Tuesday, June 29, 2010

Dunia tempat mempersiapkan bekalan akhirat

"Walaupun saya membaca al-Quran sudah bertahun-tahun dalam kubur tetapi tiada apa-apa manfaat."
Dalam ijtimak Zon Selatan baru-baru ini, Bai Khaled antaranya (lebih kurang) menceritakan kisah seorang alim yang amalannya ialah apabila melalui tanah perkuburan dia mesti singgah lalu membaca al-Quran dan menghadiahkan pahala kepada penghuni kubur di tanah perkuburan itu.
Setiap kali singgah di tanah perkuburan maka dia akan meluangkan masa membaca al-Quran lalu mensedekahkan pahala itu kepada penghuni kubur.
Suatu ketika, dalam satu perjalanan, dia menemui satu perkuburan lalu beliau pun hendak melakukan amalan biasanya iaitu membaca al-Quran di kubur untuk disedekahkan kepada penghuni kubur.
Apabila dia menghampiri tanah perkuburan, tiba-tiba kedengaran suara orang membaca al-Quran. Maka beliau pun berasa gembira kerana ada juga orang lain yang membuat amal sepertinya.
Lalu dicarinya siapakah pembaca al-Quran itu tetapi tidak dijumpai sesiapa.
Dia mengikuti arah dari mana suara bacaan itu lalu didapati suara itu datang dari dalam salah satu kubur di tanah perkuburan itu.
Dia berasa hairan tetapi dia meneruskan perjalanan meninggalkan tanah perkuburan itu selepas dia mensedekahkan pahala bacaan al-Quran seperti biasa.
Pada malam harinya, dia berminpi didatangi oleh seorang lelaki yang mengucapkan terima kasih.
Maka orang alim ini bertanya kepada lelaki itu siapakah kamu?
Lelaki itu berkata bahawa dia adalah salah seorang penghuni kubur di tanah perkuburan yang siang tadi disinggahi oleh orang alim itu. Lelaki itu berkata, suara dia lah yang kedengaran dari dalam kubur itu membaca al-Quran.
Lalu lelaki itu memberitahu, dia datang sebagai wakil daripada semua penghuni kubur untuk menyampaikan ucapan terima kasih kerana mesedekahkan pahala kepada penghuni kubur sejak dahulu.
Lelaki itu berkata, asbab sedekah orang alim itu, ada penghuni kubur yang sedang diseksa dapat diringankan azab, ada penghuni diselamatkan daripada seksaan kerana sedekah itu, ada penghuni yang perlukan sedikit sahaja lagi pahala tetapi masih diazab maka dengan sedekah itu penghuni itu diangkat azab kubur dan sebagainya.
Jadi, lelaki itu mewakili seluruh penghuni kubur mengucapkan terima kasih kepada orang alim itu atas sedekahnya.
Orang alim itu bertanya, bagaimana pula lelaki itu boleh membaca al-Quran dalam kubur?
Lelaki itu menjawab bahawa semasa hayatnya dia amat suka membaca al-Quran dan dia pernah berdoa kepada Allah agar membenarkannya membaca al-Quran di dalam kubur jika Allah membenarkan seseorang membaca al-Quran dalam kubur.
Maka lelaki itu memberitahu bahawa doanya itu telah dimakbulkan dan dia telah membaca al-Quran bertahun-tahun lamanya.
Tetapi katanya, walaupun dia telah membaca al-Quran dalam tempoh lama itu, tiada ada apa-apa pun manfaat kerana dia telah meninggal dunia dan berada di alam kubur.
"Walaupun saya membaca al-Quran sudah bertahun-tahun dalam kubur tetapi tiada apa-apa manfaat," kata lelaki itu.
Sebaliknya, katanya, orang yang masih hidup jika dia membaca walaupun sepotong ayat al-Quran maka dia akan mendapat pahala dan ganjaran yang besar dan akan memberi manfaat yang besar apabila dia meninggal dunia.
Demikian lah serba sedikit kisah yang diceritakan oleh Bai Khaled untuk memberitahu kesimpulannya kehidupan di dunia ini amat penting untuk diusahakan iman dan amal.
Di dunia ini lah kita perlu membuat sebanyak-banyak amal sebagai bekalan hari akhirat kerana apabila sudah masuk dalam kubur tiada lagi peluang itu dan jika diberi peluang pun dalam kubur kata sudah tiada apa-apa manfaat lagi.
Bahkan ada yang meminta untuk dikembalikan ke dunia untuk membuat amal maka tidak akan berpeluang lagi.
Seorang yang mengucapkan satu subhanallah dengan ikhlas di dunia maka di akhirat 'TELAH' dibina untuknya satu pohon di syurga yang mana pohon itu amat besar hinggakan seekor kuda yang paling pantas berlari pun mengambil masa lebih 500 tahun untuk mengellilingi pohon itu.
Maknanya, di dunia ini bukan isi dunia itu dari segi harta benda itu yang bernilai tetapi amal soleh seseorang itu yang bernilai. Di situ la dunia itu penting.
Nabi Sulaiman a.s diberikan kerajaan paling besar yang tidak pernah diberikan kepada seseorang sebelum dan selepasnya hingga mengawal manusia, jin dan haiwan.
Tetapi apabila ada seseorang mengucapkan subhanallah apabila ternampak kerajaannya lalu Nabi Sulaiman berkata, seluruh kerajaan Sulaiman akan musnah satu hari nanti tetapi satu subhanallah yang kamu ucapkan akan kekal sehingga hari akhirat.
(Tamat salah satu daripada banyak2 isi bayan Bai Khaled)

Nilai dunia tidak lebih seperti sebelah kepak nyamuk, kekuatan dunia tak lebih dari sarang labah-labah. Dan kampung akhirat jua la yang kekal selama-lamanya.
Dan tempat untuk usahakan amalan ada di dunia ini. Dunia amat penting!
Iaitu amal soleh yang dilakukan di dunia amat penting, maknanya modal masa usia kita yang 60-70 tahun ini amat penting dan kritikal.
Jangan lah kita hidup di dunia ini untuk menderita di akhirat, jangan kita mengejar dunia hingga melupakan akhirat, jangan lah kita mencari keuntungan dunia hingga kerugian besar di akhirat, jangan kita kaya di dunia tapi muflis di akhirat. Harta benda kita perlu dihantar ke akhirat secepat mungkin dengan cara kita gunakan ia di jalan Allah dan untuk kebajikan dan kebaikan. Siapa sedia?


 Sapa nak bayan sila naik stage...

Quotation ijtimak:

"Empat mazhab berdiri atas haq, maka jangan disentuh soal khilafiyah" - kata Maulana Shawkat (diterjemahkan oleh Maulana Abdul Hamid) pada ijtimak Zon Selatan baru-baru ini.

7 comments:

musa said...

asmkum kehidupan dunia ini memanglah berharga sehingga membuang benda bahaya ditengah jalan pun termasuk iman,zikir, istiqfar dan baca Quran juga sedeqah, senyum pun sedeqah, cakap kebaikan pun sedeqah dan bersetubuh dengan isteri pun dikira sedeqah, subhanallah apa sahaja kebaikan yg kita lakukan dikira sedeqah dan diberi ganjaran oleh Allah, oleh itu marilah kita memperbanyakkan amal kebaikan dalam hidup kita, jika kebaikan ini pula dilakukan ketika kita berjihad di jalan allah maka ganjarannya dilipat gandakan 700 ribu kali ganda wallahuaklam

ismadiyusuf said...

kadang-kadang kita terkesan dengan kehebatan dunia ni....

zarch said...

Jazakallah kerana menyampaikan pesanan berharga ini. Sebagaimana yang dikatakan bahawa dunia ini sebenarnya adalah padang buat kita bercucuk-tanam untuk mendapat hasilnya diakhirat.

Ziarah76 said...

Tn Hj Musa,
Sahih tuan, ada masa dan tempat yg digandakan pahala amalan. Contohnya, bila masuk Ramadan, pahala fardu digandakan 70 kali, yg sunat diberi pahala fardu.
tu dari segi masa dan sebagainya. Dari segi tempat misalnya pahala berganda beribadat di masjidil haram, masjid nabawi dan masjidil aqsa, TETAPI berada di jalan Allah digandakan lebih lagi hingga bilghairi hisab, tak terkira banyaknya. Semoga Allah pilih sy yg baru belajar ni.

ismadiyusuf,
Allah memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakiNya, maka dgn taufik dan hidayat itu lah kita dapat mengamalkan kebaikan.
makhluk tiada daya dan upaya

zarzh,
Mudah-mudahan Allah terima amalan kita dan amalan tu tidak dicampakkan ke muka kita seperti kain buruk. Dan masukkan kita ke dlm syurga dgn rahmat-Nya.

misbah said...

masyaallah tuan,masih ingat lagi mase bayan lepas zuhur ekk..

ibnu dinar said...

benar tuan.. sesungguhnya manusia ini sentiasa dalam kerugian... amalan kita pon kita tak tau sama ada membina akhirat atau pon meruntuhkan akhirat kita... semoga Allah tunjukkan jalan yang benar..

Ziarah76 said...

misbah,
lepas zuhur, perut berkeroncong hehe

ibnu dinar,
iman itu antara takut dan harap... kepada Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails