Thursday, December 22, 2011

Doa beramai-ramai...

بسم الله الرحمن الرحيم

Doa penutup ijtimak oleh Maulana Yusof rah

Ya Allah ya tuhan kami! Ampunilah kesalahan-kesalahan kami, ya Allah ampunilah dosa kedua-dua ibu bapa kami, ya Allah ampunilah dosa dan kemaksiatan saudara mara kami, ya Allah ampuni lah dosa dan kejahatan anak isteri kami, ya Allah ampunilah dosa dan kesalahan umat Muhammad s.a.w. Ya Allah! kami bersalah, kami berdosa, kami telah mnzalimi diri kami, jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. Ya Allah, Engkau Amat Mengetahui bahawa kami telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tidak terkira banyaknya, kami mendurhakai-Mu, kami tetap bersikap acih tak acuh terhadap perintahMu, tetapi ya Allah! Kami sedar dan insaf kami bertaubat kepadaMu maka terimalah taubat kami dan ampunilah kami. Ya Allah Ya Tuhan kami! Kami beradadalam kancah kemaksiatan dan kejahatan, ya Allah masa hayat kami hampir berakhir dalam mengikut nafsu, wahai Yang Maha Pengasih! Kami telah terbenam dalam keduniaan da dunia ini telah menjadi pujaan kami, wahai Yang Maha Pengampun!  dalam megutamakan dunia maka segala kebolehan dan tenaga telah kami sia-siakan, wahai Yang Maha Rahman, kami telah menyeleweng dari agamaMu yang telah menjadi kesalahan palijg besar maka ampunilah kesalahan kami yang paling besarnitu. Wahai Yang Maha Rahim, kami benar-benar telah insaf bahawa yang penyelewengan dari agamaMu telah mencampakkan kami ke dalam kancah kejahatan dan kebinasaan dan penyelewengan dari agamaMu telah melenyapkan dari kami segala rupa kebaikan yang dahulunya Engkau telah kurniakan kepada kami. Ya Allah, ampunilah kami segala kesalahan kami itu, ampunilah segala kesalahan umat Muhammad s.a.w. Ya Allah, tugas yang diletakkan oleh PesuruhMu Muhammad s.a.w ke atas bahu kami telah kami campakkan dan kami telah menyerahkan agama kami kepada anasir-anasir yang tetap menjauhkan kami daripada ajaran-ajaran kekasihMu Muhammad s.a.w. Ya Tuhan Yang Maha Rahman, kasihani lah kami,t ya Allah kasihanilah kami, kasihanilah kami ya Allah...............      


-doa di atas hanya permulaan dan sebenarnya ia lebih panjang lagi seperti yang dipetik dari buku berjudul 'Doa dan Zikir Rasulullah s.a.w.'

Tuesday, November 8, 2011

Sentiasa pertingkatkan keimanan


Perutusan Aidiladha Muhyiddin pada 5 Nov. 2011.
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Umat Islam diminta  menyemarakkan ajaran agama itu yang  menggalakkan seruan ke arah kebaikan dan  mencegah kemungkaran bagi menangkis  gejala-gejala yang boleh melalaikan diri daripada  mentaati perintah Allah.
Maulana Hamid mengimamkan solat Zuhur di Ijtimak Nilai.
Muhyiddin turut serta. 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin  Yassin berkata, seruan ‘al-amr bil ma'ruf’ dan  ‘al-nahyu anil-munkar’ yang diterapkan oleh agama  Islam adalah benteng terbaik untuk menghadapi  cabaran keimanan, di dalam konteks kehidupan  masyarakat yang semakin kompleks.
“Saya yakin dengan adanya usaha berterusan  daripada pelbagai pihak untuk menyeru ke arah  kebaikan dan membimbing masyarakat menjauhi  kemungkaran, kita akan dapat mewujudkan  sebuah masyarakat yang harmoni,  bermoral dan  berakhlak mulia,'' katanya dalam perutusan  Aidiladha yang dikeluarkan di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, kesepaduan umat Islam untuk  membimbing masyarakat agar sentiasa mentaati  perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.  akan menjadikan umat Islam sentiasa dipandang  mulia.
Dalam perutusan itu Timbalan Perdana Menteri  turut menyarankan umat Islam supaya  menghargai nikmat keimanan kepada Allah dan  sentiasa berusaha memperkukuh dan  meningkatkan keimanan dengan mentaati segala  suruhan dan menjauhi segala laranganNya.
Prof. Abdul Rahman memberi taklimat ringkas kepada
Muhyiddin di Ijtimak Nilai. 
Sejajar dengan sambutan Aidiladha yang disambut  esok, beliau turut mengingatkan umat Islam  menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan  ketaatan anaknya Nabi Ismail menunaikan  perintah Allah.
“Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban tidak  dapat dipisahkan daripada ibadah korban.  Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia  merupakan hari untuk umat Islam memperingati   kisah pengorbanan Nabi Ibrahim  dan  kesabaran  tiada tara anaknya Nabi Ismail dalam mentaati  perintah Allah.
“Pengorbanan yang dilakukan Nabi Ibrahim  membuktikan kemuncak takwanya kepada Allah   SWT,'' katanya.
Selain itu, penghayatan juga harus diberikan  kepada junjungan besar Nabi Muhammad, para  sahabat dan ulama yang menyebarkan Islam ke  seluruh alam.
 "Alhamdulillah, dengan pengorbanan yang  dilakukan oleh mereka dalam menyebar syiar dan   dakwah Islam, kita telah menerima sinar hidayah  paling bermakna untuk menjadi umat terpilih,  umat yang beriman kepada keesaan Allah SWT   dan kerasulan Nabi Muhammad,'' katanya.
Bersempena sambutan itu, Timbalan Perdana  Menteri dan keluarga mengucapkan Selamat Hari  Raya Aidiladha kepada umat Islam di seluruh  negara dan rakyat Malaysia yang meraikannya di  seluruh dunia.

---------END------------

NOTA: Blog ini bukan blog politik, jadi ketepikan soal perbezaan politik, kerana jika ada unsur politik maka seruan TPM di atas mungkin tidak mahu dipersetujui oleh musuh politiknya. Hakikatnya, apa yang benar tetap benar walau siapa sahaja yang memperkatakannya. Di sini, apa yang dikatakan Muhyiddin adalah benar dan kita perlu menyokongnya!

Monday, November 7, 2011

Korban perasaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat menyambut Aidiladha kepada semua pembaca dan pengunjung Ziarah76 walau di manapun berada.
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s yang didengari berulang kali, mudah-mudahan memberi keinsafan mendalam kepada kita semua.
Satu ketika semasa hampir-hampir menjelang aidiladha beberapa tahun-tahun dulu, saya berkesempatan menghadiri majlis penerangan untuk wanita (bayan masturat). Walaupun ia adalah untuk golongan ibu-ibu tetapi golongan suami turut boleh mengikutinya di tempat yang berasingan manakala si penceramah juga dipisahkan oleh dinding dan tabir ketika menyampaikan ceramah kepada golongan ibu-ibu.Ceramah diberikan oleh seorang ustaz. Dalam beberapa perkara yang disentuh ustaz itu, beliau turut bercerita mengenai ibadat korban yang mana ketika itu amat bersesuaian untuk disentuh.
Dalam salah satu ceritanya, beliau memberitahu tentang kisah seorang ulama di sebuah negara (sama ada di India atau di Pakistan - saya sudah tidak ingat negara mana).
Ulama ini membela seekor lembu sejak ia kecil hingga cukup umur untuk tujuan ibadat korban.
Sabar menunggu turn...
Ulama ini dengan sengaja membelanya dengan penuh kasih sayang dan menjaga dengan begitu berhati-hati, sakit sihat, makan minum dijaga oleh ulama sendiri ini seolah-olah seperti seorang ayah menjaga seorang anak, sehinggalah lembu itu besar. Lembu ini juga dikatakan mengenali tuannya kerana membesar di hadapan mata tuannya dan terdapat beberapa sifat yang menggambarkan betapa lembu itu amat rapat hubungannya dengan tuannya iaitu ulama ini.
Dan apabila lembu itu cukup umur dan 10 Zulhijjah sudah tiba, maka ulama tadi akan membawa lembu kesayangannya tadi untuk disembelih. Maka apabila semuanya sudah siap, maka ulama itu pun menyembelihlah lembu kesayangannya dan apabila beliau menyembelih lembu itu, beliau akan terasa satu mujahadah perasaan dalam dirinya iaitu menyembelih perasaan sayang itu.
Ulama itu sengaja cuba merasai rasa menyembelih perasaan kasih sayang itu berbanding hanya menyembelih haiwan ternakan yang tiada apa-apa kaitan dalam hidupnya.
Ulama itu mahu sekurang-kurangnya mahu mendapatkan satu perasaan menyembelih sesuatu yang disayanginya, walaupun ia hanya seekor lembu. Begitulah kelakukan seorang ulama yang mana saya tidak pernah mendengar kisah sebegitu sebelum ini.
Namun kisahnya itu begitu menyentuh pendengar. Lebih-lebih lagi, dari segi benda dunia, tentulah ada bezanya antara kita memberi sesuatu yang kita sayangi berbanding dengan sesuatu yang kita tak sayang.
Pengajaran kisah ini ialah menyeru pendengar membuat pengorbanan terutama apa yang kita sayang untuk agama Allah.

Sunday, October 30, 2011

Purdah dan tamsilan gril pintu...

Dlm beberapa minggu yang lepas sewaktu khuruj, saya berkesempatan menghadiri satu majlis ilmu yang disampaikan oleh seorang ustaz tempatan. Penyampaiannya begitu menarik, suaranya jelas lagi terang. Serba sedikit dapatlah saya menambah ilmu maklumat di dada yang serba kurang ini.
Banyak perkara menarik yang disentuh dan tak dapat lah ditulis di sini. Ustaz ini bukanlah rakan seusaha tetapi amat prihatin dan menyukai jemaah. Semasa berceramah beliau beberapa kali memuji jemaah tabligh berdasarkan pengalamannya yang lalu dan pengamatannya terhadap jemaah tabligh.
Ceritanya, satu ketika dia pernah ke UK atas sesuatu urusan dan tiba-tiba entah bagaimana cerita dia berada di salah satu markaz tabligh. Katanya, beliau kagum dengan jemaah yang berada di sana dan orang Islam yang teguh menjaga agama walaupun berada di negara bukan Islam. Dia juga kagum apabila mendapat maklumat mengenai ijtimak tabligh di beberapa negara yang dihadiri begitu ramai jemaah. Dia memuji orang yang sanggup bermujahadah kerana agama, tinggal anak isteri dan sebagainya, teguh mengamalkan sunnah, dugaan macam-macam, syaitan pun cuba sedaya upaya halang orang berjihad di jalan Allah. (tajuk asal kuliah dia lebih kurang bertajuk ialah sifat syaitan yang perlu kita ketahui untuk dijauhi).
Beliau bercerita lagi. Satu ketika, semasa masih bekerja (sekarang dia dah pencen kerja dari pasukan keselamatan negara), bos dia memberitahu, bahawa bosnya itu tidak suka dengan orang pakai purdah kerana atas alasan menutup aurat yang biasa sudah cukup dan memadai. Ustaz itu bingkas bangun lalu mempertahankan pemakaian purdah.
Kata Ustaz tu: "Tuan tau (tahu) ka apa dia yang dikatakan pakaian-pakaian orang Islam?
"Kalau tak tahu jangan banyak cakap pasal benda yang tak tau."
Memandangkan bos dia adalah orang dunia, maka, ustaz itu mahu menjawap dengan lojik akal orang dunia juga.
Terus dia mendapat ilham dan bercakap: "Macam kita tengok rumah. Kan di setiap rumah dah ada pintu untuk keselamatan maka kita bulih tutup kalau tak mau bagi sapa-sapa masuk.
"Habis tu, kan pintu sudah cukup tetapi napa sudah ada pintu kita mau bubuh gril lagi? Bubuh pagaq(r) lagi?
"Kat situ maknanya, sekadar pintu saja tak cukup tapi kita mau lebih selamat lagi. Kalau crita macam ni kita faham. Tapi awat kalau orang pakai purdah kita tak faham.
"Di situ, bila pakai purdah dia lebih selamat lagi."
"Purdah ini pakaian isteri-isteri Nabi s.a.w dan isteri sahabat r.hum, kita jangan cakap benda kita tak tau," tegasnya.
Ustaz tu bagaimanapun tak memberitahu lebih lanjut apa reaksi bosnya akibat bantahan spontannya dalam cerita itu. Adakah ustaz itu diturunkan pangkat atau dinaikkan pangkat atau tidak diapa-apakan. 
Begitu juga, Ustaz tu pun bercerita, jika ada orang yang mempertikaikan sunnah-sunnah nabi sebenarnya orang itu dalam bahaya, kerana dikhuatiri boleh tergelincir imannya.

Saturday, October 29, 2011

Tabligh Jamaat (What Is Tabligh)

بسم الله الرحمن الرحيم


History
It was founded in the late 1920s by the Deobandi cleric Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi in the Mewat province of India. Maulana Ilyas put forward the slogan, ‘Aye Musalmano! Musalman bano’ (O Muslims! Be Muslims).
It is strictly a non political movement. The Tablighis work at grass roots level reaching out to Muslims across the economic and social spectrum.
Originally started in Delhi, India, the movement has spread to 150 countries and has an active following estimated to be between 70 to 80 million devout followers.

Thursday, October 27, 2011

Sebut betul-betul...'mursyid'

BEBERAPA tahun dahulu, saya dihantar ke suatu kawasan di Utara untuk tempoh 40 hari berada di jalan Allah.
Kebanyakan ahli jemaah adalah dari halqah (kawasan) sendiri iaitu di selatan tanah air. Salah seorangnya adalah seorang pemuda yang pertama kali membelanjakan diri, masa dan harta bagi tempoh 40 hari. Kalau tak silap beliau pun baru satu atau dua kali keluar 3 hari sebelum itu, dan terus ke cillah 40 hari itu.
Walaupun begitu, jazbah beliau sentiasa tinggi dan kalau kita bersembang dengannya, menerusi akhlak dan keterampilannya maka kita akan terasa seolah-olah dia seperti orang lama terlibat dalam usaha.
Beliau juga seorang yang tekun dan bersungguh-sungguh hingga saya sendiri kadang kala terkesan dengan sifatnya.
Satu hari semasa awal tempoh cillah itu, dalam mesyuarat pagi, amir yakni ketua jemaah memutuskan beliau untuk memberi bayan subuh, iaitu ceramah penerangan selepas solat Subuh.
Beliau taat kepada keputusan walaupun nampak seperti keberatan dan ada juga mengesyorkan nama rakan lain. Dia tidak memberi sebarang alasan atau tekan syor tetapi hanya diam dan taat.
Selepas habis mesyuarat, ketika bersembang, dia menyatakan kerisauan kerana dia masih belum boleh bercakap enam perkara sifat sahabat yang mana kebiasaan disampaikan pada bayan subuh. Lagipun, katanya, memandangkan ia adalah kali pertama bayan subuh dalam hidupnya maka dia bimbang akan berasa gugup nanti kerana kurang bersedia.
Namun, rakan lain memberi semangat, dorongan dan menyakinkan beliau boleh melaksanakan tugas tersebut dengan jayanya dan niat untuk belajar, untuk diri sendiri. Lagipun, beliau sudah beberapa kali bermuzakarah dengan rakan seusaha mengenai 6 sifat sahabat itu.
Seorang rakan kami menenangkan perasaannya: "Alaa bayan subuh mana ada orang tempatan duduk... kita-kita je yang duduk, jadi apa nak risau."
Maka sepanjang hari berjalan lancar dan beliau kelihatan lebih tawajuh.
Apabila tiba saatnya iaitu pada selepas solat subuh maka bangunlah beliau lalu duduk di kerusi depan ruang solat untuk memberi bayan subuh.
Beliau memulakan pengucapannya dengan baik tetapi tersekat-sekat, buah-buah bayan adalah seperti orang menghafal sesuatu berkisar mengenai maksud, kelebihan dan cara nak dapatkan.
Apabila selesai hakikat kalimah maka masuk ke bab hakikat solat, beliau nampak berasa seperti sudah selesa dan bertambah bersemangat.
Sebahagian ahli jemaah mendengar dengan khusyuk dan sebahagian lagi 'teramat' khusyuk hingga kepalanya tertunduk ke bawah. Terdapat rakan seusaha tempatan dan juga seorang orang tempatan.
Tiba-tiba apabila sampai ke bab ilmu dan zikir, berlaku sedikit kekecohan.
Mana tidaknya, beliau berkata,".... ilmu masaile kita kena belajar dengan ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang musyrik..."
Nahh..ambik kau. Orang tempatan wajahnya terpinga-pinga mendengar 'mursyik' manakala dua, tiga orang rakan seusaha di depan pun cuba membetulkan percakapan: "...mursyid! mursyid!..."
Tapi sebab kereta dah laju jalan susah nak break, beliau terus jalan bayan kerana tak prasan terjadi kesilapan sebutan, tapi mujur tak jauh beliau tersedar, lalu membetulkannya.
Terdengar kekecohan kecil tu, ahli jemaah yang tunduk kepalanya kerana 'amat khusyuk' pun tiba-tiba terjaga dan terpinga-pinga juga lalu tanya 'apa hal?'.
Bayan diteruskan hingga ke akhir dengan lebih berhati-hati.
Apapun, selepas kejadian itu, kami pun tergelak bila mengenangkan kejadian itu. Tetapi hikmah daripada kejadian itu dan berkat beliau taat amir, mesyuarat, dikhabarkan hari ini beliau adalah salah seorang rakan seusaha yang mantap jika diputuskan memberi bayan dan juga hari ini dikatakan beliau lebih maju dalam usaha dan memberi pengorbanan untuk agama.

Tuesday, October 25, 2011

Memahami Tabarruk - perbuatan mengambil berkat

بسم الله الرحمن الرحيم


Ruang ini akan membahaskan  persoalan tabarruk atau perbuatan mengambil  berkat daripada seseorang atau sesuatu.  Kefahaman atau salah faham tentang persoalan  ini juga timbul dalam masyarakat kita.
Ramai umat Islam yang tidak memahami hakikat  tabarruk sama ada dengan Nabi SAW atau pun  kesan-kesan pusaka peninggalan Baginda SAW,  keluarganya, ulama pewaris Nabi dan para wali,  rahimahumullah.
Mereka menganggap orang yang mengambil jalan  tabarruk, melakukan kesyirikan dan kesesatan  lantaran kerana penelitian mereka yang sempit  dan pemahaman akal mereka yang senteng.
Sebelum dijelaskan dalil-dalil dan bukti-bukti yang  menunjukkan bahawa tabarruk diharuskan,  bahkan juga disyariatkan, sewajarnya kita ketahui  bahawa tabarruk itu tidak lain dan tidak bukan,  hanyalah amalan tawassul kepada Allah SWT  melalui perantaraan makhluk yang diambil berkat  daripadanya itu; sama ada berupa kesan  peninggalan, tempat atau seseorang manusia.
Adapun benda-benda yang mulia; dijadikan  sebagai alat bertabarruk kerana dipercayai  mempunyai kelebihan dan pendekatan dengan  Allah SWT. Meskipun demikian, tetap dipercayai  bahawa mereka itu lemah untuk mendatangkan  manfaat atau menolak mudarat, kecuali dengan  izin Allah SWT.
Sementara, barang-barang peninggalan; dijadikan  alat bertabarruk kerana disandarkan kepada  individu atau orang-orang yang mulia tersebut.  Maka ia menjadi mulia kerana kemuliaan mereka.  Ia juga menjadi agung, besar dan dikasihi kerana  mereka, sama ada para nabi, rasul, ulama dan  wali.
Begitu juga dengan tempat. Ia menjadi tempat  yang berkat bukan semata-mata kerana tempat  tersebut, tetapi  kerana berlaku di tempat tersebut  perkara-perkara kebaikan dan kebajikan; seperti  solat, puasa dan ibadah-ibadah lain yang dilakukan  oleh hamba-hamba Allah yang soleh.
Dengan kebaikan yang mereka lakukan di tempat  tersebut, maka di situ diturunkan rahmat, dihadiri  oleh malaikat dan diliputi ketenangan. Inilah  keberkatan yang dituntut daripada Allah di  tempat-tempat yang dimaksudkan.
Keberkatan ini boleh didapati di tempat-tempat  tersebut melalui tawajjuh (menghadapkan  permohonan) kepada Allah, berdoa kepada-Nya,  beristighfar dan mengingati peristiwa-peristiwa  penting dan mulia yang berlaku di tempat  tersebut.
Dengan mengingati peristiwa mulia tersebut, akan  menggerakkan jiwa-jiwa, membangkitkan  keazaman dan semangat untuk mencontohi  insan-insan yang telah berjaya dan soleh.
Di bawah dipersembahkan nas-nas ini yang dipetik  daripada risalah khusus Prof. Dr. Sayyid  Muhammad ‘Alawi al-Maliki yang bertajuk  al-Barakah (keberkatan).

Bertabarruk dengan rambut dan ludah baginda  SAW
Daripada Ja’far ibn Abdullah ibn al-Hakam,  meriwayatkan: Bahawa Khalid ibn al Walid r.a  kehilangan kopiah pada hari peperangan  Yarmuk.
Dia berkata: “Carilah kopiah itu” Tetapi, para  tentera tidak menemuinya. Khalid r.a berkata lagi,  “Carilah lagi!” Akhirnya mereka menemuinya.  Ternyata kopiah yang dicarinya itu hanyalah kopiah  yang sudah usang.
Khalid r.a berkata: “Rasulullah SAW pernah  mengerjakan umrah, lalu mencukur rambutnya.  Orang ramai pun berebut-rebut hendak  mendapatkan rambut Baginda SAW yang telah  terpotong itu. Aku mendahului mereka untuk  mendapatkan rambut daripada bahagian ubun  kepala Baginda SAW.
Setelah mendapatnya, aku menyimpannya di  dalam kopiah ini. Maka tidak ada peperangan pun  yang aku ikuti dengan membawa kopiah ini  bersamaku, melainkan aku diberikan  kemenangan”. (Berkata al Haithami: Telah  meriwayatkan hadis ini al Tabrani dan Abu Ya’la  juga meriwayatkan riwayat yang sama. Rijal  kedua-duanya adalah sahih. Majma’ al Zawaid  9:349. Hadis ini disebut oleh Ibnu Hajar di dalam  al-Matolib al-‘Aaliah 4:90)
Diriwayatkan daripada Malik ibn Hamzah ibn Abu  Usaid al-Sa’idi al-Khazraji, daripada ayahnya,  daripada datuknya Abu Usaid, dia mempunyai  sebuah perigi di Madinah yang dikenali dengan  Telaga Budha’ah.
Nabi Muhammad SAW pernah berludah ke dalam  perigi itu. Maka dia meminum air dari perigi itu,  seraya memohon keberkatan dengannya.  (Riwayat al-Tabrani dan rijalnya adalah  dipercayai).

Keadaan sahabat bersama Rasulullah SAW
‘Urwah ibn Mas’ud pernah menggambarkan  keadaan para sahabat r.a bersama Nabi  Muhammad SAW.
Imam al-Bukhari meriwayatkan dengan sanadnya  kepada al-Masur ibn Makhramah dan Marwan,  kedua-duanya berkata: ‘Urwah pun kembali  kepada kaumnya. Dia berkata, “Wahai kaumku!  Demi Allah! Sesungguhnya aku telah beberapa kali  diutus kepada raja-raja; aku pernah diutus kepada  Qaisar, Kisra, dan Najasyi. Demi Allah! Aku tidak  pernah melihat seorang raja yang diagungkan oleh  sahabat (rakyat)nya, seperti yang dilakukan oleh  sahabat-sahabat Muhammad SAW.
“Demi Allah! Tidaklah Baginda SAW berludah,  kecuali ludahnya itu jatuh di atas telapak tangan  seseorang daripada mereka. Lalu, dia menggosok  ludah itu ke muka dan kulitnya. Jika Baginda SAW  menyuruh mereka, mereka berebut-rebut untuk  melaksanakan perintahnya.
“Apabila Baginda SAW berwuduk, hampir saja  mereka saling berbunuhan kerana merebut air  wuduknya. Apabila mereka berbicara, mereka  merendahkan suara di sisi Baginda SAW. Mereka  juga tidak menajamkan pandangan kepadanya  kerana membesarkannya”. (riwayat Imam  al-Bukhari dalam kitab al-Syurut, bab:  ‘Syarat-syarat Jihad’.)

Ulasan Al-Hafiz Ibnu Hajar mengenai kisah ini
Di dalam kisah di atas menunjukkan ludah (kahak)  dan rambut yang telah terpisah dari jasad adalah  suci, dan terdapatnya amalan tabarruk dengan  sisa-sisa atau lebihan yang suci daripada  orang-orang soleh.
Boleh jadi, para sahabat r.a melakukan perbuatan  tersebut disebabkan kehadiran ‘Urwah, dan  mereka berlebih-lebihan melakukannya, sebagai  isyarat daripada mereka untuk menolak anggapan  ‘Urwah yang khuatir para sahabat akan melarikan  diri daripada Nabi SAW.
Mereka seolah-olah berkata dengan lisan hal  (ujaran sikap): Orang yang mengasihi imam atau  pemimpin mereka dengan kasih yang sebegini  rupa dan membesarkannya dengan kemuliaan  seperti ini, bagaimana boleh adanya sangkaan  bahawa ia akan lari daripada pemimpinnya itu dan  menyerahkannya kepada musuhnya?
Bahkan, para sahabat r.a tersebut sangat  mencintai Baginda SAW, dan juga terhadap  agamanya, serta kuat membantunya lebih kuat  daripada kabilah-kabilah Arab yang saling  memberikan perhatian di antara satu sama lain  semata-mata kerana ikatan kasih (kekeluargaan).
Daripada riwayat tersebut juga dapat diambil  kesimpulan, bahawa harus menggunakan  pelbagai cara dan alat untuk mencapai tujuan  melalui pelbagai jalan yang dibolehkan. (Lihat Fath  al-Bari, 5: 341)

Thursday, October 20, 2011

Adab usul (N3 ulang tayang)

Empat perkara diperbanyakkan:
1-Dakwah
2-Taklim wa taklum
3-Ibadat
4-Khidmat

Empat perkara dikurangkan:
1-Masa makan dan minum
2-Masa tidur dan rehat
3-Masa di luar masjid
4-Cakap sia-sia

Empat perkara ditinggalkan:
1-Jangan harap pada makhluk
2-Jangan minta pada makhluk
3-Jangan membazir
4-Jangan guna barang tanpa izin

Empat perkara jangan disentuh:
1-Isu semasa dan politik
2-Mazhab dan masalah khilafiah
3-Pangkat dan keturunan.
4-Minta Derma.

-Adab usul untuk diri sendiri masing-masing. Insya-Allah, semua ini boleh dapat bila keluar di jalan Allah SWT. Kalau setakat baca-baca je kat sini takde mujahadah maka susah lah nak datangkan perkara-perkara tu. Benda tinggiii kena mujahadah lah kan.
Aku pun tak dapat-dapat lagi!!
Tuan2 tolong doakan aku, kena keluar lagi dan lagi.



Copy paste daripada ENTRY LAMA Z76

Tuesday, October 18, 2011

Nabi s.a.w manusia istimewa

بسم الله الرحمن الرحيم


Meskipun para nabi dari kalangan manusia; yang  juga makan, minum, kadangkala sihat, kadangkala  sakit, menikahi perempuan-perempuan,  berjalan-jalan di pasar-pasar, terdedah kepada  gejala-gejala penyakit yang biasa dialami oleh  manusia biasa seperti lemah, tua dan juga  kematian, tetapi sesungguhnya mereka berbeza  dengan pelbagai keistimewaan dan sifat-sifat  agung serta mulia. 
Sifat-sifat itu pula merupakan suatu yang amat  lazim dan penting bagi mereka. Sifat-sifat mulia  tersebut, secara ringkasnya adalah seperti  berikut, siddiq (jujur), tabligh (menyampaikan),  amanah, fathonah (bijaksana), bebas daripada  keaiban yang membuatkan manusia lari  daripadanya dan ‘ismah (terpelihara daripada  melakukan dosa).
Di sini, kita tidak menjelaskan secara terperinci  mengenai sifat-sifat ini. Ia telah pun dijelaskan  dengan terperinci di dalam kitab-kitab tauhid.  Perbincangan adalah tentang sifat-sifat dan  keistimewaan penghulu segala rasul, Muhammad  SAW untuk membuktikan bahawa walaupun  baginda SAW adalah manusia tetapi sekali-kali  tidaklah sama dengan manusia biasa. Kerana  kesuntukan ruang, kita hanya akan menyentuhnya  dengan ringkas sahaja.


* Rasulullah SAW melihat orang yang di  belakangnya seperti melihat orang yang berada di  hadapannya.
Diriwayatkan oleh al-Syaikhan (al-Bukhari dan  Muslim) daripada Abu Hurairah, bahawa  Rasulullah SAW bersabda: Adakah kamu dapat  melihat Kiblatku di sini? Demi Allah! Rukuk dan  sujud kamu tidak sekali-kali terselindung daripada  penglihatanku. Sesungguhnya aku melihat kamu  dari belakangku.
* Rasulullah SAW melihat dan mendengar apa  yang kita tidak dapat lihat dan dengar
Daripada Abu Zar r.a berkata, Rasulullah SAW  bersabda: “Sesungguhnya aku dapat melihat apa  yang kamu tidak lihat dan aku mendengar apa yang  kamu tidak dengar. Langit merintih dan memang  ia mempunyai hak untuk merintih. Tidak ada  padanya (langit itu) walau selebar empat jari  melainkan ada malaikat meletakkan dahinya sujud  kepada Allah. Demi Allah! Sekiranya kamu  mengetahui apa yang aku ketahui, pasti kamu akan  sedikit ketawa dan banyak menangis, kamu tidak  akan bersedap-sedap dengan isteri-isteri di atas  ranjang dan kamu pasti akan keluar menuju ke  jalan-jalan untuk tunduk memohon pertolongan  kepada Allah”. 
* Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada  menguap
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh,  dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta  Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata:  Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap  sama sekali.
* Peluh nabi SAW yang mulia.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas r.a  berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada  kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami.  Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku  datang membawa sebuah botol kaca lalu  menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu.  Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda,  “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau  lakukan?” Dia menjawab, “Peluh ini akan kita  jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang  paling harum!” 
* Ketinggian Rasulullah SAW
Diriwayatkan oleh Ibnu Khaithamah di dalam  Tarikhnya, Imam Baihaqi dan Ibnu ‘Asakir,  daripada Aisyah r.ha, beliau berkata:
“Rasulullah SAW tidak terlalu tinggi dan tidak pula  terlalu rendah. Baginda SAW kelihatan  berperawakan sederhana jika berjalan sendirian.  Tiada seseorang yang berjalan bersama  Rasulullah SAW (kelihatan) lebih tinggi, melainkan  Baginda SAW melebihi ketinggian mereka. 
“Jika ada dua orang lelaki yang tinggi bersamanya,  Baginda SAW tetap kelihatan lebih tinggi daripada  mereka. Tetapi, jika mereka berpisah darinya,  Rasulullah SAW kelihatan berketinggian  sederhana”. 
* Bayang-bayang Rasulullah SAW
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada  Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak  mempunyai bayang-bayang; sama ada ketika  berada di bawah sinar matahari, mahupun  bulan”. 
* Terhindar daripada lalat
Al-Qadhi ‘Iyadh r.hH menyebut di dalam al-Syifa,  dan al-‘Azafi di dalam Maulidnya: “Di antara  keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak  pernah menghinggapi Baginda SAW”.
Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam  al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat  tidak pernah hinggap pada pakaiannya”.
Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara  keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah  menggigitnya”.
* Darah Rasulullah SAW
Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani,  al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al  Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui  Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah  selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda,  “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan  membawa darah ini dan buanglah ia di suatu  tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu”.  Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang,  Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah!  Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap  darahku itu)?” Jawabnya: “Aku telah  meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku  ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada  pengetahuan orang”. 
Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu  telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah  SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada  kamu dan terselamatlah kamu daripada  manusia”.
Maka mereka berpendapat kekuatan Abdullah r.a  adalah disebabkan dari darah yang diminumnya  itu.
* Tidur Rasulullah SAW
Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada  Sayyidah Aisyah r.ha bertanya kepada Baginda  SAW: Wahai Rasulullah! Adakah kamu akan tidur  sebelum solat witir? Maka jawab Rasulullah SAW,  “Wahai Aisyah! Kedua mataku tidur tetapi hatiku  tidak tidur”.
Kesimpulan yang kita perolehi dalam  perbincangan ini, ternyata keistimewaan Nabi  Muhammad SAW adalah sangat banyak. 
Tidak dinafikan bahawa sebahagian hadis yang  dipetik dalam bab ini diperselisihkan oleh ulama,  kerana sebahagian mereka menilai bahawa  hadis-hadis mengenainya adalah sahih dan  sebahagian ulama yang lain melihat ia tidak  sahih. 
Oleh yang demikian, ia termasuk di dalam  permasalahan khilafiah. Tetapi jika dinilai secara  menyeluruh masih tidak menafikan kesimpulan  bahawa Nabi kita SAW dan para nabi a.s adalah  manusia-manusia yang istimewa dan bukannya  manusia biasa.

Monday, October 17, 2011

Karkun brutal..kah..kah

Kah.. kah... tergelak baca posting di bawah:


Masa belajar di UiTM dahulu ada seorang rakan seusaha yang agak berjazbah penampilannya. Pakaian yang dikenakan hari-hari adalah seluar jeans berserta kurtah dengan kolar stail baju melayu teluk belanga. Dari segi percakapannya pun kadang-kadang menggerunkan untuk didengari kerana kecederungan beliau untuk menggunakan perkataan ‘wa’ dan ‘lu’ sebagai kata ganti nama ‘saya’ dan ‘kamu’.

Saya pernah diputuskan bersama beliau untuk menghidupkan usaha di suatu kolej atau asrama di UiTM. Hampir setiap hari, kami akan meluangkan masa di antara magrib dan isyak untuk menjalankan usaha khususi dan juga gash. Pernah sekali semasa khususi, beliau telah menjadi jurucakap utama atau mutakalim. Mendengarkan perkataan-perkataan beliau semasa menjadi mutakalim, memang mengundang kita untuk lebih tawajuh kepada Allah. Apa tidaknya, antara percakapan yang dituturkan adalah…”Wa cakap lu…kita kalau mati dengan iman sebesar zarah pun….syurga paling bangsat pun 10 kali besar dunia!!!”


Copy paste dari Mohamad Noorman Masrek

Friday, October 14, 2011

Menjadi manusia pemurah

بسم الله الرحمن الرحيم

Tidak lama dahulu di suatu masjid/surau, saya berkesempatan menghadiri majlis bayan (penerangan) yang disampaikan oleh seorang rakan seusaha yang cukup memberi kesan, mungkin asbab pengorbanan dan keihlasannya menyampaikan dakwah, lebih-lebih lagi tanpa meminta sebarang upah,  menyebabkan 'buah-buah' bayannya cukup menusuk ke Qalbu.
Dalam bayan itu, salah satu kisahnya yang disampaikan ialah mengenai kisah seorang pekebun yang alim, pemurah, kaya yang bersyukur pada zaman dahulu.  Dia diberikan Allah hidup yang aman damai dengan amalannya mensedekahkan hasil kebunnya kepada orang-orang miskin. Namun apabila dia meninggal dunia, anak-anaknya yang ramai bukan sahaja tidak mahu mengikuti jejak langkah ayahnya bahkan cuba menghalang orang miskin daripada mengambil buah-buahan dari kebun itu. Akhirnya, kebun itu dimusnahkan Allah. Setelah menyedari kesalahannya, maka anak-anak lelaki itu menyesal dan bertaubat.
Dalam bayan, lebih-lebih lagi jika disampaikan oleh orang awam biasanya kisah-kisah yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis, tidak dinyatakan dengan detail namun yang ajibnya ialah pengajarannya dan mesejnya dapat sampai kepada audien dengan berkesan dan menusuk ke mata hati. Disebabkan biasanya masa diberi untuk bayan bagi orang awam tidak lah panjang, maka sesetengah perkara atau kisah, dengan hikmah lebih baik diringkaskan sahaja untuk memudahkan pendengar walaupun ia bersabit dengan nas dan dalil sahih.   
Apapun, kita perlu bersyukur yang tidak terhingga jika dipilih dapat untuk duduk walaupun seketika dalam majlis bayan atau majlis ilmu yang ada didalamnya percakapan membesarkan Allah s.w.t.  
Untuk manfaat pembaca Z76, di bawah adalah kisah pekebun tersebut yang ditafsir oleh seorang ulama/ilmuan tempatan di negara kita. Ia adalah tafsir dari surah al-Qalam, ayat 17 hingga 33.
Semoga kita tidak menjadi orang yang bakhil dan  tamak tetapi menjadi manusia yang pemurah  sehingga mendapat keampunan di sisi Allah.  Amin.

--------------bawah ni copy paste tau!--------------


Balasan Allah tidak boleh dielak

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Siri Keenam (al-Qalam: 17-33)

Allah SWT menyebut pada ayat yang lepas bahawa  orang yang mempunyai harta benda dan  anak-anak telah kafir, bersikap derhaka dan  menyelewengkan nikmat yang dikurniakan Allah  SWT kepadanya.
Allah SWT menambahkan penjelasan apa yang  diberikan kepadanya itu hanya cubaan dan ujian  semata-mata agar Dia melihat sama ada orang itu  taat dan bersyukur kepada Allah SWT sehingga  ditambahkan kenikmatan kepadanya. Atau orang  itu akan menggunakannya untuk menimpakan  kepadanya dengan pelbagai bencana dan  seksaan.
Contohnya para pemilik kebun ketika mereka  menjalankan sedikit kederhakaan, kebun mereka  dibinasakan oleh Allah SWT. Oleh itu, bagaimana  pula dengan orang yang menentang Allah SWT  dan rasul-Nya yang tetap bersikap keras berada  dalam kekafiran dan mengerjakan maksiat.
Al-Sabuni berkata: Kami telah uji ahli Mekah  dengan kemarau dan kelaparan supaya mengikut  dakwah Rasulullah SAW sebagaimana kami  menguji pemilik-pemilik ladang yang mempunyai  pelbagai jenis buah-buahan.
Kami taklifkan ahli Mekah supaya bersyukur  kepada Tuhan mereka atas segala nikmat  sebagaimana kami telah taklifkan pemilik  ladang-ladang untuk bersyukur dengan memberi  kepada fakir miskin akan hak mereka.
Sebahagian ahli tafsir berkata ia berkenaan  dengan seorang lelaki muslim dan tinggal  berhampiran Sana’a yang mempunyai pelbagai  jenis tanaman dan buah-buahan.
Apabila sampai waktu menuai dan memetik  buah-buahan dia memanggil fakir miskin serta  memberi hak masing-masing dengan banyak. Di  samping itu memuliakan mereka.
Sebaliknya apabila mati si kaya yang bersyukur ini,  anak-anak mereka yang bertiga mewarisi harta  bapa mereka seraya berkata: “Keluarga kita ramai  dan harta kita sedikit. Tidak mungkin kita boleh  bagi kepada fakir miskin seperti yang dilakukan  oleh ayah kita. Mereka berbincang sesama  mereka untuk tidak memberi kepada seorang pun  fakir miskin. Justeru, mereka berpakat untuk  memungut buah-buahan pada waktu pagi ketika  fakir miskin tidak menyedari”.
Tiba-tiba pada waktu malam tersebut Allah  turunkan api membakar tanaman dan  buah-buahan. Apabila waktu pagi, mereka pergi ke  kebun dan mendapati tidak ada pohon kayu dan  buah-buahan.
Mereka menyangka tersilap jalan apabila mereka  mempastikan hal tersebut mereka tahu ini  hukuman Allah dengan niat jahat mereka lantas  mereka sesal dan bertaubat. (antara terjemahan  ayat 17-20 surah al-Qalam)
Muhammad Quraish Shihab berkata: Ayat-ayat  lalu menyebut beberapa sifat buruk dari  al-Mukazzibin iaitu para pengingkar ayat Allah  (baca ayat 8 dan seterusnya) kini dijelaskan  bahawa apa yang dialami oleh mereka itu serupa  dengan kisah sekelompok pemilik kebun yang  agaknya pengalaman mereka telah dikenal luas  oleh masyarakat Makkah ketika itu.
Di sisi lain, ayat yang lalu juga menghuraikan sebab  sifat-sifat buruk yang disandang oleh kelompok  orang-orang derhaka disebabkan mereka  bersikap angkuh kerana harta mereka yang  banyak dan membanggakan anak-anaknya.
Ayat di atas mengingatkan keangkuhan dengan  pemilikan harta yang melampau dan hakikatnya ia  adalah ujian Tuhan kepada manusia. Ujian Allah  tidak sama dengan ujian yang dilakukan oleh  manusia sehinggakan apabila diuji mereka tidak  dapat mengelak sama sekali.
Firman Allah SWT: Lalu mereka panggil  memanggil di pagi hari. Pergilah diwaktu pagi (ini)  ke kebunmu jika kamu hendak memetik buahnya.
Al-Maghari berkata: Sesetengah mereka menyeru  kepada sesetengah yang lain. Marilah kita ke  kebun pada awal pagi untuk memetik buah dari  kebun kamu jika kamu hendak melakukannya.
Mereka telah menetapkan rancangan dan  menyembunyikan urusan itu sehingga tidak ada  seorang pun yang mendengar perancangan  mereka sebagaimana firman Allah SWT.
Firman Allah SWT: Maka pergilah mereka saling  berbisik-bisik. Pada hari Ini janganlah ada seorang  miskinpun masuk ke dalam kebunmu.
Sayid Qutub berkata: Seolah-olah kita yang  mendengar atau membaca al-Quran tahu apa  yang tidak diketahui oleh tuan-tuan kebun tentang  malapetaka yang telah menimpa kebun itu. Kita  telah menyaksi bagaimana tangan halus telah  menghulur dalam gelap gelita dan terus  menghapuskan segala buah-buahnya dan kita  melihat kebun itu telah dipetik buahnya setelah  berlaku peristiwa tersebut.

Kebun yang subur tiba-tiba lenyap
Firman Allah SWT: Dan berangkatlah mereka di  pagi hari dengan niat menghalangi (orang-orang  miskin) padahal mereka (menolongnya).
Ayat ini ditafsirkan dengan lapan pendapat seperti  kata Ibn al-Jauzi:
* Dengan penuh kekuatan seperti kata Ibn  Abbas.
* Dengan penuh kecukupan seperti kata al-Hasan  dalam satu riwayat.
* Dengan penuh kesungguhan seperti pendapat  al-Hasan, Qatadah, Abu al-‘Aliah, al-Farra’ dan  Muqatil.
* Atas perkara yang disepakati yang mereka  usahakan antara mereka. Inilah pendapat Mujahid  dan Ikrimah.
* Perkataan hard memberi maksud nama kebun  sebagaimana kata al-Suddi.
* Ia adalah rasa dendam dan kemarahan terhadap  orag miskin seperti pendapat al-Sya'bi dan  Sufian.
* Ia adalah tegahan dan halangan seperti  pendapat Abu Ubaidah dan Ibn Qutaibah.
Sedangkan perkataan mereka berkemampuan  dalam ayat ini memberi maksud dengan tiga  pendapat:
Pertama: Berkemampuan terhadap kebun  mereka di sisi mereka. Inilah pendapat Qatadah.
Kedua: Berkemampuan menguasai orang miskin.  Inilah pendapat al-Sya’bi.
Ketiga:  Mereka menegah dalam keadaan  berkemampuan. Inilah pendapat Ibn Qutaibah.
Al-Maraghi berkata: Mereka berangkat untuk  menghalang dan menjauhkan orang miskin pada  memperoleh manfaat daripada kebun itu pada  pagi hari. Sedangkan mereka dapat memberikan  manfaat kepada orang miskin tersebut.
Bagaimanapun, alangkah kecewanya dan sia-sia  usaha mereka kerana tidak tergambar atau  terlintas di fikiran kebun yang penuh melimpah dan  subur boleh menjadi dataran kosong.
Kebun tersebut seolah-olah tidak ada bekas  ditanam sehingga mereka menjadi ragu dengan  kejadian tersebut.
Firman Allah SWT: Tatkala mereka melihat kebun  itu, mereka berkata: Sesungguhnya kita  benar-benar orang-orang yang sesat (jalan),  Bahkan kita dihalangi (dari memperoleh  hasilnya).
Sayid Qutub berkata: Inilah berita yang sebenar.  Mereka ditimpa akibat tipu daya dan niat yang  jahat akibat kekufuran nikmat dan kebakhilan.  Sekarang tampillah seorang yang paling baik  fikiran antara mereka menghadapi mereka.
Nampaknya dahulu dia seorang yang mempunyai  pendapat yang berlainan tetapi terpaksa mengikut  mereka apabila pendapatnya ditentang.
Firman Allah SWT: Berkatalah seorang yang  paling baik fikirannya di antara mereka: Bukankah  Aku telah mengatakan kepadamu, hendaklah  kamu bertasbih (kepada Tuhanmu)? Mereka  mengucapkan: Maha Suci Tuhan kami,  Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang  zalim.
Ibn Kathir berkata: Mereka cuba melakukan  ketaatan pada saat tidak lagi memberi manfaat  dan bertasbih yang tidak diterima. Justeru,  mereka amat sesal dan iktiraf kesilapan yang tidak  berfaedah. Akhirnya mereka terpaksa mengaku  kezaliman mereka.
Sayid Qutub berkata: Sebagaimana biasa setiap  mereka akan berusaha melepaskan dirinya  apabila ditimpa akibat yang buruk dan  melemparkan kesalahan kepada rakan-rakannya  yang lain. Inilah yang dilakukan oleh mereka.
Firman Allah SWT: Lalu sebahagian mereka  menghadapi sebahagian yang lain seraya cela  mencela.
Al-Maghari berkata: Mereka saling berkata di  antara mereka: Kamu yang mengemukakan  pendapat ini kepada kami. Yang lain pula berkata  kepada rakan masing-masing: Engkau yang  menakutkan kami dengan kemiskinan.
Adapun yang lain pula berkata: Kamulah yang  mendorong aku mengumpulkan harta. Kemudian  mereka menyeru kecelakaan dan kesialan diri  mereka sendiri seperti yang ditunjukkan oleh Allah  SWT ketika menceritakan tentang diri mereka.
Firman Allah SWT: Mereka berkata: Aduhai  celakalah kita; sesungguhnya kita ini adalah  orang-orang yang melampaui batas.  Mudah-mudahan Tuhan kita memberikan ganti  kepada kita dengan (kebun) yang lebih baik  daripada itu; Sesungguhnya kita mengharapkan  ampunan dati Tuhan kita. Seperti Itulah azab  (dunia). Dan sesungguhnya azab akhirat lebih  besar jika mereka mengetahui.
Muhammad Quraish Shihab berkata: Setelah  menghuraikan bencana dan penyesalan yang  dialami penduduk yang derhaka itu, Allah SWT  menutup kisahnya dengan memperingatkan  semua pihak termasuk kaum musyrikin Mekah  bahawa itulah seksa duniawi.
Ia lebih besar kerana seksa akhirat bersumber  langsung dari Allah serta ia lebih besar serta tidak  berakhir dengan kematian. Di sana yang diazab  tidak mati sehingga tidak lagi merasa  seksaan-Nya.
Jika mereka mengetahui perihal seksaan tersebut  sudah pasti akan beriman kepada Allah SWT.  Kalimah ya wailana terdiri daripada tiga kata. Iaitu  ya merupakan kata seru, wail yang bermakna  kecelakaan dan na merupakan kata ganti yang  menunjuk kepada jamak sehingga secara harfiah  ya wailana bererti wahai kecelakaan kami.
Al-Biqaie memahaminya dalam erti wahai  kecelakaan kami inilah masa engkau datang  menemui kami kerana tidak ada lagi yang  menemani kami kecuali engkau. Kalimah ini  digunakan untuk menggambarkan rasa  penyesalan luar biasa.
Sementara ulama menyatakan, ketiga-tiga pemilik  kebun itu benar-benar menyesal dan bertaubat  sehingga Allah SWT mengkabulkan permohonan  mereka dan kebun tersebut lantas menjadi  subur.

Thursday, October 13, 2011

Kisah pancung... kah kah

Tergelak la pulak baca kisah di bawah ni:





"Pancung Maut" dan Beg Pun Melayang


Kisah yang akan dicoretkan ini tidaklah terjadi pada saya, tetapi berlaku kepada salah seorang yang agak akrab dengan saya, yang juga merupakan pensyarah di UiTM. Bilamana kami keluar 3h bersama, beliau kerap mengulangi cerita ini, lebih-lebih lagi jika jemaah tersebut terdapat pelajar UiTM. Sekitar tahun 1987,  beliau telah diputuskan untuk menjadi amir kepada jemaah 3h pelajar-pelajar UiTM. Pada waktu itu pembentukan jemaah 3h masih lagi dibuat di Masjid India Kuala Lumpur iaitu selepas tamatnya program malam markaz. Setelah jemaah dibentuk, maka mereka pun bergerak menuju ke surau yang telah diputuskan iaitu di kawasan Setapak. Seperti biasa, setelah sampai ke surau tersebut, mesyuarat dibuat untuk memutuskan program sepanjang sehari seperti jemaah khidmat, pembaca taklim, pembayan dan sebagainya. Memandangkan beliau tidak begitu arif dan kurang mengenali pelajar-pelajar tersebut maka perwatakan dan penampilan pelajar-pelajar tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran beliau sewaktu membuat keputusan di dalam mesyuarat. Justeru, untuk menyampaikan bayan magrib selepas ghast, beliau telah memutuskan salah seorang pelajar yang pada pengamatan beliau cukup munasib lantaran penampilannya tidak ubah seperti seorang karkun lama atau rakan seusaha yang telah lama berkecimpung dengan kerja agama.

Telah menjadi amalan disurau tersebut iaitu selepas selesai solat magrib mereka akan berzikir atau berwirid. Walaubagaimanapun, tidak seperti dikebanyakan surau atau masjid, zikir “Lailahaillallah” yang dilakukan oleh ahli jemaah surau tersebut agak bersemangat iaitu dilakukan dengan suara yang agak lantang serta dalam tempoh yang agak panjang. Setelah selesai berwirid, imam pun membaca doa yang diaminkan oleh para makmum. Sejurus selepas berdoa, orang tempatan yang tinggal bersama ahli jemaah telah mendirikan solat sunat dan selepas itu program bayan pun mengambil tempat. Orang-orang tempatan yang tinggal, ternyata teruja dengan kehadiran jemaah dan terus duduk untuk mendengar bayan yang akan disampaikan. Setelah pembayan yang diputuskan berdiri diposisi yang berseusian, maka beliau pun memulakan bayannya. Rupa-rupanya, sebagaimana penampilannya yang tampak berjazbah, begitu juga tutur katanya. Pembayan telah memulakan bayannya dengan ungkapan “Tuan-tuan yang mulia… tuan-tuan ingat dengan zikir yang tuan-tuan buat tadi boleh masuk syurga ke?”. Ambikkkk kau… amir saf bila mendengar sahaja ungkapan yang terpacul keluar dari mulut pembayan tadi, terus jadi gementar dan bergegas keluar lalu menyembunyikan diri di belakang pokok di luar surau sambil mengintai dari celah pokok apakah yang seterusnya berlaku di dalam surau. Dari luar surau terdengar suara orang bertengkar dan marah memarahi. Mendengar dan melihatkan apa yang berlaku beliau menjangkakan pastinya jemaah ini akan dihalau keluar. Sangkaan beliau sememangnya tidak meleset bahkan tepat kerena tidak lama selepas itu beliau melihat satu demi satu beg-beg jemaah melayang dan terbang keluar daripada tingkap surau. Ternyata, mereka semua dihalau keluar dan terpaksa bergerak pulang ke markaz dalam keadaan hampir semua ahli jemaah tergelak dan ketawa mengingatkan insiden yang melanda mereka. 



Copy paste dari Mohamad Noorman Masrek

Tuesday, October 11, 2011

Daulat Tuanku!

Dlm Z76, kita pernah membincangkan mengenai isu pemeriksaan gereja mengikut Perlembagaan seperti dalam posting terdahulu.  Antara yang disebut dlm posting:
 "Mengikut peruntukan sedia ada, setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agamanya termasuk berdakwah kecuali ugama lain berdakwah kepada penganut Islam. Tetapi agama Islam boleh dikembangkan kepada penganut agama lain. [rujuk perkara 11 (1)(4)]. Jika ada pihak atau agama (selain Islam) atau dokrin lain cuba dikembangkan kepada penganut Islam, maka ia boleh disekat kerana bertentangan dengan Perlembagaan. "

Semalam, Sultan Selangor bertitah, kenyataan penuh Sultan adalah seperti di bawah:


Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis 'Thanksgiving Dinner' yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.
Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.
Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.
Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.
Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain.
Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.
Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.
Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni.
Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan.
Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.
Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam.
Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil.
Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan.
Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.
Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.
Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini.
Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.

Apa pandangan tuan? Pandangan saya ialah, menyokong apa yang dititahkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah itu. Daulat Tuanku!


Kalau mahu mengikuti laporan penuh yang disediakan JAIS tentang pemeriksaan gereja itu, kita boleh klik DI SINI. 
Sekian, Allah Maha Mengetahui

Monday, September 26, 2011

KESAH KHADIJAH R.HA DAN INGATAN NABI TERHADAPNYA

Kasih Rasulullah s.a.w terhadap Khadijah begitu mendalam. Baginda sentiasa menyebut kebaikan Khadijah hatta selepas kewafatannya hingga dicemburui Aisyah.

Kata Aisyah:
Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah s.a.w sebagaimana aku cemburu terhadap Khadijah walhal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakala menyembelih kambing lalu diberikan kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan aku pernah berkata; bukan kah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah telah
memberimu penganti yang lebih baik, isteri yang lebih muda dan baik darinya?
Rasulullah s.a.w menjawab; Tidak! Demi Allah! Dia tidak memberikan seorang pengganti yg lebih baik darinya. Khadijah telah beriman kepadaku disaat orang lain mengingkariku. Dia membenarkan aku ketika orang lain mendustakanku.
Khadijah membantuku dengan menginfakkan seluruh hartanya ketika orang lain menahan harta dariku dan Allah mengurniakan beberapa zuriatku dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain " [H.R. Ahmad]

Kewafatan Khadijah meninggalkan kesedihan yang begitu mendalam di jiwa nabi hingga tahun tersebut dikenali dengan tahun kesedihan. Sekalipun selepas kewafatannya, nabi selalu mengenang saat-saat indah bersama Khadijah r.h.a.
Mulianya Khadijah hingga Allah mengirim salam kepadanya dan menjanjikan sebuah istana di syurga.
Di saat-saat akhir kewafatannya, ketika dipangkuan nabi, masih sempat beliau meminta nabi menggunakan tulang belulangnya untuk agama Allah. Inilah bukti kecintaan yg tidak berbelah bagi.

Kesah ini sering ku dengar dari bayan-bayan orang lama-lama, bila sahaja ku dengar pastinya air mataku akan mengalir keluar tanpa disedari, sesungguhnya kesah mereka dapat menimbulkan keinsafan pada diri dan menaikkan semangat ingin beramal untuk mengikut jejak langkah mereka.

Oleh itu ku seru pada diriku dan juga kepada para suami dan isteri sekalian
Jika jadi seorang suami, jadilah suami yang selalu mengenangkan kebaikan , ketaatan dan kasih sayang isteri kepada kita, walaupun mereka sudah tiada lagi di dunia, inikan pula mereka berada disisi kita, kenangkanlah keikhlasan mereka kepada kita. Balaslah segala bentuk khidmat ikhlas dan manja mereka dengan doa dan kasih sayang dari kita. Janganlah berkasar dengan mereka, mereka adalah dari kaum yang lemah kekuatan fizikalnya dan halus dalam jiwanya dan cepat terasa hatinya dan mudah dibentuk jiwanya. Teladanilah nabi saw begitu berlemah lembut dengan isterinya.

Jika kita seorang isteri pula, jadilah isteri yang selalu diingati akan kebaikan kita oleh suami kasih sayang , khidmat ikhlas dan tutur kata yang lemah lembut dan menjadi penolong dalam urusan ketaatan kepada agama sentiasa menjadi ingatan suami kita. Isteri yang baik untuk suami yang baik, jadilah kita isteri yang paling baik bagi suami kita. Jangan jadi diri kita suatu bebanan kepada suami, iaitu melalui percakapan kita yang selalu mengguris hatinya, akhlak dan tingkah laku yang tidak disenanginya atau apa sahaja yang tidak digemari oleh suami kita.

Untuk itulah suami dan isteri sama-sama kena berusaha membawa amalan agama cara nabi saw didalam rumah tangga kita, sebab itulah penting para suami kena membawa isteri-isteri dalam usaha dakwah bersama untuk belajar usaha nabi saw. Permulaannya 3 hari kemudian 10 hari dan 40 hari dan 2 bulan di Jalan Allah saw untuk belajar kehidupan sunnah nabi saw.

Semuga aku dan isterku dapat beramal. Amiiiin.

---Copy paste dari Tuan Haji Musa

Saturday, September 17, 2011

4 kesudahan manusia

Dalam kesibukan kita melakukan kerja buat kita setiap hari. Kadang kala kita terlupa bahawa mati itu dalam keadaan mengejut. Terdapat empat jenis manusia dengan kesudahannya.
1) Seorang yang dilahirkan Islam dan mati dalam keadaan Islam.
2) Seorang yang dilahirkan Islam dan mati dalam keadaan bukan Islam.
3) Seorang yang dilahirkan bukan Islam tetapi mati dalam keadaan Islam.
4) Seorang yang dilahirkan bukan Islam dan mati dalam keadaan bukan Islam.





Semoga kita dimatikan dengan iman dan Islam serta diberikan kesudahan yang baik.

Monday, September 12, 2011

Membanteras anasir militan

Oleh DATUK MOHAMAD FUZI HARUN
PENULIS ialah Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.


Operasi polis di kampung Sungai Cincin di Gombak, Selangor ke atas kumpulan al-Qaeda pimpinan Ayman Al-Dakkak pada Januari 2010.

SELEPAS genap 10 tahun tragedi serangan 11 September 2001 atau 911 ke atas Amerika Syarikat (AS) oleh kumpulan al-Qaeda, tiada tanda-tanda menunjukkan ancaman kumpulan tersebut akan berakhir.
Walaupun hampir semua pimpinan tertinggi al-Qaeda berjaya ditangkap atau dibunuh termasuk Osama bin Laden pada 1 Mei 2011 namun, beberapa serangan berani mati terus dilancarkan oleh kumpulan gabungannya yang memegang ideologi sama seperti al-Qaeda iaitu Salafiah Jihadiah.

Malaysia turut dikaitkan dengan tragedi serangan 911 apabila empat daripada perancang operasi atau dikenali sebagai operatif-operatif al-Qaeda yang terlibat pernah mengadakan perjumpaan sulit di Kuala Lumpur pada Disember 1999 dengan bantuan anasir-anasir kumpulan Jemaah Islamiah (JI) tempatan.
Malah beberapa hari selepas tragedi 911, media antarabangsa telah menyiarkan laporan-laporan mendakwa Malaysia sebagai 'Launching Pad' kepada operatif-operatif al-Qaeda yang terlibat.
Namun ia dilihat sebagai usaha negara-negara Barat untuk menutup kelemahan masing-masing kerana gagal mengesan dan mengambil tindakan mencegah serangan tersebut walaupun mereka sebenarnya mempunyai maklumat terperinci mengenai beberapa operatif yang terlibat.
Beberapa operatif al-Qaeda yang terlibat termasuk Khalid Al-Mihdhar, ketua kumpulan yang merampas pesawat Amerika Airlines Flight 77, pesawat yang merempuh Bangunan Pentagon di Washington, AS, memang pernah memasuki Malaysia pada Disember 1999.
Sepanjang berada di Malaysia sehingga awal Januari 2000, mereka dibantu oleh anasir-anasir JI tempatan. Kondominium tempat mereka menginap di Bandar Sungai Long adalah milik anggota kanan JI negara ini iaitu Yazid Sufaat yang pernah menjalani latihan di kem Al-Qaeda di Afghanistan pada 1999 sehingga 2001.
Malah Yazid Sufaat juga pernah berbai'ah dengan Osama di Kandahar, Afghanistan. Di samping Yazid Sufaat, terdapat 10 lagi anggota JI tempatan yang pernah berbai'ah dengan Osama.
'Mastermind' di belakang serangan 911 adalah Khalid Syeikh Mohamad, ketua operatif al-Qaeda yang juga pernah memasuki Malaysia sejak 1993 untuk mengadakan pertemuan dengan Hambali, anggota kanan JI Malaysia.
Menurut rancangan awal Khalid yang dibentang kepada Osama pada Mac 1999, serangan tersebut turut melibatkan rancangan merampas pesawat di Thailand, Korea Selatan, Hong Kong dan Malaysia.
Namun Osama berpendapat rancangan tersebut terlalu besar dan akhirnya menumpukan kepada serangan di AS saja.
Insiden 911 juga telah mendorong pihak polis di rantau Asia Tenggara seperti Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia melancarkan operasi tangkapan ke atas anasir-anasir JI di negara masing-masing yang merupakan kumpulan gabungan al-Qaeda.
Beberapa rakyat Malaysia yang merupakan anggota kanan al-Qaeda termasuk Mohammed Nazir Lep dan Mohd. Farik Amin turut ditangkap oleh pihak berkuasa asing.
Mohammed Nazir berasal dari Muar, Johor manakala Mohd. Farik dari Kajang, Selangor adalah dua rakyat Malaysia yang dipilih menyertai kumpulan Al-Qaeda untuk melancarkan serangan ala 911. Namun kedua-duanya ditangkap bersama Hambali di Bangkok pada Ogos 2003 dan kini kesemuanya ditahan di Teluk Guantanamo.
Sejak 2001, PDRM telah menahan seramai 202 anasir militan yang majoritinya terdiri daripada JI dan al-Qaeda.
Jumlah itu termasuk 74 anasir militan (21 daripadanya adalah anggota al-Qaeda) yang ditangkap di Malaysia sejak penubuhan Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) pada Mac 2009.
Ini menunjukkan ancaman al-Qaeda dan JI masih wujud, walaupun tahap ancaman tersebut semakin menurun.
Apa yang jelas, daripada tangkapan yang dibuat sejak 2009, menunjukkan terdapat anasir-anasir al-Qaeda yang menyusup masuk untuk transit di Malaysia dan cuba merekrut pelajar-pelajar asing dan rakyat tempatan untuk menyertai kumpulan mereka.
Di samping anasir al-Qaeda dari luar negara, polis juga terus memantau 20 bekas anggota JI yang pernah menjalani latihan ketenteraan di kem al-Qaeda di Afghanistan.
Tangkapan seramai 11 anggota kumpulan al-Qaeda yang diketuai oleh Ayman Al-Dakkak di Gombak pada 21 Januari 2010 jelas membuktikan bahawa usaha merekrut anggota baru Al-Qaeda adalah satu proses yang berterusan.
Banyak pihak berpendapat ancaman al-Qaeda akan berkubur dengan pembunuhan Osama. Namun apa yang jelas kini negara menghadapi ancaman penyebaran ideologi Salafiah Jihadiah al-Qaeda yang masih terus disebarkan secara meluas melalui Internet.
Ini amat membimbangkan PDRM kerana terdapat pemikir yang menunjukkan sudah ada individu-individu terutamanya remaja terpengaruh untuk melancarkan serangan ganas bersendirian selepas terpengaruh dengan ideologi Salafiah Jihadiah.
Kecenderungan remaja dan golongan pelajar untuk terpengaruh dan menjadikan al-Qaeda sebagai simbol perjuangan tidak boleh diketepikan.
Ini terbukti dengan tangkapan yang dibuat oleh pihak polis pada Julai 2010 ke atas Mohd. Fadzullah, pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
Dia yang terpengaruh dengan ideologi Salafiah Jihadiah telah menubuhkan kumpulan Tandzin Al-Qaeda Asia Tenggara pada 2008 dan berjaya merekrut lima penuntut UTM Skudai.
Dua daripada anggota kumpulannya yang juga penuntut UTM telah ditangkap di Thailand pada 2007 dan kini menjalani hukuman penjara selama 28 tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam aktiviti keganasan di negara tersebut.
Mohd. Fadzullah dan anggota-anggotanya menjadikan Osama dan al-Qaeda sebagai idola mereka.
Trend ancaman kumpulan al-Qaeda kini yang melibatkan sel-sel kecil, beroperasi secara berasingan dan tidak mempunyai struktur organisasi dan hubungan dengan kepimpinan induk al-Qaeda amat membimbangkan.
Ini menyukarkan pihak polis untuk mengesan aktiviti dan perancangan anggota sel ini.
Setakat ini pihak polis masih berjaya mencegah sebarang serangan oleh anasir-anasir militan di Malaysia walaupun terdapat rancangan untuk melancarkan serangan di negara ini.
Kejayaan itu banyak dipengaruhi oleh kemampuan polis mengesan dan menangkap anasir-anasir militan tersebut sebelum mereka berada di peringkat akhir serangan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Katanya, tahanan-tahanan yang ditahan di bawah ISA juga menjalani proses pemulihan sebelum dibebaskan kembali. Setakat ini kaedah yang digunakan mampu menangani ancaman kumpulan-kumpulan militan.
Selain Malaysia, Singapura juga menggunakan akta sama dalam menangani ancaman kumpulan JI dan al-Qaeda.
Pihak polis juga amat berharap dengan langkah membatalkan pemberian visa waktu ketibaan (VOA) kepada pelawat-pelawat dari negara-negara berisiko mampu membantu polis mengawal kehadiran anasir militan asing khususnya al-Qaeda ke Malaysia.
Begitu juga dengan perlaksanaan sistem biometrik di semua pintu masuk negara.


-Copy paste dari SINI

Monday, August 29, 2011

Selamat menyambut Aidilfitri 1432


Sepanjang berblog, Z76 sudah tentu tidak sunyi daripada melakukan salah dan silap, maka Z76 dengan rendah diri meminta maaf zahir dan batin kepada semua.




Tuesday, August 23, 2011

Kisah 4 ulama besar

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam sebuah kitab yang cukup terkenal di dunia tasawuf, Kasyful Mahjub, diceritakan bahawa suatu ketika Khalifah al-Mansur dari kerajaan Abbasiyah mengundang empat ulama besar datang ke istananya.
Mereka ialah Abu Hanifah, Sufyan al-Tsauri, Mis'ar bin Qidam dan Syuraih.
Khalifah berhasrat melantik salah seorang daripada mereka menjadi hakim agung kerajaan, satu jawatan yang sangat strategik dan menjadi idaman banyak orang.
Bagaimanapun keempat-empat ulama besar itu sepakat menolak permintaan Khalifah al-Mansur. Sufyan al-Tsauri memilih melarikan diri ke sebuah pelabuhan dan bersembunyi di bawah kapal yang hendak berlayar, sementara yang lain berangkat menuju istana untuk menyatakan penolakan mereka.
Apabila tiba di istana, Khalifah al-Mansur melantik Abu Hanifah untuk menjadi hakim agung. Abu Hanifah berusaha menolak dengan menegaskan: "Wahai Amirul Mukminin, aku bukanlah orang Arab melainkan sahabat orang-orang Arab. Pemimpin Arab tidak akan menerima keputusan hakim agung seperti aku."
Khalifah pun menerima penolakan Abu Hanifah dan memanggil Mis'ar bin Qidam.
"Engkaulah yang harus menjadi hakim agung," kata Khalifah al-Mansur. Namun, Mis'ar berpura-pura berkelakuan seperti orang gila.
"Keluarkan orang ini, dia sudah gila," teriak Khalifah al-Mansur.
Tinggallah seorang ulama lagi, Syuraih pun dititahkan mengisi kekosongan jawatan hakim agung. Syuraih menyatakan keberatannya seperti mana dilakukan oleh dua ulama sebelumnya.
Syuraih berkata: "Wahai Khalifah, aku ini mudah bersedih dan suka bergurau. Padahal orang yang bersedih dan suka bergurau tidak layak menjadi hakim."
Bagaimanapun alasan Syuraih itu tidak diterima oleh Khalifah al-Mansur. Syuraih dilantik menjadi hakim agung, sebab tidak ada lagi ulama yang sesuai untuk memegang jabatan tersebut.
Kisah ini mencerminkan keteguhan ulama dalam memegang prinsip untuk tidak tergoda oleh kekuasaan.
Bagi mereka, kekuasaan merupakan wajah yang sangat menakutkan. Oleh itu, ia berpotensi menyempitkan ruang gerak dan pendirian berkecuali seorang ulama.
Selain itu, jawatan sebagai hakim sangat berat, kerana ia amanah besar dan mampu memalingkan mereka daripada ibadah kepada Allah SWT.
Justeru para ulama berusaha menghindari segala macam bentuk kekuasaan dan godaan duniawi daripada diri mereka dengan melakukan pelbagai cara.
Sudah pasti keadaan ini amat berbeza dengan situasi sekarang di mana ramai para ulama yang berebut-rebut untuk merebut kuasa terutamanya politik.
Dalam usaha berkenaan mereka berusaha mengumpul kekuatan bagi membolehkan cita-cita tercapai.
Akibat tindakan tersebut, sesetengah ulama tidak lagi dilihat membimbing umat sebaliknya banyak daripada mereka menjadi punca kepada perpecahan umat Islam.
Apa yang lebih malang situasi itu berlaku hanya kerana perbezaan politik. Segala kenyataan serta tindakan yang dibuat bukan lagi berlandaskan kebenaran dan tuntutan Islam. Sebaliknya atas perhitungan sejauh mana ia menguntungkan politik pihak yang mereka sokong atau sertai.
Situasi umat Islam juga menjadi semakin bercelaru apabila ada ulama yang dilihat berpengaruh membuat kenyataan-kenyataan kontroversi.
Lanjutan itu umat Islam di negara ini terus berpecah belah disebabkan semakin ramai ulama yang tidak memainkan peranan sebagai pembimbing umat sebenar.

Wednesday, August 10, 2011

JAIS dan Perlembagaan Persekutuan

بسم الله الرحمن الرحيم

Mari kita bincangkan isu pemeriksaan atau serbuan JAIS ke atas sebuah gereja baru-baru ini. Serbuan dilakukan ketika gereja kononnya mengadakan jamuan berbuka puasa, mengadakan kuiz Islam dan ada juga dakwaan mereka mengedarkan injil berbahasa Melayu yang melibatkan orang-orang Islam sebagai tetamu.
Jika ini benar, maka, tindakan JAIS adalah mengikut undang-undang, kerana terdapat peruntukan undang-undang yang mewajarkan langkah sedemikian diambil bagi memelihara akidah orang Islam.
Mari kita lihat Perlembagaan Persekutuan dalam artikel yang menyentuh soal agama Islam.

Maiyah menunjukkan senaskhah buku Perlembagaan Pesekutuan setebal 320 muka surat. Ia adalah poket saiz. Bapanya dulu pernah mengambil subjek undang2 sebagai elektif tapi lulus cukup makan sahaja.

Dalam Artikel 3 dinyatakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. (klik untuk baca)



Baca (1) hingga (5): perkara2 penting yg kita kena tahu dlm ni ialah Islam agama Persekutuan, Sultan/Raja negeri-negeri adalah ketua agama Islam di negeri masing2. Agong adalah ketua ugama Islam bagi negeri yg tiada sultan seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan kesemua wilayah persekutuan (KL, Labuan, Putrajaya).

Seterusnya, dalam artikel 11 perlembagaan dinyatakan kebebasan beragama. Baca teliti terutama dalam soal mengembangkan agama.


Sila teliti perenggan (4) iaitu dgn mudah kata ialah agama lain TAK boleh didakwahkan/dikembangkan kepada penganut Islam.

Mengikut peruntukan sedia ada, setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agamanya termasuk berdakwah kecuali ugama lain berdakwah kepada penganut Islam. Tetapi agama Islam boleh dikembangkan kepada penganut agama lain. [rujuk perkara 11 (1)(4)].
Jika ada pihak atau agama (selain Islam) atau dokrin lain cuba dikembangkan kepada penganut Islam, maka ia boleh disekat kerana bertentangan dengan Perlembagaan. Sebarang usaha, yang mengikut undang-undang dan peraturan, untuk melaksanakan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan adalah terpakai.
Bagi kes Selangor, langkah mereka diperkuatkan lagi dengan enakmen kerajaan negeri yang menyokong perlembagaan persekutuan iaitu majlis agama Islam diberi kuasa untuk menjalankan siasatan atau tangkapan tanpa waran untuk tujuan yang penting itu. Seperti di bawah:
Selangor’s Non-Islamic Religions (Control of Propagation Amongst Muslims) Enactment (1988), which outlines offences deemed as acts of proselytisation by non-Muslims towards Muslims, grants the religious authorities powers to launch investigations and arrest individuals without producing a warrant.
(terjemah lah sendiri ke dlm BM, atau cari lah buku enakmen yg penuh).
 Jadi, dalam laporannya JAIS hanya perlu membuktikan terdapat elemen agama lain cuba dikembangkan/didakwahkan kepada orang Islam semasa kes serbuan tempoh hari. Jika ini berjaya dibuktikan maka, hujah diatas boleh digunakan bersama bukti-bukti. Perlu diingat, serbuan JAIS hanya dapat masuk ke dalam gereja kira-kira satu jam selepas berbincang dgn pihak gereja, maka dalam masa satu jam macam2 boleh berlaku termasuk bukti dilesapkan (disembunyikan) oleh pihak yang berada di dalam gereja.

 Cadangan:
1) Bertindak lah mengikut undang2 dan peruntukan sedia ada. Ada cadangan daripada seorang Timbalan Menteri agar digubal Akta Jenayah Akidah. Cadangan itu bagus untuk memperketatkan lagi halangan kes murtad. Pada masa yang sama peruntukan sedia ada sudah boleh digunakan untuk kes JAIS ini. Jika hendak tunggu akta baru dibahas, digubal, diwartakan di Parlimen maka ia akan berjalan dan memakan masa sedangkan kes JAIS ini sedang berlaku. Akta yg baru itu mungkin untuk kes akan datang tetapi sekarang boleh digunakan apa yang ada. 
2) Orang Islam perlu mengetepikan soal politik berkaitan isu ini. Bertindaklah dengan jujur mengikut kehendak Allah dan rasul-Nya. Selain itu, keharmonian antara berbilang kaum dan agama amat perlu dijaga.
3) Orang Islam perlu meningkatkan usaha dakwah. sama ada dakwah kepada bukan Islam atau dakwah kepada sesama Islam. Orang yang menghalang sebarang pergerakan dakwah termasuk usaha dakwah  sesama Islam seperti mengajak ke masjid, membaiki iman dan amal dan sebagainya, sebenarnya perbuatan menghalang itu bercanggah dengan perlembagaan persekutuan juga.
4) Umat Islam perlu bersatu menyokong JAIS dan JAIS jangan berundur atau mengalah dalam isu ini kerana jika berlaku mengundur ke belakang maka ini akan dijadikan contoh tauladan kepada kes-kes seperti itu pada masa depan untuk dipergunakan oleh anasir yang memusuhi Islam.
5) Langkah JAIS memberi laporan kepada Sultan Selangor mengenai kes ini adalah langkah tepat, kerana Sultan adalah ketua agama Islam bagi negeri Selangor. Kerana ini adalah isu sensitif maka apabila sultan membuat keputusan maka ia adalah terbaik dan semua pihak (agama lain) patut mematuhinya.
6) Ada dakwaan orang Islam pergi mendapatkan bantuan makan etc daripada gereja kerana pejabat agama/zakat tak layan mereka. Ini kes terpencil. Sebenarnya, umat Islam ramai yg sudah terjauh daripada masjid dan surau. jika mereka hampir dengan masjid dan surau maka betapa banyak bantuan, makanan (berbuka setiap hari ada di kebanyakan masjid/surau) dan sebagainya. Bantuan zakat pula, kita kena faham bahawa pemberian kepada asnaf bukan untuk asnaf bermewah tetapi ada had yg perlu dipatuhi sekadar cukup untuknya. Bagaimanapun tidak dinafikan mungkin ada kes-kes terpencil dari segi kekurangan/masalah kakitangan. Ini rasanya kes terpencil. Memburukkan majlis agama Islam dan institusi Islam yang lain secara terbuka kepada umum adalah sekadar alasan yang kadang kala boleh dipertikaikan kejujuran atau agenda di sebaliknya. Bagaimanapun, pihak berwajib perlu ambil perhatian jika benar aduan/masalah itu berlaku dan disiasat.

Satu lagi tambahan iaitu, dalam Perlembagaan Persekutuan adalah sah bagi persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyelenggara sesuatu institusi Islam atau mengajar agama Islam dan membelanjakan wang negara untuk agama Islam. [perkara 12 (2). Jadi tidak patut timbul, penganut agama lain merungut jika Kerajaan membelanjakan wang kerajaan untuk membina masjid atau apa-apa bagi kemajuan Islam.


Dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut, 'Bagi maksud Fasal (d), agama bagi seseorang yang berumur kurang dariapda lapan belas (18) tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya. Ini bermaksud agama kanak-kanak di bawah umtu 18 tahun ditentukan oleh ibu bapa penjaga. Maka tidak patut timbul seperti cadangan DAP yang mahu agar anak-anak diberi kebebasan untuk memilih agama mereka sendiri.


Sekian dulu, saya sebenarnya mahu menulis perkara ini secara ringkas dan simple sahaja. Minta maaf jika terpanjang atau jika terdapat sebarang kesilapan. T kasih.

Monday, August 1, 2011

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1432H

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, Ramadan yang mulia dan berkat tiba lagi. Selamat menjalankan ibadat puasa, semoga Allah pilih kita melakukan amalan yang dilipatgandakan ganjaran dalam bulan yang mulia ini.

Mudah-mudahan kita menjadi orang bertaqwa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails