Saturday, May 14, 2011

Orang baru dlm hidup kami...

Tanggal 9 Mei lalu (Isnin) kira-kira pukul 3 pagi, kami sekeluarga bergegas ke Kedah Medical Centre (KMC) yang jaraknya lebih kurang lima minit perjalanan naik keta dari rumah kami.
Anak2 yg tengah syok tido terpaksa dikejutkan untuk sama-sama ke hospital sebab emak depa sudah mula rasa sakit hendak bersalin yang tahap makin kuat.
Bila diperiksa, maka isteri terpaksa ditahan dalam wad sebab mengikut rekod lampau, isteri bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan. Kalau ikut kalender, tarikh genap 9 bulan mengandung memang dah lepas tetapi jangkaan bersalin masih berbaki beberapa hari. Jadi doktor kata, waktu itu memang pada bila-bila masa boleh bersalin. Maka doktor tak mau ambik risiko benarkan balik rumah.
Jadi, saya dan 3 orang anak pula balik ke rumah lebih kurang pukul 4 pagi. Anak2 sambung tido, esok pagi yang dua orang nak kena sekolah.
Sebaik saja hantar depa pi sekolah, saya dan sumaiyah ke KMC semula dan didapati isteri sudah berada di bilik bersalin. Keadaan isteri ok, tapi sakit datang makin kerap on and off dan makin kuat. Bilik bersalin tak boleh budak masuk jadi sumaiyah terpaksa duduk luar sementara bapak dia temankan mak dia nak bersalin. Alhamdulillah, Allah hantar sorang member untuk jaga sumaiyah kat luar.
Saya berada di sisi kepala isteri, memegang tangannya dalam bilik bersalin. Di situ ada sorang doktor wanita dan dua nurses. Perkakas semua tersedia. Keadaan agak mendebarkan tapi tenang.
Sakit terus kuat....
Setelah beberapa ketika, sebagaimana telah ditakdirkan dan ditentukan oleh Allah S.W.T Yang Maha Kuasa, kira-kira pukul 1.30 tengah hari 05 Jamadil Akhir 1432 (9 Mei 2011), maka lahirlah anak kami yang keempat, baby lelaki seberat 3.25 kg, bersalin secara normal. Insya-Allah, daie yang akan menyambung kerja nubuwah, mudah-mudahan..
Alhamdulillah syukur, semua berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Gembira hingga tak terkata....

Sejurus selepas dilahirkan, Muhammad .... sudah diazan dan diiqamahkan dlm bilik bersalin itu juga.



Sudah berada di rumah....


Memandangkan ambik wad sebilik satu katil, maka kami sekeluarga bermalam di wad satu mlm. 


Mama baby kata, ini adalah hadiah sempena birthday abah baby  yg jatuh pd tanggal 12 Mei. Alhamdulillah, special sungguh 

24 comments:

ابن زين الرمباوي said...

Tahniah! Barakallah fi maulud jadid...

Marina Ali said...

Syukur dan tahniah buat Tuan sekeluarga,..aduhai babynya comel sungguh...nie yg xtahan nak buat baby jugak hehehe,sampaikan salam saya Marina Ali untuk isteri tuan ye.

Anak Pendang Sekeluarga said...

tahniah,ingat baru2 nie,sy nk kol abg ,nk bagi satu takaza...nanti kita sembang lagi bab nie..

Nadri @ Cool Daddy said...

syukur atas kehadiran insan baru bro...kwn pun lepas dpt anak yang ke-4 pada bulan Mar lepas..

Norsha said...

salam tuan sekeluarga,
tahniah di atas ahli keluarga yg baru, bertambah anak, bertambah rezeki insyaAllah...

FakirFikir said...

Alhamdulillah.

Ahliacikgukhairul said...

Alhamdulillah dan tahniah. Rezeki Allah. Kiranya boleh jadi hadiah besday tiap2 tahun la kalu gitu.. hehe

Muhammad Fahmi said...

Alhamdulillah! Tahniah tuan! ^______^

Peluncur Islam said...

tahniah tuan... rezeki Allah...

tumpang gembira ana sebagai orang bujang ...

Abang Ben said...

tahniah bro. Murah rezeki!

Ziarah76 said...

zin,
jazakumullah khairan kathira.

marina,
Semoga cepat2 dpt baby

fuad,
nanti sembang ler

nadri,
ooo... ahlamdulillah, tahniah juga utk awak dpt anak ke-4 jugak.

norsha,
terima kasih

fakirfikir,
syukur

Aliah CK,
tahun lain, hadiah pun lain. hehe


Fahmi,
terima kasih, senyum lebar nampak

peluncur Islam,
terima kasih, satu hari tamat le zaman bujang anta tu, insya-Allah

Ben,
terima kasih. hehe

ibnu dinar said...

tahniah tuan... semoga Allah swt merahmati tuan sekeluarga.

zarch said...

Tahniah Z76 sekeluarga. Masyaallah, seorang lagi DAIE telah dikeluarkan dijalan Allah...

azharjaafar said...

tahniah.. anak dah keluar.. bapak bila nak keluar?

Anna said...

tahniah...tumpang gembira ahlia anta dh selamat bersalin. jeles...jeles..agak2 bole ke ana nk kecek bby boy tu?? ingin sgt nk bby boy tp rsa mcm dh x nak bersalin dah..huhuhu

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum

Semoga Allah tambahkan keberkatan dalam keluarga ziarah76..

azizulhakimmusa said...
This comment has been removed by the author.
Penglipur Lara said...

Tahniah atas kelahiran seorang lagi daie.. Semoga Allah merahmati tuan sekeluarga

Ziarah76 said...

ibnu dinar,
aminn, t kasih

zarch,
t kasih, insya-Allah, aminn..

aj,
baru nak blaja keluar ikut nisab, belum ikut takaza. itu pun x dpt2 lg.

anna,
mana tau ada rezeki lagi nanti, seronok le si Najib, Addin pun ada geng.

ishak dan penglipur lara,
Amin... t kasih.

musa said...

ari tu p ziarah kat rumah,isteri saja dapat tengok babby, saya dapat tengok gambar saja,nama apa ank nya moga jadi dae macam sahabat

musa said...

saya pun baru dapat cucu baru yg keempat

MindaMalay said...

Tahniah....

abah said...

Tahniah! Syabas! Bertambah rezeki.

Ziarah76 said...

hj musa,
hari tu lupa nak tunjukkan baby, takpa mai lagi nanti, insya-Allah. Tahniah dapat cucu!

mindaMalay dan abah,
terima kasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails