Wednesday, April 22, 2009

Minggu tak menonton TV?

APA pendapat anda jika mengenali sebuah keluarga yang tidak mempunyai TV di rumah? Adakah anda menganggap:
A-Tipu la... tak logik takde TV zaman sekarang ni.
B-Pelik la, betul ke tak betul diorang ni.
C-Berfikiran tertutup, macam katak bawah tempurung
dah... macam mana nak tau dunia luar.
D-Bagus la takde TV, takde la masa terbuang sebab ada program TV yang melalaikan.
Mana satu jawapan anda? Atau boleh tambah sendiri opsyen yang ada. Saya ada pengalaman TV rosak (sengaja lambat baiki) selama 4 bulan, kesan positif takde TV di rumah cukup besar, berbanding ada TV. Semalam, ada pihak anjurkan kempen minggu tidak menonton TV. Laporannya:
Minggu tidak tonton TV
KUALA LUMPUR 21 April - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) hari ini melancarkan kempen minggu tidak menonton televisyen bagi menggalakkan ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa bersama.
Ketua Eksekutifnya, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, kempen selama seminggu itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjalankan aktiviti yang lebih bermanfaat bersama keluarga.
"Kita bukan mahu menyekat masyarakat daripada memperoleh maklumat. Tetapi kita mahu mereka menghiasi masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah seperti berkelah, bersenam, bersiar-siar bersama-sama keluarga.
"Selain merapatkan hubungan keluarga, mereka juga mengamalkan gaya hidup sihat," katanya pada sidang akhbar kempen Minggu Tidak Menonton Televisyen di sini hari ini. Baca selanjutnya dalam Utusan Malaysia
Apa pandangan anda?

7 comments:

Ladyship Atie said...

rasa2 boleh succeed ke?
em atie mmg jenis yg kurang tengok tv,
sbb baik tdur dari tengok tv heehee

tp kalau berjaya, alhamdulillah la(:

Sofinee Harun said...

Rasanya kena buat minggu tak dak internet kot. Kesan t.v. tak sebesar internet sekarang ni. Tengok saja you tube, search yang elok, yang tak elok pun keluar!

Lagipun, kalau tak dak t.v tapi ada internet, kesan melekat tu sama ja kot, or may be lebih lagi??

Munir Kangsari said...

for me better mula dengan TV dulu. Totally kalau pun ada maklumat still lagi banyak sangat -ve side. Although i'm watching TV hence you can consider myself as a hypocrite with capital H but that doesn't mean that i'm lying, in fact HYPOCRITE are the one who's telling the truth based on his VAST experience.

*umah Nir pun leni ASTRO dah buang n siaran TV pun x bapa tengok.

Dewangga Sakti said...

Syah,
TV skrg byk tak mendidik. Aku dah jarang menonton TV. Aku layan buku,majalah atau bawak anak aku keluar makan-makan.
;)

Anonymous said...

Salam, rumah ana dah 4 tahun tak de TV. Ana yang tak kasi hubby beli tv sbb tahu sgt kalau ada tv dia suka sgt tgk bola. Sanggup bangun malam tgk bola tapi bangun tahajud tak bole pulak. La ni ada internet kacau jugak. Anak-anak suka tgk youtube...

eksp said...

takde tv, tapi ada internet tak guna jugak..

maklumat dari internet lagi tak bertapis... dan macam2 boleh didapati... at least rancangan tv ada la jugak tapisnya

saya sendiri bukanlah penonton tv, tapi lebih kepada pengguna internet... dari zaman sekolah lagi...

Ziarah76 said...

Assalamualaikum semua,
Perbincangan ni mmg menarik, bagi menghargai komen2 anda saya akan jawab komen dalam next posting. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails