Tuesday, February 9, 2010

Memenuhi jemputan multaqa

Alhamdulillah, baru-baru ini saya berkesempatan memenuhi jemputan menghadiri Multaqa Ulama dan Ilmuan anjuran Badan NGO Johor, Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dan Majlis Agama Negeri Johor di Persada Johor Bahru pada 4 Februari lalu.
Ia dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dihadiri Menteri Besar, Mufti Johor dan lain-lain bersama lebih 1,000 peserta, pembentang kertas kerja, pembahas, moderator dan para jemputan.
Multaqa ini bertujuan untuk menggerakkan ulama, ilmuan, bermuzakarah, membentuk saf ulama membantu ulul amri bagi memartabatkan ummah dan sebagainya.

Ia termasuk menghadapi cabaran pemikiran yang tidak selari dengan arus perdana Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Dr. Muhammad Uthman El Muhammady dari International Institute Of Islamic Thought and Civilization membentangkan kertas kerja bertajuk 'Perpecahan Menghakis Pengaruh Kekuatan Umat Islam' pada sesi 1.
Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ke Arah Memperkasakan Kesatuan Ummah di Malaysia: Peranan Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah' pada sesi 2.
Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Tan Sri Muhammad Ali Hashim membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ekonomi Menjana Kekuatan Ummah' pada sesi 3.
Pengarah Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn, Prof. Dr. Syed Muhammad Dawilah al-Edrus membentangkan kertas kerja 'Mengangkasa Pendidikan Negeri Johor pada sesi 4.
Selain itu, Prof Sidek Baba dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut membentangkan kertas kerja bersama beberapa lagi pembentang dari lain-lain universiti.
Antara yang menarik, Datuk Nakhaie mengupas tajuknya dalam isu perkembangan sejarah Islam dari zaman Nabi Muhammad s.a.w hingga sahabat-sahabat dan seterusnya. Tajuk kecil pembentangannya dipecahkan kepada:
1-Siapa al-Salafu al-Soleh.
2-Kemunculan Muktazilah.
3-Lahirnya mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
4-Fitnah Wahabiyyah. 
5-Ulasan pendapat Yusuf al-Qaradawi.

Bagi saya yang kerdil ini, walaupun sebahagian kecil isi pembentangan-pembentangan memang telah diketahui namun banyak benda lain yang baru diketahui, dipelajari. Dan ini menambahkan lagi keyakinan bahawa semakin banyak lagi yang masih tidak saya tahu. Ikut lah resmi padi 'semakin berisi semakin tunduklah ia'. Moga kita dijauhkan drpd ilmu Azazel iaitu 'aku lebih baik drpd kamu', 'semakin banyak diketahui maka semakin sombong bongkak' hingga 'orang lain semuanya salah, dirinya sahaja yg betul.' 

Apa yang menyedihkan ialah tergamak sesetengah golongan menggunakan nama-nama seperti Imam Syafie, Imam Abu Hanafi dan lain-lain sebagai orang yang menyokong fahaman baru mereka.
Lebih dahsyat golongan itu meminda dan menokok tambah kitab-kitab lama. Antaranya ialah kita nukilan ulama tauhid, Abu Hassan Al-Asy'ari berjudul Al-Ibanah fi Usul al-Diyanah' dan lain-lain kitab.
Kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi turut diubah suai, dipinda dengan dipadam bahagian tertentu oleh golongan tidak bertanggungjawab yg melakukan pengkhianatan. Ini diterangkan oleh Nakhaie dalam bab Fitnah Wahabiyyah.

Apapun, tidak lah semua mengenai program itu dapat dipostingkan di sini. Pada majlis itu turut dilancarkan buku 40 Tokoh Ulama Johor oleh TPM. Salah seorang tokoh itu adalah bapa TPM sendiri. Seorang lagi tokoh ialah Bekas Mufti Johor, Datuk Sayyid Al-Alwi Tahir al-Haddad (1884 - 1962). Tahun lepas, ada pihak 'tertentu' dari kalangan kaum muda tergamak menerbitkan risalah menuduh, menfitnah beliau yang bukan-bukan.
Selepas itu ada pula kolumnis akhbar menyiarkan fitnah tersebut dalam sebuah akhbar hujung minggu untuk disokong hingga mula menimbulkan kegelisahan dan keresahan masyarakat arus perdana.
Sebagai orang awam perlu lah kita berdoa semoga Allah ampunkan kesalahan dan kesilapan semua ulama-ulama itu walau siapa pun dia (dari golongan mana pun) dan semoga Allah ampunkan kita semua juga.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya menghadiri program seperti ini iaitu yang terakhir ialah memenuhi jemputan menghadiri pada Nadwah Ulama Nusantara III anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada April 2005.
Selain itu, ada juga program lain seperti persidangan OIC dan NAM (negara2 berkecuali) juga pernah dihadiri, namun multaqa kali ini ternyata mempunyai kelainan kerana ia relevan bagi memperkukuhkan perpaduan ummah negara ini.

Akhir kalam posting ini disudahi dengan kata-kata Yusof al-Qaradawi dalam laman webnya pada Rabu 23 Disember 2009, iaitu:
"Al-Allamah Shaikh Yusuf Qaradawi mengajak Perdana Menteri Malaysia dan para ulama supaya bersatu tenaga bagi memelihara jati diri keIslaman kaum muslimin Malaysia yang berpaksikan mazhab Syafi'i dan berakidahkan mazhab al-Asy'ariyyah bagi menghalang kemasukan pemikiran asing dari luar yang boleh memecah-belahkan perpaduan mereka."


Wallahualam bissawab. Sekian, buat kali ini. Hangpa semua ada masa ka nak baca semua ni? 

7 comments:

Admin said...

gua teringat.. dalam satu bayan yang pernah gua dengar: dalam tahun 1973,di Rabithah, Al-Malik Fadh telah jemput ulama dari seluruh dunia untuk bincang masalah umat Islam yang teruk ditindas ketika itu. Bangun satu ulama..bahawa kita kena kukuhkan ketenteraan kita. Bangun satu ulama.. bahawa kita kena kuatkan ekonomi orang Islam. Dan macam2 pandangan telah lahir untuk umat Islam kembali sebagai umat yang terkuat. Dan bangun satu ulama dari India... apa yang diperkatakan oleh tuan2 semuanya betul, tapi semua ini hanya akan hadir bilamana umat ini kembali untuk buat satu usaha sepertimana yang telah dibuat oleh baginda Nabi SAW dan para sahabat. wallahua'alam.

~KiLaT~ masalah kesesakan lalulintas pun akan selesai bilamana umat ini ambil agama dan usaha agama sebagai maksud hidup. he..he.. gua bukan ustaz.

zarch said...

Jazakallah kerana menyampaikan karkuzari multaqa ni. Kat tempat saya, hujung minggu lepas ada pun ijtima, kecil-kecilan aje, Syeikh Mulla dari Emirate turun, subhanallah, setiap patah perkataan dia, penuh hikmah. Bila duduk dalam bayan, hati rasa nak keluar tak balik-balik..he..he

Lepas tu dia hurai tentang amal makami yang mana, permulaan Islam diMekah, iaitu dirumah arqam, dimulai dengan masyuarat, taqlim dan ziarah....dan dengan huraian-huraian penuh hikmah membuat hati begitu menyesal kerana tak bagi masa 8 jam sehari untuk agama..

- Tapi bila balik rumah, cuaca sejuk membuat daku terpaku didepan komputerku..ooh dunia..

doa untuk saya.....

Dr. Bentara said...

bro... kertas kerja tu kalau rajin, mintak fotostat dan hantar kat aku. Nak baca. Aku bayar kos.

Ahmad Al-Hadi said...

Alhamdulillah.... memang kita kena hormat & ikram ulama yg dah banyak korban untuk agama walaupun tak keluar tabligh.....

Ziarah76 said...

kilat,
asbab jalan jamm balik kerja, aku slalu terlambat sampai utk ghast di mahallah. doakan saya.

zarzh,
Syura Msia yg juga ulama, Tn Guru Hj Salleh ada di Mekah buat usaha kat sana.
Hj Salleh adalah anak ulama nusantara Syeikh Uthman Jalalluddin (anak murid Tok Kenali).
Bila Tuan Guru buat Tabligh maka terkunci mulut masyarakat Melayu zaman awalin di Msia yg mengatakan orang Tabligh takde ilmu.
Allah Maha Hebat.

Ben,
Boleh... apa alamat tuan? FOC je

Ahmad,
Ulama penyuluh hidayat umat. Jika ada kesalahan, kesilapan yg dilakukan mereka secara sengaja atau tak sengaja, maka urusan mereka terserah kepada Allah, kerana Allah telah anugerahkan ilmu kepada mereka dan anugerah itu akan ditanya nanti di akhirat.
Namun amat berbesar hati lah kita sebagai orang awam mendoakan agar Allah ampunkan jika mereka tersilap dan haruslah kita mengamalkan apa yg dianjurkan iaitu memuliakan alim ulama.
Mereka tak terkesan dengan hujah orang awam (kerana hujah2 sudah banyak dlm minda mereka) sebaliknya terkesan dengan akhlak dan perubahan amal-amal soleh orang awam.
Waallahualam.

Unknown said...

salam....hari tu sempat duduk program bersama ulama di ijtimak....kata hadrat syeikh Maulana Saad...ulama bukan setakat mewarisi ilmu tetapi ulma juga mewarisi segala2nya daripada Nabi saw...kadang2 masyarakat tertanya2 kenapa dalam usaha tabligh nie ulama x ikut....kata hadratji maulana yusof rah,,,ulama sibuk dengan kerja agama,,,maka kita yang sibuk dengan apa2 ,,,mari kita sibukkan diri kita dalam usaha yang mubarak nie....

Ziarah76 said...

Anakpendang,
semoga kita dapat sibukkan diri kita dalam usaha yang mulia ini, Amin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails