Thursday, April 1, 2010

Mahu jadi Wali?

Pernahkah anda berjumpa orang yg mengaku wali? Atau pernah jumpa seorang kuali wali? atau wali nikah, wali hakim?
Tak tahu tahap mana warak atau alimnya, tiba-tiba ada lima budak laki yang berani mengaku wali di hujung semenanjung ni. Tapi datang dari Indon. Shownya Sabtu ni. Posternya bersepah di tiang2 jalan.
Menggigil la budak-budak remaja hingga tua, lelaki perempuan tak tahan keghairahan hendak membeli tiket, walau apa jua keadaan. Harga RM38 hingga RM108 seorang kalau tak silap. Amende la, membazir camtu!

Apa sudah jadi?

Di Msia ni, banyak kes apa yang diucapkan mulut tidak sama apa yg diamalkan. Cakap tak serupa bikini bikin!
Rakyat Msia kononnya tak selesa dengan kebanjiran warga asing kerana:
1) Jumlahnya semakin banyak sama ada yg masuk sah atau tak sah, macam tak terkawal.
2) Memandang lekeh Indon yg kerja peringkat bawahan, walaupun rejekinya halal pak! (orang Msia hampeh  tak nak buat pulak kerja camtu)
3) Banyak kes jenayah pecah rumah, pukau dan sebagainya disyaki oleh warga asing.
4) .....dan banyak sebab lagi

Tetapi sebenarnya, apa yang orang Malaysia buat? antaranya:
1) Tanpa segan silu jadi peminat nombor 1 lagu artis Indon. Sejak zaman dulu...hetty kos endang, beory..etc
2) Suke yakmat tengok sinetron, filem Indon, sundal bolong, maklampir etc.
3) Terpaksa harap buruh asing bina rumah di construction site utk rakyat Msia.
4) Dera indon, yang jadi pemantu rumah pun disuruh jaga kedai, basuh kereta, yang Islam pun disuruh makan tak halal.
5) Ambik duit drpd tekong2 utk lepaskan Indon yg masuk menyeludup secara haram.
6) Pau warga asing yg takde permit dgn cara tahan secara rambang di tepi2 jalan.
7) Anak2 dara Msia bercinta dengan jejaka Lombok lalu lari ke Lombok kerja  kampung.
8) Isap rokok kretek Indon yg diseludup
9) .... dan banyak lagi

Apa sudah jadi?

Hakikatnya, usaha dakwah di Indon bergerak maju. Orang Msia diminta hantar banyak jemaah ke Indon tapi khabarnya masih belum dapat banyak lagi.
Kalau kita tak ke sana pun, mereka tetap datang ke sini. Mana yang anda mahu?

6 comments:

hainur hapis said...

Semoga kita semua maju dlm usaha Agama Insya Allah

Doa Tuan2 Insya Allah

Peluncur Islam said...

aiiii ini tak boleh jadi ni.. wali pun datang jgk malaysia...

nak tambah yang terbaru ...
buat cet geram.. ada ke patut nama Maulana ada dalam AF.. naik menyampah...

rosak nama sbg maulana.. padahal nama je..

ya Allah hidayah umat ini

Umma-ali said...

salam,
suami saya pun dah dpt darjat wali...wali nikah...
tak lama lagi dapat pingat Datuk pulak...
dapatle saya merasa jadi datin...eh, nenek laa...huhu.

Ishak Zaini said...

aslmkm..

bawa cahaya, insyaAllah kegelapan akan hilang.. :)

Munir Kangsari said...

Bang, jom p

Ziarah76 said...

hainur,
Nak maju saya kena tambah korban dan sambut takaza


peluncur Islam,
kalau wali songo takpe jugak.
tu salah guna nama maulana tu...
mau lena lagi bagus


umma-ali,
tu pingat darjat tinggi. Insya-Allah saya pun ada potensi nak dapat, anak perempuan stakat ni ada 2 orang.

Ishak Zaini,
Jangan marah2 kpd si gelap, bawa si nur, si gelap lari.

Munir,
Jom...tp kena tafakud dulu sblm jemaah dibentuk ke Indon.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails