Monday, February 1, 2010

Persepsi terhadap karkun

Jadi karkun ni kadang2 memang banyak tekanan oleh masyarakat. Padahal semua orang Islam karkun, tak sepatutnya timbul orang tertentu je karkun. Tapi realitinya, begitulah... dipanggil orang Tabligh, karkun...etc macam ahli kelab, persatuan, badan, organisasi etc pulak... padahal mana ada itu semua, kan. Ini usaha bukan kelab persatuan etc... ni kerja umat Nabi s.a.w. Semua orang umat Nabi s.a.w adalah pekerja agama, daie, karkun.
Nak diceritakan di sini, org yg dah kena cop sebagai karkun biasanya dipandang masyarakat nampak dia macam 'kain putih', very high expectation, seolah-olah tak boleh tersalah langsung. Padahal karkun orang biasa bukannya maksum dan banyak kekurangan, termasuk yang baru terjun dalam usaha membaiki iman amal sudah tentulah juga banyak kekurangan.
Aku masih ingat, seorang syura berkata, beliau pernah dipanggil oleh orang awam yang mahu melaporkan sesuatu yang tak kena dilakukan oleh karkun.
Syurah tu bertanya: "Apa dia?
Orang tu kata: "Anak-anak buah awak orang Tabligh tengah tengok siaran langsung bola kat siaran TV." (Tengok bola EPL kat restoran mamak, siaran langsung awal waktu pagi).
Syurah tu kata: "Laaa... apasal pulak tak boleh... biar le diorang tengok."
Orang tu kata: "Tak boleh...orang tabligh mana boleh tengok benda macam tu."
-------------
Kah kah kah kah... kadang2 memang kelakar dibuatnya dalam sesetengah hal. Apa nak buat, ni lah cabaran.
Baru-baru ni, aku attend meeting yg terpaksa aku terbang dgn Firefly ke KL. Aku jumpa bos yg berpangkat 'Datuk' yg pernah meluluskan cuti utk aku keluar 40 hari dulu.
Datuk tu kata: "Kenapa tak pakai kopiah putih?"
Aku kata: "Saya tak bawak kopiah putih, kopiah kelabu je" (kopiah jenis yg karkun selalu pakai).
Datuk tu kata: Kena la pakai kopiah putih... M******* pun masa di luar negara pakai kopiah putih.
Aku: ..... (...senyih je)
-------------

Jadi pekerja yg dicop tabligh pun ada dilema jugak. Ye lah...iman pun lemah, masih terkesan dgn suasana. Walaupun orang lain selalu datang lewat tak pernah diperhatikan tapi kalau aku terlewat... macam satu dunia perhatikan aku.
Dan macam2 lagi yg kena buat habis-habis baik. Kalau kawan2 pejabat bukak dasboard kereta aku, tentu diorang terkejut ada CD logam maut!! (Stakat ni diorang tak bukak dashboard hehehe).
Dulu masa duduk di Penanti, aku tengok karkun2 bertaraf profesor2, doktor di fakulti enginering USM transkerian sungguh excellent dalam rata-rata pencapaian mereka. Ada kajian yg publish di paper, TV. Ada yg cipta microcip terkecil paling canggih, ada yang jadi pakar jalan raya dan macam2 pakar yg dikagumi masyarakat. Dan mereka yg berjaya ni orang Tabligh. Jadi asbab, usaha atas student meningkat...
Kawan2 aku yg student USM, ex-student yg buat usaha pun ramai yg score tak hinggat punya. Allah mudahkan mereka, Allah terangkan hati mereka utk dapat ilmu.
---------------

Persepsi negatif masyarakat pun ada tapi tak perlu cerita sebab, ikut penilaian aku, rata-rata disebabkan salah faham orang yang tak tahu perkara sebenar hujung pangkalnya. Kes terpencil, individu.

Banyak lah lagi yg masyarakat beri jugdement mudah kpd karkun... sedar atau tidak, anda sebenarnya diperhatikan. Bagaimanapun bukan lah kita buat semua ini untuk sukakan orang, manusia, makhluk tetapi semata-mata sukakan Allah.
Semoga Allah redha kepada kita.

21 comments:

ibnu dinar said...

karkun macam bunga yg sentiasa mekar di taman... mmg diperhatikan

FakirFikir said...

Rumah aku di Adelaide dan juga di Kuala Lumpur dulu, selalu juga diziarahi oleh karkun. Walaupun aku bukan karkun, tapi aku tidak negatif dengan mereka. Aku terima ja kunjungan karkun, siap dengan bancuh kopi - walaupun tidak ramai karkun suka minum. Sesekali aku lepak juga makan sup tulang depan masjid petaling. Bagi aku - tidak ada salahnya buat baik. Memang ada karkun yang buat silap - tapi silap itu milik semua orang. Karkun yang buat silap lebih baik dari malaun yang buat tak betul.

hainur hapis said...

Assalamualaikum abg ziarah76

kabare?

waras yo?


semoga kekal dlm usaha

dan mdh2an ALLAH SWT majukan abg dlm usaha


doakan utk ana skali Insya Allah

AkuHuduh said...

huh...
kata ulamak sume sangkaan buruk masyarakat kerna karkun tak buat usaha 100% or sungguh sungguh..
bagi masa ikut nafsu..ikut suka jer..
buat keje tak ikut tertib n masih tak jadi kan maksud hidup..lebih kurang cam keperluan jer..huhuhu

ابن زين الرمباوي said...

Allah suka dengar rayuan dan rintihin kita minta bantuan...
makin buat makin tak paham...

Ziarah76 said...

ibnu mekar,
kalau mekar ok, kalau layu camno?

fakirfikir,
melayan, meraikan tetamu sikap mulia tuan. Fikiran positif mmg amat berharga...

hainur,
waras...kue kabare?
nyong jalok ngapuro... orak ngerti ngomong jowo.
kita doa sama2... ameen.

akuhuduh,
salah saya la tu...x buat usaha sungguh2

ibnuzain,
kalau tak buat mmg kompom lagi tak paham terus

Umma-ali said...

Salam,
Cuba ulang dgr bayan maulana saad semasa ijtimak msia 2009, tp saya x cek plk byn mana satu...
Antara isinya seorg yg akan dipilih untuk jadi pekerja agama, dia kena menyempurnakan beberapa sifat kerana kehidupan dia samada infradi @ ijtimai akn diperhatikan oleh orang2 sekeliling... makanminum dia, amal ibadat dia, pakaian dia, nikahkawin dia semuanya wpun infradi akan jadi ijtimai. kalau dia dapat menyempurnakan sifat2 itu barulah dia jadi asbab hidayat, jadi contoh ikutan bg org lain...(bkn semua kita ni pekerja agama, wpun bila kita jadi ummat nabi otomatik kita jadi pekerja agama, tapi ini semua pilihan Allah yg telah tilik hati kita berpuluh2 kali...tapi kalu kita tak sempurnakan sifat2 itu maka Allah akan pilih org lain untuk ganti kita, nauzubillah-ini catitan saya, bkn bayan)
Sptmana nabi Ibrahim as telah menyempurnakan 30 sifat barulah Allah jadikan dia imam bagi manusia...dari segi kekeluargaan, amal ibadat, korban dia...semua dia telah sempurnakan...
Salah satu sifat yg paling unggul ialah sabar tahamul, sabar bila org yg kita dakwah buat jahat dgn kita, bila kita sabar, maka ini akan jadi asbab hidayat untuk org itu...
Wallahualam.

Unknown said...

salam,teringat kata2 maulana ibrahim,,katanya,,mereka2 yang membuat usaha agama nie,kehidupan mereka dah jadi istimai(umum)..so kene hati2 la...urm,

p/s ...tasykil..sapa nak bersama jemaaah student Politeknik kulim untuk keluar 4 bulan IPB pada awal Jun 2010..

Ziarah76 said...

umma-ali,
sahih...mmg ada maulana cakap camtu. Tp saya pun tak sure yg mana satu.
Semoga Allah terus pilih kita semua.

anakpendang,
hati2 la ni... kalau boleh sampai pijak semut pun tak mati.
insya-Allah...azam IPB.

ahliahubby said...

salam
uhh...takut diri perasan karkunah, tapi Allah kata kamu bukan karkunah..
Kita perasan kita karkun, tapi sifat2 da'ie takda. Contohnya sifat khidmat...khidmat karkun patutnya luar biasa..bukan masa khuruj shj, tapi especially dalam masyarakat...macamana Nabi saw dan sahabat r.anhum khidmat dgn org2 yg susah dsbnya.
Kena bagitau org2 yg diziarah, yg kita yg datang ni bukan nak mengajar, tapi nak belajar...kerana kita serba kekuranganlah (dlm iman, akhlak etc) kita buat usaha ini.
Kita buat dakwah kerana nak islah diri...dan teringat yg orang alim sendiri bagitau...jangan tiru kami, tapi tiru sunnah nabi...

Ziarah76 said...

ahliahubby,
terima kasih komen. kirim salam kpd hubby

hainur hapis said...

Baraka Allah

Ambo said...

Kalian semua memang benar...

Ambo said...
This comment has been removed by the author.
Ziarah76 said...

hainur hapis,
jazakallah khair

Ambo,
biso bonar...

Munir Kangsari said...

off topic

Ulema response towards Dr. Nasoha pertaining to DAKWA TO-NON MUSLIM PART 1 & PART 2 can also be read at

http://rapatsetia.wordpress.com/
or
http://aashique83.blogspot.com/

Ziarah76 said...

munir,
thankssss...
hang memang memahami aku!

Munir Kangsari said...

glad to be in your service. Semoga khilaf ini dapat diusaikan secepat mungkin.

soulinsaey said...

thanks bg info..InsyaALLAH bakl suamiku karkun..bnyak gak perception yg org lontarkan..lbh2 kluarga yg x memahami..

#thelagidanlagi said...

itulah kita kena jadi asbab hidayat masyarakat keliling . saham tuh..

MOHD AADEL said...

Xdak karkun yg sy jumpa mati tcela

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails