Sunday, January 23, 2011

Penanti ohh Penanti...

Tak tahu apa nak dikatakan tentang posting kali ini yang tiba-tiba muncul selepas sekian lama blog bersawang dan menyepi. Nak kata karkuzari pun bukan sangat la sebab takde apa sangat nak dikatakan di sini. Ini lebih kepada sembang suka-suka saja. Kalau betul2 nak dengar karkuzari dakwah maka pergi lah ke Masjid Seri Petaling. Baru real punya....
Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah dan taufik hidayat-Nya serta berkat doa anda maka baru-baru ini dapatlah gunakan diri, masa dan harta di jalan Allah untuk satu cillah (sahaja? patut kena korban lebih la!).
Sebagaimana ditakdirkan oleh Allah, kami jemaah dari JB telah dihantar ke Penanti yang kemudian dihantar pula ke halqah Bagan (atau nama orang putihnya Butterworth).
(Bagi sesiapa yang tidak sure apa yang dimaksudkan kawasan markaz Penanti, ia adalah daerah Seberang Perai yang mencakupi Kepala Batas, Pulau Pinang di utara membawa ke selatan di Parit Buntar, Perak manakala di barat sekali ialah Perai yang membawa ke Kulim, Kedah di Timur).

Sesi taklim.... mari mendengar berita-berita akhirat.

Berada di Penanti, bagaikan 'sirih pulang ke ganggang telefon', kerana 3 tahun lepas saya menetap di Penanti untuk tempoh 4 tahun yang Taman Pauh Indah.
"Macam balik kampung sendiri la," kata beberapa kawan2 lama yang ditemui semasa menghabiskan 40 hari.
Begitupun, tidak lah sampai takde trill langsung. Bahkan kadang2 mujahadah perasaan juga.
Bagan adalah halqah sebelah halqah lama. Paling seronok bila dapat jumpa member lama dan lebih seronok dan cemburu bila melihat usaha mereka meningkat maju, dengan izin Allah.
Penanti, memang terkenal dgn ramai orang lama buat usaha istiqamah. Satu perkara yg tidak dapat dinafikan kehandalan mereka dalam bab ikram orang, memang gred A memanjang. Layanan mesra mereka bukan dibuat-buat atau sebab kita ni dok dalam jemaah yang sedang keluar tetapi sebenarnya, begitu juga lah akhlak dan ikram tinggi mereka jika kita duduk menetap di sana.
Sebab itu, saya perasan, ramai juga orang luar Penanti (dari negeri lain) yg pernah menetap di Penanti maka akhirnya terus tinggal menetap melekat di Penanti ataupun bila dah keluar dari Penanti kerana arahan tugas berpindah, rupa-rupanya repeat datang balik ke Penanti dan terus tinggal dan buat usaha di Penanti. Antara mereka ada yang terjadi kes begini termasuk la beberapa syura, orang tanggungjawab dan fikirmen dan rakan seusaha biasa.
Orang Penanti rata-rata adalah orang yang suka bersembang-sembang mesra, pandai ambil hati, berjiwa besar dan berfikiran terbuka. Mungkin sebab di Seberang Perai pada zaman dahulu terdapat banyak pondok maka sebab itu agaknya walaupun ramai orangnya hebat-hebat tetapi sentiasa bersikap merendah diri dan cukup hormat orang. Ini bukan lah exaggerated atau overstated statement.

Set toam... masak apapun...insya-Allah habis mengerlip...licin... 

Time jemaah kami bergerak adalah musim jemaah keluar bagi cillah di seluruh negara kerana waktu ini musim cuti sekolah dan kebanyakan 'geng cikgu' atau bukan cikgu akan berada di jalan Allah waktu ini. Jadi di setiap halqah pasti ada jemaah masuk dan di sesuatu kawasan rakan seusaha tempatan tiada di mahalah kerana sedang berada di jalan Allah.  
Saya terkesan dengan nusrah Abg Usop yg berhabis-habisan membantu jemaah buat kerja dan bertungkus lumus mahu menyenangkan jemaah walaupun sebenarnya dia dalam keadaan yang amat memerlukan. Begitu juga dengan yg lain... Allah Maha Mengetahui. Semoga Allah jadikan nusrah mereka asbab hidayat seluruh alam.
Usaha bersungguh-sungguh di Bagan menyebabkan usaha maju dan sebab itu halqahnya sudah dibahagikan kepada tiga kawasan lain. Melihat cara mereka bekerja, saya merasakan diri amat kerdil dan tidak berbuat apa-apa.

Penanti... wajahnya dulu lain, sikalang lain...




Ruang dalam..


Pondok yg tertinggal... tengok betul-betul apa yg tertulis pd papan biru tu?


Itu lah dunia....penuh senda gurau main-main

Dalam beberapa kesempatan, saya berkunjung ke mahalah lama saya dan didapati mahalah yang dahulunya ada 6-8 orang rakan seusaha kini tinggal 3 orang - Hj Rid Daya Qur, anaknya Ust Hfz dan Abg Rml. Sebab yg lain sudah berpindah ke mahalah baru dan memajukan usaha di medan masing-masing.
CK sudah menyelinap ke dalam pintu gerbang PSP dan hasilnya lumayan di akhirat, insya-Allah. Begitu juga Faizul, HjR Arkitek, Munir dan sebagainya yg masing-masing mendambakan ganjaran kehidupan yang lebih baik dan berkekalan di akhirat.

Surau mahallah lama, sekarang dah ada nama, dulu takde..



Muhamad Fateh kalau tak silap nama diberi kpd surau.


Dikhabarkan bhw jadual kuliah penuh di mahalah ni..
Di Tmn Pauh Indah, style ikram makan di gerai-gerai masih diamalkan oleh CK untuk 'mengumpan' student2 agar hampir dengan Allah melalui perantaraan kerja iman amal ini. Ini mmg skill CK. Pd satu malam, Faizul tiba2 mahu bernostalgia bila menjemput jemaah makan kambing bakar di rumahnya. Menu ini zaman dulu mmg kepakaran dia yg kami dok beberapa kali buat majlis ikram orang kampung di surau di bbrpa kali di rumahnya, mmg meriah!!    
Hj Rid Daya Qurban tak ketinggalan, sudah lah jamu jemaah makanan special penang mari, dia sanggup pulak hendak menguji sama ada saya terkesan dengan satu makhluk yang baru dibeli dgn harga RM jutaan lemon. Jadi tanpa membuang masa, saya pun test drive dari Perai ke Alor Setar ikut highway dan pastu berpatah balik. Berdesuppp...


Test-drive Porsche Cayenne.... tak terkesan aduih.. 

Antara sugi dan Porsche, mana lebih berharga? 

Pergi khususi jauh tu... gunakan asbab tapi jangan yakin dgn asbab.

Satu perkara yg tak kurang bestnya ialah bila dapat merasai lagi keenakan cendol Maklom Corner.... memang terangkat!
(Kalau tak silap, ada 3 gerai jual cendol di simpang maklom ni, hanya satu saja yg mantap, bagi saya. So sesiapa nak try jgn tersalah gerai pulak.)

isi banyak... ais halus...


Ikram blanja amir sab... bukan bodek amir sab tau!..


yg cendol licin....line clear... abc blum abis lagi tu
Kisah-kisah suka duka dan cerita-cerita meningkatkan jazbah takde lah diceritakan di sini kerana disimpan sahaja untuk menjaga ikhlas (kononnya). Jadi posting ini hanya cerita entah apa-apa tah. Alhamudlillah semua ahli jemaah satu hati, dan buat kerja.. sikit2.
Bila balik dengar jemaah lain punya karkuzahri di Seri Petaling.... masya-Allah, rasa diri amat kerdil. Termasuk dengar laporan satu jemaah bahawa ada seorang YB di Johor yg nusrah jemaah dan dia karkun yg pernah keluar zaman masjid India dulu. (Sekarang saya dah pindah ke utara, padahal masa duduk Selatan dulu pernah jumpa dia tapi tak bersembang pasal usaha agama, ruginya rasa!!).
Apapun, ni cerita 2010 punya cillah, semoga Allah pilih lagi saya untuk bagi cillah tahun ini dan hingga akhir hayat.

Sekian.

13 comments:

muhammad_efendie said...

rindu pada markaz penanti zaman pondok kayu dengan ada bangunan kayu sebelah markaz 2..kawasan marhalah di kawasan penanti salah satu tempat permulaan yang baik untuk kita belajar buat usaha agama dengan hikmah dan bertoleransi..

ziarah76 said...

efendie,
Penanti, ikram tinggi.
bawah bangunan kayu tu le tempat jemaah taam, kalau hujan air menitik..

muhammad_efendie said...

teringat bang,2 la tempat permulaan sy kenal,faham dan istiqamah di dalam usaha..yang kuat ikram sy terutamanya dari kawasan alma,dan syura yg duduk di alma iaitu hj Hisham..moga mereka diberi peluang tambahkan pengorbanan mereka yang telah banyak itu..2 minggu lepas orang markaz penanti turn hikmat di sri petaling..sempat jumpa Hj Razak Saab..:-)

misbah sobah said...

ui..cam tu upenyer markaz penanti yg da siap..mase dtg c2 tengah buat..

Ummi said...

salam,

semakin ke utara memang semakin kuat ikramnya. Penanti, alor setar, perlis, dan naik ke yala, saturn, masya Allah...kalau keluar ke bangkok, pataya..ikramnya bertambah tambah sampai tak percaya yg usaha di malaysia bermula lebih awal dari Thailand.

Ahliacikgukhairul said...

Alhamdulillah.. mudahan kami pun terpilih utk khuruj banyak2 hari ni.. CK ajak makan kt gerai sebab ahlia dia tak brp reti masak kot.. hehehe.. moga kita dapat kumpul2 lagi..

ziarah76 said...

efendie,
masya-Allah... ex-penanti juga rupanya anta.
Hj Syam tu salah satu contoh orang dari negeri lain yg menetap di Penanti jd syura. Syura Hj Musa pun asalnya orang luar Penanti.
Hari tu dapat la sy jumpa balik depa2 termasuk hj razak dan member2 lama. Segan... mereka semua orang korban tinggi dlm agama, saya terkorban dgn dunia.

misbah,
rupa fizikal lain, tapi fungsinya tetap sama.

Kak Ummi,
Tak sampai lagi ke luar sempadan tu. Nanti insya-Allah, saya dan isteri azam keluar masturat.
Org Melaka, Batu Pahat sampai Yong Peng pun ikram tinggi, hikmah tapi JB beza sikit.

Aliah CK,
Tak reti masak?
Kalau pekena asam pedas CK masak pun dah terasa sodap, inikan pula masakan si pemilik resepi dari Johor tu.

Munir Kangsari said...

Nusrah tunjuk muka Bang.

*mendambakan kedamaian dari perselisihan sebenarnya huk huk

ziarah76 said...

Munir,
tunjuk mukapun mudah2an jd asbab hidayat

*elak pecah hati

Munir Kangsari said...

dah terlambat pun. Terusik sudah hati ni...hu hu hu

ziarah76 said...

Munir,
terusik maknanya belum picah...hehe

Munir Kangsari said...

picah mmg x...pecah kot...

Sab 사브리 said...

Sempoiii... cendoi maklom! dekat dgn umah mak aku jer tu... kerap jer aku ke sana when I miss my mak... heavenly, mcm2 ada kat simpang tu... semua aku suka... ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails