Showing posts with label masturat. Show all posts
Showing posts with label masturat. Show all posts

Monday, September 26, 2011

KESAH KHADIJAH R.HA DAN INGATAN NABI TERHADAPNYA

Kasih Rasulullah s.a.w terhadap Khadijah begitu mendalam. Baginda sentiasa menyebut kebaikan Khadijah hatta selepas kewafatannya hingga dicemburui Aisyah.

Kata Aisyah:
Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah s.a.w sebagaimana aku cemburu terhadap Khadijah walhal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakala menyembelih kambing lalu diberikan kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan aku pernah berkata; bukan kah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah telah
memberimu penganti yang lebih baik, isteri yang lebih muda dan baik darinya?
Rasulullah s.a.w menjawab; Tidak! Demi Allah! Dia tidak memberikan seorang pengganti yg lebih baik darinya. Khadijah telah beriman kepadaku disaat orang lain mengingkariku. Dia membenarkan aku ketika orang lain mendustakanku.
Khadijah membantuku dengan menginfakkan seluruh hartanya ketika orang lain menahan harta dariku dan Allah mengurniakan beberapa zuriatku dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain " [H.R. Ahmad]

Kewafatan Khadijah meninggalkan kesedihan yang begitu mendalam di jiwa nabi hingga tahun tersebut dikenali dengan tahun kesedihan. Sekalipun selepas kewafatannya, nabi selalu mengenang saat-saat indah bersama Khadijah r.h.a.
Mulianya Khadijah hingga Allah mengirim salam kepadanya dan menjanjikan sebuah istana di syurga.
Di saat-saat akhir kewafatannya, ketika dipangkuan nabi, masih sempat beliau meminta nabi menggunakan tulang belulangnya untuk agama Allah. Inilah bukti kecintaan yg tidak berbelah bagi.

Kesah ini sering ku dengar dari bayan-bayan orang lama-lama, bila sahaja ku dengar pastinya air mataku akan mengalir keluar tanpa disedari, sesungguhnya kesah mereka dapat menimbulkan keinsafan pada diri dan menaikkan semangat ingin beramal untuk mengikut jejak langkah mereka.

Oleh itu ku seru pada diriku dan juga kepada para suami dan isteri sekalian
Jika jadi seorang suami, jadilah suami yang selalu mengenangkan kebaikan , ketaatan dan kasih sayang isteri kepada kita, walaupun mereka sudah tiada lagi di dunia, inikan pula mereka berada disisi kita, kenangkanlah keikhlasan mereka kepada kita. Balaslah segala bentuk khidmat ikhlas dan manja mereka dengan doa dan kasih sayang dari kita. Janganlah berkasar dengan mereka, mereka adalah dari kaum yang lemah kekuatan fizikalnya dan halus dalam jiwanya dan cepat terasa hatinya dan mudah dibentuk jiwanya. Teladanilah nabi saw begitu berlemah lembut dengan isterinya.

Jika kita seorang isteri pula, jadilah isteri yang selalu diingati akan kebaikan kita oleh suami kasih sayang , khidmat ikhlas dan tutur kata yang lemah lembut dan menjadi penolong dalam urusan ketaatan kepada agama sentiasa menjadi ingatan suami kita. Isteri yang baik untuk suami yang baik, jadilah kita isteri yang paling baik bagi suami kita. Jangan jadi diri kita suatu bebanan kepada suami, iaitu melalui percakapan kita yang selalu mengguris hatinya, akhlak dan tingkah laku yang tidak disenanginya atau apa sahaja yang tidak digemari oleh suami kita.

Untuk itulah suami dan isteri sama-sama kena berusaha membawa amalan agama cara nabi saw didalam rumah tangga kita, sebab itulah penting para suami kena membawa isteri-isteri dalam usaha dakwah bersama untuk belajar usaha nabi saw. Permulaannya 3 hari kemudian 10 hari dan 40 hari dan 2 bulan di Jalan Allah saw untuk belajar kehidupan sunnah nabi saw.

Semuga aku dan isterku dapat beramal. Amiiiin.

---Copy paste dari Tuan Haji Musa

Tuesday, December 22, 2009

Masturat, misteri kereta, pelajar

Jemaah masturat
Dalam beberapa hari sebelum ni, rumah aku dimesyuaratkan untuk dikunjungi tetamu istimewa iaitu jemaah masturat 10 hari dari Kuala Lumpur. Keputusan mesyuarat halqah set 4 route, salah satu route rumah aku.
Rasa syukur, seronok sebab dapat sambut takaza yg merupakan hadiah, rasa gelabah pun ada. Seronok sebab tentulah banyak manfaat akan kami sekeluarga dapat disamping jiran dan orang di kawasan mahallah, rumah dihidupkan dengan amalan 24 jam, penuh keberkatan dan sebagainya.
Rasa gelabah sebab, rumah masih banyak persiapan belum settle buat lagi...Dan ini lah kali kedua nak terima jemaah masturat, yang pertama terima jemaah dulu di rumah lain.
Selepas beberapa hari berlalu dengan persiapan dan tarikh jemaah sampai semakin hampir, tiba-tiba aku mendapat berita yang jemaah itu tak dapat datang ke negeri ini.
Nampaknya, rumah aku belum dipilih oleh Allah untuk kali ini.
Aku kena istighfar... mungkin disebabkan kelemahan amalan aku.
Ingat senang ke nak terima jemaah masturat? Susah ooo....
Kalau Allah tak pilih tak dapat.

------------------------------------------

Misteri
Bercerita pasal rumah, dalam pertengahan tahun ini, tiba-tiba ada sebijik proton iswara parking betul2 belakang rumah aku, tanpa diketahui siapa punya. Keadaan bertambah misteri bila kereta tu terus diparkingkan hampir dua minggu tak bergerak.

Tuesday, May 26, 2009

Keistimewaan wanita diguna untuk agama

ANTARA lelaki dan wanita siapa yang lebih kuat? Tentu lah jawapan kita, lelaki kuat. Tetapi sebenarnya lelaki bukan kuat mana pun kerana kita nampak saja kuat dari segi fizikal misalnya, padahal sebenarnya wanita juga mempunyai kekuatan yang melebihi lelaki dalam hal-hal tertentu termasuk faktor dalaman mereka yang kuat, walaupun dari segi fizikal mereka lemah gemalai.

Mafhum satu hadis, Nabi s.a.w bersabda: 'orang yang kuat itu adalah mereka yang dapat menahan kemarahannya.'
Ini bermakna faktor dalaman menahan marah itu adalah satu kekuatan yang paling kuat.
Nak tahu wanita kuat atau tidak, cuba kita bayangkan point of view di bawah:
1-Wanita punya kuat menanggung kesakitan mengandung 9 bulan dan seterusnya bersalin. Ini Orang lelaki mesti kena respect habis golongan wanita. Lelaki bukan sahaja tiada kekuatan untuk berbuat demikian bahkan memang tak boleh pun. Kadang-kadang ada orang lelaki yang hendak lihat isterinya bersalin pun tak sanggup. Punya kuat orang wanita ini, bahkan bukan sorang malahan satu atau setengah dozen anak pun dia steady je. Lelaki sakit tangan sikit dah mintak isteri urut...
2-Wanita punya kuat menahan kesusahan menjaga anak dengan pelbagai kerenahnya tetap tabah dan bersabar. Bukan seminit dua, bahkan hari-hari 24 jam dia bersama anak-anak yang kecik hingga besar dari buang air besar kecil anak-anak hingga ke makan pakai anak-anak, semua dia sabar dan kuat menguruskannya tanpa minta elaun pun.
Lelaki baru jaga anak tak sampai setengah jam dah naik angin dengan perangai anak-anak maka lepas tu ada lah anak-anak kena luku, paling-paling pun tension dengan perangai anak, maka suami tu tidur atau keluar rumah kena teh kat luar. Lepas tu makan pakai suamipun dia minta isteri dia uruskan bahkan anak-anak pun urusan pun dah banyak.
3-Wanita kuat mengalirkan air mata yakni menangis, lelaki kuat mengalirkan air liur yakni tidur. Bila wanita ni bangun tahajud berdoa dia mudah menangis, merayu, merintih memohon daripada Allah maka doanya mudah makbul kerana kesungguhannya meminta sungguh-sungguh, bukan dengan percakapan sahaja bahkan meminta dengan fikir risau, hati dan perasaan. Maka masakan tidak doanya mudah diperkenankan. Lelaki kuat dengkur...
4-Wanita rata-ratanya (bukan semua) lebih kuat pengaruhnya kepada anak-anak berbanding lelaki. Ini kerana ibu lebih bersama dan memanjakan anak-anak, kalau anak-anak nak sesuatu dia akan cakap kepada ibu dulu. Bapa kalau dah tak boleh nak cakap apa dengan anak-anak, maka dia akan gunakan isterinya untuk jadi jurucakap kepada anak-anak. Lelaki memang kuat politik...
5-Wanita memang kuat. Sesetengah isteri, sudah lah urusan di rumah dia selesaikan bahkan ada pulak yang terpaksa bekerja di luar untuk membantu suami. Maknanya, suami tak cukup kuat untuk sara keluarga, maka isteri datang membantu menyara keluarga.

Mungkin banyak lagi yang boleh diambil contoh, namun sebenarnya kuat atau tidak, bukan menjadi persoalannya. Kerana lelaki dan wanita mempunyai kelebihan tersendiri dan sifat yang saling memerlukan antara satu sama lain dan bantu membantu dalam urusan kehidupan yang mana dengannya maka manusia akan tenteram dan tenang kehidupannya.
Namun begitu adalah penting untuk lelaki menghargai dan mencurahkan kasih sayang yang sebenar-benarnya kepada mereka. Dan mengasihi mereka bukan dengan cara kita memberi wang, gelang emas, kereta besar, rumah besar, alat make-up dan sebagainya.
Perkara itu adalah keperluan yang boleh diberikan mengikut kemampuan dalam menunaikan tanggungjawab dan kewajiban memberi nafkah dari serba serbi. Dalam hal ini kesederhanaan adalah jalan terbaik.
Namun jika kita mengasihi isteri, maka perkara pertama yang perlu diberikan ialah kefahaman agama, amalan agama dan kerja agama. Ini adalah teramat penting untuk membawa kepada kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Jika tidak, nanti di akhirat lelaki akan didakwa oleh orang di bawah jagaan dan tanggungannya.
Wanita perlu diberitahu bahawa mereka juga dihantar sebagai umat Nabi s.a.w yang bertanggungjawab kepada agama Islam. Kerja sebenar mereka bukan basuh kain, memasak, sidai baju, cuci pinggan, layan suami, buat kek muffin dan sebagainya. Bahkan lebih daripada itu, kerja mereka adalah pembantu agama yakni bersama-sama dengan suami mereka membela dan menegakkan agama hingga agama tersebar ke seluruh dunia. Suami isteri perlu bantu membantu dalam hal agama dengan niat mencari keredhaan Allah.
Hari ini kita telah salah faham maksud sebenar umat ini dihantar, maka suasana rumah kita telah jauh daripada kehidupan beragama.
Iaitu, ruang tamu kita telah menjadi seperti lobi hotel, ruang rehat yang ada TV menjadi seperti panggung wayang, dapur macam restoran, bilik tidur macam bilik hotel, tempat basuh kain seperti kedai dobi dan sebagainya. Wanita seperti mesin mengeluarkan anak. Majalah hiburan dan isu semasa, mengumpat, gossip, dibincangkan disudut-sudut rumah, almari seperti butik, peti almari seperti bank, amalan agama mati di rumah. Maka keluar lah anak-anak yang runtuh nilai-nilai agama dari rumah-rumah.
Wanita telah menghabiskan air matanya di tempat tidak sepatutnya iaitu di depan TV ketika menonton hindustan sedangkan suaminya sedang ghast. Pengorbanan dan kesibukannya digunakan dengan perkara yang tak sepatutnya kerana mereka tidak diberitahu peranan dan kerja mereka yang sebenar. Mereka berlumba-lumba dengan cara yang salah, jika jiran beli perabot baru mereka pun nak yang baru dan sebagainya. wanita-wanita Islam bersidai di pusat membeli belah, merewang, membuang masa, meletakkan muka di lif-lif dan tangga pasaraya, mendedahkan aurat hingga semua lurah ditunjukkan kepada umum.
Ini adalah berpunca daripada kelemahan orang lelaki selaku bapa atau suami atau abang kepada adik perempuan yang gagal menjaga wanita-wanita Islam kita. Sesetangah lelaki yang begitu bersemangat mendengar bayan di markaz, khusyuk dengar kuliah agama di masjid dan surau tetapi membisu tak memberitahu sepatah haram kepada ahli keluarga. Atau suami tidak memberitahu isterinya yang berkongsi tempat tidur dan bantal.
Akhirnya wanita kita tidak faham lalu menyangka usaha agama adalah mengasingkan mereka, lalu tidak diambil endah.
Maka penting, kita libatkan isteri kita dalam usaha masturat dan ini adalah kehendak ulama yakni kita mencontohi kehidupan Nabi s.a.w dan para sahabat yakni wanita-wanita kita juga mencontohi kehidupan para sahabiah. Empat dinding rumah tempat wanita itu tinggal adalah satu khazanah yang melahirkan manusia berkualiti unggul hingga boleh menggoncangkan dunia. Nabi s.a.w dan para sahabat tidak boleh tidur di rumah jika ada harta di dalamnya, apabila Nabi s.a.w menerima hadiah berbentuk barang atau wang maka akan segera diagih dan disedekahkan kepada fakir miskin dan orang memerlukan. Nabi berada di masjid dan hanya pulang ke rumah setelah harta tersebut selesai disedekahkan.
Para sahabat yang mencontohi kehidupan Nabi s.a.w turut memahami bahawa mereka berasa tidak senang jika harta berada dalam rumah. Mereka mewujudkan rumah harta iaitu baitulmal. Sebab harta perlu diletak dalam rumah harta tetapi tidak sekali-kali di rumah mereka. Kehidupan para sahabat dan isteri mereka dengan penuh
keberkatan yang mana mereka bukan lah orang miskin bahkan Allah berikan pelbagai kurniaan kepada mereka hingga ada sesetengah ulama mengatakan kekayaan mereka
tidak dapat lagi dijangkau oleh kita. Namun begitu kesemua harta mereka diinfak dan digunakan di jalan Allah hingga mereka hanya berbuka dengan tamar dan air sejuk sahaja. Tiada apa-apa dalam rumah mereka, kosong, lantai dan dinding sahaja dengan kehidupannya yang amat sederhana.
Ulama berkehendakkan rumah-rumah seperti madrasah, suasana masjid di mana amal-amal agama dihidupkan, ada orang belajar dan mengajar yakni hidup amalan taklim, bacaan al-Quran, perbincangan mengenai iman, meningkatkan imal dan amal, berbicara mengenai kisah anbiya, Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat r.hum, risau mengenai akhirat dan kepentingan menjalankan tanggungjawab menyeru manusia kepada Allah.
Ini perlu dimulakan walaupun sedikit demi sedikit bermula dengan taklim rumah. Hingga keluar dari rumah kita para alim, alimah hafiz hafizah dan manusia yang taat kepada Allah dan menjadi daie Allah. Mereka adalah orang Allah, yang dalam pemerliharaan Allah, tiada siapa boleh mengganggu mereka, walaupun bergerak seluruh dunia tetap dalam pemeliharaan Allah.
Wanita menjadi pendorong dan pemberi semangat kepada suami dan anak-anak lelaki untuk aktif dalam usaha agama. Bagaimana cerita seorang sahabat yang tempang lagi tua, apabila ditafakut oleh Nabi s.a.w, Nabi telah membenarkannya untuk tidak keluar berjihad lalu dia balik ke rumah. Tetapi apabila sampai di rumah isterinya berasa malu kerana suaminya tidak keluar di jalan Allah lalu memberi kata-kata semangat hingga suaminya malu kerana tidak keluar di jalan Allah.
Akhirnya Nabi s.a.w membenarnya keluar di jalan Allah lalu sahabat itu syahid di jalan Allah. Apabila jenazahnya hendak dibawa balik ke rumah, unta sahabat itu tidak mahu bergerak ke arah rumahnya, apabila ditanya rupa-rupanya dia telah berdoa supaya jenazahnya tidak lagi dipulangkan ke rumah. Begini lah peranan sahabiah 24 jam sentiasa fikir bagaimana agama boleh maju dalam kehidupan manusia dan semua sahabat mendapat dorongan daripada sahabiah. Apabila Abu Bakar r.a telah mewakafkan seluruh hartanya di jalan Allah maka tiada satu benda pun yang tinggal di rumahnya. Maka saudara maranya datang bertanya kepada anak perempuan Abu Bakar r.a apa yang telah
ditinggalkan, maka anak perempuannya dengan tegas dan yakin mempertahankan tindakan ayahnya dalam satu kisah yang meruntunkan jiwa.
Khadijah r.a asalnya wanita kaya, tetapi semuanya telah dibelanjakan hingga tiada apa lagi yang tinggal. Manusia yang pertama memeluk Islam adalah wanita iaitu khadijah r.a dan manusia yang pertama syahid juga adalah wanita iaitu Sumaiyah r.a pada zaman Nabi s.a.w.
Begitu banyak pengorbanan mereka yang tidak boleh diceritakan lagi di sini, tetapi pokoknya di sini adalah betapa pentingnya peranan wanita dalam mengembangkan agama sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.
Wanita di zaman sahabiah begitu berani hingga mengalahkan lelaki zaman ini, mereka seolah-oleh lelaki. Hari ini lelaki Islam menjadi lemah kerana mereka berperangai seperti wanita di seluruh dunia. Sebagai contoh, lelaki sepatutnya bersolat di masjid secara berjemaah, tetapi lelaki zaman ini rata-rata lebih gemar bersolat di rumah bersendirian. Padahal bersolat di rumah bersendirian adalah amalan wanita.
Sebab itu umat Islam menjadi lemah di seluruh dunia kerana telah berperangai seperti wanita dalam banyak hal dan bukan setakat dalam solat sahaja.
Lelaki perlu menjadi benar-benar lelaki baru Islam menjadi kuat, menjadi lelaki adalah mengamalkan agama seperti mana di tunjukkan baginda Rasulullah s.a.w.
DAN apabila wanita bangun turut serta membantu agama, maka mereka menjadi seolah-olah lelaki dari segi keberanian.
Seperti contoh, kisah bagaimana Umar r.a semasa belum memeluk Islam beliau dilantik sebagai pahlawan yang hendak membunuh Nabi s.a.w. Dalam perjalanan beliau diberitahu bahawa saudaranya telah memeluk Islam lalu, dia pergi ke rumah saudaranya yang ketika itu sedang dalam sesi taklim iaitu membaca al-Quran.
Dalam kisah ini terdapat perbualan panjang yang kita boleh rujuk sendiri tetapi apa yang hendak dinyatakan di sini ialah Umar telah menampar saudara perempuannya hingga berdarah kepala. Tetapi apa yang dijawab oleh saudara perempuannya itu ialah jika kerana agama ini dia dipukul maka dia redha dan tidak akan berganjak.
Saudara perempuannya begitu berani menjawab dengan tegas hingga tersentak Umar lalu beliau bertanya apakah yang dibaca tadi dan dia mahu melihatnya, dan selepas dia berwuduk lalu membaca surah Toha, maka hidayah telah sampai kepada Umar r.a yang kemudiannya memeluk Islam di hadapan Nabi s.a.w. Di sini perlu dilihat betapa wanita telah menjadi seperti seorang lelaki yang berani.
Peranan wanita cukup luas dan hari ini, jika kita terlibat dalam usaha dakwah maka perlu dilibatkan sama usaha masturat untuk wanita. Dengan itu baru la umpama burung terbang dengan 2 sayap, jika tidak hanya dengan satu sayap yang tidak ke mana-mana. Dengan itu potensi wanita digilap dan memberi sumbangan besar kepada agama.
Jika mereka terlibat dalam usaha masturat maka mereka biasanya lebih komited dan berdisiplin berbanding lelaki. Apabila azan berkumandang, mereka dalam keadaan berwuduk berada di atas sejadah. Banyak doa-doa dihafal, al-Quran dan taklim dibaca setiap hari dan zikir, tahajud, dijaga dengan istiqamah begitu juga amalan lain.
Kesabaran, kesetiaan dan bersusah payah untuk agama sungguh menakjubkan. Percakapan iman yang lemah lembut tetapi memberi kesan dan zihin kata-kata membakar semangat yang memberi motivasi kepada lelaki. Lelaki perlu membantu tidak menyusahkan isteri kerana Nabi s.a.w sendiri membantu Aisyah r.a melakukan kerja-kerja rumah bahkan Nabi sendiri menjahit pakaiannya sendiri. Hari ini kita lelaki apa salahnya kita cuci pinggan, masak, basuh baju sekali sekala, kemas rumah dan kalau boleh buat sesuatu sendiri tak perlu menyusahkan orang rumah misalnya mengosok baju dan sebagainya jika mampu. Isteri-isteri kita sebenarnya bantu kita uruskan hal ehwal rumah bukan kita jadikan dia seperti orang gaji. Sebaliknya kita lah yang perlu membantu mereka. Halaman rumah Nabi s.a.w amat terkenal kerana kebersihannya kerana Nabi s.a.w sendiri yang membersihkannya dan Nabi s.a.w bergurau dengan Aisyah semasa membantu kerja-kerja rumah.
Ganjaran dan kelebihan yang tersedia untuk wanita solehah terlalu banyak hingga mereka boleh pilih mana-mana sahaja pintu syurga jika dia meninggal dunia dalam keadaan taat perintah Allah, dan suaminya redha kepadanya. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1,000 orang wali.
Bahkan mereka akan memasuki syurga 500 tahun terlebih awal daripada suaminya, dan mereka menjadi ketua kepada bidadari syurga. Suami dan isteri akan dipertemukan di syurga yang kekal abadi. Sebab itu, di dunia ini, tanda suami mengasihi isterinya ialah dengan memberi agama, amal agama dan usaha agama.
Wallahualam.

Wednesday, May 20, 2009

Menjaga wanita Islam dengan baik

PADA waktu ini, gerakan pejuang hak asasi wanita di barat semakin melebarkan pengaruhnya hingga terdapat segelintir wanita Islam turut terikut-ikut dalam perjuangan yang tak tentu hala itu hingga ada wanita yang mahu menjadi imam dalam solat Jumaat.

Perjuangan mereka antaranya untuk mendapatkan hak yang sama dalam serba serbi dengan kaum lelaki padahal hak-hak wanita sentiasa dipelihara dalam Islam.
Dengan menyalahgunakan kebebasan bersuara dan berpersatuan, agenda perjuangan songsang seperti ini diteruskan di kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia dengan bertopengkan badan menjaga hak wanita Islam. Sedangkan dalam Islam, wanita tidak sekali-kali ditindas bahkan ditinggikan kedudukan mereka. Misalnya, sebelum kedatangan Islam pada zaman jahiliyah, wanita ditindas, bayi perempuan dibunuh, dipandang rendah, namun apabila Islam datang maka wanita Islam ditinggikan darjatnya dan tiada lagi segala perbuatan jahiliah.
Bahkan manusia pertama yang mati syahid pada zaman Nabi Muhammad s.a.w adalah wanita iaitu Sumaiyah r.a. Manusia pertama yang memeluk Islam pada zaman itu juga adalah wanita iaitu Khadijah r.a.
Bagaimanapun, disebabkan salah faham tertentu, segelintir wanita Islam terpengaruh dengan perjuangan barat, dan lebih dibimbangi ia menyerap dalam masyarakat ekoran kesan globalisasi.
Keadaan lebih meruncing kerana mengikut rekod bukan sedikit wanita atau remaja Islam yang murtad (masuk kristian) akibat jatuh cinta dengan lelaki bukan Islam.
Justeru, saya berpendapat amat penting untuk kita menyemarakkan kesedaran terhadap kepentingan umat Islam (lelaki dan wanita) untuk banyak membaca atau menghasilkan bahan bacaan yang menjelaskan bagaimana wanita amat dimuliakan dalam Islam.
Tidak betul juga jika kita yang diberi kemudahan untuk menulis seperti dalam blog atau apa-apa juga saluran hanya bersuka ria dengannya, tetapi tiada apa-apa usaha untuk sedikit sebanyak mengetengahkan, membangkitkan kesedaran dan membantu mengatasi masalah ini mengikut kemampuan dalam tulisan kita.
Lelaki-lelaki Islam perlu disedarkan untuk menjadi benar-benar lelaki dengan mentaati perintah Allah mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Menjaga wanita-wanita Islam kita dengan baik adalah perintah Allah dan sunnah Nabi s.a.w. Wallahualam.

Di bawah adalah antara contoh bahan bacaan yang baik jika dibaca yang diambil dari ummu-fatimah:
'Kasihnya Allah Pada Wanita'
"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.
Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.
Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.
Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Tuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.
i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran
Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.
Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.
Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.
ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.
b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."
c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)
d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.
iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.
iv) Diberi Pahala yang Berterusan
Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.
Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.
Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.
---Diambil daripada ummu-fatimah

Tuesday, April 7, 2009

Good days in Bukit Selambau, Bukit Gantang

FOR me and my wife, Bukit Selambau, near Sungai Petani, Kedah and Bukit Gantang, Perak are not like what most people think today amid by-elections that turn them to political battlefield for power hungry people and parties. Best of luck to those who will cast their vote soon and all the best to the winner and loser of the game. I'm not interested with the game.
Flags fighting game...(photo taken from friend hasrul),

But for us, these two places remain nostalgically in our minds as my wife and I had made our first time khuruj fi sabilillah in jemaah masturat for three days in a row in Kampung Tebok, Trong, Perak sometime in Disember 2006. As everybody know, Trong is located near Changkat Jering, in which its Parlimentary seats is Bukit Gantang - which now witness heavy influx of people due to the by-election.
Back in 2006, the 3 days masturat's full programme - although it was just a begining for us - gave us wonderful experience that change many things in our perception, thinking, amal and that the work of dakwah must be carried out not only by men, but also by women.
The women stayed in a house while all men iktiqaf in Surau Kampung Tebok. I still remember Pak Usop's hospitality and generousity as he did the best he could to nusrah jemaah after wakaf his house fisabilillah and then he with his sons stayed with us in surau while his wife and daughters nusrah the women in the house. All programmes were carried of smoothly and benefited by all of us, including locals who joined. May Allah bless them and reward their kindness in this world and hereafter.
After we finished that, 3 months later in 2007, alhamdulillah, Allah choosed us again for khuruj fisabilillah in 3 days jemaah masturat. And suprisingly again our route was from Penanti to Trong, the same place and the same house! due to current takaza. We were amazed by the modesty and simplicity of Pak Usop and his family that lead them to peaceful and happy life, yet all of them deeply concern about this deen, and highly committed to this noble work of dakwah.
After completed our 3 days, we return to our home in Penanti and later on, sometime in September 2007 my wife and I were back on the road again but this time the route was to Kampung Penghulu Him, Sungai Petani, Kedah.
Again, Sungai Petani today is one of the hectic and hot place on earth that triggered by the election - not like those days when we were there, 3 years back.
Brother Firdaus, the hawker and his family had host our jemaah and definately it was a great pleasure and syukur that Allah choosed us to be there. I admired his family simple and pious life in which more or less we tried to imitate. We had the ample opportunity to learn about this very beautiful masturat's work of dakwah from the people there, including those who nusrah the jemaah. It was great experience and influence.
Hopefully their pious gift, sacrifies and our small effort had yield hidayat in the universe especially to ourselves and these two places. May Allah choose us again and again in this wonderful work.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails