POSTING ini adalah susulan daripada posting Minggu tak menonton TV sebelum ini. Perbincangan mengenainya memang menarik jadi saya ucapkan terima kasih kepada Atie, Ummi, Munir, Zul, Anonymous dan Eksp yg sudi mengulas.
Buat makluman, rumah saya ada TV. Selepas pindah dari utara ke selatan, TV saya rosak diangkut dgn lori. 4 bulan rumah takde TV sbb sengaja lambat baiki, ok je semua takde masalah apa pun.
Bila dah ada TV, antara perubahan positif ialah anak-anak sendiri tahu bila nak tengok TV dan depa tak selalu tengok TV pun, walaupun ada TV depan mata. Kadang2 je buka utk tengok kartun, saya/isteri tengok berita... etc dlm tempoh yg tak lama. Byk masa boleh guna untuk perkara lain yg lebih bermanfaat.
Kami takde kempen minggu2 ni, sbb ini dipraktikkan all the time dan anak2 pun bila nak buka TV minta izin dulu dari kami.
Bila azan, anak sendiri tanpa suruh akan tutup TV dan bila taklim mereka akan duduk atau tidur kat tepi kami (kadang2 buat perangai tu biasa la).
Alhamdulillah setakat ni TV tak control masa kami, sebaliknya kami yg control TV.
Saya personally tak pentingkan TV, isteri pun dulu pernah cadangkan supaya tak payahlah baiki TV dan biar takde TV.
Tapi saya rasa kena ada TV jugak, sbb takut nanti ada benda penting yg memerlukan atau takut nanti anak2 pegi rumah jiran@kawan atau ke mana2 semata2 nak tengok TV. Lagi pun, bimbang fitnah orang kata org tabligh buang TV. Padahal bukan macam tu, itu terpulang la kepada individu.
Jadi, saya lebih suka walaupun ada TV tapi kami tak terkesan pun pada TV.
Program TV walaupun bertapis, kena pilih betul2 sbb byk yg melalaikan dan yg bermanfaat tu sikit je. Berita pun kalau tengok kena analisa/fikir betul2 sbb byk spin doctor kat luar sana. Nak tahu current issue byk sumber boleh rujuk, e.g surat khabar..etc.
Bagi mereka yang mengenali saya, mereka akan tahu yg saya takde masalah untuk mengetahui current issue walaupun takde TV.
Setakat ini, alhamdulillah, TV tak menjadi isu, harap akan kekal berterusan.
Anak-anak pun tak dididik pentingnya TV, cuba terapkan 'kalau ada ok, kalau takde takpe.'
Jadi saya respect la orang yg dah 4 tahun takde TV, kalau boleh buat begitu saya rasa lagi baik. Takde apa2 rugi pun.
Personally, saya tak berkenan betul dgn kebanyakan rancangan TV sekarang. Bayangkan, buka TV tiba2 ada babak bercium, kalau ada anak kan dah satu hal nak mengalih saluran, babak yg bergaul bebas, hiburan melampau, bersuka ria, menyanyi tak tentu hala dan macam2 lagi yang tak sepatutnya, sebab itu bila JAKIM kata depa nak adakan TVJakim, saya sokong!, Sekurang2 nye jadi satu alternatif. Dalam bab muzik dan hiburan tanah air pula, kadang kala, saya rasa pemuzik underground kadang2 jauh lebih baik la....betul ni, trust me!.
Ok habis mengenai TV. Mengenai internet... wooww memang masalah beb, maksud saya dari segi masa kalau tak hati2. Kadang2 lawak saya dan isteri ialah dia panggil saya 'abah blog' dan saya panggil dia 'mama FB'. huhuhu. Tapi setakat ni terkawal lah bab internet ni. Dulu takde pun internet, tapi sekarang ni company tanggung bayaran bulanan unlimited sbb utk keperluan kerja. Jadi perlu gunakan setiap kemudahan dengan iman dan bertepatan dengan agama maka insy-Allah.
Bagi saya internet ni memang tak sesuai kepada budak2 atau kanak-kanak. Kalau depa nak main game internet pun, kena ada orang dewasa kat sebelah. Takut benda bukan2 nanti. Lagi satu perlu install, security, contohnya web marshall, enhance protection misalnya...etc untuk sekat benda2 tak patut. Apa pandangan anda?
Sekian wassalam, semoga Allah memberi keberkatan pada diri, masa dan harta kita.
**Tiada posting mulai hari ini hingga Isnin depan, kerana saya keluar khuruj fisabillilah 3 hari - Jumaat, Sabtu, Ahad. Komen2 pun akan dilihat selepas balik/tangguh dari keluar. Terima kasih kerana membaca.
7 comments:
memang satu ulasan yang menarik.
Dulu kat rumah pun biasa tak dak t.v. Rasanya dalam 5 tahun gak la. Lagi pun rumah masa tu taklim mingguan.
Tapi, macam saudara kata lah, tak dak t.v. ni negativenya susah gak. Sebab kita jadi 'perak' pulak bila tengok t.v. atau gi rumah org ada t.v.
Dan positivenya t.v. ialah ajar kita disiplin. Sama kat kat rumah kami sekarang ni, memang kami yg control t.v., bukan t.v. yang control kami. Sebab kalau tak bagi tengok t.v. ka internet ka, nanti bila budak besar sampai masa tak duduk dgn kita, jadi macam culture shock pulak. So, pada saya yang penting ialah ajar tentang baik dan buruk t.v. atau internet ni. Maklumlah sekarang ni maklumat tanpa sepadan.
Cuma yang baiknya kat Uk ni, semua cerita2 yang tak sesuai untuk budak2 mesti lepas jam 9malam. KAlau pagi2 semuanya news atau cerita budak2 atau documentary gitu. memang risau dia tak macam kat Malaysia. Lagipun sebab kita tengok tu non muslim punya perangai. Senang budak pun nak faham tu bukan agama kita. kalau kat malaysia tak tahulah. Pening gak!
Aku pun plan balik Malaysia tak nak beli TV. Dulu nak sampai sini tak nak beli juga tapi terkantoi beli sebab nak tengok World Cup 2006. Innalillah.
Memang banyak kebaikan takde TV ni. Benda tak baik lebih banyak dari yang baik.
atie xde anak ag, so x ley nk apply sgt cdgn encik mutakalim tu;p
n btw, sbnrnye mmg internet sgt2 mengconsume time.
boleh jadi sehari suntuk depan laptop pn x sedar.
haih astaghfirullah.
itu sbb iman kena kuat kan
salam..bro ,saya pun terkantoi gak pasai tybee nie,,bola sepak punya pasal la..dulu 40 hari azam x nak tgk dah bola nie...dulu sy peminat bola local n international...tp bila Allah terima azam tu...saya dah x minat local dah ,,tp international nie...ada ckit lagi ...sebab gua peminat MAn utd dari kecik lagi...nie gua azam untuk 40 hari 15/6/09 nie,,,minta Allah trma azam hilangkan minat saya pd depa nie....(buka aib ckit baru2 bangun pkul 2.30 am tgk champions leaguage)hu3
ummi,
Alhamdulillah, rumah kalau jadi taklim mingguan atau ammbik jemaah masturat mmg terbaik.
abg ben,
innalillah... kalau byk benda tak baik dari yg baik mmg timbul byk masalah.
atie,
mmg kena selalu kuatkan iman
anak pendang,
semoha Allah kabulkan azam tuan
Bila ALLAH beri petunjuk...ada kekuatan untuk x tengok TV @ kurang tengok..tapi bila nafsu bermaharajalela...semua rancangan TV dibalun tengok...huuhu..
tapi memang betul rancangan TV sekarang agak "menakutkan",semoga kita semua dalam petunjuk ilahi...
salam...
tula yg saya x paham tu kalau rumah kite xde tv pun leh jadi fitnah,x paham betul saya masyarakat skang.rumah org xde tv pun jd isu.zaman nabi xde tv rilek je..x suke la sy org yg suke menyalahkan org tabligh sbg exremist bile xnak de tv kat rumah.ish3
Post a Comment