Tuesday, April 28, 2009

Penyakit-penyakit manusia

HARI ini, kalau kita terserempak dengan orang memakai tutup mulut seperti gambar kanan, di tempat awam di Malaysia maka sudah pasti ia boleh menyebabkan panik. Sebab, ia bukan lagi boleh dikaitkan dengan masalah jerebu.
Dan lebih panik bila mengetahui fakta bahawa lebih canggih manusia menemui atau mencipta ubat-ubatan dan menjalankan penyelidikan, rupa-rupanya lebih canggih lagi jenis penyakit datang hingga kepada yang pelik-pelik membawa maut seperti yang terbaru selsema khinzir.
Di Malaysia, ia belum lagi sampai dan mudah-mudahan ia dijauhkan oleh Allah. Tetapi ia menambahkan lagi senarai nama penyakit yang ditakuti di tanah air kerana buat masa ini, kes demam denggi dan chikungunya dilaporkan semakin meningkat serius di seluruh negara dan di sesetengah daerah, mereka yang demam diminta terus mendapatkan rawatan dan sampel darah serta merta diambil bagi tindakan lanjut.
-Semoga Allah pelihara kita semua.
Apapun, jika penyakit disedari dan manusia berusaha menjauhkannya sedaya upaya maka ia suatu yang bernasib baik kerana masih ada kesempatan untuk menjauhi bahaya.
Tetapi bagaimana pula, jika manusia berpenyakit tetapi tidak menyedarinya malah tidak berusaha mengubatinya.
Sesetengah manusia menganggap dirinya sihat sedangkan dia berpenyakit dan penyakit yang dihidapnya boleh menyebabkan kesengsaraan atau penderitaan bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat yang kekal abadi.
Itu lah penyakit kerosakan iman dalam diri. Untuk mengetahuinya, kita boleh check diri sendiri. Jika perintah Allah mudah ditunaikan dan larangan Allah mudah dijauhkan maka iman sihat. Tetapi kalau perintah Allah malas dilakukan bahkan dicuai-cuaikan manakala larangan Allah selalu atau gemar dilakukan maka terdapat tanda-tanda penyakit kerosakan iman.
Penyakit ini bukan sahaja boleh menyebabkan penghidapnya menderita di dunia, (e.g terjebak dengan pelbagai masalah di dunia) bahkan menyebabkan kesengsaraan dahsyat di akhirat.
Penyakit seperti selsema khinzir hanya sementara iaitu paling teruk pun, manusia itu akan mati maka berakhir lah kesengsaraannya. Tetapi jika seseorang gagal menjaga imannya maka disiksa dalam neraka selama-lamanya. Nauzubillah.
Jika kenderaan rosak maka tempat ia dibaiki adalah di bengkel, jika penyakit tubuh badan dialami, maka tempat untuk diubati ialah di klinik atau hospital dan sebagainya. Tetapi jika penyakit kerosakan iman dialami maka tempat untuk mengubatinya ialah di masjid yakni rumah Allah.
Kita tak nampak angin, tapi ia mempunyai tanda, misalnya bila pokok bergoyang. Iman juga tak nampak tetapi ia juga mempunyai tanda yakni sejauh mana seseorang mentaati perintah Allah mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Allah berfirman yang mafhumnya, sesungguhnya orang yang memakmurkan masjid-masjid yakni rumah-rumah Allah itu adalah orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
Maka orang yang hatinya terpaut dan memakmurkan masjid maka mereka mempunyai tanda orang beriman yang diiktiraf oleh Allah.
Mafhum hadis memberitahu, maka bersaksi lah bahawa orang yang berulang alik ke masjid itu beriman kepada Allah.
Kesimpulannya, ada dua situasi penyakit yang perlu kita elakkan iaitu penyakit zahir yakni tubuh badan kita dan kedua iaitu penyakit batin iaitu iman. Dan diantara keduanya, penyakit kerosakan iman adalah lebih penting untuk dirawat dan selalu diusahakan kerana ia berkaitan hal dunia dan akhirat. Dan penderitaan di dunia tiada apa-apa, sedangkan penderitaan dan azab akhirat teramat lah pedih.

8 comments:

Syamsulfaiz said...

Peringatan yang bagus. Mudahan aku dapat menfaati masjid2 yg berterabur disekeliling Dubai ni.

Ladyship Atie said...

demam khinzir pn ade?
hmm.
masyaAllah.

Munir Kangsari said...

nice analogi...

Ziarah76 said...

Along,
mudah-mudahan kita dapat memakmurkan masjid walau di mana berada.

atie,
masyaAllah.

Munir,
analogi yg biasa kita dengar, kot.

Norazlan Ahmad said...

setiap apa yang berlaku akan memberi manfaat kepada sesiapa yang berfikir.

Munir Kangsari said...

kalau bang yang tulis semuanya macam 1st time saya dengar

Ziarah76 said...

Norazlan,
benar, ada hikmah atas segala yg berlaku

Munir,
mmg gua punya tulisan

Unknown said...

slam...wah...minta doa pada semua org islam,doktor zainol amirsahad jemaah masturat markaz jitra kena gigit dengan lipan semasa sedng khuruj di sabah,so jemmaaah tu kena tangguh dan balik kedah balik,,dr sab skrg ada di hosptal alor setaq...info skrg di kwasan saya(pendang ada jemaaah borghuz arab yaman..) info jemaaah saya akan brgkat ke sabah pd 15/6/09 (jemaah student tau) minta di doakan semuanya...amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails