Percakapan memainkan peranan penting dalam kehidupan dan jika tersalah cakap maka amat berat padahnya. Sebab itu agaknya, ada peribahasa yang berbunyi 'terajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.'
Lebih penting lagi teramat mustahak, kerana percakapan yang betul boleh meningkatkan iman manakala percakapan yang salah boleh merosakkan iman seseorang.
Seperti yang kita sedia maklum, iman dikhuatiri boleh terhakis atau tergelincir apabila - 1) kepercayaan atau keyakinan di hati; 2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah; 3) perbuatan - bercanggah dengan rukun-rukun iman.
Entry ini hanya menyentuh soal nombor 2 itu. Iaitu dalam hal perkataan atau percakapan, apa yang diucapkan - lebih2 lagi diucap berulang kali - ia boleh memberi kesan kepada hati manakala apa-apa yang ada dalam hati boleh dikeluarkan dengan percakapan atau dizahirkan dengan perbuatan.
Tidak akan betul iman seseorang melainkan hatinya betul dan tidak akan betul hati seseorang melainkan percakapannya betul.
Sebab itu, iman dan hati sering dikaitkan, dan kedua-duanya juga mempengaruhi perbuatan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Bukhari dan Muslim).
Hati yang rosak, merosakkan anggota badan. Dalam hati ada iman. Iman rosak maka hati rosak, hati rosak seluruh badan rosak.
Sebab itu, usaha untuk membetulkan atau meningkatkan iman tidak boleh tidak, termasuk sekali pakej menjadikan percakapan betul, yang akhirnya membuahkan perbuatan yang soleh.
Justeru, apa yang kita cakapkan amat mustahak dan ia juga boleh mempengaruhi persekitaran sama ada kawan-kawan, keluarga dan sebagainya. Misalnya, kata-kata atau arahan seorang raja, pemimpin kerajaan melalui perubahan dasar... etc.. boleh menjadi asbab kehidupan rakyat berubah.
Namun, menjaga percakapan adalah penting untuk diberi perhatian oleh semua orang Islam, bukan untuk golongan tertentu sahaja.
Selain memastikan agar iman tidak rosak, menjaga percakapan juga mencerminkan akhlak tinggi seseorang.
Sungguhpun begitu, secara sedar atau tidak, dalam kehidupan sehari-hari kadang kala kita terserempak juga ada orang yang memperkatakan percakapan-percakapan yang merbahaya dan dikhuatiri boleh merosakkan iman, nauzubillah.
.
Contohnya:
.
1) "Nasib baik engko datang, kalau tidak mati lah aku."
Yang betul: Hidup atau mati hanya ditentukan oleh Allah, bukan kerana seseorang datang atau tidak, sepatutnya boleh lah dikatakan begini, contohnya: Alhamdulillah, Allah hantar engko datang untuk permudahkan urusan aku.
.
2) "Kalau tak kerja, nak makan apa?"
Yang betul: bukan kerja yang beri makan, tapi Allah yang beri makan dan rezeki. Ramai orang yg tak kerja tapi makan jugak, ada jugak yg kerja bagai nak gila tapi tak cukup makan jugak. Patutnya boleh lah katakan begini:"Kita kerja sungguh2 tapi Allah yang beri makan kepada hamba-Nya, rezeki Allah yang tentukan."
.
3) "Bank ****** kan ada, minta tolong lah pada bank ******."
Bank tak boleh buat apa2. Sepatutnya katakan: "Ingat lah pada Allah, minta lah tolong pada Allah."
.
4) "Undang-undang syariah Islam zalim"
Jangan lah sekali-kali cakap begini... tapi dah ada orang Islam yang tergamak cakap macam ni, nauzubillah.
.
5) "Simpan janggut selekeh"
Jangan lah cakap begini jugak, kan janggut tu sunnah Nabi SAW. Tetapi apa yang mungkin boleh dikatakan ialah ada orang sekarang yang menyimpan janggut tetapi tidak menjaganya dengan kemas atau bersih. Jadi, bukan masalah berjanggut tapi soal menyelenggarakannya yg perlu disentuh yang mana janggut Nabi SAW amat kemas dan bersih. Boleh lah tanya alim ulama bagaimana rupa paras janggut Nabi SAW.
.
Dan sebagainya...., ada banyak lagi kata-kata yang kita biasa dengar dan saudara saudari boleh check sendiri supaya kita berhati-hati dan dapat elakkan percakapan2 yang merbahaya itu. Semoga Allah pelihara kita.
Sebelum perbincangan ini ditutup, perlu ditanya, maka percakapan apakah yang paling betul? Percakapan yang paling betul ialah memperkatakan mengenai mafhum kalimah Lailahaillah yakni memperkatakan kebesaran Allah. Dengan memperkatakan kebesaran Allah lagi dan lagi maka keimanan akan meningkat, keyakinan kepada Allah akan bertambah, amalan soleh mengikut sunnah Nabi SAW mudah dilakukan. Perkataan yang terbaik ialah kata-kata mendakwahkan kalimah, cakap-cakap mendakwahkan manusia kepada Allah.
Wallahualam.
Friday, October 16, 2009
Cakap biar betul...
Labels:
tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment