Wooww... udah le tu Kirk, bila lu nak pulangkan gua punya gitar tu?MUZIK umumnya seolah-olah tidak dapat dipisahkan dalam jiwa sebahagian manusia masakini lebih-lebih lagi kepada anak muda dan apatah lagi di kalangan Melayu.
Namun, dalam dunia peradaban manusia, sejarawan memberi kesimpulan bahawa muzik adalah kemahiran yang terakhir dikuasai dan ia merupakan tanda-tanda antithesis atau kejatuhan sesuatu tamadun.
Ibnu Khaldun (Abd-ar-Rahman Muhammad Khaldun al-Hadrami) dalam kitab karangannya Mukadimah menyebut:
"Kemahiran memperdengarkan nyanyian adalah kemahiran yang paling akhir sekali dicapai di dalam peradaban, sebab ia merupakan perkembangan yang akhir menikmati kemewahan dalam hubungan tidak ada lagi tugas lain kecuali untuk mengisi waktu senggang dan bersuka ria. Kemahiran itu juga yang pertama akan mengalami kelenyapannya daripada peradaban apabila ia mengalami kehancurannya dan kemundurannya," (muka surat 521).
Beliau berkata, pada mulanya orang Arab hanya memiliki seni bersajak, bersyair manakala muzik telah berkembang di Rom dan Parsi kerana empayar mereka yang gah mewajarkan mereka berhibur dan menggunakannya dalam berperang.
"Kemudian apabila datangnya Islam, orang-orang Arab menguasai apa yang terdapat di dunia ini......masyarakat Islam menolak keras segala kegiatan yang ada berhubungannya dengan bersenang-senang dan hal-hal yang tidak ada manfaatnya dalam agama dan penghidupan. Dengan itu,muzik dihindarkan dalam banyak hal.... hanya pembacaan al-Quran serta menyenandungkan sajak-sajak sahaja yang telah menjadi cara hidup dan kebiasaannya, adalah digalakkan," kata Ibnu Khaldun.
Namun, selepas berakhirnya pemerintahan Khalifah Ar-Rashidin maka keadaan berubah ketara pada zaman Bani Abbasiyah (akhir).
"Lalu kemewahan dan kemakmuran hidup menghampiri mereka sebab telah memperoleh banyak harta kekayaan bangsa-bangsa lain. Mereka mula menikmati kehidupan yang senang lenang dan mewah dan mula menyenangi masa lapang.
"Penyanyi-penyanyi pun meninggalkan Parsi dan Byzantin, mereka pun menyanyi dengan diiringi bunyi kecapi, tambur, alat-alat muzik yang ditabuh dan seruling-seruling.
"Orang-orang Arab mengkagumi keindahan melodi-melodi dengan bunyi-bunyian dan mereka pun menyusun sajak-sajak yang sesuai dengan alunan muzik."
Ibnu Khaldun berkata, maka muncul ramai golongan artis dan pemuzik yang menyerapkan budaya muzik itu merata kota hingga ke Andalusia.
"Dan di sana lah hingga sampai pada saat kemundurannya, kerana peradabannya telah merosot dan kekuasaannya telah berkurang," kata Ibnu Khaldun.
Beliau mengakhiri tajuk 'Keahlian Dalam Nyanyian Dan Muzik' pada kitabnya dengan: "Kemahiran memperdengarkan nyanyian adalah kemahiran yang paling akhir sekali dicapai di dalam peradaban, sebab ia merupakan perkembangan yang akhir menikmati kemewahan dalam hubungan tidak ada lagi tugas lain kecuali untuk mengisi waktu senggang dan bersuka ria. Kemahiran itu juga yang pertama akan mengalami kelenyapannya daripada peradaban apabila ia mengalami kehancurannya dan kemundurannya,"
Baru-baru ini saya terbaca soal jawab mengenai muzik dalam ruangan bicara agama Utusan Malaysia bertajuk Muzik itu harus selagi tidak melalaikan yang mungkin bermanfaat untuk kita baca.
11 comments:
salam...bro ...baru tangguh 3 hari..keluar dengan student,,yg slalu lepak di tepi jalan smbil pegang guitar...wah dgn rambut ala aleycat....muka mmg gerun sapa yg tengok...bila keluar dgn kitaorg...terus jd lembik...menangis je..malam2....mula2 tu,,bwa guitar gk time keluar tp akhirnya...jd hiasan je...ha3
jap encik mutakalim kenal ke orang dalam gambar tu?
siapakah?
Anak Pendang,
Wah wah... banyak saham akhirat tu, semoga Allah terima pengorbanan tuan.
Atie,
Itu lead guitarist Metallica, Kirk Hammett yg pernah jadi idola dulu huhu... of course la dia tak kenal saya.
Better tak dengar muzik la... lagha... doakan aku Tuan!
Salam, waktu zaman jahil dulu ana memang suka pada muzik. Bila dah dapat buat usaha ni masih lagi suka pada muzik. Tapi skrg hanya terbatas pada nasyid-shj esp nasyid kanak-kanak...
Abg Ben,
Betul tuan, doakan jugak saya yg kadang2 tiba2 naik semangat bila ternampak gitar sbb dah lama elakkannya.
Anonymous,
Alhamdulillah tuan. Kadang2 dengar gak Raihan, Yusof Islam masa dgn anak2.
samolah dgn den pong.skrg ni dongar skit2 lagu,lagik2 kalau nmpk gita smcm jo naek syahwat den kek muzik.ni la tando iman den lomah.alahai.tlg doakan den ya tuan
Masdo,
Ekau samo la dgn den. Samo2 la doa dan buet usaha, kalau tak, tak dapek la menolong..
Teringat aku lagenda Dr Sam berdakwah melalui muzik. Dr Sam masih aktif kah dalam jemaah?
Long, dR. Sam masih aktif. Mmg bole kira lagenda tu. Sabtu mlm Ahad, dia boleh ditemui di Masjid Sri Petaling (kalau dia tak outstation atau keluar).
Salam, bagus artikel, tentang musik ni ana juga ada copy n paste artikel tentang pendapat 'ulama, http://hurairah.net/?p=1320
Post a Comment