Thursday, April 29, 2010

Tajdid : Antara Hakikat dan Dakwaan

Di dalam dua tulisan yang lepas, kita telah cuba menjelaskan tentang falsafah dan kerangka sebenar Tajdid atau pembaharuan. Tajdid dan para Mujaddid, iaitu mereka yang memikul amanah tugas ini, adalah sangat mulia dan terpuji kedudukannya dalam Islam jika betul fahamnya dan kena tempatnya.
Dengan penjelasan itu adalah diharapkan agar kita akan lebih mudah membezakan antara yang Tajdid hakiki dan yang sekadar dakwaan. Memang ada mereka yang mengaku dan mendakwa sebagai penggerak Tajdid sedangkan Tajdid yang hakiki tiada kena mengena dengan apa yang mereka gerakkan.
Bak kata pepatah Arab, “Mereka semua mendakwa sebagai kekasih Laila sedangkan Laila jauh daripada semua dakwaan itu!”.
Tanpa kerangka faham yang betul, orang awam sukar hendak membezakan antara yang hakiki dan yang dakwaan kerana kedua-duanya menggunakan ayat al-Quran dan hadis dalam hujjah mereka.
Kadang-kadang ayat dan hadis yang sama yang dipetik walaupun berlainan syarahnya. Pepatah mengenai Laila di atas pun biasa dipetik oleh Mujaddid dakwaan untuk menyerang mereka yang tidak sefahaman!
Oleh itu untuk keselamatan agama mereka, sangat penting bagi masyarakat awam berpegang dengan petua untuk membezakan antara Tajdid Hakiki dan Dakwaan.

Tuesday, April 27, 2010

Baiki iman, check sakit

Alkisahnya, maka dihantar lah satu jemaah dhaif untuk berusaha meningkatkan iman dan amal umat di sebuah surau untuk tiga hari sejak Jumaat lepas. Baiki, ubati iman amal yg lemah, sakit.


Surau At-Taqwa baru je siap... tapi jemaah dah dua kali masuk...lagi dan lagi nampaknye.

Arakian... berlangsung lah dgn berhempas pulas siang malam dlm bbrp program yg dilaksanakan hingga ada yg tersenguk2 dlm majlis taklim. Alhamdulillah dpt la jumpa sikit sebanyak umat.... umat dahagakan hidayat.

Tapi.... aisye...ehem ehem..
Bila ada free time, lain pulak dibuatnya, iaitu melakukan pemeriksaan dan rawatan kesihatan, al maklumlah kesedaran terhadap kesihatan zaman sekarang ni semakin tinggi, lagi pulak umur pun dah meningkat. 
Jadi ada pulak sorang ahli jemaah membawa alat akipuntur elektronik maka macam orang yang mengantuk disorongkan bedding la sesetengah kami dibuatnya!

Salah sorang ahli jemaah dicheck... kena tahan sbb makin serius penyakit tu, makin kuat signal sakit yg dirasai. Ada juga level yg boleh pilih... (sakit ooOOO).


Kalau akipuntur cina pakai jarum tajam, tapi yg ni modern punya, cuma kenakan muncung besi depan dia je kpd point-point pada tapak tangan dan sebelahnya untuk mengesan pelbagai penyakit.
Penyakit apa nak check? Kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, kolestrol, buah pinggang, tulang, kesihatan lelaki, semua boleh. (Tapi H1N1, HIV TAK boleh la...)
Selepas diperiksa, ada yg disahkan berpenyakit kencing manis dan ada ramai yg didapati berpotensi menghidap bbrp penyakit. Saya didapati berpotensi utk bbrpa penyakit.... ish ish....  

Wednesday, April 21, 2010

Tajdid atau meruntuh?

MINGGU lepas, kita telah cuba memurnikan kefahaman tentang tajdid atau pembaharuan dalam Islam. Ia supaya kita tidak tersilap dalam memahami dan menghayatinya. Tersilap memahami tajdid dalam Islam bukannya perkara kecil kerana ia boleh membawa akibat yang besar.
Ia boleh menyebabkan seseorang itu menolak kesepakatan dan pandangan yang kuat dalam cabang-cabang utama agama akidah-syariah-akhlak.
Salah faham terhadap tajdid juga boleh mendorong seseorang itu memandang rendah, memperlekeh bahkan menghina tokoh-tokoh ulama pewaris Nabi SAW.
Di peringkat masyarakat dan umat pula, faham tajdid yang salah boleh menimbulkan perpecahan lantas melemahkan kekuatan dalaman dan jati diri umat. Suatu keadaan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang iri hati dengan Islam.

Sunday, April 18, 2010

Suasana penamaan calon

SUASANA sunyi pada waktu pagi bukan jarang-jarang berlaku tapi sepi ini ialah selepas sesi taklim setelah solat subuh di sebuah surau, baru-baru ini.
Semua yang hadir mesyuarat memusatkan fikiran terhadap nama-nama calon yang hendak diusahakan untuk bersama jemaah 3 hari minggu keempat bulan ini.
Selain itu, seorang rakan seusaha sudah siap hendak khuruj 40 hari. Tapi ada sikit lagi yang perlu diusahakan, khabarnya beg dan beddingnya pun sudah disiapkan isterinya.
Semoga Allah permudahkan.
Bagi jemaah 3 hari, lebih-lebih lagi tertib terbaru berkehendakkan agar tiga orang bawa tiga lagi orang baru untuk dibentuk satu jemaah sempurna sekurang-kurangnya enam orang. Jadi nama-nama calon disenaraikan oleh masing-masing yang hadir dan cadangan diberikan bagaimana hendak diusahakan ke arah itu di route yang telah diputuskan mesyuarat halqah.
Seorang Haji menjadi amer sab. Keperluan dunianya ialah bertanggungjawab besar dalam pembinaan CIQ dan isu Jambatan Bengkok yang pernah menjadi kontroversi antara Malaysia-Singapura suatu ketika dahulu. Tetapi dalam mesyuarat agama, beliau adalah amer yang amat tawaduk dengan fikir risau, perkara dunia dikecilkan.
Takaza dibentang, lalu amer sab mengagih-agihkan tanggungjawab dan delegate tugasan.
Saya diberikan 'hadiah' untuk lakukan sikit-sikit apa yang patut.  
Selepas diusahakan apa yang dirancangkan, selebihnya berdoa sahaja supaya penamaan calon-calon itu termasuk mereka yang menghadiri mesyuarat harian mahallah ini dapat dikeluarkan di jalan Allah 3 hari, 40 hari, 4 bulan lagi dan lagi.
Ini lah suasana penamaan calon hari-hari, minggu-minggu, bulan-bulan dan seterusnya. Yang penting bagi nama dulu. Sedia?

Tuesday, April 13, 2010

Polemik tajdid dan pembaharuan

DI antara isu yang sering menjadi punca tergelincir langkah dalam memahami dan menghayati Islam adalah isu tajdid atau pembaharuan dalam agama.
Jika tidak berhati-hati dan tanpa perlindungan Ilahi, ramai yang mungkin terkeliru dalam beberapa persoalan pokok berkaitan soal pembaharuan ini.
Antara persoalan pokok di sekitar tajdid termasuklah falsafah pembaharuan yang sahih dan diterima dalam Islam, skop atau ruang untuk pembaharuan dan kaedah serta manhaj untuk pembaharuan agama.
Akhirnya pemahaman terhadap semua persoalan ini akan memandu kita mengenalpasti siapakah para mujaddid atau pembaharu sebenar, dulu dan kini.
Kekeliruan dalam soal ini mudah berlaku kerana sering ada pihak yang cuba bercakap atas nama pembaharuan kalaupun mereka dan aliran pemikiran mereka menyimpang daripada fahaman tajdid yang murni dalam Islam.

Saturday, April 10, 2010

Bersosial

A adalah budak yg belum nak jadi rakan seusaha manakala B ialah budak yg baru belajar buat usaha tapi belum dapat2 lagi istiqamah. Perbualan mereka direkodkan seperti di bawah:

A: Jom main boling malam ni
B: Tak dapat la...ada hal, ada program ziarah kat surau
A: Alaa... ko ni tak sosial la
B: Apa pulak tak sosial... aku ada facebook apa, laman sosial tu, kira sosial la tu.

------>boleh ke fb jadi penanda aras bagi seseorang dianggap sosial?

[Ziarah rumah ke rumah tu mmbentuk hubungan sosial sesama insan yg positif tahap tertinggi la, face to 'face' lagi, tangguh ziarah balik surau bubuh nama org yg jumpa dalam 'book' (buku mesyuarat mahalah, ada time sesuai boleh diduajamsetengahkan).

Ikut cara Nabi SAW ada kejayaan dunia akhirat.]

Monday, April 5, 2010

Adakah kita produktif?

Satu perbincangan yang kerap masyarakat terjebak khususnya orang Melayu ialah 'siapa yang lebih dahulu'. Seperti cerita antara 'telur ayam' dengan 'ayam itu' siapa kah yang lebih dahulu ada?
Kalau telur ayam dahulu, siapa pula yang mengeluarkan telur itu? Tentu lah ayam terlebih dahulu ada, tetapi ayam itu tentu berasal dari telur terlebih dahulu, jadi tentu lah telur dahulu?
Bagaimanapun N3 ni bukan bertujuan hendak menyelesaikan isu tersebut, sebaliknya ia hanya contoh polemik dalam masyarakat dalam isu tertentu hingga persoalan tidak sudah-sudah.
Persoalan sebegini banyak kesnya adalah tak produktif tetapi diselesaikan secara tak produktif juga dalam masyarakat kerana kebanyakkan menuju ke arah menyalahkan orang lain.
Contohnya, dalam masyarakat ada dua lapisan dominan iaitu pemimpin dan rakyat. Jumlah pemimpin adalah sedikit dan kadang kala mereka dipanggil golongan elit. Ini amat mudah difahami dalam teori elitisme.
Golongan elitist juga mempunyai banyak lapis antara pihak judiciary, executive dan legislative dalam sesebuah kerajaan.

Thursday, April 1, 2010

Mahu jadi Wali?

Pernahkah anda berjumpa orang yg mengaku wali? Atau pernah jumpa seorang kuali wali? atau wali nikah, wali hakim?
Tak tahu tahap mana warak atau alimnya, tiba-tiba ada lima budak laki yang berani mengaku wali di hujung semenanjung ni. Tapi datang dari Indon. Shownya Sabtu ni. Posternya bersepah di tiang2 jalan.
Menggigil la budak-budak remaja hingga tua, lelaki perempuan tak tahan keghairahan hendak membeli tiket, walau apa jua keadaan. Harga RM38 hingga RM108 seorang kalau tak silap. Amende la, membazir camtu!

Apa sudah jadi?

Di Msia ni, banyak kes apa yang diucapkan mulut tidak sama apa yg diamalkan. Cakap tak serupa bikini bikin!
Rakyat Msia kononnya tak selesa dengan kebanjiran warga asing kerana:
1) Jumlahnya semakin banyak sama ada yg masuk sah atau tak sah, macam tak terkawal.
2) Memandang lekeh Indon yg kerja peringkat bawahan, walaupun rejekinya halal pak! (orang Msia hampeh  tak nak buat pulak kerja camtu)
3) Banyak kes jenayah pecah rumah, pukau dan sebagainya disyaki oleh warga asing.
4) .....dan banyak sebab lagi

Tetapi sebenarnya, apa yang orang Malaysia buat? antaranya:
1) Tanpa segan silu jadi peminat nombor 1 lagu artis Indon. Sejak zaman dulu...hetty kos endang, beory..etc
2) Suke yakmat tengok sinetron, filem Indon, sundal bolong, maklampir etc.
3) Terpaksa harap buruh asing bina rumah di construction site utk rakyat Msia.
4) Dera indon, yang jadi pemantu rumah pun disuruh jaga kedai, basuh kereta, yang Islam pun disuruh makan tak halal.
5) Ambik duit drpd tekong2 utk lepaskan Indon yg masuk menyeludup secara haram.
6) Pau warga asing yg takde permit dgn cara tahan secara rambang di tepi2 jalan.
7) Anak2 dara Msia bercinta dengan jejaka Lombok lalu lari ke Lombok kerja  kampung.
8) Isap rokok kretek Indon yg diseludup
9) .... dan banyak lagi

Apa sudah jadi?

Hakikatnya, usaha dakwah di Indon bergerak maju. Orang Msia diminta hantar banyak jemaah ke Indon tapi khabarnya masih belum dapat banyak lagi.
Kalau kita tak ke sana pun, mereka tetap datang ke sini. Mana yang anda mahu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails