Friday, October 30, 2009

Sanggup tidur dlm hutan?


Zaman sekarang ni, korang nak tak berbulan2 tidur dalam hutan belukar? Tapi kalau bangla rasanya no hal, gitu lah yang terpaksa dilalui oleh sorang mat bangla kat sini.
Namanya pendeknya SI (bukan nama sebenar) dan memang pendek orangnya, berkulit gelap macam typical bangladeshi, misai tebal tapi kontot sikit, gigi putih macam gambar ubat gigi darlie, takde janggut, umur 40-an, selalu pakai kemeja kolar lusuh dan wajah sentiasa dlm ketakutan.
"Problemmm...." itu perkataan pertama yang keluar dari mulutnya bila ditanya kenapa tidur hutan, masa mula2 jumpa (awal2 tahun dulu).
Dia tak fasih cakap melayu tapi boleh lah cerita sikit2. Katanya, dia nekad tidur dlm belukar sebagai langkah berwaspada untuk lari drpd serbuan pihak berkuasa. Kalau rumah kongsi kena serbu, dia dah selamat di hutan. Jadi bila siang dia kerja di tapak bina dan bila matahari mula terbenam dia pun menyusup masuk ke dalam hutan belukar sebab takde permit kerja. Kulitnya yang gelap memberi kelebihan dlm gelap belukar tu.
Kawan2 di rumah kongsi ada permit, tak boleh buat apa-apa kat dia walaupun kesian.

SI sebenarnya dah kena tipu, 2 kali. Sekali ditipu agen pekerjaan di bangladesh yang menawarkan kerja gaji lumayan bila sampai Msia tapi indah khabar dari rupa sbb sebenarnya dia 'diseludup' secara haram, dan bila dah sampai Msia kena tipu kali kedua oleh agen pekerjaan di Msia yang sepatutnya uruskan permit dan sbagainya, duit lesap tapi habuk pun takdak. Sudahnya jadi PATI (pendatang asing tanpa izin).
Di Bangladesh dia sanggup bergolok bergadai, berhutang untuk datang ke Msia habis banyak duit.
Tapi... dengan berkat fikir tuan2, satu hari jemaah dapat jumpa dia dan tashkil keluar 3 hari. Selepas ikram beberapa kali dengar masalah dia dan bawa pergi minum, dia stuju nak keluar! Sebab kat bangladesh, dia dah tahu sgt pasal jemaah jadi tak perlu nak intro lagi.
Dakwanya, dia pernah ke Tongi Ijtimak tapi tak pernah keluar 3 hari. Bangla kata 3 hari ialah 'tin din'.
Jemaah kata semua masalah dia boleh selesai bila kita doa sungguh2 kpd Allah. Allah yang selesaikan masalah. Tak tau lah tahap mana faham dia tapi dia nak keluar 3 hari.
Bila dah sampai masa nak keluar, tarikh ditetapkan, kami bayan hidayat pukul 10 malam (khamis mlm jumaat). Tapi batang hidung dia tak muncul2, sblm ni dia janji nak dtg surau, jadi kena usuli, ammik dia, sudahnya jemaah ammik dia kat hutan belukar!. Dia muncul... giginya putih tersenyum dlm mlm gelap.
Keluar hari Jumaat, Sabtu Ahad. Jumaat dia kerja kena ikram hantar balik, Sabtu petang dia datang lagi dan Ahad fullday.
Alhamdulillah, biasanya ada jugak beberapa bangla lagi ikut keluar sekali dan diorang baca taklim bangla. Orang Melayu baca taklim Melayu. Kalau diorang khidmat taam, makan nasi penuh kunyit la kami nampaknya,perut yg tak tahan ikram aje la atau pergi khususi warong lepas tu.
Begitu lah.. sebulan demi sebulan, keluar 3 hari... pastu tangguh, lagi dan lagi. Walaupun ada jugak yang SI missed tak keluar (daftar hari lagi banyak), tapi alhamdulillah sedikit demi sedikit keyakinannya kepada kekuasaan Allah bertambah, imannya meningkat dan amalan-amalan agama bertambah.
"Problem...doa Allah.. problem doa.." katanya faham kalau ada masalah, solat, doa minta kepada Allah, pastu baru ikhtiar sungguh2, tawakal.
Dan lepas beberapa kali keluar, akhirnya dia dah tak mahu duduk dalam hutan. Dia jadi berani duduk dlm rumah kongsi.
Sebab katanya, dia dah tak takut sapa2 melainkan Allah. Katanya, kalau nak kena tangkap hantar balik bangla pun takpe. Wajahnya berbeza berbanding dulu, sekarang ceria, sakinah. Walaupun masih belum ada janggut tapi gigi putihnya tetap menyilaukan mata memandang, bau badan tak macam dulu sbb skrang dah bau minyak atar.
Tapi of course dia tahu jadi PATI salah di sisi undang2. Jadi dia berusaha jugak dapatkan permit.
Lagi pun kesedaran dia makin tinggi sbb usaha dakwah memang tekankan agar umat Islam hidup mengikut undang-undang dan peraturan, karkun jgn buat masalah, jgn bergaduh, kena tunjuk akhlak baik...etc, maka bertambah kuat lah usahanya utk mendapatkan permit yg sah.
Akhirnya, berkat doa dia yg sungguh2, Allah bukakan jalan dgn asbab ada member karkun bangla yang cuba bantu sbb kenal ejen yg betul dan akhirnya berkat kumpul2 duit dan pinjam2 sana sini, proses itu ini, baru-baru ini dia dah ada permit kerja!
Jadi lah dia pekerja asing sah, bebas ke sana sini.
Allah selesaikan masalah manusia.
Tapi sekarang ni dah payah pulak nak jumpa dia. Ada jumpa sekali hari tu, dia rush nak balik katanya sebab malam tu giliran dia kena masak kat rumah kongsi. Tashkil solat jemaah kat surau dia tak sedia, sebab katanya, sekarang dia dan empat, lima orang kawan solat jemaah kat rumah kongsi je.
Tashkil 3 hari pun tak sedia nak keluar sbb katanya hari2 kerja, sabtu ahad pun kerja.
Hidayat...kena usaha lagi

6 comments:

Dr. Bentara said...

iman naik turun... tu lumrah le... banyak doa...

Ziarah76 said...

betul la, iman turun naik...akhir zaman iman keluar masuk. tu yg takut tu

Umma-ali said...

Suami saya pun giat usaha kat bangla2 kat sini...sume kerja ladang k.sawit...baik dr org melayu kita sbb depa2 ni suka pada agama dan mizaj/attitude depa kpd agama tak sama mcm org kita..cuma depa ni kurang cuti.Tp alhamdulillah depa dah dtg solat jumaat kat kampung kami...

Syamsulfaiz said...

Rajin betul jemaah karkun ni. Kagum aku.

Ziarah76 said...

long,
blaja2 jadi rajin je..

Anonymous said...

Just questioning if eBay enables you to market [url=http://www.ticketchoice.com.au]concert tickets[/url] on the web? Do you know if you will find any restrictions based on what country you are in?

My parents have just referred to as me and asked if i could "get rid" of their two tickets to a concert as they wont have the ability to make it because of yet another family event.

Besides asking pals etc, i thought ebay would be a good location to sell them.

But whats ebay's policy on promoting tickets? Ive heard alot about it within the news but ive forgotten what happened.

and if it matters, the concert is inside this coming month

Thanks in advance for the advice.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails