Showing posts with label fikir risau. Show all posts
Showing posts with label fikir risau. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

Tuhan beri aku hidayah – Iwan

Selamat tinggal dangdut.... - Iwan


DI usia 45 tahun, Wan Syahman Wan Yunus, 50, diberikan hidayah untuk mengubah kehidupannya menjadi seorang insan yang taat kepada perintah dan suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA.
Kata insan seni yang lebih dikenali sebagai Iwan, segala kealpaan duniawi yang pernah melingkunginya selama berada di puncak kemasyhuran, dibuangnya secara perlahan-lahan.
Sekalipun diberi jolokan Raja Dangdut dan pernah memiliki kelab malam di Pulau Mutiara suatu ketika dahulu, Iwan mengakui dia tidak menyesal meninggalkan segalanya untuk menjalani satu kehidupan yang diredai dan dirahmati Allah SWT.
Iwan bersyukur asas agama yang ada dalam dirinya memudahkannya untuk lebih mendalami Islam yang syumul ini.
Kata Iwan, ketika usianya 11 tahun, dia telah khatam al-Quran di kampungnya, Asahan, Indonesia.
rakan seusaha
“Sudah tiba masanya saya bertukar arah dan membuat persiapan untuk ke depan, yang akhirnya kita semua akan ke situ juga (mati).
“Dalilnya perubahan yang saya alami dapat dilihat melalui pakaian yang saya pakai hari ini dan perubahan rohani pula, saya belajar dengan ustaz dan mengikut tabligh.
“Saya sedar bahawa Allah itu maha penyayang kerana dia memberi saya kesempatan untuk kembali ke jalan yang diredaiNYA,” katanya kepada S3.
Dua kali mengalami kegagalan dalam rumah tangga turut memberi Iwan kesedaran untuk muhasabah diri.
Jodoh kali ketiga bersama gadis sekampungnya, Evie Surriyanti, 25, dikurniakan seorang puteri, Wan Nur Symayyah yang kini berusia 15 bulan.
Iwan bersama ahlia dan anaknya
Pencarian ke jalan Allah, kata Iwan, bukan semata-mata untuk dirinya tetapi juga mencakupi seluruh umat Islam.
Justeru bersama kumpulan tablighnya, Iwan memberitahu, dalam sebulan, dia akan keluar selama tiga hari untuk berdakwah dari rumah ke rumah. (Semua ni copy paste dari sini. )

Friday, April 15, 2011

Bertemu rakan bloggers

PEJAM celik, pejam celik rupa-rupanya hari ini genap sebulan Z76 tiada posting baru sblm ni. 
Sibuk sekarang ni dengan macam-macam perkara termasuk lah masa, suasana, persekitaran dan keadaan yang tak memahami, mencemburui dan tak mengizinkan meng update blog, bahkan kadang kala nak jenguk blog pun tak berkesempatan.
Apapun, berada di utara ni sungguh menarik. Baru duduk brapa bulan dah dapat berjumpa bbrp bloggers seperti Hj Musa Kola Kedah , Anak Pendang dan Tarmizi Anak Bukit
Di Johor dulu, blogger lelaki tak dapat jumpa, tetapi ahliah saya yang dapat jumpa kawan2 bloggersnya. Jadi dapat lah saya jumpa suami-suami depa semua. Antaranya Kak Nurul, Ana aliah Najib, dan di Melaka, Kak Umma Ali bersama pasangannya, Cikgu Raof dan Ustaz Ishak al-Muhajier al-Qurbani (masa tu dia masih bujang). 

Hj Musa, adalah orang lama dalam usaha yang penuh fikir agama. Wajahnya tergambar simpati dan kerisauan terhadap umat yang membuak-buak dan apabila bersembang dengannya maka cukup terserlah sikapnya yang amat ramah tamah, mesra dan merendah diri.
"Kalau sebut Hj Musa, semua orang kenal kat sini, sebab kat sini ada sorang je nama Musa," kata fikirmen itu.
Semasa nampak Hj Musa duduk memberi targhib student di markaz, saya masih belum mengenalinya yang mana student foreign pun duduk mengadapnya di depan tetapi di sisi tepi. Saya memberi terjemahan serba sedikit. (seperti diceritakan beliau di sini.)
Selesai memberi targrib, beliau datang ke arah kami lalu baru saya kenal rupa-rupanya beliau lah bloggers yang tidak asing lagi di kalangan rakan seusaha. 
Orang lama dlm usaha dan yang terbaru disambutnya takaza masturat dan student yang dibentangkan juga kepada saya.
Tapi apa nak buat Tn Hj, saya di sini memang lemah, dulu pun lemah juga, doakan lah saya agar dapat guna diri masa dan harta lebih banyak di jalan Allah.
Anak pendang, saya jumpa semasa satu jemaah ulama dari Patani datang ke sini. Anak pendang mudah nak bersembang dengannya. Apapun boleh dibincangkan...fb, blog..etc. Orang muda la katakan, tapi bukan pemuda biasa kerana dia adalah pemuda yang bercita-cita untuk menjadikan dakwah maksud hidup. 
Beliau kenal ramai rakan seusaha di Penanti, termasuk lah sorang member bernama, Munir
Tarmizi pula saya jumpa semasa sama-sama nusrah jemaah pedal di Mergong. 
Semoga Allah terima pengorbanan tuan semua. Dan insya-Allah nanti ada rezeki kita jumpa lagi.

Sunday, January 9, 2011

Apa khabar iman?

Sudah lama tak berblog. Sudah bersawang nampaknya Z76. Bagaimanakah iman kita hari ini? Amal kita adakah lebih baik dari semalam?
Bagaimanakah keyakinan dan hubungan kita dengan Allah? Semakin hampir atau sebaliknya? Jalan taqwa yg terbentang di depan kita, adakah kita sudah campakkan diri kita ke situ agar betul2 berada di situ?
Adakah sunah-sunah baginda Nabi Muhammad SAW, semakin banyak diamalkan atau semakin berkurangan atau tiada pada diri kita? Kecintaan kita kepada baginda, adakah bertambah?
Bagaimana keyakinan kita terhadap enam perkara?
Ingatan kita kepada alam akhirat, adakah semakin meningkat?
Persiapan - terhadap kubur, mahsyar, mizan, sirat, alam-alam yang bakal ditempuh - sudahkah diusahakan bersungguh-sungguh?
Risau terhadap umat yang menderita, bagaimana tuan?
Apa khabar mahallah kita? Adakah masih satu atau dua saf? Lima amal masjid? Tenggelam timbul atau belum start lagi? Atau hidup segan mati tak mau...
Check diri masing-masing. Saya check diri saya.
Diri masa dan harta - itu lah modal kita untuk perkara ini pada waktu ini. Bagaimanakah kita membelanjakannya?

Monday, February 1, 2010

Persepsi terhadap karkun

Jadi karkun ni kadang2 memang banyak tekanan oleh masyarakat. Padahal semua orang Islam karkun, tak sepatutnya timbul orang tertentu je karkun. Tapi realitinya, begitulah... dipanggil orang Tabligh, karkun...etc macam ahli kelab, persatuan, badan, organisasi etc pulak... padahal mana ada itu semua, kan. Ini usaha bukan kelab persatuan etc... ni kerja umat Nabi s.a.w. Semua orang umat Nabi s.a.w adalah pekerja agama, daie, karkun.
Nak diceritakan di sini, org yg dah kena cop sebagai karkun biasanya dipandang masyarakat nampak dia macam 'kain putih', very high expectation, seolah-olah tak boleh tersalah langsung. Padahal karkun orang biasa bukannya maksum dan banyak kekurangan, termasuk yang baru terjun dalam usaha membaiki iman amal sudah tentulah juga banyak kekurangan.
Aku masih ingat, seorang syura berkata, beliau pernah dipanggil oleh orang awam yang mahu melaporkan sesuatu yang tak kena dilakukan oleh karkun.
Syurah tu bertanya: "Apa dia?
Orang tu kata: "Anak-anak buah awak orang Tabligh tengah tengok siaran langsung bola kat siaran TV." (Tengok bola EPL kat restoran mamak, siaran langsung awal waktu pagi).
Syurah tu kata: "Laaa... apasal pulak tak boleh... biar le diorang tengok."
Orang tu kata: "Tak boleh...orang tabligh mana boleh tengok benda macam tu."
-------------
Kah kah kah kah... kadang2 memang kelakar dibuatnya dalam sesetengah hal. Apa nak buat, ni lah cabaran.
Baru-baru ni, aku attend meeting yg terpaksa aku terbang dgn Firefly ke KL. Aku jumpa bos yg berpangkat 'Datuk' yg pernah meluluskan cuti utk aku keluar 40 hari dulu.
Datuk tu kata: "Kenapa tak pakai kopiah putih?"
Aku kata: "Saya tak bawak kopiah putih, kopiah kelabu je" (kopiah jenis yg karkun selalu pakai).
Datuk tu kata: Kena la pakai kopiah putih... M******* pun masa di luar negara pakai kopiah putih.
Aku: ..... (...senyih je)
-------------

Jadi pekerja yg dicop tabligh pun ada dilema jugak. Ye lah...iman pun lemah, masih terkesan dgn suasana. Walaupun orang lain selalu datang lewat tak pernah diperhatikan tapi kalau aku terlewat... macam satu dunia perhatikan aku.
Dan macam2 lagi yg kena buat habis-habis baik. Kalau kawan2 pejabat bukak dasboard kereta aku, tentu diorang terkejut ada CD logam maut!! (Stakat ni diorang tak bukak dashboard hehehe).
Dulu masa duduk di Penanti, aku tengok karkun2 bertaraf profesor2, doktor di fakulti enginering USM transkerian sungguh excellent dalam rata-rata pencapaian mereka. Ada kajian yg publish di paper, TV. Ada yg cipta microcip terkecil paling canggih, ada yang jadi pakar jalan raya dan macam2 pakar yg dikagumi masyarakat. Dan mereka yg berjaya ni orang Tabligh. Jadi asbab, usaha atas student meningkat...
Kawan2 aku yg student USM, ex-student yg buat usaha pun ramai yg score tak hinggat punya. Allah mudahkan mereka, Allah terangkan hati mereka utk dapat ilmu.
---------------

Persepsi negatif masyarakat pun ada tapi tak perlu cerita sebab, ikut penilaian aku, rata-rata disebabkan salah faham orang yang tak tahu perkara sebenar hujung pangkalnya. Kes terpencil, individu.

Banyak lah lagi yg masyarakat beri jugdement mudah kpd karkun... sedar atau tidak, anda sebenarnya diperhatikan. Bagaimanapun bukan lah kita buat semua ini untuk sukakan orang, manusia, makhluk tetapi semata-mata sukakan Allah.
Semoga Allah redha kepada kita.

Saturday, January 30, 2010

Mari capai KPI

Hari ni semua orang bercakap mengenai KPI yg bertujuan untuk meningkatkan prestasi. Lebih2 lagi kakitangan kerajaan.
Namun timbul persoalan iaitu bila diwujudkan KPI maka siapa pula yang diberi tanggungjawab untuk audit sama ada KPI itu betul2 tercapai atau tidak? Adakah perlu satu badan bebas untuk audit KPI jabatan-jabatan kerajaan ini? Contohnya pricewaterhousecoopers ke atau badan audit bebas antarabangsa atau tempatan. Perlukah?
Atau cukup jika menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk melakukannya dan diumumkan kepada rakyat secara tulus mulus?
Atau mungkinkah bila tiba waktunya, maka diumumkan semuanya okay dan baik-baik belaka. Mungkinkah begitu?
Apapun, usaha kerajaan mewujudkan KPI dan NKRA perlu dipuji untuk menambah baik keadaan sedia ada terutama dalam bidang yang memberi impak terus kepada rakyat di peringkat akar umbi.
Usaha menambah baik ini selaras dengan kehendak agama bahawa, 'hari ini perlu lebih baik daripada semalam.'
Jika tidak begitu, kemungkinan besar kita akan tertinggal atau seolah-olah hilang daripada peta dunia! Atau tiba2 termasuk dalam kelompok negara mundur.
Secara jujurnya, respons kerajaan terhadap isu-isu yang meresahkan rakyat kalau diteliti adalah semakin baik. Mudah-mudahan apa yg dirancang menjadi kenyataan, insya-Allah.
Namun bagi sesebuah negara untuk berkesan dan meningkat prestasinya, ia tak tertakluk kepada sektor awam semata-mata, tetapi juga sektor swastanya.
Jadi, bagaimana pula sektor swasta?
Di pejabat aku, KPI mula diperkenalkan sebagaimana pihak swasta lain juga mula mewujudkan KPI.
Bagi aku ia amat baik, selain meningkatkan produktiviti, prestasi dan pencapaian, ia juga dapat membezakan siapa yang suka 'mengular' dan tak produktif untuk diambil tindakan mengubahnya kepada kebaikan. Kalau ia tak berhasil seperti matlamatnya maka lupakan saja KPI!

----------------------------------------------

Bercakap mengenai KPI, dan kita adalah pengguna internet yg boleh dikatakan aktif, maka, aku rasa syarikat telekomunikasi perlu mempunyai KPI juga. Atau mungkin mereka sudah ada. Dan antara indicator KPI yg perlu dicapai tentulah kepuasan pelanggan menggunakan barangan atau perkhidmatan.
Maknanya, pelanggan lah yg akan menjadi auditor kepada KPI produk dan servis mereka.
Tak pasti orang lain, tapi bagi aku, jika syarikat2 telekomunikasi ini sudah ada KPI, maka sudah tentu ia belum tercapai tahap sepatutnya kerana prestasinya masih ada yg rendah.
Banyak contohnya lah, misalnya, salah satunya mungkin dari sudut coverage jalur lebar yg ada kalanya bermasalah, tak konsisten.
Line terputus, tergendala, takde coverage, disconnect tak tentu pasal dan dll sudah menjadi lumrah. Ada bbrp kali, aku memberi komen di kala line yg asyik problem, terputus maka, bertindan-tindan lah komen yg diberikan pada blog sorang kawan tu. Boleh jadi hangin jugak kawan tu, maafkan aku!.

-----------------------------------------------

Sibuk2 check KPI orang, apa pulak KPI aku sendiri? Adakah takaza dapat disambut dan tuntutan disempurnakan? Hak-hak dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, jiran, rakan, seluruh umat dapat ditunaikan?
Bagaimana kerja-kerja tempatan? Memasukkan 6 perkara datang dalam kehidupan? Mengamalkan sunah. Mengikuti kehidupan sahabat r.hum.
Oooohhhh macam-macam lagi...
Yg barang pasti, KPI aku masih tak tercapai...masih jauh...

Thursday, January 14, 2010

Kaedah profesional

Semalam diadakan Jord Halqah kami. Ramai yang datang dan bagi azam untuk keluar di jalan Allah. Aku azam 1 Mei 2010. Tuan-tuan, saudara saudari tolong doa untuk diriku ini.
----------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ni, ada pulak yang bagitau satu kaedah profesional untuk mengenal sama ada seseorang tu karkun lama atau karkun baru.
Katanya mudah je. Bawak dia ke majlis taklim, kalau awal-awal dia dah tertunduk lalu tertido maknanya dia karkun lama. Baru start baca... Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan......dia dah tertido.
Kalau dlm taklim dia duduk tegak je... maknanya dia karkun baru.
Ataupun karkun lama biasanya kalau start taklim je, dia mula la nak khususi sana sini... alasan dia ialah karkun baru kena duduk taklim, tapi sebenarnya dia yang dah lama mujahadah nak duduk.
Kah kah kah....
Entah lah... aku check diri aku sendiri. Orang baru macam aku ni, time taklim, bayan asyik tertido je. Hidayat.
Baru ka, lama ka, yang penting buat kerja.

Friday, October 30, 2009

Sanggup tidur dlm hutan?


Zaman sekarang ni, korang nak tak berbulan2 tidur dalam hutan belukar? Tapi kalau bangla rasanya no hal, gitu lah yang terpaksa dilalui oleh sorang mat bangla kat sini.
Namanya pendeknya SI (bukan nama sebenar) dan memang pendek orangnya, berkulit gelap macam typical bangladeshi, misai tebal tapi kontot sikit, gigi putih macam gambar ubat gigi darlie, takde janggut, umur 40-an, selalu pakai kemeja kolar lusuh dan wajah sentiasa dlm ketakutan.
"Problemmm...." itu perkataan pertama yang keluar dari mulutnya bila ditanya kenapa tidur hutan, masa mula2 jumpa (awal2 tahun dulu).
Dia tak fasih cakap melayu tapi boleh lah cerita sikit2. Katanya, dia nekad tidur dlm belukar sebagai langkah berwaspada untuk lari drpd serbuan pihak berkuasa. Kalau rumah kongsi kena serbu, dia dah selamat di hutan. Jadi bila siang dia kerja di tapak bina dan bila matahari mula terbenam dia pun menyusup masuk ke dalam hutan belukar sebab takde permit kerja. Kulitnya yang gelap memberi kelebihan dlm gelap belukar tu.
Kawan2 di rumah kongsi ada permit, tak boleh buat apa-apa kat dia walaupun kesian.

Wednesday, October 28, 2009

1umat, 1maksud, 1fikir,1usaha


Apa yang anda fikir sekarang? Apa kata cuba, try, test fikir2 dari 1 hingga 7 di bawah:
.
1umat, 1maksud, 1fikir, 1usaha
2rakaat, 2ghast, 2taklim, 2jam1/2,
3hari, 3pagi tahajud,3negaraIPB,3ratusenampuluhharidakwah,
4puluhhari, 4bulan, 4dibyk, 4dikurang,4ditinggal
5amal, 5waktu, 5kurnia, 5alam
6perkara, 6org at least satu jemaah,
7hari seminggu dakwah mati-matian sampai mati.
.
...ada nak tambah? dipersilakan tulis dlm komen. Hidayat selurohh alam

Tuesday, September 15, 2009

Sedih....

Gambar hiasan.


S e d i h l a... b r o..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sebab Ramadan semakin menghampiri penghujung dan akan meninggalkan kita. Tak tahu sama ada berpeluang lagi atau tidak menemui Ramadan akan datang.
Semoga Allah terima amal ibadat kita dalam hal keadaan sempurna. Amin..

Monday, August 3, 2009

Selesaikan masalah dgn perantaraan amal

Time ni sekurang-kurangnya ada 3 isu berbangkit dlm negara kita yg menjadi tumpuan orang ramai, iaitu:
1)Kecoh demonstrasi mansuh ISA.
2)H1N1 semakin menular dan hari ini sorang lagi meninggal - menjadikan mangsa korban enam orang di Msia.
3) Masalah ekonomi dan kewangan global yg turut memberi kesan kpd Msia. World economic growth -1.4 pd Julai 09, GDP Msia drop 20 percent. Ia mungkin akan terus merosot.

Ini semua adalah berlaku dengan kehendak Allah. Tetapi hasil natijah daripada amalan-amalan buruk manusia. Baru-baru ni seorang maulana memberi ceramah yang antara lainnya bermaksud lebih kurang:

Apa2 keadaan yg datang dalam dunia, ia datang dan berlaku dgn kehendak Allah.
Baik atau buruk datang dengan kehendak Allah. Kekayaan, kemiskinan, kesusahan, kegembiraan pun Allah yang datangkan.
Tapi untuk hasilkan sesuatu keadaan ada seuatu kaedah atau tertib yg ditentukan oleh Allah.
Bila amalan hamba-hamba-Nya jadi baik maka Allah akan wujudkan keadaan yg baik bila amalan rosak, maka Allah akan jadikan keadaan pun rosak.
Bila amalan seseorang individu jadi baik maka Allah akan jadikan keadaan yg baik bagi individu itu, bila amalan individu itu rosak maka Allah akan wujudkan keadaan rosak untuk individu itu.
Bila keadaan ijtimaie atau dalam ramai2 manusia secara bersama jadi baik maka Allah akan wujudkan keadaan yg baik untuk semua orang, tetapi bila ramai2 keadaan melakukan dalam amal2 yg rosak maka Allah akan wujudkan keadaan rosak untuk semua orang.
Nabi SAW ketika dalam peristiwa Israk Mikraj baginda nampak ada perkara yang naik ke langit dan ada perkara yg turun ke bumi. Baginda bertanya, "wahai Jibril a.s apakah yg naik dan apa perkara yg turun dari langit?
Jibril a.s menjawab yg naik dari bumi adalah amalan manusia dan yang turun dari langit adalah keputusan Allah.
Iaitu bila amalan baik naik atas maka Allah beri keputusan baik turun ke bumi.
Bila amalan rosak maka keputusan Allah juga berikan keadaan yang rosak.
Suatu ketika Nabi SAW bertanya kepada Allah: "Ya Allah bagaimanakah saya dapat kenal bahawa Kamu suka kepada seseorang? Apakah tanda2 yang mana kamu suka kepada seseorang itu?"
Allah wahyukan kepada Nabi SAW: "Bila saya sukakan seseorang maka saya akan turunkan hujan semasa hasil tanamannya nak jadi masak, dan semasa nak menuai saya tidak turunkan hujan, dan saya akan beri harta2 mereka kepada orang yg ada sifat dermawan, dan saya akan tetapkan bagi mereka orang2 yang adil yang membahagikan harta dan menentukan urusan mereka."
Nabi SAW bertanya: "Bila kamu murka, apakah tandanya?"
Allah beritahu melalui wahyu bahawa: "Bila saya murka kepada satu2 kaum maka semasa mereka punya tanaman masak dan perlukan hujan tapi saya tak turunkan hujan dan bila nak menuai hasil maka saya turunkan hujan dan harta mereka berada di tangan2 orang yg kedekut di antara mereka dan saya akan letak pemerintah yang zalim di kalangan mereka."
Oleh itu, jangan lah kita mengkritik atau kondem pemerintah kita tetapi sebenarnya pemerintah itu adalah hasil daripada amalan kita.
Jika manusia beri zakat maka Allah beri berkat dalam hartanya akan ditambah dan Allah akan pelihara harta mereka. Dalam haji, seorang yang menunaikan haji tidak akan jadi fakir. Diberitahu bahawa pagi2 awal2 pagi beri lah sedekah, kerana sedekah ini tidak benarkan musibah untuk timbul utk orang itu.
Orang yang sentiasa beri sedekah maka Allah akan pelihara deripada 2 penyakit, 1: penyakit kulit jadi putih, 2: penyakit kusta.
Begitu juga, orang yg sentiasa menghubungkan silaturahim maka Allah akan tambah berkat dlm kehidupan dia.
Bila amalan kita jadi baik maka keadaan kita juga jadi baik. Jadi begitu juga kalau orang tak bagi zakat maka Allah akan tahan hujan. Dan kalau lah bukan kerana binatang yang tidak ada lidah iaitu tidak boleh cakap Allah tidak akan turunkan walaupun setitik air ke bumi.
Kalau orang tipu dalam timbangan, Allah akan wujudkan kemarau.
Bila zina jadi berleluasa di satu tempat maka Allah akan wujudkan penyakit2 di tempat itu yang mana penyakit itu tidak akan dapat mengenal pasti tabib yang pakar pun tak dapat kenal apa jenis penyakit yang Allah akan wujudkan (dan manusia tak tahu ubat atau penawarnya).
Aisyah r.ha berkata, bila satu bahagian dalam bumi tempat itu zina berleluasa, Allah akan perintahkan bumi itu bergerak dan berlaku gempa bumi di tempat itu.
Bila di tempat orang tak tunaikan janji mereka, maka di hati-hati orang itu, Allah akan letakkan ketakutan dalam hati itu terhadap orang lain.
Begitu juga kalau satu tempat orang langgar perintah Allah, buat kemungkaran berleluasa, maka bumi itu akan bertanya Allah, "Bolehkan saya pecah muka bumi dan telankan semua mereka ini? dan Allah beritahu kalau mereka itu makhluk kamu maka kamu buat lah begitu.
Maka air pun berkata, benarkan kami naik dan tenggelamkan mereka semua, maka Allah kata, kalau mereka ini makhluk kamu maka kamu buat macam tu.
Maksudnya ialah bila satu tempat kemungkaran jadi berleluasa, maka azab Allah akan datang. Macam mana kita punya amal begitu lah kita punya keadaan.
Sebenarnya keadaan yang baik ialah bentuk amalan kita bertukar kepada bentuk natijah yang baik, bila amalan tidak baik maka bentuk natijahnya ditukar juga kepada tidak baik.
Bila amalan baik bentuk ditukar kepada ganjaran syurga tetapi bila amalan buruk bentuk ditukar kepada azab neraka.
Bila Allah beri nikmat2 kepada manusia, secara umumnya manusia selalunya sibuk dengan nikmat itu hingga lupa kepada Allah.
Sebenarnya nikmat itu diberikan kepada kita kerana melalui nikmat itu supaya kita boleh sampai kepada Allah, iaitu bila kita menikmati nikmat lalu bersyukur, lebih dekat kepada Allah, mentaati perintahNya, menjauhi laranganNya.
Tapi secara umumnya manusia guna nikmat itu tetapi lupa kepada Allah.


---sekian, ini adalah sebahagian saja daripada bayan itu.

Saturday, July 25, 2009

Para sahabat generasi terbaik

Kelahiran dan kebangkitan para sahabat Rasulullah SAW merupakan satu kurniaan luar biasa daripada Allah SWT. Sumbangan tidak ternilai mereka berupa penjelasan-penjelasan terhadap kebanyakan peristiwa yang dialami bersama baginda serta ijtihad yang mereka lakukan, terutama setelah kewafatan Nabi dalam mengisi tata ruang kehidupan, menjadi sebuah model ikutan yang terus memberi inspirasi kepada seluruh umat Islam.
Masih terlalu banyak sirah para sahabat Nabi SAW yang belum dijejaki dan masih banyak hikmah yang masih belum diketahui. Sekiranya ia ditemui, pastinya rasa kecintaan umat kepada baginda SAW akan lebih mendalam dan amat berguna sebagai penunjuk umat manusia meniti kehidupan seterusnya mengembalikan kegemilangan Islam seperti yang pernah direntasi oleh Rasulullah dan para sahabat r.a.
Kelahiran mereka merupakan bukti kejayaan penerapan nilai-nilai wahyu dalam kehidupan duniawi.
Kedudukan para sahabat sangat istimewa dan kehidupan mereka diredai olah Allah SWT dan rasul-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (al-Taubah: 100)
Firman Allah SWT yang bermaksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang sepatutnya), tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka. Tetapi di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (ali-'Imran: 110)
Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik kurun adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Ibn Umar r.a. mengatakan, "Sesiapa yang mencari teladan, hendaklah meneladani generasi yang terdahulu, iaitu para sahabat Rasulullah SAW. Merekalah generasi terbaik umat ini, hati mereka lebih bersih, ilmu mereka lebih dalam, dan mereka sangat jauh dari sikap berlebihan.
"Merekalah generasi yang dipilih Allah untuk menyertai Rasulullah SAW dan menyampaikan agama-Nya. Maka teladanilah akhlak dan jejak hidup mereka, kerana mereka adalah para sahabat Rasulullah SAW. dan telah mendapat petunjuk yang lurus." (Hilyat al-Auliya' 1: 305)


Berdasarkan huraian di atas, para sahabat r.a tidak hanya memiliki ciri-ciri bertakwa dan menjaga maruah. Malah memiliki sifat atau jati diri yang murni iaitu menjaga serta menyampaikan agama secara benar kepada generasi sesudah mereka dan tidak menyembunyikan apa jua kebenaran serta tidak mendustakan baginda SAW.
Para sahabat turut mencapai tingkat kesolehan dan kualiti amal yang paling tinggi berbanding umat manusia yang lain.
Rasulullah SAW dalam menegaskan sanjungan dan pujian Allah SWT ke atas para sahabat r.a mengecam keras sesiapa yang mengkritik kredibiliti dan sifat adil para sahabat r.a.
Sabda nabi SAW yang bermaksud, Jangan kalian mencaci sahabat-sahabatku kerana seandainya salah seorang di kalangan kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud, hal sedemikian masih belum menyamai satu cupak mereka atau sebahagian daripadanya. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Ibn Kathir dalam menegaskan sabda Baginda SAW mengatakan, "Para sahabat adalah 'adl menurut Ahl al-Sunnah wal-Jamaah kerana Allah memuji perilaku dan akhlak mereka seperti mana yang tercatat dalam al-Quran dan Hadis. Mereka telah mengorbankan jiwa raga dan harta mereka, di hadapan Rasulullah SAW, di jagat raya demi mengharap ganjaran yang baik.
Nur al-Din pula mengatakan, "Mereka (para sahabat) adalah 'adl. Sifat 'adl mereka telah ditetapkan dan ia lebih kuat berbanding penetapan 'adl sesiapapun kerana penetapan ini menurut nas al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan logik akal.
Dalam menterjemahkan kecintaan mereka kepada Rasulullah, para sahabat r.a berusaha mempelajari segala pergerakan baginda semata-mata untuk dijadikan contoh teladan dalam rutin kehidupan seharian. Mereka bertekad dan berusaha jiwa dan raga untuk mencontohi baginda bukan sahaja dalam tatacara beribadat solat, puasa, dan corak kehidupan zahir melalui etika berpakaian.
Malah, mereka turut mencontohi Rasulullah SAW dalam berkomunikasi, bertindakbalas, berfikir, berdiplomasi dan berdakwah menyebarkan risalah Islam.
Kehidupan para sahabat penuh dengan kebahagiaan dan kesyukuran, kerana mereka sempat menghabiskan sisa usia menjalani kehidupan di dunia bersama Rasulullah SAW mereka. Kehidupan mereka jauh dari permusuhan di antara satu sama lain.
Setiap individu mengasihi saudara muslimnya dan membantu meningkatkan diri dan keimanan masing-masing. Meskipun pun berbeza keturunan atau warna kulit, mereka tetap mengutamakan persaudaraan Islam.
Setiap tetangga saling mengasihi tetangganya yang lain, tidak pernah mementingkan diri sendiri seiring mematuhi setiap tunjuk ajar baginda SAW. Begitulah kecintaan sahabat kepada Rasulullah SAW, yang mencerminkan kekukuhan iman dalam sanubari mereka.
Abu Bakar al-Siddiq (Khalifah Islam yang pertama) membuktikan rasa cintanya dengan menemani Rasulullah berhijrah ke Yatrib atau Madinah di saat getir baginda menghadapi masa-masa sulit kerana para pemuka Quraisy yang hendak membunuh baginda meskipun ada ketika Abu Bakar r.a berada dalam keadaan ketakutan.
Melihat situasi yang berlaku baginda menenangkannya. Peristiwa ini dirakamkan oleh al-Quran melalui firman Allah SWT yang bermaksud: Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. (al-Taubah: 40).
Umm al-Mukminin Khadijah binti Khuwailid r.a, srikandi Islam terulung yang sangat mencintai Rasulullah SAW. Beliaulah insan yang selalu membantu Rasulullah SAW, sentiasa memacu semangat baginda untuk tetap meneruskan gerak kerja dakwah. Menyelimuti, mengasihi dan mendukungnya, dek dorongan cinta yang mendalam kepada insan yang paling jujur dan dikasihi Allah SWT.
Ikrimah ibn Abu Jahl r.a, yang selalu setuju dengan Rasulullah SAW dan sentiasa teguh hatinya. Beliau gugur pada Perang Yarmuk.
Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, ia meletakkan kepalanya di atas paha Khalid bin Al-Walid, seraya berkata dengan air mata yang mengalir dari kedua matanya: "Wahai paman, apakah kematian ini membuat Rasulullah reda kepadaku?" Pada saat kritikal seperti itu pun dia teringat Rasulullah SAW, dan keinginannya hanyalah agar Rasulullah SAW reda kepadanya.
Ali ibn Abi Talib pula pernah ditanya bagaimanakah kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW. Beliau berkata: "Demi Allah, Kami mencintai Rasulullah SAW lebih daripada harta kami, anak-anak kami ayah-ayah kami dan ibu-ibu kami".
Demikian rasa taat setia dan kasih sayang para sahabat kepada baginda SAW. Apa jua situasi dan keadaan yang menimpa mereka, termasuk perselisihan yang mengakibatkan peperangan, dan sebagainya, ia sama sekali tidak mengeluarkan para sahabat dari landasan keredaan Allah SWT.
Mereka tetap mendapat keredaan Allah dan ganjaran nikmat syurga-Nya di akhirat kelak. Firman Allah yang bermaksud: Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (al-Hujurat: 9)
Sehubungan itu, sebagai umat Islam yang mengecapi nikmat hidayah, kefahaman dan kenikmatan Islam melalui kalam Allah, untaian sabda baginda dan pelestarian sunnah melalui pengorbanan dan jasa para sahabat r.a.
Sewajarnya kita perlu membuka kembali lembaran sejarah dan mengambil 1,001 rahsia dan hikmah tersembunyi berkenaan sikap para sahabat sebagai tindakbalas kepada peristiwa yang berlaku bukan sahaja dalam menyelesaikan permasalahan semasa, tetapi terus menerus menjadi panduan berguna bagi umat Islam setiap masa dan ketika.
Tindakbalas seumpama ini barangkali semakin pudar atau hilang dalam diri setiap muslim masa kini, sehingga menghilangkan kehebatan jati diri muslim sejati.
Melalui pengetahuan yang diperolehi dari usaha menjejaki sirah para sahabat r.a mampu mengembalikan kesedaran umat Islam dalam memahami tuntutan agama, seperti mana kefahaman dan kesefahaman tinggi para sahabat terhadap agama Islam. Wallahu a'lam.


***Diambil dari Utusan Malaysia

Sunday, May 31, 2009

Selamat tinggal, jumpa lagi !

SEBAGAIMANA yang telah dimesyuaratkan satu jemaah 40 hari telah dibentuk dari halqah Majidee/Larkin dari markaz Johor Bahru yang didalamnya terdapat lapan orang termasuk saya berlepas ke Sri Petaling dan dijangka bayan hidayat esok (01 Jun 09).
Route ke mana? tak tau lagi... adakah ke utara, pantai timur...etc? Cuba anda teka?
Oleh itu, di sini saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf zahir dan batin daripada saudara saudari jika terdapat salah dan silap selama menjadi pemblog dalam ziarah76 ini.
Semasa ijtimak nanti iaitu pada 9 hingga 12 Julai, rakan seusaha dari Johor Bahru ditempatkan di khita 4. Kalau ada rezeki kita boleh jumpa.
Minta tolong doakan saya agar semuanya berjalan lancar. Selamat tinggal dan semoga kita jumpa lagi! Jazakallah khair.

Thursday, April 9, 2009

Melampau dan terlampau dalam hidup

DALAM kehidupan kita, kadang kala sama ada disedari atau tidak, manusia boleh menjadi orang yang melampau dan terlampau. Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada perangai dan sikap seperti itu.
Ini boleh dilihat dalam pelbagai aspek, misalnya:
Contoh 1) Kalau kita sedang duduk minum, makan dan berborak bersama kawan-kawan tiba-tiba ada rakan sekerja datang kata: "Mat, bos panggil ngko kejap..." Maka yang akan terjadi ialah kita akan bingkas bangun serta merta. Air teh yang belum habis lagi minum, kita boleh tinggalkan begitu sahaja. Kerana kita tahu bahawa bos kita perlu ditemui segera dan suruhannya perlu ditunai segera tanpa banyak soal. Walaupun kita tengah seronok berborak bersama kawan2 di gerai atau kantin tetapi kita sanggup menghentikan kegembiraan itu lalu meninggalkan kesemuanya. Kerana kita faham ada perkara yang lebih penting.
Dengan cara itu, bermakna kita menjadi orang yang pandai meletakkan keutamaan dalam kehidupan.
TETAPI, sungguhpun begitu, cuba bayangkan kalau kita tengah seronok makan minum seperti tadi, tiba-tiba azan berkumandang mengajak kita bersolat berjemaah di masjid.
Maka adakah kita turut bersikap seperti tadi iaitu, bingkas bangun dan bergegas meninggalkan gerai itu atau apa-apa kerja lalu menuju ke rumah Allah kerana memahami seruan azan itu yang memanggil untuk bersolat dan perintah Allah adalah sesuatu yang mesti dipatuhi.
Adakah kita boleh berbuat demikian? Jika kita boleh berbuat demikian iaitu tidak dilalaikan perniagaan, kehidupan, makanan atau apa-apa perkara dunia sebaliknya mengutamakan perintah dan suruhan Allah pada ketika itu, maka kita sememangnya telah lulus dalam ujian pada waktu dan saat itu, dan menuju kejayaan. Kerana kita bersikap mengutamakan Allah lebih daripada yang lain.
Tetapi jika kita buat tak tahu, buat tak reti terhadap azan itu, maka kita telah melakukan sesuatu yang terlampau, double standard dan jahil. Cuba bandingkan situasi bila bos panggil kita boleh datang segera tetapi bila seruan untuk menunaikan perintah Allah, maka kita buat tak tahu. Sedangkan bos tu bukan apa sangat, makhluk je, Allah lah yang beri makan kepada bos itu. Maka jika ini terjadi, maka sungguh2 kita tak patut, tetapi ini yang banyak berlaku sekarang, di gerai-gerai atau merata tempat, orang buat tak reti je, bersidai dan terus gelak ketawa bila azan. Sungguh terlampau dan melampau...
Sepatutnya, yang terbaik ialah kita sendiri menunggu waktu solah di masjid dan membuat persiapan sebelum bersolat dengan sempurna bagi mendapatkan kesempurnaan solah dan kusyuk.
Tetapi apa yang berlaku, bila azan Zohor, kita sibuk nak lunch, azan Asar kita sibuk minum petang, bila azan Maghrib kita sibuk balik kerja mandi dan sebagainya, bila azan Isyak kita sibuk dinner, bila azan subuh kita tengah tidur mati.
Semua masa seolah-olah tak kena dengan kita, yang sebenarnya tak kena dengan nafsu.
Dalam soal masa, kalau kita hendak ambil peperiksaan mula pukul 8 pagi, kita boleh selesaikan segala (makan minum, tandas etc) urusan sebelum pukul 8 pagi sebab kita faham masuk dewan periksa tak boleh lewat dan dengan itu kita boleh jawab soalan dengan tenang dan lega. Jadi sepatutnya, jika iman kuat maka kita boleh selesaikan segala urusan kita tadi sebelum waktu solah supaya dapat solah berjemaah. Dan kalau tak sempat, urusan itu boleh ditangguhkan sebentar selepas selesai solah.
Contoh 2) Kita boleh baca surat khabar hari-hari sampai khatam dari muka depan hingga ke iklan saiz besar stem kat muka belakang pun kita baca. Pagi-pagi kalau tak dapat baca paper, hari kita macam ada yang tak kena.
TETAPI berapa banyak ayat, surah al-Quran kita baca setiap hari?. Malangnya apa yg banyak berlaku kalau tak baca pun, hati dan perasaan kita tak terasa apa-apa pun, macam biasa je. Malahan, kalau radio atau TV ada orang baca al-Quran pun kita tutup, alihkan channel dan lain2 perbuatan yang cukup terlampau. Sepatutnya, kita mulakan hari dgn bacaan al-Quran. Selepas solat tahajud, kita baca al-Quran, selepas solat subuh kita baca Quran walaupun beberapa potong ayat atau surah2 yang ringkas sebelum memulakan pekerjaan. Hati kita perlu sentiasa terpaut kepada al-Quran, kalau tak dapat baca dalam sehari kita kena sedih dan rasa kekurangan dalam diri, macam ada sesuatu yang tak kena hari ini. Kita perlu doa nangis2 kepada Allah supaya diberi taufik dapat membaca, diberi kelapangan membaca Quran walaupun sedikit. Kita kena tanya diri sendiri, apakah dosa saya hari ini sehingga saya tak dapat baca al-Quran hari ini? Kita perlu berdoa, minta ampun daripada Allah sungguh-sungguh.
Contoh 3) Kalau kita nak makan nasi, misalnya, kita tak mahu makan nasi kosong sahaja. Walaupun namanya makan nasi, tapi kita mesti nak makan dengan lauk yang variety supaya lebih sedap, lebih cantik, gitu. Mesti ada ulam sikit, sambal belacan ke, sayur dan kuah selain lauk utama ayam ke ikan ke hiasan, telur masin, ikan kering etc. Baru namanya makan, kan. Itu lah perkara biasa yang kita amalkan. Cuba bayangkan kita diberi nasi kosong sepinggan dan dikatakan itu sahaja la makanan tengah hari kita. Memang berkerut dahi kita! Silap2 mogok tak mahu makan.
TETAPI, kenapa kalau kita nak beribadat kita sekadar buat mana yang rukun, asas dan fardu sahaja tetapi tidak mencantikkannya lagi menerusi memperbanyakkan amalan2 sunat, mengamalkan sunnah dalam ibadat fardu dan ibadat sunat. Dalam solat misalnya, ramai yang hanya solat di rumah, sendiri-sendiri pun cukup, ammik yang mudah2 je. Padahal Nabi Muhammad s.a.w tak pernah pun bersolat fardu secara bersendirian (bagi wanita digalakkan bersolat di rumah). Pada masa yang sama kita selalu melaungkan kesempurnaan dalam aktiviti kerja dan kehidupan kita? Kenapa dalam bab amal ibadat kita ambik mudah je. Ini juga boleh dilihat dalam amalan-amalan lain yang kadang kala sudah terbiasa.
Contoh 4) Kita risau tentang keselamatan diri dan keluarga. Hingga pasang alarm beribu ringgit. Extra kunci keliling pinggang. Macam2 perkara dan langkah untuk meningkatkan tahap keselamatan. Walaupun ini semua bagus, TETAPI kenapa kita tidak pernah berkerut dahi dan risau tentang keselamatan diri dan keluarga di alam akhirat, kubur, masyar, sirat, mizan, syurga atau neraka. Sedangkan alam akhirat adalah selama-lamanya dan dunia yang dirisau2kan sangat itu hanya sekejap dan sementara.
Sepatutnya, keselamatan dan kebahagiaan akhirat perlu diberi tumpuan secukupnya dan bukan berpada dengan sedikit amalan tetapi berlebih2 dalam hal dunia.
Perlu difikirkan bekalan kita di akhirat nanti, kerana di sana kita amat memerlukan walaupun satu kebaikan.
Dalam perkara dunia kita faham, kalau orang nak ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru dengan bekalan RM10 seorang memang tak cukup, sebab perjalanan jauh brader!. Tapi cuba bayangkan, alam akhirat yang tidak bertepi selama-lamanya maka sudah tentu kita perlu mempersiapkan bekalan yang banyak. Maka ini perlu menjadi fikir risau saya bagaimana bekalan saya pada hari akhirat. Adakah amal ibadat saya diterima atau menjadi kain buruk yang dilemparkan ke muka kita. Atau berapa banyak koleksi kain buruk kita dah ada? Atau kita terus biarkan sahaja kita jadi orang yg melampau.
Contoh-contoh di atas sekadar contoh dan sebenarnya terlalu banyak perkara dalam kehidupan kita yang mungkin kita boleh fikir sendiri. Kita selalu katakan kita mahu mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat, tetapi prilaku kita pula banyak yang hanya mencari kebaikan di dunia tetapi meminggirkan akhirat. Adakah kita konsisten antara kata2 dgn tindakan kita? Ini yang kita risau.
Saya katakan ini adalah untuk peringatan diri saya sendiri. WaAllahu alam bissawab.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails