Tuesday, October 20, 2015

Terus doakan umat Islam di Palestin



Berita-berita terbaharu mengenai keganasan Israel terhadap rakyat Palestin terus menyemarakkan api kemarahan umat Islam terhadap regim Zionist itu. Sudah sekian lama, begitu banyak kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi yang tidak berperikemanusiaan ini. 

Kes terbaharu ialah seorang remaja Palestin ditembak mati di Tebing Barat dan serangan udara Israel bertubi-tubi ke atas bumi Palestin hingga membunuh seorang wanita hamil dan anak kecilnya di Gaza yang kemungkinan akan mencetuskan lagi intifada.

Hamas menyifatkan peningkatan keganasan antara tentera Israel terhadap rakyat Palestin sebagai intifada dan menggesa ditingkatkan lagi penentangan. Kenyataan Hamas adalah susulan daripada serangan udara dua roket Israel memusnahkan sebuah rumah di utara Gaza, menyebabkan Nur Hassan, 30, dan anak kecilnya, Rahaf, 2, terbunuh. Tentera Israel juga menembak mati seorang remaja Palestin yang dikenali sebagai Ahmad Sharake, 13, semasa pertempuran di bandar Ramallah di Tebing Barat. 
Kita bagaikan sudah lali dengan begitu banyak kekejaman Israel tetapi apakah bantuan yang boleh kita hulurkan ? Marilah kita terus mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin. 

1 comment:

Quran with Tajweed said...

Quran with Tafser is a course for all people all over the world to study and get more deeply in Quran. This course is designed to support you in get a better knowledge about Islam and the rules of it
Join us here: https://www.eijazah.com/quran-interpretation/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails