Thursday, September 24, 2009

Kalimah Allah

Kalimah Allah yang kelihatan di langit dirakamkan menggunakan telefon bimbit pada pukul 7.35 malam, 16 Ramadhan pada malam Nuzul Quran di Batu 4 Gombak, Kuala Lumpur.

Seekor ikan kaloi yang pada badannya tertera kalimah Allah. Ikan itu ditemui di Lahad Datu semalam.

Wednesday, September 23, 2009

Raya....

Naufal dan Farhah bersama sepupunya, Raof (tengah) menjenguk dari jendela rumah nenek saudaranya pada 1 Syawal. Tingkap kayu tu memang klasik.


ALHAMDULILLAH... Sambutan Aidilfitri berjalan lancar walaupun kami bergerak ke sana sini. Sebenarnya tak lah banyak sangat rumah dapat pergi sebab masa yang terbatas, apapun syukur je lah.
Yg paling best bila dapat berkumpul adik beradik.... mula lah macam2 cerita, karkuzahri. Ada usaha naik, ada usaha turun, yg naik sampai masjid suruh baca taklim kat depan setiap hari selepas selesai solat subuh (pakai microphone), AJK masjid kosongkan jadual program/tazkirah etc di masjid pada hari Ghast utk beri laluan bayan maghrib kat depan majmak dan sebagainya. Tapi malangnya rakan seusaha pulak ada beberapa kerat je aktif, yg lain berehat. Jadi yg aktif lah 'terkelam' kabut sambut takaza 5 amal masjid.
Patutlah kadang2 ada masjid surau yg tak menyokong usaha jemaah masjid, sebab jika mereka menyokong, rupa-rupanya kita pulak yang tak (belum) mampu melaksanakannya sepenuhnya, maknanya Allah nak pelihara kita semua. Jadi, dah tentu ada byk hikmah atas apa yg berlaku sama ada orang suka atau tak suka.
Tu belum cerita karkun 40 hari yg dah jadi YB dan ada jugak YB lain yg sebelum ni kerap hadir malam markas Sri Petaling dan beri galakkan kepada usaha ini di masjid kawasan dia.
Selain itu..... apa lagi... time raya ni makan aje la kerja nye....haiii apa nak jadi.

Saturday, September 19, 2009

Selamat menyambut Aidilfitri



Dalam kerendahan hati, terserlah ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa,
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah,
Mohon maaf atas lisan yang tidak terjaga,
Janji yang terabai, hati yang berprasangka,
Dan sikap yang pernah menyakitkan,
Tiada kata seindah zikrullah,
Tiada bulan seindah Ramadhan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin
Daripada Ziarah76 sekeluarga.

(Nukilan di atas sebenarnya adalah SMS raya yang diterima dari member (seorang guru besar). Cuma tukar yang perkataan Ziarah76 tu je).


Orang berkeluarga memang sibuk time raya, sebab yang meriahnya ialah anak-anak beraya dari baju raya hingga ke duit raya, itu belum masuk bunga api lagi. Yang dah tua tumpang sekaki je lah..
Selain itu raya ni cadangan akan menjelajah ke sana sini beraya, rumah ke rumah untuk berjumpa kerabat untuk erat silaturahmi, insya-Allah.
Apapun, hari raya kali ini memang ada kelainan, mana tidaknya, raya kedua dah kena kerja. Apa nak buat! Sebab itu adalah sebahagian daripada kandungan gentlemen agreement masa nak minta cuti panjang Jun lepas. Alhamdulillah.
Apapun selamat menyambut Aidilfitri diucapkan kepada semua followers blog ni, pengomen2 dan jugak sapa2 yang berkunjung ke Ziarah76.
Tahniah dan selamat!

--p/s:Terjumpa pulak satu artikel pasal Aidilfitri dlm rencana utama Utusan Malaysia semalam (Jumaat) yg mungkin menarik utk dikongsi bersama yg di copy paste di bawah ni. Kalau berminat boleh teruskan membaca:


Menghidupkan makna Aidilfitri
Oleh SAHBULAH DARWI

INSYA-ALLAH, akan tiba lah 1 Syawal untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa dalam Ramadan. Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadan, Allah SWT membalasnya dengan satu hari yang dinamakan Idulfitri di mana Allah SWT menghalalkan
mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.
Hazrat Ibnu Abbas r.a huma berkata bahawa sesungguhnya beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya syurga diwangikan dan dihiasi dari tahun ke tahun untuk menyambut kedatangan Ramadan,. Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadan, satu angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan 'Muthirah'. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok-pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaran dari yang demikian itu satu bunyian merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya.
Kemudian muncul lah bidadari-bidadari sehingga mereka berhenti di anjung syurga. Mereka kemudian menyeru, "Adakah sesiapa yang ingin meminang kami supaya Allah SWT mengahwinkannya dengan kami?" Kemudian mereka berkata lagi, " Wahai Ridhwan penjaga Syurga! Malam apakah ini?" Dia akan menjawab kepada mereka dengan "Labbaik!" kemudian dia berkata:
"Malam ini adalah malam pertama dari bulan Ramadan. Dibukakan pintu-pintu syurga untuk umat Muhammad."
Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, Allah SWT akan berfirman: "Wahai Ridhwan! Bukakanlah pintu-pintu syurga dan wahai Malik tutuplah pintu-pintu neraka bagi mereka yang berpuasa daripada umat Ahmad. Wahai Jibrail! Turunlah ke bumi dan tangkaplah syaitan yang sangat-sangat degil lalu ikatlah mereka supaya mereka tidak dapat merosakkan puasa umat Muhammad kekasih-Ku."
Baginda bersabda lagi: "Allah SWT akan memerintahkan seorang penyeru pada setiap malam dari Ramadan supaya dia menyeru tiga kali, 'Adakah sesiapa yang ingin memohon sesuatu supaya Allah mengurniakannya? Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya Allah menerima taubatnya? Adakah sesiapa yang ingin memohon keampunan supaya Allah
mengampuninya? Siapakah yang sanggup memberi hutang kepada si kaya yang tidak mungkin akan miskin, yang akan membayar hutangnya sepenuh-penuhnya tanpa dizalimi."
"Pada waktu berbuka puasa pada setiap hari dari bulan Ramadan, Allah SWT akan membebaskan sejuta jiwa dari neraka yang kesemuanya telah ditentukan untuk memasuki neraka. Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadan, Allah SWT akan membebaskan pada hari itu sebanyak mana yang Dia telah bebaskan dari awal bulan sehingga ke akhirnya.
"Apabila berlaku Lailatul Qadr, Allah SWT akan memerintahkan Jibrail a.s supaya turun bersama satu kumpulan malaikat. Bersama mereka terdapat bendera hijau. Dia akan memacak benderan itu di atas Ka'abah. Jibrail a.s mempunyai seratus sayap. Di antaranya terdapat dua sayap yang tidak dibuka kecuali pada malam itu sahaja. Lalu dia membuka keduanya pada malam itu sehingga keduanya akan menutup dari timur ke barat.
Kemudian pada malam tersebut Jibrail a.a akan mendorong malaikat-malaikat sehingga mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri atau duduk, bersolah atau berzikir. Malaikat-malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar.
Apabila fajar, Jibrail a.s akan menyeru segala malaikat, "Sekarang berangkatlah!"
Malaikat-malaikat itu pun akan bertanya, "Wahai Jibrail apakah yang Allah SWT telah lakukan terhadap keperluan-keperluan orang-orang beriman dari ummat Muhammad SAW?. Dia akan menjawab, "Allah SWT telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka kecuali empat jenis manusia." Maka kami pun bertanya,
"Siapakah mereka ya Rasulullah?" Baginda bersabda, "Lelaki yang berterusan minum arak, dia yang mendurhakai kedua ibu bapanya, dia yang memutuskan silaturrahim dan musyahin."
Kami telah berkata, "Ya Rasulullah! Siapakah itu musyahin?" Baginda SAW menjawab, "Dia adalah orang yang memutuskan perhubungan keluarga."
Apabila tiba malam Hari Raya Aidilfitri - malam itu dinamakan di sisi penduduk langit sebagai Lailatul Jaizah. Pada pagi hari raya itu, Allah SWT menghantar para malaikat ke setiap tempat. Lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong. Mereka akan menyeru dengan suara yang didengari oleh semua apa yang diciptakan oleh Allah SWT kecuali jin dan manusia. Mereka berkata, "Wahai umat Muhammad! keluarlah kepada Tuhan yang Maha Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan memaafkan dosa-dosa besar," Apabila mereka tiba di tempat sembahyang
raya, Allah SWT akan berkata kepada para malaikat," Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah melakukan kerjanya?"
Baginda bersabda, "Para malaikat akan berkata, Wahai Tuhan kami dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya." Lalu Allah SWT berfirman: "Kerana itu, Aku telah menjadikan kami sebagai saksi. Wahai malaikat-Ku! Sesungguhnya Aku telah jadikan balasannya kepada mereka kerana puasa mereka di bulan Ramadan dan
berdirinya mereka (beribadat kepada-Ku di dalam Tarawih) ialah keredhaan-Ku dan keampunan-Ku! Allah SWT akan berfirman lagi: "Wahai hamba-hamba-Ku! Pohonlah dari-Ku. Demi kemuliaan-Ku dan kehebatan-Ku, tidaklah kamu memohon sesuatu pun dari Ku pada hari ini di dalam perhimpunan kamu ini untuk kepentingan akhiratmu kecuali Aku akan menunaikannya dan tidak juga untuk kepentingan duniamu kecuali Aku akan memandang untuk kebaikkanmu.
Demi kemuliaan-Ku, Aku akan tutupkan keaiban-keaibanmu selama mana engkau mengambil berat terhadap-Ku. Demi kemuliaan-Ku dan demi kehebatan-Ku, tidaklah Aku akan menghinakan kamu dan tidak juga Aku akan memalukan kamu di kalangan orang-orang yang berdosa (dan orang-orang kafir) kembalilah kamu di dalam keadaan kamu telah
diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredhakan daku dan Aku juga telah meredhakan kamu. Para malaikat pun bergembira dan bersuka ria dengan apa yang Allah telah berikan pada ummat ini apabila mereka telah selesai dari puasa di bulan Ramadan. (Hadis Riwayat Baihaqi).


Begitu besar kelebihan Ramadan hingga ke 1 Syawal untuk menyambut Aidilfitri dan betapa pemurahnya anugerah Allah SWT kepada umat Islam kerana memberi limpahan rahmat yang tidak terhitung oleh kita serta kemurahan ganjaran pahala kepada hamba-Nya yang taat dan sentiasa ikhlas.
Dan sepatutnya umat Islam merayakannya dengan ketaqwaan dan keimanan selepas berjaya keluar dari madrasah Ramadan, kerana antara hasil berpuasa yang diharapkan ialah dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
Surah al-Baqarah: 183 bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
Justeru, cara meraikan Aidilfitri juga perlu melalui jalan orang-orang yang bertaqwa sebagaimana ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.
Ia termasuk menyambutnya mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Syarak dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan. Apatah lagi, Aidilfiti sememang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan lain, kerana ia merupakan kurniaan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang Ramadan.
Begitupun, sering kali keghairahan perayaan itu menjadikan kita terlupa terhadap adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri.
Bermula dengan malam raya yang mempunyai banyak fadilat atau kelebihan apabila dihidupkan dengan melakukan amal-amal ibadat iaitu disamping mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, perlu diperbanyakkan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan pelbagai amal kebajikan.
Al-Imam Al-Syafie telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban."
Namun apa yang sering berlaku dalam masyarakat kita ialah malam raya disibukkan dengan kerja-kerja menghiasi rumah, memasang langsir atau mengalih perabot semata-mata hingga keletihan lalu terlepas peluang untuk mendapat kelebihan pada malam raya.
Selain berdoa, kemeriahan Aidilfitri akan lebih dizahirkan untuk bertambah dirasai dengan laungan takbir bergema.
Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah SWT yang dengannya kita sentiasa mengakui akan kebesaran dan keagungan-Nya melalui pengucapan takbir.
Bahkan ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah di akhir Ramadan dan untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Oleh itu, disunatkan mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Aidilfitri.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (Surah Al-Baqarah : 185).
Di pagi raya pula, disunatkan mandi kerana Hari Raya Aidilfitri sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d r.ahum bahawa Rasulullah SAW melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. (Riwayat Ibnu Majah.)
Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang terbaik, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.
Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya, maksudnya: "Bahawasanya Rasulullah SAW memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."
(Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi).
Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas r.a, beliau berkata:
"Nabi SAW tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil." (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad).
Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain.
Daripada Jubair bin Nufair (beliau merupakan salah seorang Tabi‘en iaitu orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi SAW) telah berkata yang maksudnya: "Sahabat- sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya
daripada awak."

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyariatkan dalam Islam.
Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun-tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: "Inilah yang yang dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100).
Selain itu, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.
Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menerangkan dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar r.a ke dalam rumah Rasulullah SAW menunjukkan seolah-olah Abu Bakar r.a datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah SAW ke dalam rumah Baginda. (Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)
Justeru, untuk amalan ziarah menziarahi, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa menjaga adab dan tertib yang ditetapkan oleh Islam.
Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.
Sementara itu, dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan mendirikan sembahyang fardhu dan yang paling afdhal ialah secara berjemaah di masjid atau surau.
Selain itu, sentiasa menjaga batas-batas dalam pergaulan antara lelaki dan wanita dan kita perlu memastikan zakat fitrah sudah dibayar sebelum sembahyang raya, melayan tetamu dengan baik, berkasih sayang sesama saudara seIslam, bermaaf-maafan, menunjukkan akhlak terpuji dan mengelakkan pembaziran dalam sebarang urusan.
Apapun, sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan utama ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah SWT melalui perantaraan amalan, adab dan tertib yang dikerjakan.
Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Aidilfitri.

Tuesday, September 15, 2009

Sedih....

Gambar hiasan.


S e d i h l a... b r o..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sebab Ramadan semakin menghampiri penghujung dan akan meninggalkan kita. Tak tahu sama ada berpeluang lagi atau tidak menemui Ramadan akan datang.
Semoga Allah terima amal ibadat kita dalam hal keadaan sempurna. Amin..

Thursday, September 10, 2009

Ikhlaskan diri dgn takaful

Salam semua, hari ni, Ramadan dah nak tinggal beberapa hari saje lagi. Amalan kita macam mana, menaik? menurun? mendatar? menarik? menolak? membukit? menjunam? Pun begitu jgn lah kita lupa bulan berkat ini ketika mana hati insan lembut2, perlu lah kita ambil kesempatan untuk membersihkan diri daripada serba serbi. Ini termasuk dalam muamalat kita agar sentiasa menepati kehendak syarak.
Orang puasa kita puasa, orang solat kita solat, orang baca al-Quran kita pon baca al-Quran, satu dunia orang Islam buat perkara yang sama yang baik-baik tapi kalau orang ambik insurans kereta ke apa-apa ke, depa ambik konvensional, takkan kita nak ambik konvensional! Tentu lah kita ambik Insurans Takaful Ikhlas. Ini lah masa hendak berubah bagi yang belum. Pilihlah yang Ikhlas, amalan yang sedikit sudah mencukupi jika beserta dengan niat yg ikhlas.
Gua dah lama buat sedikit perbandingan melalui tinjauan rakan2, pembacaan dan sembang2. Ditambah pula tak lama dulu ada pulak Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM 2009) di tempat gua jadi sempat juga bersembang dan mendapatkan info mengenai produk takaful.
Al maklumlah banyak sangat institusi kewangan sekarang yang claim menawarkan takaful. Hasil kajian tak rasmi gua, kesimpulannya ialah produk Takaful Ikhlas adalah yang terbaik (setakat ini) dan mudahan-mudahan diterima Allah. Kerana ada produk lain yang mendakwa takaful tetapi sebenarnya masih bercampur baur dgn yang meragukan. Tapi Alhamdulillah, Takaful Ikhlas memang ikhlas.
Jadi kalau nak baca pasal perkara ini boleh check di banyak tempat tapi memadai di sini saya serta kan satu tulisan iaitu sila klik: Jadikan takaful pilihan utama.
Kalau nak cerita dalam lagi boleh pergi check balik isu kegawatan ekonomi global yang berlaku sekarang ini antaranya adalah berpunca dengan ketamakan syarikat insurans di Amerika Syarikat yang mengamalkan sistem konvensional tu. Itu belum lagi kes masalah toxic loan dan masalah sub-prima yg menyebabkan keruntuhan ekonomi Amerika yg turut dirasai kesannya di seluruh dunia, kerana sistem kewangan global masakini berpaksikan America's capitalist system. (Itu asbab je hasil drpd tangan2/perbuatan buruk manusia, kerana hakikatnya yang beri manfaat atau mudarat hanya Allah).
Apapun, kalau malas nak fikir isu semasa, mudah je (syariat Islam tak
menyusahkan tapi memudahkan kehidupan manusia) iaitu orang Islam jangan ambik riba. Konvensional ada riba. Jadi solutionnya ambik takaful lah.
Dan kalau hendak beli insurans takaful boleh klik saudara kita ni Azhar Jaafar tokey Takaful Ikhlas.
Insya-Allah, amalan yang sedikit sudah mencukupi jika disertakan dengan keikhlasan.

Saturday, September 5, 2009

Kepala lembu

BRUTAL! GANAS! NO MERCY!... Sungguh malang nasib kepala lembu angkara manusia kerana diarak, dipijak lalu ditinggalkan depan pagar. Tak tau apa silapnya haiwan tu kepada manusia. Lepas itu mesyuarat, kecoh lagi...
Saya tidak bersetuju dengan perbuatan mengarak kepala lembu dan apa-apa tindakan menghina agama lain. Bincang la baik2 brader...
Sepatutnya kepala lembu itu, boleh dimasak buat sup, kari, kurma ke atau apa-apa patut. Nak buat apa lah diperlakukan begitu! Ish....ish...ish....

Kepala lembu diarak


Dipijak





Ditinggalkan depan pagar



Bermesyuarat...




Kecoh... daripada angkat kerusi, lebih baik angkat kaki beredar... apa sudah jadi brader?

Friday, September 4, 2009

Kes sebat

Gambar atas sekadar hiasan.

BARU-BARU ini kecoh kes wanita yang ditangkap minum arak dan kemudian dia menyatakan keinsafannya. Perbuatannya melakukan perkara haram memang perlu dicegah, dihentikan dan dikutuk namun tindakannya mengakui kesalahan, bertaubat, insaf dan bersedia dengan kerelaan menerima hukuman sebat sesuatu yang wajar dipuji.
Bagaimana hal keadaan taubatnya sama ada diterima atau tidak, itu urusan dia dengan Allah. Sewajarnya kita mendoakan supaya ia diterima Allah, diampuni dan diberi taufik dan hidayah untuk menjalani kehidupan orang yang solehah.
Tidak boleh tidak, kes ini mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk yang mencadangkan supaya wanita itu membuat rayuan namun dari sudut positif di sini ialah wanita tersebut berani bila mahu menerima hukum di dunia ini.
Bagi Malaysia yang agak asing atau 'muda' dengan hukuman seperti ini maka perkembangan orang ramai prihatin terhadap hukum hakam adalah satu kemajuan positif atau peningkatan dalam urusan pelaksanaannya.
Bermula dari pihak atasan hingga ke bawah termasuk pakar undang-undang rancak membicarakan mengenai pelaksanaan hukum itu agar ia benar-benar menetapi syarak dan tidak kurang juga jawatan juru sebat syarie yang kosong mula diisi.
Selain itu, ia juga meningkatkan lagi kesedaran orang ramai sama ada Islam atau bukan Islam terhadap kesalahan meminum arak dan sesungguhnya Islam itu agama yang cukup lengkap dari serba serbi termasuk dalam hukuman.
Selain itu, pakar-pakar perundangan Islam yang tulen semakin didengari suaranya manakala persatuan-persatuan hak asasi wanita acuan barat seperti Sisters In Islam menjadi semakin tidak relevan kerana menentang pelaksanaan hukum ke atas wanita itu.
Semoga Allah berikan taufik dan hidayah kepada kita semua.
Justeru, saya terjumpa satu rencana yang agak menarik untuk dibaca yang diambil dari dari sini . Kalau mahu boleh teruskan membaca di bawah. Jazakumullah khair.

Kaedah hukuman sebat ikut syarak
Oleh ABU SUFFIAN ABU YAZIZ

SEBAT adalah satu bentuk hukuman dalam perundangan Islam yang bertujuan memberi pengajaran kepada penerima hukuman dan orang yang melihatnya. Hukuman sebat juga berupaya menghindar dan membersihkan masyarakat daripada perbuatan dan tabiat keji dan hina.

Merujuk kepada rencana bertajuk "Kaedah hukuman sebat di Mahkamah Syariah" oleh Datuk Muhammad Asri Abdullah di dalam Jurnal Hukum JLD. XXII BHG. 1 ( 1427 H) September 2006), pelaksanaan hukuman sebat di Malaysia diperuntukkan dalam semua enakmen undang-undang tatacara jenayah syariah bagi kebanyakan negeri.

Peruntukan-peruntukan tersebut antaranya ialah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Seksyen 125; Enakmen Acara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996, Seksyen 125 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Seksyen 125.

Selain itu, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Kelantan) 2002, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Pahang) 2002, Seksyen 125 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 2004, Seksyen 125.

Di bawah Seksyen 125 dan 126 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560), diperuntukkan kaedah dan masa pelaksanaan hukuman sebat seperti berikut:

Seksyen 125 - Hukuman sebat

1. Peruntukan seksyen ini dan seksyen 126 hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat.

2. Alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

3. Peruntukan yang berikut hendaklah diikuti apabila melaksanakan hukuman sebat iaitu:

a) Sebelum dilaksanakan, pesalah mesti diperiksa oleh seorang pegawai perubatan kerajaan untuk diperakui bahawa kesihatannya dalam keadaan baik untuk menjalani hukuman itu.

b) Jika pesalah sedang hamil, hukuman hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas melahirkan atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan.

c) Hukuman hendaklah dilaksanakan di depan seorang pegawai perubatan kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh kerajaan.

d) Orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman hendaklah "adil dan matang".

e) Orang itu hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

f) Selepas satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya.

g) Sebatan boleh dibuat ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit.

h) Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syarak.

i) Jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dibuat dalam keadaan dia berdiri dan bagi perempuan, dalam keadaan duduk.

j) Jika semasa pelaksanaan hukuman sebat itu pegawai perubatan kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, ia hendaklah ditangguhkan sehingga diperakui semula tubuhnya sihat.

4. Dalam hal pesalah dihukum sebat sahaja, maka dia hendaklah diperlakukan seolah-olah dia dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga hukuman itu dilaksanakan.

5. Jika pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu - oleh sebab umur tua (lebih 50 tahun), keuzuran atau apa-apa sebab lain - tidak dapat menjalani hukuman pada keseluruhannya atau sebahagiannya, maka kes itu hendaklah dirujuk kepada mahkamah yang boleh memerintahkan hukuman itu dilaksana mengikut cara yang difikirkan munasabah.

Seksyen 126 - Masa melaksana hukuman

Apabila tertuduh dihukum sebat sebagai tambahan kepada penjara, hukuman sebat itu tidak boleh dikenakan jika suatu rayuan dibuat dan sehingga hukuman itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan.

Sebatan itu hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang praktik dan dalam hal suatu rayuan, dengan seberapa segera yang praktik selepas penerimaan perintah Mahkamah Rayuan.

Kaedah pelaksanaan yang diperuntukkan sebenarnya tidak bertentangan dengan hukum syarak yang turut memberi panduan cara pelaksanaannya.

Jika menggunakan rotan atau ranting kayu, ia hendaklah dalam bentuk sederhana ukurannya. Tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua, tidak berbuku-buku atau pecah-pecah atau seumpamanya.

Ia amat penting supaya ia tidak boleh mencedera atau menyebabkan luka parah ke atas pesalah.

Ini kerana hukuman tersebut bukan bertujuan mencederakan pesalah tetapi mencegah dan melarang serta memberi pengajaran kepadanya. Ia selaras dengan hadis riwayat Malik dari Zaid bin Aslam. "Seorang lelaki mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW. Baginda meminta sebatang tongkat untuk menyebat lelaki itu. Apabila tongkat diberi kepadanya, Baginda mendapati ia telah pecah-pecah, lalu Baginda meminta tongkat lain.

Apabila yang kedua dibawa kepadanya, tongkat itu dibuat daripada dahan kayu yang baru dipotong. Rasulullah menolaknya lagi dan meminta tongkat lain. Akhirnya diberi kepada Baginda tongkat sederhana yang tidak keras, Rasulullah menerimanya dan memerintahkan supaya disebat tongkat itu.

Ketika melaksanakan hukuman sebat, cara sebatan hendaklah secara sederhana. Si pelaksana tidak boleh mengangkat tangan hingga ke paras kepalanya atau dengan lain perkataan, tidak boleh mengangkat tinggi tangannya sehingga sampai kepada matlamat dan tujuannya.

Saidina Umar al-Khattab r.a pernah menghukum sebat seorang pesalah di zamannya. Beliau berkata kepada tukang sebat: "Sebatlah dia dan jangan diangkat tanganmu sehingga ternampak ketiak."

Ketika Umar melihat pukulan agak kuat daripada sepatutnya, beliau berkata: "Kamu tidak menghukum tetapi membunuhnya.''

Mengenai bahagian yang disebat, Imam Syafie berpendapat, pukulan hendaklah ditujukan kepada pelbagai anggota tetapi hendaklah menjauhi faraj, rusuk dan semua anggota yang ditakuti membahayakan orang yang disebat.

Ia berdasarkan riwayat Umar al-Khattab bahawa beliau menemui seorang jariah yang sedang dilakukan hadd ke atasnya, lalu beliau berkata maksudnya: "Kamu pergilah kepadanya, pukullah dan janganlah sampai mengoyakkan kulitnya."

Ini kerana maksud daripada hukuman sebat itu adalah mencegah tanpa bertujuan membunuh pesalah.

Ketika disebab, pesalah mesti memakai pakaian menutup aurat. Jika memakai pakaian tebal, hendaklah diganti dengan yang sederhana kerana dibimbangi pukulan tidak dirasai oleh pesalah. Ini berdasarkan riwayat 'Abdullah bin Mas'ud r.a bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada pada umat ini, perebahan, pembogelan, pembelengguan dan pengikatan."

Bagi pesalah hamil, hukuman mesti dilakukan dua bulan selepas melahirkan. Jika dia masih sakit, pelaksanaan mesti ditangguhkan sehingga betul-betul sihat.

Jika penyakitnya tiada harapan sembuh, hukuman hendaklah dijalankan serta-merta dengan syarat, rotan tidak akan mencederakannya.

Diriwayatkan Rasulullah pernah menyuruh supaya dijalankan hukuman sebat ke atas seorang lelaki yang sedang tenat dengan hanya satu pukulan menggunakan seratus mayang tamar yang diikat. Lelaki itu telah berzina dan sepatutnya disebat 100 kali.

Hukuman sebat juga hendaklah dilaksanakan pada masa dan keadaan yang sesuai iaitu tidak dalam cuaca yang sangat panas atau sejuk kerana boleh membawa kemudaratan.

Pelaksanaannya pula hendaklah di depan sekumpulan orang mukmin. Seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Nur ayat 2: "Dan hendaklah pelaksanaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman."

Sementara itu, kertas kerja bertajuk "Peranan institusi penjara dalam pelaksanaan hukuman sebat bagi kes jenayah syariah: satu pandangan" oleh Masran Muhamad pula membezakan hukuman sebat antara pesalah jenayah dan syariah.

1. Saiz Rotan

Bagi pesalah jenayah panjang rotan tidak dinyatakan tetapi bergaris pusat 1.25 sentimeter. Sementara pesalah jenayah syariah pula ialah panjang 1.22 meter dan bergaris pusat 1.25 sentimeter.

2. Pemeriksaan Kesihatan

Bagi pesalah jenayah, pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh mana-mana pegawai perubatan, manakala jenayah syariah oleh pegawai perubatan beragama Islam.

3. Pelaksanaan Hukuman

Bagi pesalah jenayah, sebat dilaksanakan oleh mana-mana pegawai sebat rotan yang dilantik oleh Komisioner Jeneral Penjara, manakala jenayah syariah hanya dilakukan oleh Pegawai Sebat Rotan beragama Islam.

4. Bahagian Anggota yang Disebat

Bagi pesalah jenayah, pukulan sebat hendaklah di bahagian punggung dan ia berbeza dengan jenayah syariah yang meletakkan beberapa pengecualian.

5. Cara Sebatan

Bagi jenayah syariah, tukang sebat tidak boleh mengangkat rotan sehingga ke paras kepala dan pukulan secara sederhana agar tidak melukakan kulit.

6. Kedudukan dan pakaian semasa disebat

Bagi pesalah jenayah, mereka tidak memakai pakaian dan hanya ditutup di bahagian sulit sahaja dan diikat di tripod manakala pesalah syariah lelaki disebat dalam keadaan berdiri dan perempuan duduk dan memakai pakaian menutup aurat.

7. Baki hukuman sebat yang dihentikan

Bagi pesalah jenayah, jika sebahagian atau keseluruhan hukuman sebat tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab kesihatan, maka ia akan dirujuk kepada mahkamah manakala jenayah syariah ia boleh ditangguhkan sehingga pegawai perubatan memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.

8. Orang yang boleh disebat

Bagi pesalah jenayah, perempuan tidak boleh disebat tetapi pesalah jenayah syariah, perempuan tidak dikecualikan.

9. Saksi-saksi

Bagi pesalah jenayah, tiada saksi diperlukan semasa hukuman dilaksanakan tetapi pesalah syariah mesti bersaksikan sekurang-kurangnya empat lelaki Islam.

Maka, hukuman sebat adalah sebagai satu bentuk hukuman dalam Islam yang bertujuan menjaga kebaikan dan kepentingan umum. Islam sentiasa memandang dan mementingkan kebaikan orang ramai lebih utama daripada individu kerana ia boleh menghindari kerosakan, keruntuhan moral dan memberi rasa keinsafan kepada pesalah.

Pelaksanaannya bukanlah bertujuan menzalimi pesalah sebaliknya memberi rasa keinsafan dan pengajaran.

PENULIS ialah Setiausaha Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM).

Tuesday, September 1, 2009

Kucing merdeka

Sehari sebelum Ramadhan, tiba-tiba perkarangan halaman rumah gua dicerobohi 4 ekor anjing. Kecoh kejap, bising gonggong sana sini, lalu gua halau la suruh pergi main jauh-jauh. Musykil pulak kenapa tiba-tiba jadi camtu, check punya check rupa-rupanya ternampak seekor kucing jantan 'warga emas' menyorok atas tayar kereta macam kat gambar tu. Baru la faham, rupanya anjing-anjing tu kejar kucing sekor ni lalu dia mencari perlindungan ke halaman rumah lalu dgn kreatif dia sembunyi secara terperosok atas tayar.

Menyorok atas tayar.. ni gambar dah keluar sikit..


Jadi bila gua pegi tengok dekat2, dia menggigil dan terus memperosokkan diri ke dalam. Bagus juga cara menyorok camtu sebab anjing tu tak dapat la sua kan muncung nak gigit.
Tapi bila dia alihkan sikit badannya maka ternampak lah ekornya dah berdarah dan 'alat' kejantanannya pun macam luka. Ish..ish kesiannnnn...
Gua suruh dia keluar dari tempat persembunyian kerana dia sudah 'Merdeka' dan 'Sekarang sudah aman'.

Walau apapun, kena control hensem..


Tapi dgn muka trauma dan cuak, dia terus duduk dlm dgn kepala terjenguk sikit ke luar, mungkin nak tengok line clear ke tak. Beberapa minit gak dia menyangkutkan diri atas tayar sampai sempat la gua ammik gambar. Pastu gua umpan dgn ikan keli goreng special, tapi dia 'malu-malu kucing' walaupun usia dia nampak mencecah warga emas, tapi tak la sampai umur 52 tahun.

Malu-malu kucing atau malu-malu takut...ikan keli goreng special tak terusik.


Lepas tu orang rumah pun bukak air paip sebab nak basuh lantai. Jadi bila nampak air je terus kucing tu melompat keluar dan melarikan diri dgn laju beb....
Dari tak berapa jauh dia berhenti, aku nampak dia macam dah lega kerana 'Sudah Merdeka' cuma dia takde la laungkan Merdeka!. Itu lah kucing yang dimerdekakan daripada penjajahan, pembulian dan perangai buruk haiwan anjing. Maka tiada lagi lah hidupnya buat masa tu dalam ketakutan kerana tiada lagi penjajah di kawasan daerah jajahannya.
Anjing tu memang tak berperikemanusiaan sebab dia bukan manusia. Tapi anjing tu ada hati perut dlm perut dia pasal tu bila dihalau, dia tahu itu bukan tempat milik dia lalu dia lari. Misalnya, takde la anjing tu menceroboh semenanjung Gaza lepas tu duduk buat macam rumah sendiri.
Kucing tu merdeka tapi dia tahu kemerdekaannya perlu dipertahankan dgn langkah-langkah tertentu kalau tak, boleh jadi kemerdekaannya hilang lagi dan hidup dlm ketakutan semula. Kerana anasir jahat kat luar tu bila-bila boleh datang balik.
Tapi selain ancaman luar, kucing tu tahu jugak agaknya ada ancaman dari dalam sebab kat daerah jajahan dia (sekitar taman perumahan gua) ada beberapa ekor kucing jantan jugak yang masing-masing mahu berebut kuasa, wilayah, kucing betina dan hasil mahsyul.
Semoga kucing tu terus merdeka....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails