Tuesday, June 8, 2010
Cara tentera Islam lawan musuh
Ibnu Katsir meriwayatkan di dalam kitab tarikh Al Bidayah Wa An Nihayah, bahawa Heraklius Kaisar Rom yang berada di Antakia, ketika mendengar berita kekalahan tenteranya, dia bertanya dengan geram kepada utusan yang menyampaikan berita itu. Katanya, “ Celaka kamu! Cuba terangkan kepadaku keadaan kaum yang kamu perangi itu, bukankah mereka manusia seperti kamu juga?”
Mereka menjawab,”Benar”. Heraklius bertanya lagi,”Mengapa kamu boleh dikalahkan?” Semua utusan yang tertua di antara mereka menjelaskan: “Kerana mereka selalu mendirikan solat di malam hari dan berpuasa pada siang harinya. Mereka selalu menepati janji, mengajak ke arah kebaikan dan mencegah yang mungkar serta bertolong- tolongan. Sedangkan kami biasa minum arak, berzina, menginkari janji, zalim, memerintahkan perkara yang batil dan mengerjakan yang mungkar, serta kami kerap membuat kerosakan di muka bumi”.
Kemudian Heraklius berkata,”Benar kamu !” Salah seorang tawanan kaum Muslimin kemudian dihadapkan kepada Heraklius dan berkata : “Aku akan beritahu kepada kamu seolah-olah kamu menyaksikan sendiri keadaan kaum Muslimin di medan perang. Mereka adalah pasukan berkuda pada siang hari dan pada malam harinya seperti rahib-rahib. Mereka tidak makan sesuatu pun milik rakyat yang dikuasainya melainkan pasti diganti harganya. Mereka tidak masuk ke tempat orang lain kecuali mengucapkan salam, dan tidak berperang melainkan apabila mereka diperangi”.
Kata Heraklius, “Kalau engkau membenarkan perkataanku, maka kaum Muslimin akan mengusai kawasan yang sekarang berada di bawah telapak kaki kekuasaanku.”
-Diambil dari blog Ustaz Al-Alorstari
Labels:
tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
shahih tu, tapi masalahnya kita masih cintakan dunia dan takut mati..
masalah umat hari ini adalah iman, termasuk saya juga.. keyakinan kita pada Allah tidak seyakin dan sehebat para sahabat r.a, begitu juga amalan... amalan kita terlalu jauh jika dibandingkan amalan mereka... semoga Allah berikan sedikit kekuatan untuk menuruti sedikit jejak dan amalan mereka.... insyaAllah..
pokok pangkalnya adalah iman ummat skang
sekiranya sume yakin bahawa senjata x bg kemudaratan(perang bada) maka sume ummat akan bangun dan maju..
diri nih pon kne byk dibaiki..
Salam tuan,
kita kena buat keputusan bahawa kerja nabi adalah kerja kita...usaha sungguh2 dan banyakkan nangis di malam hari...
semoga Allah kekalkan kita dalam usaha Nabi hingga kita tiada lagi dan diwarisi zuriat kita...kerehatan yang paling bagus adalah di alam barzah dengan bawak iman dan amal yang sempurna pada Allah.tq
jemaaah syura Malaysia ada di sini,dengar bayan Abdullah Chong (jemaah tashkil malaysia0 cerita kebesaran Allah dgn mengaitkan dgn isu semasa,memang menyentuh hati sy....
sungguh mutawatir, hasan lagi sahih komen tuan2. T kasih byk2 krn sudi komen
saudara ziarah, apa tujuan tuan memuji para pengkomen?
dah, hentikan blog ini
salam scuba,
maksud memuji mereka sekadar taraf sesama makhluk sj mmg wajar sbb mereka yg komen mmg kebanyakkannya pengomen regular di blog ni. Sepanjang mrk komen dari dulu, mmg semua bagus2. Sbb itu wajar mrk dihargai.
Adapun, mengenai komen terbaru menggunakan perkataan mutawatir, hasan, sohih adalah sekadar mengunakan ertinya dari segi bahasa saja, bukan kepada hadis atau apa2.
Dari segi hadis mutawatir adalah hadis yg diriwayatkan oleh ramai perawi (lebih dari 10 orang) dlm setiap generasi sehingga kebenaran hadis itu tidak boleh diragui lagi.
Dlm komen pd posting ni, yg saya maksudkan sahih ialah komen ismadiyusuf dan Yard; yg saya maksudkan hasan (baik) ialah komen ibnu dinar dan abufirdaus; yg saya maksudkan mutawatir ialah komen Anak pendang yg memberitahu mengenai bayan Abdullah Chong, kerana perkhabaran mengenai bayan Abdullah Chong telah sampai diriwayatkan kepada saya oleh beberapa orang karkun rakan seusaha lain hingga tidak dapat lagi diragui, malah saya sendiri beberapa kali pernah mendengar bayan Abdullah Chong dan yang terbaru di markas negeri saya tinggal.
Mengenai hentikan blog, terima kasih diucapkan kerana memang saya ada azam untuk berhenti blogging secepat mungkin, lagi cepat lagi baik, tapi buat masa sekarang ni disebabkan kelemahan saya, maka masih tak dapat-dapat.
Semoga Allah merahmati tuan.
Post a Comment