Showing posts with label kisah lama. Show all posts
Showing posts with label kisah lama. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Sebut betul-betul...'mursyid'

BEBERAPA tahun dahulu, saya dihantar ke suatu kawasan di Utara untuk tempoh 40 hari berada di jalan Allah.
Kebanyakan ahli jemaah adalah dari halqah (kawasan) sendiri iaitu di selatan tanah air. Salah seorangnya adalah seorang pemuda yang pertama kali membelanjakan diri, masa dan harta bagi tempoh 40 hari. Kalau tak silap beliau pun baru satu atau dua kali keluar 3 hari sebelum itu, dan terus ke cillah 40 hari itu.
Walaupun begitu, jazbah beliau sentiasa tinggi dan kalau kita bersembang dengannya, menerusi akhlak dan keterampilannya maka kita akan terasa seolah-olah dia seperti orang lama terlibat dalam usaha.
Beliau juga seorang yang tekun dan bersungguh-sungguh hingga saya sendiri kadang kala terkesan dengan sifatnya.
Satu hari semasa awal tempoh cillah itu, dalam mesyuarat pagi, amir yakni ketua jemaah memutuskan beliau untuk memberi bayan subuh, iaitu ceramah penerangan selepas solat Subuh.
Beliau taat kepada keputusan walaupun nampak seperti keberatan dan ada juga mengesyorkan nama rakan lain. Dia tidak memberi sebarang alasan atau tekan syor tetapi hanya diam dan taat.
Selepas habis mesyuarat, ketika bersembang, dia menyatakan kerisauan kerana dia masih belum boleh bercakap enam perkara sifat sahabat yang mana kebiasaan disampaikan pada bayan subuh. Lagipun, katanya, memandangkan ia adalah kali pertama bayan subuh dalam hidupnya maka dia bimbang akan berasa gugup nanti kerana kurang bersedia.
Namun, rakan lain memberi semangat, dorongan dan menyakinkan beliau boleh melaksanakan tugas tersebut dengan jayanya dan niat untuk belajar, untuk diri sendiri. Lagipun, beliau sudah beberapa kali bermuzakarah dengan rakan seusaha mengenai 6 sifat sahabat itu.
Seorang rakan kami menenangkan perasaannya: "Alaa bayan subuh mana ada orang tempatan duduk... kita-kita je yang duduk, jadi apa nak risau."
Maka sepanjang hari berjalan lancar dan beliau kelihatan lebih tawajuh.
Apabila tiba saatnya iaitu pada selepas solat subuh maka bangunlah beliau lalu duduk di kerusi depan ruang solat untuk memberi bayan subuh.
Beliau memulakan pengucapannya dengan baik tetapi tersekat-sekat, buah-buah bayan adalah seperti orang menghafal sesuatu berkisar mengenai maksud, kelebihan dan cara nak dapatkan.
Apabila selesai hakikat kalimah maka masuk ke bab hakikat solat, beliau nampak berasa seperti sudah selesa dan bertambah bersemangat.
Sebahagian ahli jemaah mendengar dengan khusyuk dan sebahagian lagi 'teramat' khusyuk hingga kepalanya tertunduk ke bawah. Terdapat rakan seusaha tempatan dan juga seorang orang tempatan.
Tiba-tiba apabila sampai ke bab ilmu dan zikir, berlaku sedikit kekecohan.
Mana tidaknya, beliau berkata,".... ilmu masaile kita kena belajar dengan ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang musyrik..."
Nahh..ambik kau. Orang tempatan wajahnya terpinga-pinga mendengar 'mursyik' manakala dua, tiga orang rakan seusaha di depan pun cuba membetulkan percakapan: "...mursyid! mursyid!..."
Tapi sebab kereta dah laju jalan susah nak break, beliau terus jalan bayan kerana tak prasan terjadi kesilapan sebutan, tapi mujur tak jauh beliau tersedar, lalu membetulkannya.
Terdengar kekecohan kecil tu, ahli jemaah yang tunduk kepalanya kerana 'amat khusyuk' pun tiba-tiba terjaga dan terpinga-pinga juga lalu tanya 'apa hal?'.
Bayan diteruskan hingga ke akhir dengan lebih berhati-hati.
Apapun, selepas kejadian itu, kami pun tergelak bila mengenangkan kejadian itu. Tetapi hikmah daripada kejadian itu dan berkat beliau taat amir, mesyuarat, dikhabarkan hari ini beliau adalah salah seorang rakan seusaha yang mantap jika diputuskan memberi bayan dan juga hari ini dikatakan beliau lebih maju dalam usaha dan memberi pengorbanan untuk agama.

Saturday, July 16, 2011

Sya'ban

Masuk sahaja waktu Maghrib malam ini maka melangkah masuklah kita ke tarikh 15 Sya'ban. Di kebanyakan masjid pelbagai program diatur untuk meningkatkan amalan dan pada masa yang sama bagi usaha dakwah di negara ini, waktu ini adalah musim  menuai hasil mengeluarkan jemaah. Ketika ini jemaah mungkin sudah bergerak atau berada di Seri Petaling. Student-student madrasah juga ramai yang khuruj waktu ini.
Jumlah pengeluaran jemaah di kawasan masing-masing boleh lah dibandingkan dengan waktu yang sama pada tahun lalu, dengan itu kita boleh lihat berlaku peningkatan atau pengurangan agar boleh dilipatgandakan usaha pada masa sekarang dan masa depan. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayat kepada kita, dan semoga usaha di tempat-tempat saya dan tuan terus maju.
Dalam masa beberapa hari ini juga, kawasan-kawasan kita juga akan didatangi banyak jemaah yang berhijrah (seperti kaum muhajirin) dari luar  kawasan kita untuk membantu kita membuat usaha di tempat kita. Alhamdulillah maka di sini lah peranan kita yang yang berada di kawasan untuk memberi nusrah (bantuan) sebagaimana kaum ansar.

Mengenai fadhilat bulan Sya'ban, Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketikaku berpuasa. (HR an-Nasaie).
Tentang kelebihan malam nisfu Sya'ban pula, sebagaimana yang tuan-tuan sudah ketahui, telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”(H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban).
Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Bagi saya yang daif ini, setiap kali menjelang Sya'ban, maka terkenang semula dalam sejarah hidup suatu ketika dahulu bahawa pertama kali keluar 40 hari ialah pada 15 Sya'ban. Waktu itu route ke Jerantut lalu diputuskan ke sekitar Kuala Lipis, Merapoh dan kawasan sekitarnya.
Sesetengah orang kata, 1st time keluar 40 hari biasa jadi kenangan yang susah nak lupa, betul tak?. Tapi tak perlulah kisah itu di story kan di sini.
Sebagaimana yang sudah ditentukan Allah, arwah ayah saya juga pertama kali keluar 40 hari ke Jerantut juga. Alhamdullah berkat doa arwah, agaknya, dan pastinya dengan taufik hidayat daripada Allah Yang Maha Esa, kesemua tujuh anak lelakinya terlibat dalam usaha dakwah ini dengan dua daripadanya sudah ke IPB manakala seorang bakal menamatkan pengajian alimnya sedikit masa sahaja lagi.
Semua sudah menjadi ketentuan Allah. Sesungguhnya kita tiada ada apa-apa, Allah lah yang buat segala-galanya. Alhamdulillah syukur.
Maka tidak lama lagi, Ramadhan pun bakal menjelang, bagaimanapun hanya Allah Yang Maha Mengetahui sama ada sempat atau tidak seseorang itu menemui Ramadhan yang dijangka berkunjung beberapa minggu sahaja daripada sekarang ini.
Jika maut menjemput seseorang itu lebih awal maka Ramadan yang lalu adalah yang terakhir buatnya.

Thursday, May 20, 2010

Terkonang semasa dulu...

Markaz Penanti, sekarang dah berwajah baru...

HARI ni masak kari ikan. Tetiba terkonang pula suatu ketika semasa berada di marhalah lama Taman Pauh Indah, di Penanti. Masa tu, sebagai orang awam, antara takaza kami ialah buat usaha atas student politeknik seberang perai (PSP) kerana surau kami berdepan dengan politeknik tu, hanya dipisahkan dengan jalan utama Permatang Pauh.

Sunday, December 6, 2009

Sakit, hospital, kronisme

Mengharap keampunan-Nya
Aku accident jatuh motor masa balik solat subuh di surau, Khamis lepas. Tapi alhamdulillah semuanya okay. Luka sikit kat lutut, dagu, pipi, siku dan kaki.
Tak silap aku, kalau seseorang tu on the way pergi kerja atau balik kerja lalu terlibat kemalangan, pekerja itu akan dicover oleh Perkeso dan layak untuk dapat sedikit pampasan insuran pekerja atau apa2 tah.
Tapi bagi kes aku, lepas balik solat subuh yg lepas tu ada taklim dan mesyuarat harian. Jadi, tuan2 doakan lah untuk saya supaya accident ni jadi asbab kifarah dosa aku yang banyak macam butiran pasir pantai Morib atau PD atau di mana-mana lah. Wallahualam.
Dosa zaman2 rock, bawah tanah dulu pun dah banyak, ini kan pula dosa nak kesemuanya, ditambah pula amal ibadat yg sedikit!
Haiii...apa nak jadi kepada kau blog owner Ziarah 76!! Engkau tahu maut itu boleh datang bila2, tapi engkau masih lagi berseronok dgn tipu daya dunia!
Engkau tahu, dosa kau yang banyak tapi masih rasa complesent dgn amal ibadat yg sedikit!
Engkau tahu masa untuk dimasukkan ke dalam kubur semakin hampir tapi ko tak buat persediaan terhadapnya!
Engkau tahu dunia ini sementara tapi ko hidup sibuk menghimpun isu perut dunia untuk hidup seolah-olah selama-lamanya!!
Ya Allah, daku sentiasa mengharapkan rahmat-Mu, ampunkan lah dosaku.
Satu benda yang kita boleh check diri sendiri ialah bila terkejut atau terjadi sesuatu di luar dugaan, apa yang terkeluar dari mulut kita?
Adakah perkataan itu:
1) Allah
2) Innalillah
3) Adoiiii
4) Aahhhh
5) etc... letak sendiri, ikut kesesuaian anda

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang mafhumnya, seorang yang akhir kalamnya dapat mengucap kalimah Lailahailallah maka wajib syurga untuknya.
Tapi benda yg nak terkeluar dari mulut secara sepontan bukan benda yg boleh dibuat-buat. Kalau perkara itu yang kita usahakan dalam hidup ini dan telah masuk bersarang dalam hati kita maka besar kemungkinan perkara itu lah yang mudah terkeluar kalau berlaku sesuatu di luar jangkaan.
Ini lah yang kita risau.
Bagaimana kesudahan kita?

Wednesday, March 4, 2009

Hidup saya lebih tenang - dR. Sam

BARU-BARU ini, sisipan Mega Utusan Malaysia menyiarkan rencana mengenai 'bekas' artis dR. Sam. Walaupun rutin hari-hari saya ialah membaca akhbar tetapi pada hari itu tidak perasan pula tulisan itu sehingga lah ia diberikan oleh ahliah. Ia boleh di baca DI SINI.
Antara kata-katanya:
"Apa lagi yang kita mahu cari dalam hidup ini selain keredaan Allah. Apa yang kita kejar sangat kerana semua yang kita punyai di dunia ini hanya pinjaman.
"Kita pinjam semua itu daripada Allah s..w.t dan apabila sampai masanya, Dia akan ambil dan apakah bekalan kita?
"Sebab itu, biar apapun anggapan orang tentang penampilan saya, hidup saya hari ini lebih tenang dan bahagia. Tak perlu nak fikir show di mana atau berapa bayaran yang akan di terima.
"Dengan usaha saya hari ini, saya bersyukur dan yakin setiap apa yang terjadi sudah ditentukan Allah. Hidup mati kita dan rezeki semuanya ditentukan Allah dan syukur alhamdulillah hidup saya cukup tenang dengan pendapatan begini."
Selesai membacanya, teringat pula kira-kira enam atau tujuh tahun lepas semasa tinggal di Bandar Tun Razak yang mana Masjid Sri Petaling adalah lokasi dikunjungi setiap hujung minggu atau Sabtu malam Ahad. Masa itu, selalu juga ternampak dR. Sam berlegar-legar di markas dan kadang kala ternampak juga kelibat beberapa 'orang seni' lain yang begitu ketara perubahan diri mereka dengan sebahagiannya difahamkan sudah memulakan 'hidup baru' yang penuh ketenangan dan kebahagiaan dalam jalan hidayat.
Walaupun lazimnya di masjid itu terdapat ramai pelajar madrasah, orang2 alim, ustaz-ustaz, maulana hingga orang kebanyakan dari peniaga, penyapu jalan hingga ke orang besar, namun kehadiran golongan artis itu menjadi asbab hidayat luar biasa kepada sesetengah pihak.
Mana tidaknya, jika dilihat seorang ustaz atau orang agama berada di masjid, memakai jubah, serban dan mengamalkan sunnah nabi s.a.w yang lain, maka ia mungkin suatu gambaran yang biasa dilihat oleh masyarakat. Tetapi bagaimana pula apabila kita melihat mereka yang bergelar artis tiba-tiba dengan begitu bersungguh-sungguh dan tekun mengamalkan amalan agama, sunnah-sunnah baginda s.a.w dan sanggup menyingsing lengan memperbaiki diri dan turun padang ke dalam masyarakat dalam kerja dakwah. Maka ia sesuatu yang sudah tentu bukan perkara biasa dan tentunya ada kekuatan luar biasa yang mendorong golongan yang dikatakan 'tegar dalam hiburan' ini berubah. Dan membuktikan betapa Allah Maha Kuasa dan Dia boleh mengubah sesiapa sahaja yang Dia kehendaki untuk tujuan agama.
Dalam usaha agama terdapat pelbagai golongan, dan sudah tentu terlalu besar hikmah Allah memilih golongan 'seni' seperti mereka untuk turut terlibat dalam usaha yang murni ini sebagai asbab hidayat kepada orang lain pula. Asbab pengorbanan mereka dan orang-orang lama maka golongan seni lain yang hingga ke bawah tanah pun dapat merasai kemanisan iman dan amal.
Salam sejahtera lah kepada mereka yang beruntung kerana diberikan taufik dan hidayat untuk berada di jalan ini yang mana boleh memberi keselamatan di dunia dan azab yang pedih di akhirat. Semoga Allah pilih kita lagi dan lagi hingga tiada lagi. Amiinn.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails