Tuesday, February 23, 2010

Memasak hobi ulama

Kalau disebut nama Muhammad Yusof B. Ahmad mungkin ramai yang tergaru-garu kepala kerana tidak mengetahui siapakah empunya nama.
Sebenarnya itu adalah nama sebenar ulama terkenal tanah air yang mahsyur dengan nama 'Tok Kenali'.
Maka Tok Kenali atau pernah juga dipanggil Awang Kenali yang dilahirkan pada 1287H bersamaan 1868M di Kampung Kenali, Kubang Kerian (4 batu setengah dari Kota Bharu, Kelantan) - adalah tokoh ulama yang tak perlu diperkenalkan lagi.
Sumbangan, jasa, ketokohan, riwayat dan pelbagai perkara dalam diri beliau tentulah banyak sudah diperkatakan.
Namun suatu perkara yang jarang disebut ialah hobi menarik beliau ialah memasak! (rujuk karya Abdul Rahman al-Ahmadi, 1983, hlm. 45. bertajuk Tokoh dan Pokok Pemikiran Tok Kenali). Bagaimanapun tidak diketahui pula apa jenis menu masakan kegemaran beliau.
Justeru, golongan lelaki yang hobinya memasak usah lah berasa janggal atau malu di kalangan masyarakat kerana ia sebenarnya adalah hobi ulama juga.
Apa yang menarik, mereka yang terlibat dalam usaha dakwah tabligh rata-rata turut dibekalkan dengan kemahiran memasak dan tak kurang juga ramai yang menjadi pakar memasak walaupun bukan semua.
Dengan kata lain, amat beruntung mereka yang dapat khuruj fi sabilillah dengan jemaah kerana dapat juga belajar, berlatih memasak yang merupakan hobi orang alim.
Maka, sesiapa yang belum pernah keluar dengan jemaah Tabligh maka anda amat lah disyorkan, digalakkan cuba, try, test! 
----Tok Kenali menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7 pagi, Ahad 2 Sya'baan 1352H bersamaan 19 November 1933M ketika berusia 65 tahun.

14 comments:

Admin said...

kenali tabligh

musa said...

Assalamualaikum sebenarnya orang yg biasa dengan belajar agama yg tinggal berasingan dgn keluarga memang pandai memasak seperti, orang pondok, atau belajar apa2 yg tinggal dirumah sewa, dan yang paling segera jika masa dulu tak pernah belajar masak tapi kalau ikut keluar jemaah 40hari usaha atas iman mashaallah bila dah habis tempoh dan pulang umah tunjuk lagak kat isteri macam2 menu dia masak. isteri & anak2 pun suka. Itu jam kalau tak sedap pun isteri n anak puji sedap

zarch said...

Sekali tu, masa saya khidmat kat Grandpass, markaz Colombo, ada seorang lagi sati kena khidmat kat bahagian roti. Dia tak tahu apa-apa tentang cara nak buat roti,tapi lepas habis khidmat 2 bulan, balik kampung dia buka kilang roti dan kini jadi taukey roti.

Barkat khidmat buat roti...

Anonymous said...

owh...lagi ganazzz

Ahmad Al-Hadi said...

Ada skali jemaah kita orang keluar 3h... orang khidmat taam buat gulai kari burger.... daging burger buat lauk dalam kari....hahahaha.... Jemaah belasah biasa je.....

Ziarah76 said...

kilat,
tak kenal maka tak cinta

musa,
kalau masak tak sedap pun kena puji maknanya isteri suruh kontrak masak lagi la tu..hehehe

zarzh,
berkat2... dapat keluarkan roti, dapat jugak saham keluarkan manusia di jalan Allah.

anonymous,
ganehh... hehe

AAH,
kalau tengah keluar jemaah, letak apa pun boleh licin, merelip!
bak kata ore kelate, put-put finis (letak-letak habis). hahaha

Ziarah76 said...

kilat,
tak kenal maka tak cinta

musa,
kalau masak tak sedap pun kena puji maknanya isteri suruh kontrak masak lagi la tu..hehehe

zarzh,
berkat2... dapat keluarkan roti, dapat jugak saham keluarkan manusia di jalan Allah.

anonymous,
ganehh... hehe

AAH,
kalau tengah keluar jemaah, letak apa pun boleh licin, merelip!
bak kata ore kelate, put-put finis (letak-letak habis). hahaha

zarch said...

Sabda Nabi Muhammad ﺼﻟﻰﷲﻋﻟﻴﻪ ﻮﺴﻟﻣ
- "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (An-Nasai, Ibnu Hibban)

-Allahhumma Solli wa sallim wa barik 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad-

Semoga kita dapat memperbanyakkan salawat keatas nabi Muhamad ﺼﻟﻰﷲﻋﻟﻴﻪ ﻮﺴﻟﻣ dan semoga kita semua mendapat syafaat dari Nabi dihari masyhar yang amat mengerikan.

seorangnenektua said...

Guru dan Ulama perlu dihormati kerana mereka banyak Ilmunya!

Apatah lagi yang dengan kelebihan Ilmu Masak!

seorangnenektua said...

Secara umum,dari banyak banyak cerita nenek dengar.Nenek berpendapat Jemaah student lebih sempoi dalam bab taam.Mereka tak berapa berkira bab asbab Allah bagi kenyang!. Emmm sorry to say bagi yang baya baya tok janggut ni agak ekstrim sikit. Siap masak nasi ayam Hainan tu! hu hu hu

Umma-ali said...

Salam, teruja juga nak komen...tp sblum apa2 krm slm rindu kat ahlia, lama mengeram, bila nak menetas...huhu...
Wey bab masak2 ni, cik abg kita lbh terer dari kita, sbb kita ni x brp minat masak...arghh, anak lelaki pernah tanya, umi ni lelaki ke pompuan???Ye lah, dah disuruh kita masak macam2, maleh den nak layan...selalu dia sms kawan2 dia waktu menjelang raya, umi aku ni kimsalam lah bab bwt2 kuihraya ni...aii, abah pun kata tak payah, beli je laa.Senang!!!Naik lemakle umi yek...Tapi skrg ni dah pandai...apa nak, briani gam, briani tanam, nasi bukhari, rendang...semua siapp!!!Ayaaattt...Wbgmanapun, yg tak bestnya, family suami mesti kata, ni abahle masak ni...Bengkek je...
Memang karkun pandai masak... kbnyaknnya...tapi ada juga yg setiap kali khidmat, masak bening je...mentang2 jawa, eheh, jgn marah, nnt kena jual...

ahliahubbee said...

salam...

untungnya saya, hubbee saya pun pandai masak bryani (anak2 sgt2 suka makan bryani kambing)..masak style Pakistanla, style Madrasla, style ntah ape2 lagi.
Balik khuruj pun bawa balik resepi mee rebus Singapore...uhh ingat masturatje kumpul resepi masa khuruj..Anak bujang pun bawa balik resepi!

Ziarah76 said...

saya baru balik khuruj, maaf lambat jawab komen.

anakpendang,
Dah komen dlm blog anta.

zarzh,
-Allahhumma Solli wa sallim wa barik 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad-
amin..

nenek tua,
student mmg kena ikram makan. kalau dah makan nasi ayam hainan boleh taskil dakwah ke Hainan, China.

kak umma-ali,
orang lama mmg byk resepi terkumpul. pasal tu tak boleh elak terpaksa tunjuk skill jugak kan. Masak bening paling senang buat! Jimat masa boleh buat amal, dengar taklim etc.

ahliah hubbee,
ahliah karkun mmg untung dlm bab masak2 ni. resepi di jalan Allah sungguh mahal!

Ahliacikgukhairul said...

seronok kalau dapat bg makan pd jemaah.. diorang memang tak komplen apa.. sentiasa bersyukur je dgn apa yg dihidangkan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails