Kah.. kah... tergelak baca posting di bawah:
Masa belajar di UiTM dahulu ada seorang rakan seusaha yang agak berjazbah penampilannya. Pakaian yang dikenakan hari-hari adalah seluar jeans berserta kurtah dengan kolar stail baju melayu teluk belanga. Dari segi percakapannya pun kadang-kadang menggerunkan untuk didengari kerana kecederungan beliau untuk menggunakan perkataan ‘wa’ dan ‘lu’ sebagai kata ganti nama ‘saya’ dan ‘kamu’.
Saya pernah diputuskan bersama beliau untuk menghidupkan usaha di suatu kolej atau asrama di UiTM. Hampir setiap hari, kami akan meluangkan masa di antara magrib dan isyak untuk menjalankan usaha khususi dan juga gash. Pernah sekali semasa khususi, beliau telah menjadi jurucakap utama atau mutakalim. Mendengarkan perkataan-perkataan beliau semasa menjadi mutakalim, memang mengundang kita untuk lebih tawajuh kepada Allah. Apa tidaknya, antara percakapan yang dituturkan adalah…”Wa cakap lu…kita kalau mati dengan iman sebesar zarah pun….syurga paling bangsat pun 10 kali besar dunia!!!”
Copy paste dari Mohamad Noorman Masrek
3 comments:
hahhaa...
kah kah...
sgt kenal dgn penulis tersebut.. orang penting usaha di uitm tu.. ada blog rupanya.. thanks for sharing.. (",)
Post a Comment