Thursday, June 10, 2010

Bersantai di Morib


Siapa tak pernah dengar nama Pantai Morib? Pantai ini memang terkenal suatu masa dulu, tapi sejak kebelakangan ini Morib semakin suram dan kian hilang popularitinya.
Begitupun, ia tetap menjadi kunjungan orang luar walaupun dalam kuantiti kecil dan terus menjadi tumpuan penduduk tempatan dari zaman berzaman khususnya penduduk Banting - kawasan terletak di daerah Kuala Langat Selangor.
Sejak zaman bujang hingga sekarang dah ada 3 anak, Morib memang jadi tempat bersantai khususnya pada musim cuti balik kampung.
Morib terbahagi kepada 2 bahagian; satu pantai berpasir yang boleh mandi dan satu lagi tempat untuk bersiar-siar saje.
Minggu lepas, berkesempatan bawak anak-anak bersiar-siar, rupa-rupanya Morib dan sekitar sekarang tengah giat dibangunkan. Ramai sungguh orang... mungkin sebab sekarang cuti sekolah.
Kata seorang Jurukur Bahan, kadar progressnya dah mencecah 70 peratus. Kalau dah siap nanti tentu lah makin meriah pantai Morib ini. Nampak progress work berjalan lancar, tapi bila nak siap, wallahu alam bissawab...

Farhah dan Naufal lawan memanjat di taman permainan yang sedang disiapkan di sekitar Morib...



Sumaiyah menunjukkan skill mendaki jaring labah-labah...

See more, click read more...



Budak-budak ni tak lepaskan peluang...



Sumaiyah memberi posing istimewa


Gerai yang sedang dibina



kawasan gerai-gerai lama   


beger masih murah di sini


Sotong bakar, sotong kering..   


Sedang dibina...



Koridor pejalan kaki yg selesa dan selamat... dulu masa bujang, kat tepi ni buat unggun api



Lepak-lepak sambil nikmati angin sepoi-sepoi...



Tunjuk ketam...


Tengok laut...





Udah nak senja... hampir nak masuk maghrib dah..


Masjid dekat je...



Monyet2 merenung nasibnya sebab byk kawasan teritory dah hilang sebab kena bangunkan 



Kawasan yg masih rimbun dgn pokok maka di sini ler monyet-monyet tu pergi...

Memang best jenjalan kat sini, Jom ke Morib !!!

2 comments:

zarzh said...

Terima-kasih info pasal pantai Morib ni, insyaalah, saya pun ada niat juga nak bawa anak-anak kesana.

ziarah76 said...

zarzh,
insya-Allah, kalau datang nanti mungkin mcm2 kemudahan menarik dah siap kot, insya-Allah.

Related Posts with Thumbnails