Tuesday, December 22, 2009

Masturat, misteri kereta, pelajar

Jemaah masturat
Dalam beberapa hari sebelum ni, rumah aku dimesyuaratkan untuk dikunjungi tetamu istimewa iaitu jemaah masturat 10 hari dari Kuala Lumpur. Keputusan mesyuarat halqah set 4 route, salah satu route rumah aku.
Rasa syukur, seronok sebab dapat sambut takaza yg merupakan hadiah, rasa gelabah pun ada. Seronok sebab tentulah banyak manfaat akan kami sekeluarga dapat disamping jiran dan orang di kawasan mahallah, rumah dihidupkan dengan amalan 24 jam, penuh keberkatan dan sebagainya.
Rasa gelabah sebab, rumah masih banyak persiapan belum settle buat lagi...Dan ini lah kali kedua nak terima jemaah masturat, yang pertama terima jemaah dulu di rumah lain.
Selepas beberapa hari berlalu dengan persiapan dan tarikh jemaah sampai semakin hampir, tiba-tiba aku mendapat berita yang jemaah itu tak dapat datang ke negeri ini.
Nampaknya, rumah aku belum dipilih oleh Allah untuk kali ini.
Aku kena istighfar... mungkin disebabkan kelemahan amalan aku.
Ingat senang ke nak terima jemaah masturat? Susah ooo....
Kalau Allah tak pilih tak dapat.

------------------------------------------

Misteri
Bercerita pasal rumah, dalam pertengahan tahun ini, tiba-tiba ada sebijik proton iswara parking betul2 belakang rumah aku, tanpa diketahui siapa punya. Keadaan bertambah misteri bila kereta tu terus diparkingkan hampir dua minggu tak bergerak.

Timbul pula risau, takut2 kalau ada dadah dalam kereta tu, atau mayat ke, atau benda2yang bukan2...sudahnya bimbang aku pulak yang terkena getahnya tak pasal2.
Al maklum lah sekarang ni ada macam2 kes, jenayah pun bertambah sana sini. Contohnya, ada kes orang buat jenayah guna kereta, lepas tu tinggalkan kereta yg diorang guna kat mana-mana tempat.
Jadi bertambah cuak lah aku, jadi aku bincang dengan jiran kiri kanan, diorang pun musykil, lebih2 lagi kalau tengok kereta tu penuh dengan tulisan yg mengambarkan seolah-olah kereta tu untuk digunakan bagi operasi along. Kerana banyak bertampal stiker dgn tulisan bukan Melayu yg aku tak faham.
Jadi aku dgn jiran sebelah pergi ziarah beberapa rumah jiran lain untuk menyiasat kereta sapa tu. Peliknya semua pun tak tahu!
Maka, untuk menyelesaikan misteri ni secara drastik esok paginya, aku call polis dan bagitau situasi yg mencurigakan tu.
Lepas call aku pergi kerja. Dalam tempoh yg singkat, tiba2 satu kereta polis datang dengan dua, tiga orang polis berpakaian preman dan uniform mundar mandir di belakang rumah.
Mereka orang muda dan bersenjata.
Seorang daripada mereka bertanya kepada orang rumah: "Kak ada telefon polis tadi ke pasal kereta ni?.
Mereka bertanya dari luar rumah sambil berdiri dekat kereta tu. Orang rumah aku tengah basuh pinggan lalu menjawab: "Tadi suami saya call."
Lepas tu, lepas polis2 tu agaknya memeriksa kereta tu, diorang pun pergi ke beberapa rumah yang di jalan itu. Tak lama kemudian, polis tu datang balik lalu memberitahu orang rumah aku: "Kak kereta ni orang yang duduk rumah sana tu punya... jangan risau lah takde apa-apa." Lalu mereka pun beredar.
Selang beberapa minit, ada seorang wanita datang ke kereta tu lalu start engin kereta tu dan terus belahhh tanpa ada memandang ke rumah aku atau berkata apa-apa atau terdapat rasa kesal, bersalah di wajahnya.
Rupa-rupanya, kereta tu milik wanita tu yang rumahnya jauh betul dari rumah aku, dia letak kereta di situ sebab rumah dia dah penuh dgn kereta dan parking di belakang rumah aku lebih selamat sebab malam2 jiran aku pasang lampu terang dan pada waktu siang ada pokok kecik berdaun utk kereta itu diteduhkan.
Tapi kenapa dia tak bagitau kami awal2 atau minta kebenaran ke? Kalau bagitau awal2 tentu aku tak risau, dan boleh bagi parking kat situ anytime.
Moralnya, ialah:
1) bila ada risau, maka manusia start buat kerja, ikhtiar, usaha untuk menjadikan keadaan lebih baik. Bila umat Islam ada risau terhadap agama, maka kita akan melakukan usaha untuk membantu agama Allah untuk ditegakkan.
Bila manusia mengamalkan agama dengan sempurna semua masalah manusia sama ada hal dunia mahupun akhirat, akan selesai dgn baik.

2) Syabas utk pasukan polis yang begitu pantas bertindak, berdedikasi. Aku kagum.... semoga Allah memberi keberkatan hidup kepada anggota2 polis yang cukup berjasa menjaga dan memelihara keamanan negara!! Aku menyokong penuh PDRM! 'Tegas, Adil dan Berhemah!'

3) Apa2hal minta izin....

------------------------------------------

Jemaah student
Aku baru balik rumah, yakni baru tangguh keluar dgn jemaah student sekolah menengah sempena cuti sekolah. Aku kagum dgn budak2 ni yang cukup bersungguh2 walaupun dalam keadaan tertentu mereka main-main sikit... ye lah umur macam tu biasa lah.
Tapi aku fikir waktu aku berusia macam tu... di mana aku? Waktu usia macam tu, aku tak kenal pun taklim, bacaan hadith, tak jaga solat jemaah, buas di sana sini dan macam2 lagi terjebak dgn benda yg bukan-bukan.
Jadi aku fikir student sekolah menengah ni yg dapat keluar mengikut jemaah dari surau, masjid -- mereka cukup bertuah kerana dipilih Allah.
Fikir risau mereka terhadap agama dibentuk, dapat amal sunah nabi, berjinak dengan masjid, zikir, a-Quran jadi rutin, memuliakan saudara seIslam, belajar2 berkorban utk agama dan sebagainya.
Satu hari nanti, tak mustahil mereka akan menjadi front liner, fikirmen, syura dan sebagainya dalam usaha ni, insya-Allah.
Semoga Allah pilih, zuriat-zuriat keturunan kita menjadi orang yang menjaga solat, menjaga agama dan buat usaha agama hingga akhir hayat. Dan hidayat untuk seluruh umat.
Semoga kita dapat belanjakan diri, masa dan harta kita untuk agama.

10 comments:

Mardiati Mohd Jamili said...

salam.

oh lame sungguh tak menjenguk ke blog ni. sibuk uhuhu.

Ishak Zaini said...

Aslmkm..

Alahai.. :)
xpa, bleh tawarkan diri dan rumah lagi dan lagi utk terima jemaah masturat..
moga Allah terima niat tuan.. moga usaha masturat semakin semarak InsyaAllah..

zarch said...

Insyaallah rumah saya terbuka untuk menanti ziarah76 tashkil jemaah masturat kesini. Saya dengan ahlia saya pun lama tak keluar jemaah masturat, dulu tunggu anak habis minum susu, tapi kini anak bongsu saya tu, dah masuk 3 tahun, saya masih tak keluar-keluar lagi. Doa-doa insyaallah.

arizWanmerahs said...

Salam,

Cerita yang kedua, kereta misteri tu menarik hati aku, dan moral yang ko paparkan tu lebih menarik lagi; FIKIR DAN RISAU memiliki kuasa ajaib untuk melahirkan TINDAKAN yang drastik. Hal inilah yang masih belum dikuasai umat islam hari ini. Sekiranya seluruh umat Fikir dan Risau atas AGAMA nescaya Hancurlah kebatilan dan Tegaklah Kalimah Agong di mukabumi.. Inilah Fikir dan Risau baginda Rasulullah. Hal inilah yang sedang kita usahakan agar menjiwai umat islam hari ini.

Dan yang kedua; 'minta izin', ini salah satu USUL dalam Jemaah ketika sedang Khuruj Fi Sabilillah.. Terdapat 16 Usul yang semua karkun harus pegang/patuhi dengan kukuh, insyaAllah segala usaha akan jaya..

Ummu Fatimah said...

Salam, kekadang rasa bengang sgt pada jiran2 yg suka parking kat premis perniagaan kita. Bukan tak benarkan tapi bila time sekolah susah bas sekolah nak ambil budak2 atau parents nk amik anak2 mereka kalau dah kereta jiran2 ni dgn megahnya parking tersadai kat depan premis kita. Alhamdulilah lepas masuk usaha ni dapat didik sifat sabar dalam diri walaupun rasa macam nk pacak aje signboard "NO PARKING" depan tadika tu..huhu..

azharjaafar said...

Ntah ntah kereta tu kepunyaan mak polis tuh..

Ziarah76 said...

mardiati,
sungguh lama jugak tak mengomen ye....sibuk? biasalah


ishak zaini,
aku azam lagi dan lagi...

Zarzh,
aku & isteri blum ada lesen kualiti import eksport, bila dah ada nanti, insya-Allah kalau ada rezeki ke Jerman la kami. mesti best kat sana!!

merah_s,
fikir risau akhirat.. aku masih kurang, yg banyak pada dunia...hish hish.. kena istigfar

ummu fatimah,
kami pernah parking kat situ kot hehe.., no parking ok lagi... jangan letak signboard NO BLOGGING sudah la... terasa kami. huhu

azhar jaafar,
kalau tak pun ntah2 bapak dia punya keta kot... tak lah, polis tu melayu, wanita tu cha ya nun alif. hehe

Ahmad Al-Hadi said...

salam ya buzruko....

saya doakan tuan dapat dipilih untuk terus aktif dan rumah tuan dipilih akhirnya untuk masturat....

Doakan saya agar dapat terus dalam usaha....ahlia masih belum faham usaha dan amat susah untuk saya bagi masa dengan istikamah...memang saya sekarang di zaman slack....

susah nak balance antara tegas dan ikram....

terlampau tegas jadi bergaduh...terlampau ikram langsung tak kua....hahaha....

saya kagum tengok karkun yang maju dalam usaha baik si suami dan isteri....

tapi ini kerja kita semua... so, no point whining.... bykkan nangis, tingkatkan amal & bagi masa lagi & lagi...

Hidayatullah said...

salam
hurm
usaha atas student nh kne bwat..
sbb hati mereka lembut lg
so kalau khuruj kat mane2..try la tnye
ada skolah asrama ke x.. mereka memerlukan
he2

Ziarah76 said...

ahmad al-hadi,
insya-Allah, kena ikram, pelahan2 jgn gopoh2 usaha masturat ni... bawak masturat pegi taklim... mudah-mudahan Allah permudahkan tuan.

yard,
betul la tu, mereka memerlukan dan orang awam pun memerlukan, saya lagi la memerlukan, pendek kata semua orang memerlukan usaha atas iman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails