DALAM kehidupan kita, kadang kala sama ada disedari atau tidak, manusia boleh menjadi orang yang melampau dan terlampau. Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada perangai dan sikap seperti itu.
Ini boleh dilihat dalam pelbagai aspek, misalnya:
Contoh 1) Kalau kita sedang duduk minum, makan dan berborak bersama kawan-kawan tiba-tiba ada rakan sekerja datang kata: "Mat, bos panggil ngko kejap..." Maka yang akan terjadi ialah kita akan bingkas bangun serta merta. Air teh yang belum habis lagi minum, kita boleh tinggalkan begitu sahaja. Kerana kita tahu bahawa bos kita perlu ditemui segera dan suruhannya perlu ditunai segera tanpa banyak soal. Walaupun kita tengah seronok berborak bersama kawan2 di gerai atau kantin tetapi kita sanggup menghentikan kegembiraan itu lalu meninggalkan kesemuanya. Kerana kita faham ada perkara yang lebih penting.
Dengan cara itu, bermakna kita menjadi orang yang pandai meletakkan keutamaan dalam kehidupan.
TETAPI, sungguhpun begitu, cuba bayangkan kalau kita tengah seronok makan minum seperti tadi, tiba-tiba azan berkumandang mengajak kita bersolat berjemaah di masjid.
Maka adakah kita turut bersikap seperti tadi iaitu, bingkas bangun dan bergegas meninggalkan gerai itu atau apa-apa kerja lalu menuju ke rumah Allah kerana memahami seruan azan itu yang memanggil untuk bersolat dan perintah Allah adalah sesuatu yang mesti dipatuhi.
Adakah kita boleh berbuat demikian? Jika kita boleh berbuat demikian iaitu tidak dilalaikan perniagaan, kehidupan, makanan atau apa-apa perkara dunia sebaliknya mengutamakan perintah dan suruhan Allah pada ketika itu, maka kita sememangnya telah lulus dalam ujian pada waktu dan saat itu, dan menuju kejayaan. Kerana kita bersikap mengutamakan Allah lebih daripada yang lain.
Tetapi jika kita buat tak tahu, buat tak reti terhadap azan itu, maka kita telah melakukan sesuatu yang terlampau, double standard dan jahil. Cuba bandingkan situasi bila bos panggil kita boleh datang segera tetapi bila seruan untuk menunaikan perintah Allah, maka kita buat tak tahu. Sedangkan bos tu bukan apa sangat, makhluk je, Allah lah yang beri makan kepada bos itu. Maka jika ini terjadi, maka sungguh2 kita tak patut, tetapi ini yang banyak berlaku sekarang, di gerai-gerai atau merata tempat, orang buat tak reti je, bersidai dan terus gelak ketawa bila azan. Sungguh terlampau dan melampau...
Sepatutnya, yang terbaik ialah kita sendiri menunggu waktu solah di masjid dan membuat persiapan sebelum bersolat dengan sempurna bagi mendapatkan kesempurnaan solah dan kusyuk.
Tetapi apa yang berlaku, bila azan Zohor, kita sibuk nak lunch, azan Asar kita sibuk minum petang, bila azan Maghrib kita sibuk balik kerja mandi dan sebagainya, bila azan Isyak kita sibuk dinner, bila azan subuh kita tengah tidur mati.
Semua masa seolah-olah tak kena dengan kita, yang sebenarnya tak kena dengan nafsu.
Dalam soal masa, kalau kita hendak ambil peperiksaan mula pukul 8 pagi, kita boleh selesaikan segala (makan minum, tandas etc) urusan sebelum pukul 8 pagi sebab kita faham masuk dewan periksa tak boleh lewat dan dengan itu kita boleh jawab soalan dengan tenang dan lega. Jadi sepatutnya, jika iman kuat maka kita boleh selesaikan segala urusan kita tadi sebelum waktu solah supaya dapat solah berjemaah. Dan kalau tak sempat, urusan itu boleh ditangguhkan sebentar selepas selesai solah.
Contoh 2) Kita boleh baca surat khabar hari-hari sampai khatam dari muka depan hingga ke iklan saiz besar stem kat muka belakang pun kita baca. Pagi-pagi kalau tak dapat baca paper, hari kita macam ada yang tak kena.
TETAPI berapa banyak ayat, surah al-Quran kita baca setiap hari?. Malangnya apa yg banyak berlaku kalau tak baca pun, hati dan perasaan kita tak terasa apa-apa pun, macam biasa je. Malahan, kalau radio atau TV ada orang baca al-Quran pun kita tutup, alihkan channel dan lain2 perbuatan yang cukup terlampau. Sepatutnya, kita mulakan hari dgn bacaan al-Quran. Selepas solat tahajud, kita baca al-Quran, selepas solat subuh kita baca Quran walaupun beberapa potong ayat atau surah2 yang ringkas sebelum memulakan pekerjaan. Hati kita perlu sentiasa terpaut kepada al-Quran, kalau tak dapat baca dalam sehari kita kena sedih dan rasa kekurangan dalam diri, macam ada sesuatu yang tak kena hari ini. Kita perlu doa nangis2 kepada Allah supaya diberi taufik dapat membaca, diberi kelapangan membaca Quran walaupun sedikit. Kita kena tanya diri sendiri, apakah dosa saya hari ini sehingga saya tak dapat baca al-Quran hari ini? Kita perlu berdoa, minta ampun daripada Allah sungguh-sungguh.
Contoh 3) Kalau kita nak makan nasi, misalnya, kita tak mahu makan nasi kosong sahaja. Walaupun namanya makan nasi, tapi kita mesti nak makan dengan lauk yang variety supaya lebih sedap, lebih cantik, gitu. Mesti ada ulam sikit, sambal belacan ke, sayur dan kuah selain lauk utama ayam ke ikan ke hiasan, telur masin, ikan kering etc. Baru namanya makan, kan. Itu lah perkara biasa yang kita amalkan. Cuba bayangkan kita diberi nasi kosong sepinggan dan dikatakan itu sahaja la makanan tengah hari kita. Memang berkerut dahi kita! Silap2 mogok tak mahu makan.
TETAPI, kenapa kalau kita nak beribadat kita sekadar buat mana yang rukun, asas dan fardu sahaja tetapi tidak mencantikkannya lagi menerusi memperbanyakkan amalan2 sunat, mengamalkan sunnah dalam ibadat fardu dan ibadat sunat. Dalam solat misalnya, ramai yang hanya solat di rumah, sendiri-sendiri pun cukup, ammik yang mudah2 je. Padahal Nabi Muhammad s.a.w tak pernah pun bersolat fardu secara bersendirian (bagi wanita digalakkan bersolat di rumah). Pada masa yang sama kita selalu melaungkan kesempurnaan dalam aktiviti kerja dan kehidupan kita? Kenapa dalam bab amal ibadat kita ambik mudah je. Ini juga boleh dilihat dalam amalan-amalan lain yang kadang kala sudah terbiasa.
Contoh 4) Kita risau tentang keselamatan diri dan keluarga. Hingga pasang alarm beribu ringgit. Extra kunci keliling pinggang. Macam2 perkara dan langkah untuk meningkatkan tahap keselamatan. Walaupun ini semua bagus, TETAPI kenapa kita tidak pernah berkerut dahi dan risau tentang keselamatan diri dan keluarga di alam akhirat, kubur, masyar, sirat, mizan, syurga atau neraka. Sedangkan alam akhirat adalah selama-lamanya dan dunia yang dirisau2kan sangat itu hanya sekejap dan sementara.
Sepatutnya, keselamatan dan kebahagiaan akhirat perlu diberi tumpuan secukupnya dan bukan berpada dengan sedikit amalan tetapi berlebih2 dalam hal dunia.
Perlu difikirkan bekalan kita di akhirat nanti, kerana di sana kita amat memerlukan walaupun satu kebaikan.
Dalam perkara dunia kita faham, kalau orang nak ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru dengan bekalan RM10 seorang memang tak cukup, sebab perjalanan jauh brader!. Tapi cuba bayangkan, alam akhirat yang tidak bertepi selama-lamanya maka sudah tentu kita perlu mempersiapkan bekalan yang banyak. Maka ini perlu menjadi fikir risau saya bagaimana bekalan saya pada hari akhirat. Adakah amal ibadat saya diterima atau menjadi kain buruk yang dilemparkan ke muka kita. Atau berapa banyak koleksi kain buruk kita dah ada? Atau kita terus biarkan sahaja kita jadi orang yg melampau.
Contoh-contoh di atas sekadar contoh dan sebenarnya terlalu banyak perkara dalam kehidupan kita yang mungkin kita boleh fikir sendiri. Kita selalu katakan kita mahu mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat, tetapi prilaku kita pula banyak yang hanya mencari kebaikan di dunia tetapi meminggirkan akhirat. Adakah kita konsisten antara kata2 dgn tindakan kita? Ini yang kita risau.
Saya katakan ini adalah untuk peringatan diri saya sendiri. WaAllahu alam bissawab.
15 comments:
tazkirah yg cukup power...analogi yg mantap
tazkirah untuk diri saya sendiri dan untuk mereka yang mahu mengambil manfaat darinya.
Shah,
dapat dijadikan pengajaran yang berguna!
Soal nafsu dan bisikan syaitan, itu memanglah dua musuh utama kita. namun di sebalik itu, sikap dan pemikiran kita sudah dirosakkan oleh sistem ciptaan manusia yg bertujuan utk merosakkan manusia khususnya umat islam.
sistem ekonomi kapitalis,pendidikan sekular,politik demokrasi,smuanya itu telah berjaya melahirkan manusia yg kehidupan mereka terputus hubungan dgn Tuhan. bahkan britih mewujudkan jabatan agama dan melantik sultan utk menguruskan hal2 berkaitan islam (spt pengisytiharan puasa&raya) bertujuan utk mengHADkan bidang kuasa Islam sdgkan Islam itu meliputi segenap aspek kehidupan termasuk ibadah,ekonomi,pendidikan, politik,jinayah,perundangan,hiburan dll.
oleh yg demikian pertingkatkanlah iman kita,kerana kita sendirilah yg membuat keputusan utk bertindak ataupun membuat perubahan. kalau kita yg incharge meeting, knpa kita tetapkan waktu pukul 2 sampai pukul 6 hingga anak buah terkejar2 utk selesaikan solat zohor dan asar? kalau yg kena buat presentation barangkali x sempat nak solat. silap gaya, jama sekali dgn magrib&isyak! itulah sikap umat islam di akhir zaman. wal'iyazubillah..
sedih dengan diri saya yang lemah dan hina ini.
Ya Allah!ampunkanlah segala dosa2 kami semua dan bantulah kami membina iman kami di zaman fasha dan mungkar ini.Sesungguhnya kami mengharapkan keredhaan-Mu Ya Allah...
:(
Okay, astaghfirullah.
Im one of those kind of people.
Sigh greatly*
Kimi,
berguna kpd yg mahu ambil pengajarannya.
Alif Lam,
Allah telah sempurna agama kita dan Dia redha Islam sebagai agama. Tetapi umat Islam yg tak amalkan agama dgn sempurna mengikut cara baginda Nabi Muhammad s.a.w., contoh ikutan kita.
Masdo,
Ya Allah ampunkan lah dosa saya yang banyak ini.
Atie,
Saya kena byk istighfar.
I'm in LOVE lah....
iman saya masih lemah...masih banyak perlu diusahakan...terima kasih kerana mengingatkan...
Munir,
I love Islam
Van qif,
terima kasih kembali
salam 'alaik
tazkirah yang terkesan...
teringat ex-roomate dlu...
hargai sgt tazkirah ini...
salam 'alaik
tazkirah yang terkesan...
teringat ex-roomate dlu...
hargai sgt tazkirah ini...
Dzulagil,
terima kasih, saya amat hargai komen ada.
Dzulagil,
terima kasih, saya amat hargai komen anda.
I'm in LOVE with this blogger.
May his HISTORY be written in golden letters.
Post a Comment