Tuesday, June 29, 2010

Dunia tempat mempersiapkan bekalan akhirat

"Walaupun saya membaca al-Quran sudah bertahun-tahun dalam kubur tetapi tiada apa-apa manfaat."
Dalam ijtimak Zon Selatan baru-baru ini, Bai Khaled antaranya (lebih kurang) menceritakan kisah seorang alim yang amalannya ialah apabila melalui tanah perkuburan dia mesti singgah lalu membaca al-Quran dan menghadiahkan pahala kepada penghuni kubur di tanah perkuburan itu.
Setiap kali singgah di tanah perkuburan maka dia akan meluangkan masa membaca al-Quran lalu mensedekahkan pahala itu kepada penghuni kubur.
Suatu ketika, dalam satu perjalanan, dia menemui satu perkuburan lalu beliau pun hendak melakukan amalan biasanya iaitu membaca al-Quran di kubur untuk disedekahkan kepada penghuni kubur.
Apabila dia menghampiri tanah perkuburan, tiba-tiba kedengaran suara orang membaca al-Quran. Maka beliau pun berasa gembira kerana ada juga orang lain yang membuat amal sepertinya.
Lalu dicarinya siapakah pembaca al-Quran itu tetapi tidak dijumpai sesiapa.

Thursday, June 24, 2010

Balik ijtimak untuk buat kerja, persiapan

Masjid Merlimau Utara, Melaka. (errr... nama masjid saya tak sure, sapa bole bagitau?)

 Dengan limpah kerahiman Allah s.w.t, ijtimak zon selatan yang diadakan di Merlimau Melaka mulai 20 Jun lalu berjalan lancar dan mudah-mudahan menjadi asbab hidayat seluruh alam.

Saturday, June 19, 2010

Dijemput hadir ke Ijtimak Zon Selatan

Alhamdulillah, dengan limpah kerahiman Allah s.w.t maka satu perhimpunan umat Islam bagi Zon Selatan semenanjung Malaysia dijadual diadakan, iaitu:

Lokasi : Masjid Merlimau Utara, Melaka.
Tarikh: 20, 21, 22 Jun 2010 (Untuk umum)
Tarikh: 23 Jun 2010 (Untuk rakan seusaha 4 bulan)

Perhimpunan yang diadakan semata-mata kerana Allah, mudah-mudahan menjadi sumber hidayat menarik rahmat Allah kepada seluruh umat seluruh alam.
Pengisian antara lain mendengar kata-kata nasihat dari para ulama untuk mendapat manfaat rohani, menambah kecintaan kepada agama dan akhirat, menjernihkan hati, mendapat ketenangan hakiki, penyucian jiwa, pembersih dosa disamping mengeluarkan sebanyak mungkin jemaah yang bergerak atas maksud agama ke seluruh alam.

Ayuhh!! ...  Jangan lepaskan peluang, jumpa di sana..


Pesan Maulana Syamin : Ijtimak asbab hidayat
"Amalan haji adalah ijtima umat islam terbesar dan kewajiban hanya sekali saja. Jika berhaji dengan betul, akan jadi wali Allah. Jika niat berhaji tak betul, haji tanpa kesan, akan dilempar balik seperti kain kotor yang dilemparkan. Begitupun ijtima, jika datang dengan niat baik, maka satu ijtima cukup membuat cinta kepada Allah SWT. Satu ijtima yang betul cukup bagi Allah SWT untuk membuat keputusan memberi hidayah untuk seluruh alam."
"Ijitima bukan untuk menghimpun manusia sebanyak-banyaknya, tapi untuk mengumpulkan dua usaha, sebelum ijtima (ruh ijtima), setelah ijtima (perhiasan ijtima)."

"Usaha sebelum ijtima adalah menjumpai setiap orang Islam agar hatinya berpaling dari selain Allah kepada Allah SWT sehingga ada kemanisan untuk ta’at. Dikarenakan adanya pengorbanan orang-orang sebelum ijtima, maka yang hadir di ijtima mendapat hidayah, dan hidayah juga akan tersebar ke seluruh alam. Usaha dalam ijtima adalah agar setiap orang terlibat dalam amal ijtimai dan infirodi. Semakin terjaga amalan, maka semakin cepat turunnya hidayah. Hidayah ada 2 tahap : untuk diri sendiri dan asbab hidayah untuk orang lain. Untuk menjadi asbab hidayah maka niatkan untuk bergaul dengan semua orang dari semua negara, kita merasa sebagai satu umat, hilangkan ashabiyah. Ashabiyah ini sangat dibenci Allah dan menyebabkan tertolaknya amal seseorang."

"Untuk menghilangkan ashobiyah : Allah SWT perintahkan ibadah haji, shalat dan shaum. Dalam haji diperintahkan untuk menyebarkan salam (untuk menghilangkan sifat sombong, merasa sebagai penanggung jawab. Sehingga Nabi SAW selalu mendahului dalam memberi salam, tidak pernah didahului oleh sahabat), bersikap lemah lembut, dan suka memberi makanan (jangan menunggu untuk diikrom, tapi beri ikrom untuk satukan hati)."

"Di negara-negara anda akan diadakan ijtima dan jika anda bersungguh-sungguh usaha atas ijtima ini, maka ijtima anda akan menjadi asbab hidayah ke seluruh alam. Tanggal ijtima bukan awal ijtima, tapi itu tanggal berakhirnya ijtima. Ijtima bermula sejak tanggal ijtima ditetapkan."

Thursday, June 17, 2010

"Ayah! Saya dah bersedia"

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Thursday, June 10, 2010

Bersantai di Morib


Siapa tak pernah dengar nama Pantai Morib? Pantai ini memang terkenal suatu masa dulu, tapi sejak kebelakangan ini Morib semakin suram dan kian hilang popularitinya.
Begitupun, ia tetap menjadi kunjungan orang luar walaupun dalam kuantiti kecil dan terus menjadi tumpuan penduduk tempatan dari zaman berzaman khususnya penduduk Banting - kawasan terletak di daerah Kuala Langat Selangor.
Sejak zaman bujang hingga sekarang dah ada 3 anak, Morib memang jadi tempat bersantai khususnya pada musim cuti balik kampung.
Morib terbahagi kepada 2 bahagian; satu pantai berpasir yang boleh mandi dan satu lagi tempat untuk bersiar-siar saje.
Minggu lepas, berkesempatan bawak anak-anak bersiar-siar, rupa-rupanya Morib dan sekitar sekarang tengah giat dibangunkan. Ramai sungguh orang... mungkin sebab sekarang cuti sekolah.
Kata seorang Jurukur Bahan, kadar progressnya dah mencecah 70 peratus. Kalau dah siap nanti tentu lah makin meriah pantai Morib ini. Nampak progress work berjalan lancar, tapi bila nak siap, wallahu alam bissawab...

Farhah dan Naufal lawan memanjat di taman permainan yang sedang disiapkan di sekitar Morib...



Sumaiyah menunjukkan skill mendaki jaring labah-labah...

See more, click read more...

Tuesday, June 8, 2010

Cara tentera Islam lawan musuh


Ibnu Katsir meriwayatkan di dalam kitab tarikh Al Bidayah Wa An Nihayah, bahawa Heraklius Kaisar Rom yang berada di Antakia, ketika mendengar berita kekalahan tenteranya, dia bertanya dengan geram kepada utusan yang menyampaikan berita itu. Katanya, “ Celaka kamu! Cuba terangkan kepadaku keadaan kaum yang kamu perangi itu, bukankah mereka manusia seperti kamu juga?”

Mereka menjawab,”Benar”. Heraklius bertanya lagi,”Mengapa kamu boleh dikalahkan?” Semua utusan yang tertua di antara mereka menjelaskan: “Kerana mereka selalu mendirikan solat di malam hari dan berpuasa pada siang harinya. Mereka selalu menepati janji, mengajak ke arah kebaikan dan mencegah yang mungkar serta bertolong- tolongan. Sedangkan kami biasa minum arak, berzina, menginkari janji, zalim, memerintahkan perkara yang batil dan mengerjakan yang mungkar, serta kami kerap membuat kerosakan di muka bumi”.

Kemudian Heraklius berkata,”Benar kamu !” Salah seorang tawanan kaum Muslimin kemudian dihadapkan kepada Heraklius dan berkata : “Aku akan beritahu kepada kamu seolah-olah kamu menyaksikan sendiri keadaan kaum Muslimin di medan perang. Mereka adalah pasukan berkuda pada siang hari dan pada malam harinya seperti rahib-rahib. Mereka tidak makan sesuatu pun milik rakyat yang dikuasainya melainkan pasti diganti harganya. Mereka tidak masuk ke tempat orang lain kecuali mengucapkan salam, dan tidak berperang melainkan apabila mereka diperangi”.
Kata Heraklius, “Kalau engkau membenarkan perkataanku, maka kaum Muslimin akan mengusai kawasan yang sekarang berada di bawah telapak kaki kekuasaanku.”

-Diambil dari blog Ustaz Al-Alorstari

Sunday, June 6, 2010

Judi membawa bala

Oleh Tan Sri Harussani Zakaria (Mufti Perak)

ISLAM menyuruh kita bersukan kerana ia nyata memberi faedah kesihatan kepada tubuh badan. Menjelang perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, maka saya lihat di negara kita juga, promosi rancak dijalankan, oleh televisyen dan syarikat-syarikat yang sibuk mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan hasil dari demam bola sepak ini. Namun apa yang sangat mendukacitakan saya akhir-akhir ini, apabila pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan keizinan dan mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia ini.

Saturday, June 5, 2010

Gaza

Umat menderita..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kena doa banyak2 nangis-nangis untuk umat...

Thursday, June 3, 2010

Judi: Pandangan agama dunia

Negara telah dihangatkan dengan kelulusan pihak kerajaan meluluskan lesen kepada Berjaya Corporation untuk menguruskan pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 yang menjelang tiba. Tentangan bukan sahaja datang dari pihak parti pembangkang dan orang Islam, bahkan dari pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat bukan Islam.

Saranan dari bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar keputusan kerajaan tersebut dikaji semula amatlah dialu-alukan dan harus diteliti oleh pihak kerajaan.

Ia bukan sahaja dapat mereda suasana dan desakan majoriti masyarakat, bahkan bersesuaian dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di kalangan Negara-negara Islam terutama dalam negara menonjolkan diri sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dan juga Pusat Halal Dunia.

Walaupun lesen judi hanya dibenarkan untuk pelanggan di kalangan bukan Islam termasuk pekerja dan premis, namun judi bukan sahaja mendapat tentangan daripada masyarakat Islam tetapi bukan Islam sendiri. Jika ditelusuri judi di kalangan agama dunia, majoriti merujuk tentang keburukan judi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Islam sebagai agama rasmi negara, secara jelas menyatakan haramnya judi.

Allah ta'ala telah berfirman yang mafhumnya: "Wahai orang-orang mukmin. Sesungguhnya arak, judi, berhala, anak panah (judi) adalah najis (kotor) dari kelakuan syaitan. Jauhilah ia supaya kamu beroleh kemenangan. Sesungguhnya syaitan bertujuan menjadikan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan judi, serta menghalang kamu dari mengingati Allah dan mendirikan solat". Al-Maidah, 90-91. Ayat ini jelas menunjukkan pengharaman 'khamr' (arak) dan segala bentuk 'maysir' (judi).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails