Sisters In Islam (SIS) buat hal lagi. Kali ni dgn tak bertanggungjawab menyifatkan undang-undang syariah iaitu hukuman sebat bagi orang Islam minum arak sebagai zalim.
Dakwaan yg tak sepatutnya dikeluarkan dari mulut orang Islam itu menjadikan masyarakat Islam bertambah meluat terhadap persatuan yg menunaikan agenda barat dlm hal berkaitan hak wanita Islam di negara ini.
Lebih mengesahkan kedangkalannya, SIS sanggup bersekongkol pula dengan Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG) - NGO yang dipertikaikan penubuhannya dan apatah lagi diragui kefahamannya mengenai Islam dgn sebahagiannya dipimpin bukan Islam. Mereka bersekongkol mahu melanyak undang-undang Islam iaitu mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang Islam di negeri2.
Dari dulu SIS ini memang 'menyesakkan' fikiran umat Islam dgn tafsiran yang diragui mengenai isu-isu semasa berkaitan Islam.
Byk org bercerita pasal SIS maka di sini tak perlu dibincangkan asal usulnya kerana akan membazirkan masa shj. Secara konsensus ramai sepakat mengakui fahaman Islam SIS amat bermasalah hingga ada seorang ahli parlimen yang juga peguam syarie menyatakan SIS sebagai menyimpang seperti juga Ayah Pin dan sebagainya. (Baca The Star, 4 Okt. 09, page 4).
Saya rasa sudah sampai masanya SIS dibubarkan atau diharamkan sahaja, jika hala tujunya tak diubah. Bagaimanapun, pendapat saya, orang2 dlm SIS tu tidak lah patut dimaki hamun atau diapa2kan kecuali dibawa ke jalan yang benar.
Secara peribadi, saya pernah berkesempatan bercakap dgn sorang pemimpin tertinggi SIS, beberapa tahun dulu yang antara lainnya katanya: "Semua masalah di dunia ini adalah berpunca daripada lelaki."
-Hampeh betul...memang tak berasas!
3 comments:
For me Abg, SIS is one of the miscreant in today's society especially to those that belong that called themselves as the so-called Modern Muslim.
Should SIS be declare as HARAM? I would vote for it but i reckon it would irrevocably alter the tarnish comprehend in their mind which has been set for years of liberation idea.
DAMN U SIS!!!!!!!!!!
Haih, x habis2 SIS ni.
sebenarnya bermula pengumuman tentang kes sebat kartika...aku dah mula risau. bukan risaukan kartika, tapi risau pada imej islam. ya, ia bukan berkaitan hukuman ke atas peminum arak, ia berkaitan hukuman ke atas wanita.
bab-bab hukuman ni selalu mesti 'dirasmikan' dalam umum kepada mana-mana pesalahlaku lelaki, kemudian barulah wajar jika menghukum kartika yg melakukan kesalahan yg serupa. kenapa mesti lelaki dulu dlm hal-hal hukuman, manakala wanita kelihatan lebih wajar untuk didahulukan dalam kemudahan2 (privelege -'ladies first')? kan mcm tak adil tu?
sepertimana Allah berfirman yang Dia menciptakan laki-laki lebih dr wanita untuk ambil tanggungjawab memimpin wanita, jadi kerana situasi menerima hukuman adalah dlm kategori mengambil tanggungjawab..jadi lelaki yg patut meresmikannya, apatah lagi lelaki lebih kuat fizikalnya, jadi lebih sesuai dikaitkan dgn hukuman2 berbentuk fizikal seperti disebat ini.
kalau bantahan hukuman sebat terhadap kartika adalah bukan kerana kewanitaanya tapi kerana fikiran sekular yg merasa tidak adil sebat orang minum arak,
kenapa organisasi yang terlibat dlm pembantahan ini adalah organisasi khusus bertunjangkan kewanitaan dan bukan organisasi kepercayaan kemasyarakatan liberal secara umum?
Post a Comment