Sunday, May 1, 2011

Tuhan beri aku hidayah – Iwan

Selamat tinggal dangdut.... - Iwan


DI usia 45 tahun, Wan Syahman Wan Yunus, 50, diberikan hidayah untuk mengubah kehidupannya menjadi seorang insan yang taat kepada perintah dan suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA.
Kata insan seni yang lebih dikenali sebagai Iwan, segala kealpaan duniawi yang pernah melingkunginya selama berada di puncak kemasyhuran, dibuangnya secara perlahan-lahan.
Sekalipun diberi jolokan Raja Dangdut dan pernah memiliki kelab malam di Pulau Mutiara suatu ketika dahulu, Iwan mengakui dia tidak menyesal meninggalkan segalanya untuk menjalani satu kehidupan yang diredai dan dirahmati Allah SWT.
Iwan bersyukur asas agama yang ada dalam dirinya memudahkannya untuk lebih mendalami Islam yang syumul ini.
Kata Iwan, ketika usianya 11 tahun, dia telah khatam al-Quran di kampungnya, Asahan, Indonesia.
rakan seusaha
“Sudah tiba masanya saya bertukar arah dan membuat persiapan untuk ke depan, yang akhirnya kita semua akan ke situ juga (mati).
“Dalilnya perubahan yang saya alami dapat dilihat melalui pakaian yang saya pakai hari ini dan perubahan rohani pula, saya belajar dengan ustaz dan mengikut tabligh.
“Saya sedar bahawa Allah itu maha penyayang kerana dia memberi saya kesempatan untuk kembali ke jalan yang diredaiNYA,” katanya kepada S3.
Dua kali mengalami kegagalan dalam rumah tangga turut memberi Iwan kesedaran untuk muhasabah diri.
Jodoh kali ketiga bersama gadis sekampungnya, Evie Surriyanti, 25, dikurniakan seorang puteri, Wan Nur Symayyah yang kini berusia 15 bulan.
Iwan bersama ahlia dan anaknya
Pencarian ke jalan Allah, kata Iwan, bukan semata-mata untuk dirinya tetapi juga mencakupi seluruh umat Islam.
Justeru bersama kumpulan tablighnya, Iwan memberitahu, dalam sebulan, dia akan keluar selama tiga hari untuk berdakwah dari rumah ke rumah. (Semua ni copy paste dari sini. )

10 comments:

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Allah itu Hadi..

Ismi Ijmi said...

Alhamdulillah. sekarang ramai artis Allah beri hidayah asbab usaha nih.

ismadiyusuf said...

hidayah itu di tangan Allah swt...

Ziarah76 said...

Allah Maha Kuasa,
makhluk langsung tiada kuasa.

musa said...

Salam, sebab itulah semua insan mempunyai kebolehan dan peluang untuk berubah kepada kebaikan jadi setiap orang tidak boleh memandang buruk kpd insan lain

Dr. Bentara said...

marhalah mana beliau ini?

Ziarah76 said...

ben,
tak sure pulak. KL kot

ahLia shahril said...

cute nye anak die

fuad ansari said...

Benarlah bahawa hidup ini satu perjalanan..

Ada manusia bermula dengan baik tetapi tersungkur di akhirnya..
Ada manusia bermula dengan baik dan berjaya akhirnya..
Ada manusia bermula dengan buruk dan berterusan hingga akhirnya..
Ada juga manusia yang bermula buruk tetapi berjaya akhirnya..

Unknown said...

semoga Allah pilih Bob Lokman buat usha yang haq dengan usaha dan pergerakan yg haq..amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails