Tuesday, April 28, 2009

Penyakit-penyakit manusia

HARI ini, kalau kita terserempak dengan orang memakai tutup mulut seperti gambar kanan, di tempat awam di Malaysia maka sudah pasti ia boleh menyebabkan panik. Sebab, ia bukan lagi boleh dikaitkan dengan masalah jerebu.
Dan lebih panik bila mengetahui fakta bahawa lebih canggih manusia menemui atau mencipta ubat-ubatan dan menjalankan penyelidikan, rupa-rupanya lebih canggih lagi jenis penyakit datang hingga kepada yang pelik-pelik membawa maut seperti yang terbaru selsema khinzir.
Di Malaysia, ia belum lagi sampai dan mudah-mudahan ia dijauhkan oleh Allah. Tetapi ia menambahkan lagi senarai nama penyakit yang ditakuti di tanah air kerana buat masa ini, kes demam denggi dan chikungunya dilaporkan semakin meningkat serius di seluruh negara dan di sesetengah daerah, mereka yang demam diminta terus mendapatkan rawatan dan sampel darah serta merta diambil bagi tindakan lanjut.
-Semoga Allah pelihara kita semua.
Apapun, jika penyakit disedari dan manusia berusaha menjauhkannya sedaya upaya maka ia suatu yang bernasib baik kerana masih ada kesempatan untuk menjauhi bahaya.
Tetapi bagaimana pula, jika manusia berpenyakit tetapi tidak menyedarinya malah tidak berusaha mengubatinya.
Sesetengah manusia menganggap dirinya sihat sedangkan dia berpenyakit dan penyakit yang dihidapnya boleh menyebabkan kesengsaraan atau penderitaan bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat yang kekal abadi.
Itu lah penyakit kerosakan iman dalam diri. Untuk mengetahuinya, kita boleh check diri sendiri. Jika perintah Allah mudah ditunaikan dan larangan Allah mudah dijauhkan maka iman sihat. Tetapi kalau perintah Allah malas dilakukan bahkan dicuai-cuaikan manakala larangan Allah selalu atau gemar dilakukan maka terdapat tanda-tanda penyakit kerosakan iman.
Penyakit ini bukan sahaja boleh menyebabkan penghidapnya menderita di dunia, (e.g terjebak dengan pelbagai masalah di dunia) bahkan menyebabkan kesengsaraan dahsyat di akhirat.
Penyakit seperti selsema khinzir hanya sementara iaitu paling teruk pun, manusia itu akan mati maka berakhir lah kesengsaraannya. Tetapi jika seseorang gagal menjaga imannya maka disiksa dalam neraka selama-lamanya. Nauzubillah.
Jika kenderaan rosak maka tempat ia dibaiki adalah di bengkel, jika penyakit tubuh badan dialami, maka tempat untuk diubati ialah di klinik atau hospital dan sebagainya. Tetapi jika penyakit kerosakan iman dialami maka tempat untuk mengubatinya ialah di masjid yakni rumah Allah.
Kita tak nampak angin, tapi ia mempunyai tanda, misalnya bila pokok bergoyang. Iman juga tak nampak tetapi ia juga mempunyai tanda yakni sejauh mana seseorang mentaati perintah Allah mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Allah berfirman yang mafhumnya, sesungguhnya orang yang memakmurkan masjid-masjid yakni rumah-rumah Allah itu adalah orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
Maka orang yang hatinya terpaut dan memakmurkan masjid maka mereka mempunyai tanda orang beriman yang diiktiraf oleh Allah.
Mafhum hadis memberitahu, maka bersaksi lah bahawa orang yang berulang alik ke masjid itu beriman kepada Allah.
Kesimpulannya, ada dua situasi penyakit yang perlu kita elakkan iaitu penyakit zahir yakni tubuh badan kita dan kedua iaitu penyakit batin iaitu iman. Dan diantara keduanya, penyakit kerosakan iman adalah lebih penting untuk dirawat dan selalu diusahakan kerana ia berkaitan hal dunia dan akhirat. Dan penderitaan di dunia tiada apa-apa, sedangkan penderitaan dan azab akhirat teramat lah pedih.

Thursday, April 23, 2009

Respon terhadap entry menonton TV

POSTING ini adalah susulan daripada posting Minggu tak menonton TV sebelum ini. Perbincangan mengenainya memang menarik jadi saya ucapkan terima kasih kepada Atie, Ummi, Munir, Zul, Anonymous dan Eksp yg sudi mengulas.
Buat makluman, rumah saya ada TV. Selepas pindah dari utara ke selatan, TV saya rosak diangkut dgn lori. 4 bulan rumah takde TV sbb sengaja lambat baiki, ok je semua takde masalah apa pun.
Bila dah ada TV, antara perubahan positif ialah anak-anak sendiri tahu bila nak tengok TV dan depa tak selalu tengok TV pun, walaupun ada TV depan mata. Kadang2 je buka utk tengok kartun, saya/isteri tengok berita... etc dlm tempoh yg tak lama. Byk masa boleh guna untuk perkara lain yg lebih bermanfaat.
Kami takde kempen minggu2 ni, sbb ini dipraktikkan all the time dan anak2 pun bila nak buka TV minta izin dulu dari kami.
Bila azan, anak sendiri tanpa suruh akan tutup TV dan bila taklim mereka akan duduk atau tidur kat tepi kami (kadang2 buat perangai tu biasa la).
Alhamdulillah setakat ni TV tak control masa kami, sebaliknya kami yg control TV.
Saya personally tak pentingkan TV, isteri pun dulu pernah cadangkan supaya tak payahlah baiki TV dan biar takde TV.
Tapi saya rasa kena ada TV jugak, sbb takut nanti ada benda penting yg memerlukan atau takut nanti anak2 pegi rumah jiran@kawan atau ke mana2 semata2 nak tengok TV. Lagi pun, bimbang fitnah orang kata org tabligh buang TV. Padahal bukan macam tu, itu terpulang la kepada individu.
Jadi, saya lebih suka walaupun ada TV tapi kami tak terkesan pun pada TV.
Program TV walaupun bertapis, kena pilih betul2 sbb byk yg melalaikan dan yg bermanfaat tu sikit je. Berita pun kalau tengok kena analisa/fikir betul2 sbb byk spin doctor kat luar sana. Nak tahu current issue byk sumber boleh rujuk, e.g surat khabar..etc.
Bagi mereka yang mengenali saya, mereka akan tahu yg saya takde masalah untuk mengetahui current issue walaupun takde TV.
Setakat ini, alhamdulillah, TV tak menjadi isu, harap akan kekal berterusan.
Anak-anak pun tak dididik pentingnya TV, cuba terapkan 'kalau ada ok, kalau takde takpe.'
Jadi saya respect la orang yg dah 4 tahun takde TV, kalau boleh buat begitu saya rasa lagi baik. Takde apa2 rugi pun.
Personally, saya tak berkenan betul dgn kebanyakan rancangan TV sekarang. Bayangkan, buka TV tiba2 ada babak bercium, kalau ada anak kan dah satu hal nak mengalih saluran, babak yg bergaul bebas, hiburan melampau, bersuka ria, menyanyi tak tentu hala dan macam2 lagi yang tak sepatutnya, sebab itu bila JAKIM kata depa nak adakan TVJakim, saya sokong!, Sekurang2 nye jadi satu alternatif. Dalam bab muzik dan hiburan tanah air pula, kadang kala, saya rasa pemuzik underground kadang2 jauh lebih baik la....betul ni, trust me!.
Ok habis mengenai TV. Mengenai internet... wooww memang masalah beb, maksud saya dari segi masa kalau tak hati2. Kadang2 lawak saya dan isteri ialah dia panggil saya 'abah blog' dan saya panggil dia 'mama FB'. huhuhu. Tapi setakat ni terkawal lah bab internet ni. Dulu takde pun internet, tapi sekarang ni company tanggung bayaran bulanan unlimited sbb utk keperluan kerja. Jadi perlu gunakan setiap kemudahan dengan iman dan bertepatan dengan agama maka insy-Allah.
Bagi saya internet ni memang tak sesuai kepada budak2 atau kanak-kanak. Kalau depa nak main game internet pun, kena ada orang dewasa kat sebelah. Takut benda bukan2 nanti. Lagi satu perlu install, security, contohnya web marshall, enhance protection misalnya...etc untuk sekat benda2 tak patut. Apa pandangan anda?
Sekian wassalam, semoga Allah memberi keberkatan pada diri, masa dan harta kita.

**Tiada posting mulai hari ini hingga Isnin depan, kerana saya keluar khuruj fisabillilah 3 hari - Jumaat, Sabtu, Ahad. Komen2 pun akan dilihat selepas balik/tangguh dari keluar. Terima kasih kerana membaca.

Wednesday, April 22, 2009

Minggu tak menonton TV?

APA pendapat anda jika mengenali sebuah keluarga yang tidak mempunyai TV di rumah? Adakah anda menganggap:
A-Tipu la... tak logik takde TV zaman sekarang ni.
B-Pelik la, betul ke tak betul diorang ni.
C-Berfikiran tertutup, macam katak bawah tempurung
dah... macam mana nak tau dunia luar.
D-Bagus la takde TV, takde la masa terbuang sebab ada program TV yang melalaikan.
Mana satu jawapan anda? Atau boleh tambah sendiri opsyen yang ada. Saya ada pengalaman TV rosak (sengaja lambat baiki) selama 4 bulan, kesan positif takde TV di rumah cukup besar, berbanding ada TV. Semalam, ada pihak anjurkan kempen minggu tidak menonton TV. Laporannya:
Minggu tidak tonton TV
KUALA LUMPUR 21 April - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) hari ini melancarkan kempen minggu tidak menonton televisyen bagi menggalakkan ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa bersama.
Ketua Eksekutifnya, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, kempen selama seminggu itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjalankan aktiviti yang lebih bermanfaat bersama keluarga.
"Kita bukan mahu menyekat masyarakat daripada memperoleh maklumat. Tetapi kita mahu mereka menghiasi masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah seperti berkelah, bersenam, bersiar-siar bersama-sama keluarga.
"Selain merapatkan hubungan keluarga, mereka juga mengamalkan gaya hidup sihat," katanya pada sidang akhbar kempen Minggu Tidak Menonton Televisyen di sini hari ini. Baca selanjutnya dalam Utusan Malaysia
Apa pandangan anda?

Tuesday, April 21, 2009

Muzik dan anda...

Wooww... udah le tu Kirk, bila lu nak pulangkan gua punya gitar tu?
MUZIK umumnya seolah-olah tidak dapat dipisahkan dalam jiwa sebahagian manusia masakini lebih-lebih lagi kepada anak muda dan apatah lagi di kalangan Melayu.
Namun, dalam dunia peradaban manusia, sejarawan memberi kesimpulan bahawa muzik adalah kemahiran yang terakhir dikuasai dan ia merupakan tanda-tanda antithesis atau kejatuhan sesuatu tamadun.
Ibnu Khaldun (Abd-ar-Rahman Muhammad Khaldun al-Hadrami) dalam kitab karangannya Mukadimah menyebut:
"Kemahiran memperdengarkan nyanyian adalah kemahiran yang paling akhir sekali dicapai di dalam peradaban, sebab ia merupakan perkembangan yang akhir menikmati kemewahan dalam hubungan tidak ada lagi tugas lain kecuali untuk mengisi waktu senggang dan bersuka ria. Kemahiran itu juga yang pertama akan mengalami kelenyapannya daripada peradaban apabila ia mengalami kehancurannya dan kemundurannya," (muka surat 521).
Beliau berkata, pada mulanya orang Arab hanya memiliki seni bersajak, bersyair manakala muzik telah berkembang di Rom dan Parsi kerana empayar mereka yang gah mewajarkan mereka berhibur dan menggunakannya dalam berperang.
"Kemudian apabila datangnya Islam, orang-orang Arab menguasai apa yang terdapat di dunia ini......masyarakat Islam menolak keras segala kegiatan yang ada berhubungannya dengan bersenang-senang dan hal-hal yang tidak ada manfaatnya dalam agama dan penghidupan. Dengan itu,muzik dihindarkan dalam banyak hal.... hanya pembacaan al-Quran serta menyenandungkan sajak-sajak sahaja yang telah menjadi cara hidup dan kebiasaannya, adalah digalakkan," kata Ibnu Khaldun.
Namun, selepas berakhirnya pemerintahan Khalifah Ar-Rashidin maka keadaan berubah ketara pada zaman Bani Abbasiyah (akhir).
"Lalu kemewahan dan kemakmuran hidup menghampiri mereka sebab telah memperoleh banyak harta kekayaan bangsa-bangsa lain. Mereka mula menikmati kehidupan yang senang lenang dan mewah dan mula menyenangi masa lapang.
"Penyanyi-penyanyi pun meninggalkan Parsi dan Byzantin, mereka pun menyanyi dengan diiringi bunyi kecapi, tambur, alat-alat muzik yang ditabuh dan seruling-seruling.
"Orang-orang Arab mengkagumi keindahan melodi-melodi dengan bunyi-bunyian dan mereka pun menyusun sajak-sajak yang sesuai dengan alunan muzik."

Ibnu Khaldun berkata, maka muncul ramai golongan artis dan pemuzik yang menyerapkan budaya muzik itu merata kota hingga ke Andalusia.
"Dan di sana lah hingga sampai pada saat kemundurannya, kerana peradabannya telah merosot dan kekuasaannya telah berkurang," kata Ibnu Khaldun.
Beliau mengakhiri tajuk 'Keahlian Dalam Nyanyian Dan Muzik' pada kitabnya dengan: "Kemahiran memperdengarkan nyanyian adalah kemahiran yang paling akhir sekali dicapai di dalam peradaban, sebab ia merupakan perkembangan yang akhir menikmati kemewahan dalam hubungan tidak ada lagi tugas lain kecuali untuk mengisi waktu senggang dan bersuka ria. Kemahiran itu juga yang pertama akan mengalami kelenyapannya daripada peradaban apabila ia mengalami kehancurannya dan kemundurannya,"
Baru-baru ini saya terbaca soal jawab mengenai muzik dalam ruangan bicara agama Utusan Malaysia bertajuk Muzik itu harus selagi tidak melalaikan yang mungkin bermanfaat untuk kita baca.

Friday, April 17, 2009

Sumaiyah dapat kaki..

BAGI yang mempunyai anak, celoteh anak-anak memang satu nikmat yang tidak dapat dibeli atau dibandingkan dengan apa-apa pun. Ia adalah anugerah Allah. Suami mana yang tak seronok bila lepas penat-penat kerja lalu balik rumah tiba-tiba disambut oleh anak-anak dan isteri di pintu rumah.
Lebih menggumbirakan bila baby dah pandai berjalan menyambut bapanya bertaktih setapak-setapak ke depan. Ini adalah nikmat bro. Melihat anak membesar depan mata pun satu nikmat dengan setiap perubahan yang berlaku dapat dilihat. Alhamdulillah, syukur.
Baru-baru ini anak bongsu, Sumaiyah dah pandai berjalan. Semalam genap 9 bulan dan dia dah pandai berjalan umur 8 bulan nak masuk 9 bulan. Nampaknya Sumaiyah la yang paling awal berjalan berbanding abang dan kakak dia.
Nak tengok sumaiyah jalan boleh klik kat sini

Sunday, April 12, 2009

Akar politik eropah kepada dunia

PERBINCANGAN mengenai politik selalunya mendapat sambutan hangat di negara ini. Maka tidak hairan jika ada pihak yang tidak berminat terhadap politik maka ia seolah-olah tidak dapat diterima masyarakat walhal sikap itu bukanlah menyalahi undang-undang negara, waima undang-undang Islam sekali pun.
Begitupun, perlu lah kita sedar bahawa bukan bermakna orang yang tidak berminat terhadap politik, tidak tahu menahu soal politik. Justeru, posting kali ini menyentuh soal asal usul ideologi politik masakini dan dari mana asalnya ia datang.
Secara umumnya, politik atau siasah di sesebuah negara dicorakkan oleh ideologi politiknya dan di kebanyakan negara khususnya negara yang pernah dijajah, permikiran politiknya adalah seperti yang dipupuk oleh penjajah.
Disebabkan itu, kebanyakan negara serasi menggunakan ideologi politik yang susur galurnya berakar dari idea tokoh pemikir eropah moden, kerana negara eropah banyak menjadi penjajah.
Sebagaimana manusia, otaknya yakni fikirannya akan mencorakkan pergerakan dan tindakan badannya, begitu juga pemikiran atau ideologi politik ini mencorakkan apa yang diamalkan kebanyakan negara.
Maka berbincang mengenai ideologi politik kebanyakan negara masakini tidak lengkap jika tidak menyebut mengenai ideologi politik barat yang dihasilkan pada zaman eropah moden. [Eropah moden adalah zaman selepas eropah keluar dari zaman gelap. Maka eropah moden di sini dirujuk kepada zaman pencerahan (enlightenment) dan zaman kebangkitan (renaissance).]
Menyorot asal usul ideologi politik yang dilahirkan oleh tokoh-tokoh pemikir barat juga boleh membuka ruang untuk kita berlapang dada terhadap gerakan atau jemaah Islam yang bersikap berkecuali dalam politik.
Di eropah, sejak dari zaman Greek hingga ke eropah moden, manusia menggunakan akalnya untuk menjadi formula terbaik mentadbir dan menguruskan politik serta negara hingga melahirkan pelbagai pemikiran, ideologi atau ism.
Walaupun gagasan idea golongan cendekiawan dan falsafah barat itu dianggap besar namun tiada satu pun yang benar-benar berjaya, kerana ia bersandarkan kepada akal semata-mata.
Dari Plato, Socrates hingga ke Karl Mark dan Stalin - ideologi rekaan manusia antaranya ialah demokrasi, sosialism, komunism, kapitalism, fasism, secularism dan sebagainya namun idea yang paling kita kenali ialah demokrasi. Ini termasuk idea social contract yang pertama kali diperkenalkan oleh Jean Jacques Rousseau (Perancis), kini tiba-tiba begitu popular di tanah air tercinta.
Secara umumnya idea asal mereka tidak dibimbing oleh agama kerana agama yang diamalkan oleh masyarakat eropah waktu itu iaitu kristian ternyata dipandang serong masyarakatnya kerana dirasakan tidak sempurna untuk perkara tersebut.
Ideologi berasaskan agama menerusi gagasan 'Kingdom of God' yang dipelopori oleh golongan agama seperti St. Aquinas dan St. Agustine menyebabkan dogma dalam masyarakat akibat kejumudan dokrine yang dipaksakan. Akhirnya ia ditolak oleh rakyat, lebih-lebih lagi masyarakat mendapati ia tidak masuk akal atau tidak rasional menyebabkannya tidak diterima masyarakat.
Walaupun pada mulanya ia diterima segelintir masyarakat ekoran kesan penolakkan sistem feudal raja, tetapi kemudiannya gereja ditewaskan dalam soal perebutan kuasa.
Disebabkan itu, bila berlaku konflik antara istana dan gereja dalam perebutan kuasa muncul idea-idea yang bertujuan membebaskan masyarakat daripada gereja dalam secularism yang memisahkan agama dalam politik.
Machiavelli yang dipenjarakan raja, menulis buku 'The Prince' untuk membodek raja yang antara lain menjelaskan kenapa kuasa sepatutnya diberikan kepada raja dan bukannya kepada gereja. Akhirnya raja suka kepadanya dan dia dibebaskan, namun kelicikan idea 'the ends justify the means' terus popular di pentas politik.
Namun tokoh pemikir barat dan masyarakat tidak juga dapat menerima urusan negara diserahkan kepada raja bulat-bulat disebabkan cengkaman kuku besi raja dalam sistem feudalism, kelemahan kepimpinan dinasti dan sebagainya. Ini menyebabkan rakyat
memberontak dan tokoh-tokoh politik serta rakyat berpendapat rakyat perlu diberikan kuasa dalam memerintah negara.
France Revolution (1789–1799) misalnya mengorbankan institusi raja dan peristiwa The storming of the Bastille (14 July 1789) antara kemuncak rakyat menolak raja.
Penjara Bestille tempat dihumban penjenayah yang benar-benar jahat dan tahanan politik yang bukan penjenayah. Kesalahan tahanan politik hanya kerana melawan raja. Tetapi apabila penjara itu dirempuh gelombang rakyat, maka kesemua yang dalam penjara itu sama ada tahanan politik atau orang jahat menjadi bebas. Perancis menjadi kacau dan sejarahnya agak menarik hingga ke Napoleon Bonaparte.
Jika kuasa diberikan kepada rakyat, maka timbul pula bagaimana ia perlu dilaksanakan?
Dalam hubungan ini, sejajar dengan perkembangan sains yang meledak telah melonjakkan industri di eropah, lebih-lebih lagi negara eropah telah mendapat (merompak) banyak bahan mentah dari negara-negara yang dijajah untuk digunakan di negara sendiri.
Maka terjadi industrial revolution dengan rata-rata rakyat adalah menjadi pekerja.
Pada waktu ini timbul idea seperti socialism yang mendapat sambutan kerana memperjuangkan golongan pekerja dan memastikan agihan ekonomi, kuasa dan apa-apa sahaja berkaitan negara perlu dipusatkan kepada kerajaan bagi faedah rakyat secara samarata. Impian socialism adalah negara yang dinamakan utopian-state, tetapi realiti yang terjadi ialah pemerintahan kuku besi.
Socialism yang ditafsir Karl Mark menjadi communism yang dikembangkan di Soviet dan China. Socialism adalah ibu manakala komunisme adalah anaknya dan komunisme di Rusia berbeza dengan di China. Socialism juga melahirkan anak seterusnya iaitu National Socialism atau singkatannya Nazism (Jerman), Fasism (Italy) yang hanya berkehendakkan negara mengawal segala-galanya - iaitu secara autocracy, kukubesi dan diktator.
Dalam senarai ideologi barat - wajah komunis, fasis dan nazi nyata adalah paling terburuk dan hodoh. (Syukur lah kita kerana di Malaysia tiada lagi komunis).
Pada masa yang hampir sama, disebelah pihak muncul sosial demokrasi yang wajahnya berbeza yang dianggap lebih bertimbang rasa, memberi kebebasan, bersuara, lebih liberal, persaingan pasaran, kapitalism dan pemimpin ditentukan oleh undi rakyat melalui pilihan raya.
Pertembungan antara dua pihak yang berideologi berbeza antara negara-negara penganutnya menyebabkan perperangan dunia pertama dan kedua yang berteraskan isu ekonomi, penjajahan dan kuasa. Turki masuk ke kumpulan yang salah itu kumpulan yang kalah pada perang dunia pertama.
Pada perang dunia kedua, Jepun pula masuk ke dalam kumpulan yang salah iaitu kumpulan yang kalah.
Negara-negara sosial demokrasi seperti Britain, Amerika menang dalam perang. Negara ini terus memastikan komunis tidak berkembang hingga terjadi perang dingin dan perang Vietnam. Akhirnya komunis berkubur, USSR runtuh, demokrasi menjadi dominan dan Amerika adalah pendokongnya. Hari ini Jepun masuk kumpulan yang betul menjadi
sekutu kuat Amerika.
Pada zaman penjajahan, negara-negara penjajah telah merompak, memperkosa dan menodai hasil mahsul bumi negara-negara dijajah dan apabila penjajah meninggalkan negara itu, mereka meninggalkan benih demokrasi dan nilai-nilai politik barat untuk diwariskan dalam pemerintahan.
Apabila negara-negara penjajah sudah tidak tertanggung untuk mentadbir wilayah dijajah dan kebangkitan perjuangan kemerdekaan, maka penjajah memerdekakan negara-negara itu kepada pemimpin yang mereka percaya.
Negara-negara ini dipecahkan sempadan sebagaimana dasar pecah perintah yang sebelum itu diamalkan dalam wilayah kecil.
Misalnya, India dipecahkan kepada Pakistan, Bangladesh dan lain-lain (boleh fikir sendiri nama negara lain) yang kesemuanya disuburkan demokrasi.
Kesan perang dunia kedua ialah negara demokrasi menjadi dominan dan Amerika muncul sebagai pendokong demokrasi bersama Britain untuk menekan negara-negara berideologi politik berlainan dalam perang dingin.
Selepas komunis jatuh, tokoh barat misalnya Samuel Huntington (dalam bukunya Clash of Civilization and Remaking New World Order) yang diidolakan barat, bersungguh-sungguh menyatakan barat perlu mencari musuh baru - dan musuh itu adalah tamadun Islam kerana wujud perbezaan ketara pemikiran iaitu ideologi. Selain itu, katanya, perang-perang sempadan dan di rantau-rantau adalah penting untuk manfaat penjualan senjata negara barat.
Walaupun demokrasi dianggap yang paling baik berbanding ideologi rekaan manusia lain, namun hakikatnya, kisah curang demokrasi juga terlalu banyak, ini boleh dilihat dalam tindakan negara pendokongnya sendiri seperti dasar luar Amerika terhadap negara lain (afghanistan, palestin, iraq, cuba, ... etc).
Idealogi itu juga gagal mencapai sasarannya kerana walaupun, wajahnya manis contohnya rakyat boleh mengundi tetapi pelbagai kekurangan sering berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Antaranya ialah demokrasi melahirkan cengkaman secara tersusun golongan elit, rasuah politik, penyalahgunaan kuasa, peranan lobi yahudi, sistem kapitalis berat sebelah memiskinkan yang miskin mengkayakan yang kaya, boleh menjurus kepada elemen diktator dalam tindakan unilateral, penipuan undi, menipu rakyat, kekayaan berlegar dalam kelompok sendiri, sistem riba, memecahbelahkan rakyat, menghasut, memburukkan lawan.
Pemimpin demokrasi yang menjadi johan biasanya adalah mereka yang mempunyai pelbagai wajah dan pandai bermuka-muka kerana demokrasi tidak mampu mengekang sifat buruk manusia seperti tamak, haloba, rakus, pecah amanah, pentingkan diri sendiri dan sebagainya.
Contoh hipokrasi mudah yang boleh dilihat ialah apabila parti yang sah menang di Palestin melalui pilihan raya yang sah tetapi dinafikan kuasa, sebaliknya parti yang kalah tetapi bersekongkol dengan Israel dan Amerika, diberi kuasa. Rakyat Gaza
Gaza dibedil, Amerika yang menjunjung hak asasi manusia hanya membisu. Demikian lah sikap demokrasi yang bermuka-muka dan oppurtunis.
Demokrasi kepartian juga bergantung kepada sejauh mana kepimpinannya rasional. Untuk untuk rasional, apakah yang digunakan sebagai rujukan?. Contohnya negara barat, undang-undang membenarkan homoseksual diluluskan. Ini kerana apa yang penting ialah kehendak majoriti rakyat semata-mata dan bukan dari segi agama kerana nilai-nilai itu adalah sesuatu terpencil dan hak peribadi sahaja.
Adalah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin tersohor bahawa tiada mana-mana ideologi politik rekaan manusia ini yang terbaik. Misalnya, Tun Dr. Mahathir (semasa masih Perdana Menteri) ketika merasmikan persidangan negara-negara berkecuali (NAM) di Kuala Lumpur, turut mengatakan tiada mana-mana ideologi politik itu yang terbaik. Kata-kata Tun adalah benar.
Sementara itu, dalam kelambu demokrasi ada bantal empuk - sistem kapitalis yang dipelopori yahudi. Hari ini sistem itu mulai runtuh apabila berlaku krisis ekonomi Amerika yang seterusnya memberi kesan kepada ekonomi dunia (kerana sistem ini menguasai dunia). Selepas sistem itu gagal ia kini cuba diselamatkan oleh kerajaan Amerika seolah-olah negara itu kini tidak lagi mengamalkan democratic capitalism yang sepatutnya membiarkan pasaran mengatasinya.
Angkara sub-prima, pajak gadai dan insuran dengan sistem riba melumpuhkan kewangan Amerika maka kini berjuta rakyatnya menganggur, kilang ditutup dan masalah itu merebak ke seluruh dunia termasuk Singapura, China dan sebagainya. Hillary Clinton yang berkunjung ke China tanpa segan silu menyuruh China membeli toxic loan, hutang beracun institusi kewangan Amerika.
Maka langkah yang diambil syarikat ialah mengurangkan kerja lebih masa, pemberhentian sukarela, pemberhentian sementara dan membuang terus pekerja. Ini berlaku di mana-mana termasuk Malaysia khususnya bagi sektor perkilangan tekstil, kimia dan perabot.
Banyak lagi contoh bahawa demokratik capitalism gagal dan krisis kali ini dijangka yang terburuk dan terpanjang dalam sejarah manusia menghadapi kegawatan ekonomi.
Dalam lipatan sejarah hingga hari ini walaupun jelas, ideologi demokrasi bukanlah jawapan kepada kesejahteraan rakyat secara total namun majoriti penduduk dunia mengakui bahawa demokrasi adalah pilihan terbaik berbanding yang lain.
Bahkan para ulama juga berbeza pendapat mengenai perkara ini dan atas faktor semasa sebahagiannya bersetuju dengan penyertaan umat Islam dalam sistem demokrasi kerana ia kurang mudarat dan lebih menghampiri kepada keadilan. Lebih-lebih lagi ia memberi kebebasan kehendak rakyat sesuatu negara untuk memelihara agama, ketuanan sesuatu bangsa, institusi raja, bahasa dan sebagainya.
Mereka berpendapat elemen-elemen negatif dalam demokrasi itu boleh dikurangkan lagi jika para pemimpinnya berpegang ajaran agama. Maka terjun lah ulama-ulama dalam politik kepartian yang wujud dalam sistem demokrasi. Tetapi pada masa yang sama terdapat juga ulama yang tidak terjun dalam politik rekaan manusia ini kerana bagi ulama ini masih terdapat banyak pilihan lain yang jauh lebih baik dan menepati kehendak al-Quran dan Sunnah. Asas untuk menolak sistem rekaan manusia ini ialah kerana ia tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w, para sahabat. Dan al-Quran berkehendakkan sistem syura. Sistem syura jauh berbeza dengan demokrasi.
Misalnya, 1) demokrasi mengutamakan kehendak rakyat, tetapi syura mengutamakan kehendak Allah dan rasul-Nya.
2) Keputusan dalam demokrasi ditentukan oleh majoriti, tetapi sistem syura, ia tidak semestinya majoriti.
3) Sistem syura mahu pemimpin sebagai khalifah dilantik ialah orang bertakwa tetapi dalam demokrasi pemimpin yang paling popular untuk mendapat undi boleh diangkat sebagai ketua (sama ada popular kerana wang dan sebagainya tidak menjadi hal).
4) Ulama yang terjun dalam politik kepartian rata-rata berpendapat perlu mendapatkan kuasa melalui sistem tersebut walaupun sistem itu kotor kerana bila kuasa itu diperolehi maka Islam boleh ditegakkan. Sebaliknya, sebahagian ulama pula berpendapat, Islam tidak bergantung kepada kuasa semata-mata untuk ditegakkan, bahkan tanpa kuasa pun Islam boleh ditegakkan, maka tidak perlu mencari kuasa itu kerana Islam boleh ditegakkan juga. Ini kerana Allah boleh menegakkan Islam walaupun manusia itu tiada kuasa. Antaranya, semasa awal zaman pengembangan Islam di Mekah, Nabi Muhammad s.a.w pernah ditawarkan kuasa, harta, wanita oleh pemimpin Quraish, tetapi Nabi tidak mengambilnya kerana usaha dakwah boleh diteruskan juga tanpa kuasa dan akhirnya Islam berkembang.
5) Apakah kehendak Nabi s.a.w? Adakah baginda berkehendakkan kuasa? Sebaliknya fikir risau baginda ialah bagaimana semua manusia dapat taat perintah Allah, semua manusia dapat menjauhi larangan Allah, semua manusia dapat masuk syurga Allah dan jauhi neraka. Bukan kuasa menjadi matlamat, tetapi sebahagian umat Islam menjadikan kuasa sebagai matlamat.
5) Point-point perbezaan antara demokrasi dan syura terlalu banyak hingga mustahil untuk dituliskan semuanya di sini. Sebagai rujukan sebahagiannya boleh dibaca di Al-Alorstari

Kesimpulannya.
1-Adalah tidak menyalahi undang-undang negara dan syariah jika mana-mana individu tidak menyertai politik kepartian dalam sistem demokrasi. Dari segi intelektual dan pelajaran sains politik juga, mereka yang bersikap neutral atau berkecuali dalam politik kepartian juga mempunyai kebijakkan.

2-Ulama berbeza pendapat, maka umat Islam perlu berlapang dada dan menerima mana-mana pihak yang bersikap memilih politik kepartian dan berlapang dada juga kepada mana-mana pihak yang berkecuali dan tidak mahu terlibat.

3-Adalah amat dangkal jika menganggap orang yang tidak mahu terlibat dengan politik kepartian sebagai tidak berilmu.

4-Dalam sejarah tiada satu pun ideologi politik barat yang terbukti berjaya, tetapi ajaran Islam satu-satunya cara hidup menyeluruh yang telah membuktikan kejayaan iaitu pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan zaman sahabat r.hum.

5-Takrif politik tidak boleh disempitkan kepada struggle for power semata-mata (takrif itu adalah untuk politik kepartian). Politik juga boleh ditakrifkan kepada 'the art to get what, who and how' iaitu politik juga bersabit soal mengurus, memimpin dan mentadbir. Dalam hal ini, dalam dunia ada satu sahaja jemaah (gerakan, kumpulan) orang Islam yang memimpin dan mentadbir gerakan dakwah begitu meluas hingga ke merata pelusok dunia hingga ke 7 benua. Dakwah bergerak lancar dengan bantuan Allah sama ada di negara Islam atau bukan Islam. Jemaah terus menerus dihantar menjadi asbab hidayat merubah manusia supaya kenal akan Allah dan beriman dan bertaqwa kepada Allah. Jemaah dakwah tidak mencari kuasa kerana hanya mencari keredhaan Allah. Tanpa ada kuasa pun, gerakan ini mampu mengubah perompak kepada tok wali, pemabuk kepada hafiz, penzina kepada orang alim, ustaz kepada mufti maulana dan sebagainya dan dengan sasaran manusia dibawa kepada Allah. Jadi, jika tanpa kuasa pun Allah boleh beri demikian, jadi nak buat apa dapatkan kuasa?
Dalam mesyuarat usaha dakwah peringkat dunia di Nizamuddin hampir setiap negara menghantar wakil untuk bermesyuarat dan janji Allah adalah benar bahawa Dia letakkan orang yang beriman dan bertaqwa sebagai khalifah muka bumi.
-Di Malaysia, orang panggil gerakan dakwah ini sebagai tabligh dan beberapa tempat di luar negara dipanggil six points men dan walau apapun nama diberi oleh orang tetapi ia adalah usaha iman dan amal iaitu usaha dakwah yang ditunjukkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. Usaha yang terus menerus hingga hari kiamat kerana selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat, maka tiada lagi nabi dihantar. Umat ini adalah umat dakwah yang bertanggungjawab untuk meneruskan usaha dakwah hingga hari kiamat. Di belakangnya ada pertolongan Allah dan khabar gembira di dunia dan akhirat.

**Tulisan ini tidak menyentuh soal hukum hakam dan tidak juga mewakili mana-mana pihak atau kumpulan kerana tiada mana-mana kumpulan pun yang pernah melantik saya untuk menjadi jurucakap mereka dalam dunia internet ini. Ini adalah pendapat saya sendiri, dan sebahagiannya mungkin dari segi sains politik. Wallahualam bissawab.

Thursday, April 9, 2009

Melampau dan terlampau dalam hidup

DALAM kehidupan kita, kadang kala sama ada disedari atau tidak, manusia boleh menjadi orang yang melampau dan terlampau. Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada perangai dan sikap seperti itu.
Ini boleh dilihat dalam pelbagai aspek, misalnya:
Contoh 1) Kalau kita sedang duduk minum, makan dan berborak bersama kawan-kawan tiba-tiba ada rakan sekerja datang kata: "Mat, bos panggil ngko kejap..." Maka yang akan terjadi ialah kita akan bingkas bangun serta merta. Air teh yang belum habis lagi minum, kita boleh tinggalkan begitu sahaja. Kerana kita tahu bahawa bos kita perlu ditemui segera dan suruhannya perlu ditunai segera tanpa banyak soal. Walaupun kita tengah seronok berborak bersama kawan2 di gerai atau kantin tetapi kita sanggup menghentikan kegembiraan itu lalu meninggalkan kesemuanya. Kerana kita faham ada perkara yang lebih penting.
Dengan cara itu, bermakna kita menjadi orang yang pandai meletakkan keutamaan dalam kehidupan.
TETAPI, sungguhpun begitu, cuba bayangkan kalau kita tengah seronok makan minum seperti tadi, tiba-tiba azan berkumandang mengajak kita bersolat berjemaah di masjid.
Maka adakah kita turut bersikap seperti tadi iaitu, bingkas bangun dan bergegas meninggalkan gerai itu atau apa-apa kerja lalu menuju ke rumah Allah kerana memahami seruan azan itu yang memanggil untuk bersolat dan perintah Allah adalah sesuatu yang mesti dipatuhi.
Adakah kita boleh berbuat demikian? Jika kita boleh berbuat demikian iaitu tidak dilalaikan perniagaan, kehidupan, makanan atau apa-apa perkara dunia sebaliknya mengutamakan perintah dan suruhan Allah pada ketika itu, maka kita sememangnya telah lulus dalam ujian pada waktu dan saat itu, dan menuju kejayaan. Kerana kita bersikap mengutamakan Allah lebih daripada yang lain.
Tetapi jika kita buat tak tahu, buat tak reti terhadap azan itu, maka kita telah melakukan sesuatu yang terlampau, double standard dan jahil. Cuba bandingkan situasi bila bos panggil kita boleh datang segera tetapi bila seruan untuk menunaikan perintah Allah, maka kita buat tak tahu. Sedangkan bos tu bukan apa sangat, makhluk je, Allah lah yang beri makan kepada bos itu. Maka jika ini terjadi, maka sungguh2 kita tak patut, tetapi ini yang banyak berlaku sekarang, di gerai-gerai atau merata tempat, orang buat tak reti je, bersidai dan terus gelak ketawa bila azan. Sungguh terlampau dan melampau...
Sepatutnya, yang terbaik ialah kita sendiri menunggu waktu solah di masjid dan membuat persiapan sebelum bersolat dengan sempurna bagi mendapatkan kesempurnaan solah dan kusyuk.
Tetapi apa yang berlaku, bila azan Zohor, kita sibuk nak lunch, azan Asar kita sibuk minum petang, bila azan Maghrib kita sibuk balik kerja mandi dan sebagainya, bila azan Isyak kita sibuk dinner, bila azan subuh kita tengah tidur mati.
Semua masa seolah-olah tak kena dengan kita, yang sebenarnya tak kena dengan nafsu.
Dalam soal masa, kalau kita hendak ambil peperiksaan mula pukul 8 pagi, kita boleh selesaikan segala (makan minum, tandas etc) urusan sebelum pukul 8 pagi sebab kita faham masuk dewan periksa tak boleh lewat dan dengan itu kita boleh jawab soalan dengan tenang dan lega. Jadi sepatutnya, jika iman kuat maka kita boleh selesaikan segala urusan kita tadi sebelum waktu solah supaya dapat solah berjemaah. Dan kalau tak sempat, urusan itu boleh ditangguhkan sebentar selepas selesai solah.
Contoh 2) Kita boleh baca surat khabar hari-hari sampai khatam dari muka depan hingga ke iklan saiz besar stem kat muka belakang pun kita baca. Pagi-pagi kalau tak dapat baca paper, hari kita macam ada yang tak kena.
TETAPI berapa banyak ayat, surah al-Quran kita baca setiap hari?. Malangnya apa yg banyak berlaku kalau tak baca pun, hati dan perasaan kita tak terasa apa-apa pun, macam biasa je. Malahan, kalau radio atau TV ada orang baca al-Quran pun kita tutup, alihkan channel dan lain2 perbuatan yang cukup terlampau. Sepatutnya, kita mulakan hari dgn bacaan al-Quran. Selepas solat tahajud, kita baca al-Quran, selepas solat subuh kita baca Quran walaupun beberapa potong ayat atau surah2 yang ringkas sebelum memulakan pekerjaan. Hati kita perlu sentiasa terpaut kepada al-Quran, kalau tak dapat baca dalam sehari kita kena sedih dan rasa kekurangan dalam diri, macam ada sesuatu yang tak kena hari ini. Kita perlu doa nangis2 kepada Allah supaya diberi taufik dapat membaca, diberi kelapangan membaca Quran walaupun sedikit. Kita kena tanya diri sendiri, apakah dosa saya hari ini sehingga saya tak dapat baca al-Quran hari ini? Kita perlu berdoa, minta ampun daripada Allah sungguh-sungguh.
Contoh 3) Kalau kita nak makan nasi, misalnya, kita tak mahu makan nasi kosong sahaja. Walaupun namanya makan nasi, tapi kita mesti nak makan dengan lauk yang variety supaya lebih sedap, lebih cantik, gitu. Mesti ada ulam sikit, sambal belacan ke, sayur dan kuah selain lauk utama ayam ke ikan ke hiasan, telur masin, ikan kering etc. Baru namanya makan, kan. Itu lah perkara biasa yang kita amalkan. Cuba bayangkan kita diberi nasi kosong sepinggan dan dikatakan itu sahaja la makanan tengah hari kita. Memang berkerut dahi kita! Silap2 mogok tak mahu makan.
TETAPI, kenapa kalau kita nak beribadat kita sekadar buat mana yang rukun, asas dan fardu sahaja tetapi tidak mencantikkannya lagi menerusi memperbanyakkan amalan2 sunat, mengamalkan sunnah dalam ibadat fardu dan ibadat sunat. Dalam solat misalnya, ramai yang hanya solat di rumah, sendiri-sendiri pun cukup, ammik yang mudah2 je. Padahal Nabi Muhammad s.a.w tak pernah pun bersolat fardu secara bersendirian (bagi wanita digalakkan bersolat di rumah). Pada masa yang sama kita selalu melaungkan kesempurnaan dalam aktiviti kerja dan kehidupan kita? Kenapa dalam bab amal ibadat kita ambik mudah je. Ini juga boleh dilihat dalam amalan-amalan lain yang kadang kala sudah terbiasa.
Contoh 4) Kita risau tentang keselamatan diri dan keluarga. Hingga pasang alarm beribu ringgit. Extra kunci keliling pinggang. Macam2 perkara dan langkah untuk meningkatkan tahap keselamatan. Walaupun ini semua bagus, TETAPI kenapa kita tidak pernah berkerut dahi dan risau tentang keselamatan diri dan keluarga di alam akhirat, kubur, masyar, sirat, mizan, syurga atau neraka. Sedangkan alam akhirat adalah selama-lamanya dan dunia yang dirisau2kan sangat itu hanya sekejap dan sementara.
Sepatutnya, keselamatan dan kebahagiaan akhirat perlu diberi tumpuan secukupnya dan bukan berpada dengan sedikit amalan tetapi berlebih2 dalam hal dunia.
Perlu difikirkan bekalan kita di akhirat nanti, kerana di sana kita amat memerlukan walaupun satu kebaikan.
Dalam perkara dunia kita faham, kalau orang nak ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru dengan bekalan RM10 seorang memang tak cukup, sebab perjalanan jauh brader!. Tapi cuba bayangkan, alam akhirat yang tidak bertepi selama-lamanya maka sudah tentu kita perlu mempersiapkan bekalan yang banyak. Maka ini perlu menjadi fikir risau saya bagaimana bekalan saya pada hari akhirat. Adakah amal ibadat saya diterima atau menjadi kain buruk yang dilemparkan ke muka kita. Atau berapa banyak koleksi kain buruk kita dah ada? Atau kita terus biarkan sahaja kita jadi orang yg melampau.
Contoh-contoh di atas sekadar contoh dan sebenarnya terlalu banyak perkara dalam kehidupan kita yang mungkin kita boleh fikir sendiri. Kita selalu katakan kita mahu mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat, tetapi prilaku kita pula banyak yang hanya mencari kebaikan di dunia tetapi meminggirkan akhirat. Adakah kita konsisten antara kata2 dgn tindakan kita? Ini yang kita risau.
Saya katakan ini adalah untuk peringatan diri saya sendiri. WaAllahu alam bissawab.

Tuesday, April 7, 2009

Good days in Bukit Selambau, Bukit Gantang

FOR me and my wife, Bukit Selambau, near Sungai Petani, Kedah and Bukit Gantang, Perak are not like what most people think today amid by-elections that turn them to political battlefield for power hungry people and parties. Best of luck to those who will cast their vote soon and all the best to the winner and loser of the game. I'm not interested with the game.
Flags fighting game...(photo taken from friend hasrul),

But for us, these two places remain nostalgically in our minds as my wife and I had made our first time khuruj fi sabilillah in jemaah masturat for three days in a row in Kampung Tebok, Trong, Perak sometime in Disember 2006. As everybody know, Trong is located near Changkat Jering, in which its Parlimentary seats is Bukit Gantang - which now witness heavy influx of people due to the by-election.
Back in 2006, the 3 days masturat's full programme - although it was just a begining for us - gave us wonderful experience that change many things in our perception, thinking, amal and that the work of dakwah must be carried out not only by men, but also by women.
The women stayed in a house while all men iktiqaf in Surau Kampung Tebok. I still remember Pak Usop's hospitality and generousity as he did the best he could to nusrah jemaah after wakaf his house fisabilillah and then he with his sons stayed with us in surau while his wife and daughters nusrah the women in the house. All programmes were carried of smoothly and benefited by all of us, including locals who joined. May Allah bless them and reward their kindness in this world and hereafter.
After we finished that, 3 months later in 2007, alhamdulillah, Allah choosed us again for khuruj fisabilillah in 3 days jemaah masturat. And suprisingly again our route was from Penanti to Trong, the same place and the same house! due to current takaza. We were amazed by the modesty and simplicity of Pak Usop and his family that lead them to peaceful and happy life, yet all of them deeply concern about this deen, and highly committed to this noble work of dakwah.
After completed our 3 days, we return to our home in Penanti and later on, sometime in September 2007 my wife and I were back on the road again but this time the route was to Kampung Penghulu Him, Sungai Petani, Kedah.
Again, Sungai Petani today is one of the hectic and hot place on earth that triggered by the election - not like those days when we were there, 3 years back.
Brother Firdaus, the hawker and his family had host our jemaah and definately it was a great pleasure and syukur that Allah choosed us to be there. I admired his family simple and pious life in which more or less we tried to imitate. We had the ample opportunity to learn about this very beautiful masturat's work of dakwah from the people there, including those who nusrah the jemaah. It was great experience and influence.
Hopefully their pious gift, sacrifies and our small effort had yield hidayat in the universe especially to ourselves and these two places. May Allah choose us again and again in this wonderful work.

Sunday, April 5, 2009

Why she won't wear hijab?

A conversation for Muslim sisters:

"I'm so tired."

"Tired of what?"

"Of all these people judging me."

"Who judged you?"

"Like that woman, every time I sit with her, she tells me to wear hijab."

"Oh, hijab and music! The mother of all topics!"

"Yeah! I listen to music without hijab…haha!"

"Maybe she was just giving you advice."

"I don't need her advice. I know my religion. Can`t she mind her own business?"

"Maybe you misunderstood. She was just being nice."

"Keeping out of my business, that would be nice..."

"But it's her duty to encourage you do to good."

"Trust me. That was no encouragement. And what do you mean `good` ?"

"Well, wearing hijab, that would be a good thing to do."

"Says who?"

"It's in the Qur'an, isn't it?"

"Yes. She did quote me something."

"She said Surah Nur, and other places of the Qur'an."

"Yes, but it's not a big sin anyway. Helping people and praying is more important."

"True. But big things start with small things."

"That's a good point, but what you wear is not important. What's important is to have a good healthy heart."

"What you wear is not important?"

"That's what I said."

"Then why do you spend an hour every morning fixing up?"

"What do you mean?"

"You spend money on cosmetics, not to mention all the time you spend on fixing your hair and low-carb dieting."

"So?"

"So, your appearance IS important."

"No. I said wearing hijab is not an important thing in religion."

"If it's not an important thing in religion, why is it mentioned in the Holy Qur'an?"

"You know I can't follow all that's in Qur'an."

"You mean God tells you something to do, you disobey and then it's OK?"

"Yes. God is forgiving."

"God is forgiving to those who repent and do not repeat their mistakes."

"Says who?"

"Says the same book that tells you to cover."

"But I don't like hijab, it limits my freedom."

"But the lotions, lipsticks, mascara and other cosmetics set you free?!

What`s your definition of freedom anyway?"


"Freedom is in doing whatever you like to do."

"No. Freedom is in doing the right thing, not in doing whatever we wish to do."

"Look! I've seen so many people who don't wear hijab and are nice people, and so many who wearhijab and are bad people."

"So what? There are people who are nice to you but are alcoholic. Should we all be alcoholics? You made a stupid point."

"I don't want to be an extremist or a fanatic. I'm OK the way I am without hijab."

"Then you are a secular fanatic. An extremist in disobeying God."

"You don't get it, if I wear hijab, who would marry me?!"

"So all these people with hijab never get married?!"

"Okay! What if I get married and my husband doesn't like it? And wants me to remove it?"

"What if your husband wants you to go out with him on a bank robbery?!"

"That's irrelevant, bank robbery is a crime."

"Disobeying your Creator is not a crime?"

"But then who would hire me?"

"A company that respects people for who they are."

"Not after 9-11"

"Yes. After 9-11. Don't you know about Hanan who just got into med school?

And the other one, what was her name, the girl who always wore a white hijab…ummm…"

"Yasmeen?"

"Yes. Yasmeen. She just finished her MBA and is now interning for GE."

"Why do you reduce religion to a piece of cloth anyway?"

"Why do you reduce womanhood to high heals and lipstick colors?"

"You didn't answer my question."

"In fact, I did. Hijab is not just a piece of cloth. It is obeying God in a difficult environment. It is courage, faith in action, and true womanhood.

But your short sleeves, tight pants…"

"That's called `fashion`, you live in a cave or something? First of all, hijab was founded by men who wanted to control women."

"Really? I did not know men could control women by hijab."

"Yes. That's what it is."

"What about the women who fight their husbands to wear hijab? And women in France who are forced to remove their hijab by men? What do you say about that?"

"Well, that's different."

"What difference? The woman who asked you to wear hijab…she was a woman, right?"

"Right, but…"

"But fashions that are designed and promoted by male-dominated corporations, set
you free? Men have no control on exposing women and using them as a commodity?! Give me a break!"


"Wait, let me finish, I was saying…"

"Saying what? You think that men control women by hijab?"

"Yes."

"Specifically how?"

"By telling women how and what to wear, dummy!"

"Doesn't TV, magazines and movies tell you what to wear, and how to be `attractive'?"

"Of course, it's fashion."

"Isn't that control? Pressuring you to wear what they want you to wear?"

[Silence]

"Not just controlling you, but also controlling the market."

"What do you mean?"

"I mean, you are told to look skinny and anorexic like that woman on the cover
of the magazine, by men who design those magazines and sell those products."


"I don't get it. What does hijab have to do with products."

"It has everything to do with that. Don't you see? Hijab is a threat to consumerism,
women who spend billions of dollars to look skinny and live by standards of fashion designed by men…and then here is Islam, saying trash all that nonsense and focus on your soul, not on your looks, and do not worry what men think of your looks."


"Like I don't have to buy hijab? Isn't hijab a product?"

"Yes, it is. It is a product that sets you free from male-dominated consumerism."

"Stop lecturing me! I WILL NOT WEAR HIJAB!

It is awkward, outdated, and totally not suitable for this society ... Moreover, I am only 20 and too young to wear hijab!"

"Fine. Say that to your Lord, when you face Him on Judgment Day."

"Fine."

"Fine."

[Silence]

"Shut up and I don't want to
hear more about hijab niqab schmijab Punjab!"

[Silence]

She stared at the mirror, tired of arguing with herself all this time.

Successful enough, she managed to shut the voices in her head, with her own opinions triumphant
in victory on the matter, and a final modern decision accepted by the society - but rejected by the Faith:

"Yes!" - to curls on the hair - "No!" - to hijab!

"And he(/she) is indeed a failure who corrupts it [the soul]!"
[Holy Quran 91:10]

"Nay! You prefer the life of this world; While the hereafter is better and more lasting."
[Holy Quran: 87:16-17]

"You are the best community (Ummah) raised up for (the benefit of) humanity; enjoining what is right and forbidding what is wrong and believing in Allah."[Holy Quran: 3:110]

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=146930

Thursday, April 2, 2009

Mencari kekuatan umat

DALAM mengambil iktibar terhadap konflik Palestin-Israel, umat Islam perlu mengakui bahawa tragedi yang menimpa adalah antaranya berpunca daripada kelemahan umat Islam sendiri daripada pelbagai sudut.
Bangsa Arab dan umat Islam hari ini menjadi hina walaupun telah dimuliakan selepas keluar daripada kejahilan pada zaman jahiliyah. Dan menurut para ulama bahawa kita hanya boleh dikembalikan semula kepada kemuliaan melalui pintu yang sama.
Sebagaimana ucapan Umar al-Khattab r.a:
"Dahulu kita adalah kaum yang hina. Allah telah memuliakan kita dengan Islam. Seandainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita, maka kita akan dihina oleh Allah. (Riwayat sahih al-Hakim). Ulama tersohor, Abu al-Hasan Ali al-Nadwi dalam bukunya Kaifa Dakhala al-Arab al-Tarikh (Bagaimana Bangsa Arab Boleh Tercatat Dalam Sejarah) menggambarkan kehidupan orang Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam keadaan terpencil walaupun memiliki beberapa ciri-ciri kekuatan seperti akhlak mulia, bersifat berani, pandai membuat senjata, mempunyai bahasa yang indah - tetapi semua kelebihan mereka tidak meninggikan mereka dan tidak menjadi manusia mulia.
Al-Nadwi berkata: "Orang Arab perlu tahu bahawa mereka tidak akan disebut dalam sejarah (dunia) kecuali disebabkan risalah dan dakwah Islam.
"Allah tidak akan melahirkan rasa cinta dalam hati dan jiwa (orang lain) kepada mereka, tidak akan menyebarkan bahasa mereka sehingga begini luas, tidak kekal dan abadi, tidak menulis ilmu yang banyak (dalam bahasa itu), tidak membina perpustakaan yang begitu besar di mana ia dimanfaatkan oleh ulama lain melebihi orang Arab sendiri, melainkan kerana kelebihan al-Quran dan syariat Islam.
"Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan yang asal dan tidak akan dikenang dengan kemuliaan dalam sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya," kata ulama itu yang pernah berkunjung ke Malaysia sekitar tahun 1987 dan meninggal dunia pada tahun 22 Ramadan 1420 hijrah atau 31 Disember 1999.
Walaupun isu Palestin membabitkan bangsa Arab namun pengajarannya adalah untuk seluruh umat Islam, kata bekas mufti xxxxx xxxx xxxxx ketika membincangkan konflik itu.
Menurutnya, amat menyedihkan apabila umat Islam dizalimi sedemikian namun lebih menyedihkan lagi jika ia tidak dijadikan iktibar untuk merenung diri umat Islam seluruhnya bagi bagi mencari rahsia kekuatan umat.
Pertama, apabila dirujuk al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w maka diketahui bahawa rata-rata umat Islam kini jauh daripada Allah dan disebabkan itu tidak mendapat pertolongan dan bantuan daripada Allah.
xxxx berkata, ini berdasarkan ayat al-Quran dalam surah Ali-Imran: 160 yang bermaksud: "Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu maka apakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah? Dan ingatlah kepada Allah jua orang yang beriman itu berserah diri." Sejarah Islam juga menunjukkan bahawa umat Islam tidak pernah menang ke atas musuh semata-mata dengan bersandarkan kepada kekuatan yang ada pada mereka namun kemenangan Islam adalah dengan bantuan Allah.
Berbeza dengan musuh-musuh Islam, mereka terpaksa hanya bergantung kepada kekuatan material sahaja kerana di sisi mereka tiada bantuan Allah.
Walaupun segala kelengkapan dan kekuatan perlu dibina secukupnya oleh umat Islam bagi menggerunkan musuh namun umat Islam pasti mencapai kemenangan walaupun dengan apa jua keadaan sekali pun sama ada kekurangan atau kelebihan jika mendapat pertolongan Allah.
Bahkan, banyak peperangan termasuk Perang Badar yang dimenangi umat Islam walaupun kelengkapan perang dan persediaan mereka amat daif.
Perintah Allah agar umat Islam mempersiapkan diri terkandung dalam surah Anfal: 60, yang bermaksud:
"Persiapkan dirimu untuk menentang (musuh-musuh Islam) dengan apa jua yang kamu mampu dari segala jenis kekuatan dan pasukan-pasukan berkuda yang disiapkan untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak ketahui. Sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu belanjakan di jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi."
Bagaimanapun, menggerunkan musuh tidak semestinya cukup untuk mengalahkan musuh dan syarat untuk mencapai kemenangan serta menerima kuasa pemerintahan bumi ialah apabila orang Islam benar-benar beriman dan beramal soleh seperti firman Allah dalam Surah an-Nur: 55 yang bermaksud:
"Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu (wahai Muhammad s.a.w) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi sebagaimana Dia menjadikan orang-orang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa..."
Allah menyakinkan lagi umat ini menerusi firman-Nya dalam surah Rum:47 yang bermaksud: "Adalah sememangnya menjadi tanggungjawab Kami menolong orang yang beriman."
xxxx berkata, dalam Surah Al-A'araf: 96, Allah berfirman: "Dan (Tuhan berfirman lagi) kalau sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membukakan kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan bagi orang-orang kafir."
Maka telah jelas bahawa bantuan Allah akan diberikan kepada mereka yang beriman dan bertaqwa. Namun timbul pula pertanyaan apakah kerja yang perlu dilakukan oleh orang beriman dan bertakwa itu?
Bagi persoalan ini, Allah berfirman dalam Surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
xxxx berkata, membela dalam ayat di atas bukan bermaksud membantu Allah kerana Allah adalah Maha Perkasa dan tidak perlu dibantu. Tetapi yang dimaksudkan ialah membantu dan membela agama untuk meninggikan dan mendaulatkan Islam.
Dalam hubungan itu, xxxx berkata, membela itu adalah kerja dakwah untuk menjaga akidah, syariat, ibadat, akhlak dan berjihad di jalan Allah dengan menggunakan diri, masa dan harta.
Itu lah kerja umat Nabi Muhammad s.a.w yang menjadikan umat Islam kembali mulia sebagaimana pintu yang sama dimasuki oleh para sahabat Nabi Muhammad s.a.w hingga dimuliakan oleh Allah.
Melalui usaha dakwah, seorang Islam dapat membantu meninggikan agamanya, meningkatkan keimanan dan ketaqwaan untuk menjadikan mereka umat terbaik.
Allah berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 110 yang bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kamu pula beriman kepada Allah."
Xxxx membuat kesimpulan dengan berkata: "Maka di sini lah perkara yang perlu kita ambil pengajaran bahawa umat Islam tiada jalan lain melainkan perlu mendekatkan diri kembali kepada Allah dan memperbanyakkan amal ibadat serta amal soleh kerana dengan cara itu akan diberikan keselamatan oleh Allah.
"Umat Islam termasuk di Malaysia perlu selalu berkunjung ke masjid yang menjadi rumah Allah untuk mendapatkan rahmat Allah, bersolat jemaah dan lain-lain amalan dan sentiasa perlu tingkatkan ketaqwaan," tegasnya.
Apabila kualiti keimanan dan ketakwaan itu ada dalam diri umat Islam maka Allah bertanggungjawab memusnahkan musuh Islam dengan cara selayaknya, kata Xxxx.
Allah berfirman: "Tuhan berfirman (Kami pun) menghantar kepada mereka) taufan dan belalang dan kutu dan katak dan darah sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong, takabur dan menjadi kaum yang menderhaka." (Surah al-A'araf: 133)
Dalam surah At-Taubah: 26, Allah berfirman: "Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya serta menyiksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran). Dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang kafir."
Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, xxxx berkata, tingkah laku orang Islam kini yang semakin tenggelam dalam kemaksiatan kian merunsingkan dan perlu dibendung dengan sentuhan iman.
Ulama Muhammad Qutb dalam kitabnya Waqi'una al-Muasir berkata, jika berlaku kemunduran dari segi keimanan dan akidahnya maka timbul segala kemunduran lain yang menimpa dunia Islam hingga ke kemunduran ilmu, ketamadunan, ekonomi, sosial, politik, peperangan, pemikiran dan kebudayaan.
Dalam hadis sahih, daripada Huzaifah bin Yaman r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Zat yang nyawaku di tangan-Nya, kamu mestilah sentiasa melakukan amr maaruf dan nahi anil mungkar. Jika tidak, tidak lama lagi Allah akan menghantar azab-Nya ke atasmu lalu kamu berdoa maka Allah tidak akan menerima doamu (Riwayat Tirmizi).
Kesimpulannya, amat perlu menyedari bahawa keagungan Islam tidak akan kembali jika diri setiap umat Islam tidak dimurnikan semula menjadi benar-benar beriman dan beramal soleh.
Dengan cara itu, umat Islam walau di mana sahaja berada termasuk di Palestin akan mendapat kemuliaan, kekuatan ke atas musuh, bantuan dan keredhaan Allah.
Jika tidak, tidak mustahil malapetaka di Semenanjung Gaza boleh meledak di mana-mana sahaja akibat sikap alpa, cuai dan tidak berwaspada umat Islam terhadap menjaga agamanya.
-Tamat-
NOTA:

SEBENARNYA tulisan ini ditulis lebih kurang seminggu selepas Gaza diserang Israel, tetapi malangnya atas alasan tertentu yang tak dapat dielakkan ia terpaksa diperapkan begitu sahaja. Sebahagiannya pernah dipecahkan menjadi posting sebelum ini. Bagaimanapun disebabkan rasa rugi pula jika ia tak dikongsi kesemuanya maka ia dijadikan posting kali ni. Sebenarnya ketika bersembang dengan mufti (sekarang dah jadi bekas mufti) itu, banyak perkara dibincangkan hingga lah ke isu boikot. Tetapi apa lah malangnya, atas kelemahan saya, tidak sempat dicatatkan kesemuanya termasuk dalil-dalilnya. Maka tiada la dapat saya tulis melainkan apa yang dinukilkan saja, dengan izin Allah. Kalau ada masa baca la, kalau takde biarkan aje lah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails