Sunday, January 9, 2011

Apa khabar iman?

Sudah lama tak berblog. Sudah bersawang nampaknya Z76. Bagaimanakah iman kita hari ini? Amal kita adakah lebih baik dari semalam?
Bagaimanakah keyakinan dan hubungan kita dengan Allah? Semakin hampir atau sebaliknya? Jalan taqwa yg terbentang di depan kita, adakah kita sudah campakkan diri kita ke situ agar betul2 berada di situ?
Adakah sunah-sunah baginda Nabi Muhammad SAW, semakin banyak diamalkan atau semakin berkurangan atau tiada pada diri kita? Kecintaan kita kepada baginda, adakah bertambah?
Bagaimana keyakinan kita terhadap enam perkara?
Ingatan kita kepada alam akhirat, adakah semakin meningkat?
Persiapan - terhadap kubur, mahsyar, mizan, sirat, alam-alam yang bakal ditempuh - sudahkah diusahakan bersungguh-sungguh?
Risau terhadap umat yang menderita, bagaimana tuan?
Apa khabar mahallah kita? Adakah masih satu atau dua saf? Lima amal masjid? Tenggelam timbul atau belum start lagi? Atau hidup segan mati tak mau...
Check diri masing-masing. Saya check diri saya.
Diri masa dan harta - itu lah modal kita untuk perkara ini pada waktu ini. Bagaimanakah kita membelanjakannya?

10 comments:

z@i said...

salam..
alhamdullilah. balik dah khuruj?
insyaallah kita chehck iman slalu.

jazakallah tolong ingtkn.

karkuzari tym kluar xnk post ker?hehe

z@i said...

salam..
alhamdullilah. balik dah khuruj?
insyaallah kita chehck iman slalu.

jazakallah tolong ingtkn.

karkuzari tym kluar xnk post ker?hehe

fzi said...

Salam...
Alhamdulillah.. selamat kembali bersiaran Ziarah76..

....sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan Ingatlah sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Anfaal 53)

Oleh itu jangan diubah iman kita. Tetapkanlah iman. Jika iman kita berubah, semua yang lain akan turut berubah. Berubah nikamt berdasarkan iman. Kalau iman berubah, nikmat pun akan berubah...

Wassalam.

Ishak Zaini said...

Aslmkm..

Nikmat yang amat dicemburui, apabila Allah telah terima masa tuan yang amat berharga untuk berada dijalanNya.

Selamat kembali dari khuruj dengan keimanan yang teguh, semangat dan keazaman yang jitu untuk menyemarakkan usaha tempatan pula. Semoga Allah terima zuriat keturunan enta untuk terus sambung menyambung kerja kemuliaan umat akhir zaman ini.. Semoga Allah transferkan fikir dan kerisauan tuan kepada saya yang lemah ini juga.

Umma-ali said...

Assalamualaikum,
alhamdulillah...semoga usaha kita makin mantap utk agama Allah menerajui hati setiap ummat...
lani dah jauh naa...
nanti kita jumpa di jalan Allah insyaAllah...

Irwan said...

salam. mesti abang banyak cerita dan pengajaran yang abang dapat sepanjang pengeluaran abang itu, kan?

kongsi lahhhh

aliaazuan said...

Salam.

Nak baca karkuzri!

ziarah76 said...

zai, aa & wan,
Insya-Allah, karkuzari akan menyusul kalau sempat tulis. TQ

fzi,
nikmat paling besar ialah iman dan Islam.

Ishak,
Transfer fikir kpd pengantin baru? Ye tak ye juga... org baru balik khuruj pun mcm pengantin baru jugak. hehe


Umma-Ali,
walaupun jauh, tapi pokok kurma Kampung Tehel tetap dekat di hati.

Anak Pendang Sekeluarga said...

Salam,tuan,maaf,saya kene pi Skudai...xdan nk jumpa tuan...

ziarah76 said...

anakpendang,
insya-Allah, semoga terus maju dlm usaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails