Wahai Jibrail apakah yang Allah SWT telah lakukan terhadap keperluan-keperluan orang-orang beriman dari ummat Muhammad SAW?. Dia akan menjawab, "Allah SWT telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka kecuali empat jenis manusia." Maka kami pun bertanya,
"Siapakah mereka ya Rasulullah?" Baginda bersabda, "Lelaki yang berterusan minum arak, dia yang mendurhakai kedua ibu bapanya, dia yang memutuskan silaturrahim dan musyahin."
Kami telah berkata, "Ya Rasulullah! Siapakah itu musyahin?" Baginda SAW menjawab, "Dia adalah orang yang memutuskan perhubungan keluarga."
Apabila tiba malam Hari Raya Aidilfitri - malam itu dinamakan di sisi penduduk langit sebagai Lailatul Jaizah. Pada pagi hari raya itu, Allah SWT menghantar para malaikat ke setiap tempat. Lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong. Mereka akan menyeru dengan suara yang didengari oleh semua apa yang diciptakan oleh Allah SWT kecuali jin dan manusia. Mereka berkata, "Wahai umat Muhammad! keluarlah kepada Tuhan yang Maha Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan memaafkan dosa-dosa besar," Apabila mereka tiba di tempat sembahyang
raya, Allah SWT akan berkata kepada para malaikat," Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah melakukan kerjanya?"
Baginda bersabda, "Para malaikat akan berkata, Wahai Tuhan kami dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya." Lalu Allah SWT berfirman: "Kerana itu, Aku telah menjadikan kami sebagai saksi. Wahai malaikat-Ku! Sesungguhnya Aku telah jadikan balasannya kepada mereka kerana puasa mereka di bulan Ramadan dan
berdirinya mereka (beribadat kepada-Ku di dalam Tarawih) ialah keredhaan-Ku dan keampunan-Ku! Allah SWT akan berfirman lagi: "Wahai hamba-hamba-Ku! Pohonlah dari-Ku. Demi kemuliaan-Ku dan kehebatan-Ku, tidaklah kamu memohon sesuatu pun dari Ku pada hari ini di dalam perhimpunan kamu ini untuk kepentingan akhiratmu kecuali Aku akan menunaikannya dan tidak juga untuk kepentingan duniamu kecuali Aku akan memandang untuk kebaikkanmu.
Demi kemuliaan-Ku, Aku akan tutupkan keaiban-keaibanmu selama mana engkau mengambil berat terhadap-Ku. Demi kemuliaan-Ku dan demi kehebatan-Ku, tidaklah Aku akan menghinakan kamu dan tidak juga Aku akan memalukan kamu di kalangan orang-orang yang berdosa (dan orang-orang kafir) kembalilah kamu di dalam keadaan kamu telah
diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredhakan daku dan Aku juga telah meredhakan kamu. Para malaikat pun bergembira dan bersuka ria dengan apa yang Allah telah berikan pada ummat ini apabila mereka telah selesai dari puasa di bulan Ramadan. (Hadis Riwayat Baihaqi).


Begitu besar kelebihan Ramadan hingga ke 1 Syawal untuk menyambut Aidilfitri dan betapa pemurahnya anugerah Allah SWT kepada umat Islam kerana memberi limpahan rahmat yang tidak terhitung oleh kita serta kemurahan ganjaran pahala kepada hamba-Nya yang taat dan sentiasa ikhlas.
Dan sepatutnya umat Islam merayakannya dengan ketaqwaan dan keimanan selepas berjaya keluar dari madrasah Ramadan, kerana antara hasil berpuasa yang diharapkan ialah dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
Surah al-Baqarah: 183 bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
Justeru, cara meraikan Aidilfitri juga perlu melalui jalan orang-orang yang bertaqwa sebagaimana ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.
Ia termasuk menyambutnya mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Syarak dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan. Apatah lagi, Aidilfiti sememang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan lain, kerana ia merupakan kurniaan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang Ramadan.
Begitupun, sering kali keghairahan perayaan itu menjadikan kita terlupa terhadap adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri.
Bermula dengan malam raya yang mempunyai banyak fadilat atau kelebihan apabila dihidupkan dengan melakukan amal-amal ibadat iaitu disamping mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, perlu diperbanyakkan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan pelbagai amal kebajikan.
Al-Imam Al-Syafie telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban."
Namun apa yang sering berlaku dalam masyarakat kita ialah malam raya disibukkan dengan kerja-kerja menghiasi rumah, memasang langsir atau mengalih perabot semata-mata hingga keletihan lalu terlepas peluang untuk mendapat kelebihan pada malam raya.
Selain berdoa, kemeriahan Aidilfitri akan lebih dizahirkan untuk bertambah dirasai dengan laungan takbir bergema.
Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah SWT yang dengannya kita sentiasa mengakui akan kebesaran dan keagungan-Nya melalui pengucapan takbir.
Bahkan ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah di akhir Ramadan dan untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Oleh itu, disunatkan mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Aidilfitri.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (Surah Al-Baqarah : 185).
Di pagi raya pula, disunatkan mandi kerana Hari Raya Aidilfitri sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d r.ahum bahawa Rasulullah SAW melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. (Riwayat Ibnu Majah.)
Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang terbaik, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.
Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya, maksudnya: "Bahawasanya Rasulullah SAW memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."
(Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi).
Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas r.a, beliau berkata:
"Nabi SAW tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil." (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad).
Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain.
Daripada Jubair bin Nufair (beliau merupakan salah seorang Tabi‘en iaitu orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi SAW) telah berkata yang maksudnya: "Sahabat- sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya
daripada awak."

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyariatkan dalam Islam.
Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun-tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: "Inilah yang yang dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100).
Selain itu, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.
Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menerangkan dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar r.a ke dalam rumah Rasulullah SAW menunjukkan seolah-olah Abu Bakar r.a datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah SAW ke dalam rumah Baginda. (Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)
Justeru, untuk amalan ziarah menziarahi, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa menjaga adab dan tertib yang ditetapkan oleh Islam.
Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.
Sementara itu, dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan mendirikan sembahyang fardhu dan yang paling afdhal ialah secara berjemaah di masjid atau surau.
Selain itu, sentiasa menjaga batas-batas dalam pergaulan antara lelaki dan wanita dan kita perlu memastikan zakat fitrah sudah dibayar sebelum sembahyang raya, melayan tetamu dengan baik, berkasih sayang sesama saudara seIslam, bermaaf-maafan, menunjukkan akhlak terpuji dan mengelakkan pembaziran dalam sebarang urusan.
Apapun, sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan utama ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah SWT melalui perantaraan amalan, adab dan tertib yang dikerjakan.
Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Aidilfitri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails