Tuesday, October 27, 2009

7 golongan contoh

Apa? Ahli muzik? Begitu lah kata-kata ibu mertua kepada kassim selamat dlm filem ibu mertuaku. Dialog yg sering kita ingat walaupun itu sekadar cerita je. Tapi itu lah mungkin pandangan orang terhadap sekelompok golongan manusia, namun hakikat yang sebenarnya tidak boleh lah kita memandang rendah kepada mana-mana orang, lebih2 lagi saudara seIslam kita.
Harus lah kita bersangka baik dan jangan pula menghukum kedudukan saudara kita sewenang-wenangnya.
Lebih-lebih lagi kerana saudara seIslam kita telah diberikan nikmat yang paling besar iaitu iman dan Islam. Bagaimana kedudukan seseorang itu di sisi Allah, Allah Maha Mengetahui.
Manusia itu terbahagi kepada 4 jenis kesudahannya:
1-Hidup sebagai org beriman dan meninggal dunia dalam keadaan beriman.
2-Dilahirkan dan hidup dlm keluarga tak beriman tetapi akhirnya meninggalkan dunia dalam keadaan beriman.
3-Dilahirkan dan hidup dlm keluarga beriman, jadi orang Islam tapi akhirnya meninggal dunia dlm keadaan tak beriman, tak Islam. Nauzubillah.
4-Hidup dlm tak beriman dan mati dlm keadaan tak beriman juga.

Berapa banyak kisah bani Israel terdahulu yang kita pernah dengar, seorang alim yg menghabiskan seluruh masanya dlm beribadat tiba-tiba mati dlm keadaan kufur. Tak kurang juga kisah mengenai bani Israel yang seluruh masanya dalam maksiat tetapi mati dlm keadaan beriman dan soleh setelah diberikan taufik dan hidayat oleh Allah.
Begitupun, kita yang penuh dosa, hina dina ini, perlu lah sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri, bertaubat dan memperbanyakkan amal soleh, meningkatkan ketaqwaan walau siapa pun kita.
Untuk itu, kekuatan iman lah yang akan mendorong kita ke arah usaha tersebut dengan cara kita menggunakan seluruh diri, masa dan harta kita untuk mengikuti jejak langkah nabiyin, siddiqin, syuhadak wa solehin.
Seperti yg kita tahu ada 7 golongan contoh bagi manusia yang mendapat naungan Allah sebagaimana hadis di bawah:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Semoga Allah berikan taufik dan hidayat kepada kita, anak isteri kita, jiran tetangga, seluruh umat seluruh alam.

Waallahualam.

4 comments:

Unknown said...

salam....bila nak terbit hadith mengenai 7 golongan yg akan berada dibawah naungan arasy Allah di Padang Mashsyar...

Ziarah76 said...

anak pendang,
Nak terbit hadith kat mana?
kat bawah tu dah publish la tu

ummu said...

Salam,
taufik hidayah tu mahal kan harganya.Nak dapat payah,nak pertahankan lagi sukar...

Ziarah76 said...

ummu masyita,
betul, setiap hari kita mohon hidayah dlm solat melalui surah al-Fatihah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails