Saturday, December 26, 2009

Nasi Ambeng

Jom cerita pasal makan, adakah anda kaki makan? Boleh la menjawab soalan tu tanpa melihat perut yg boroi atau tak boroi.
Kalau memang kaki makan, tentu macam2 jenis makanan dah try, mungkin jugak pernah makan menu yg aku postingkan kali ni iaitu 'nasi ambeng' - juadah tradisi masyarakat keturunan Jawa.
Hidangan nasi ambeng dlm talam yg belum diagih-agihkan...

Sebenarnya aku bukan lah penggemar nasi ambeng walaupun batang tubuh ada separuh bercampur darah keturunan Jawa. Dari segi rasa, bagi aku boleh tahan...biasa2 je, tapi apa yg menyedihkan juadah ini semakin pupus di negeri yang banyak masyarakat Jawa seperti di Selangor dan Perak. Yang masih maintain ialah di Johor yang mana masih dijual, dibeli bersepah di gerai pagi-pagi utk sarapan pagi.
Di Selangor, nasi ambeng rata-rata hanya boleh ditemui bila ada majlis keramaian atau kenduri kendara. Yang menyediakannya kebanyakan orang veteran manakala yang muda-muda sekadar menghidang atau pun datang 'mencekik' je.
Bila generasi veteren ini dah tutup mata suatu hari nanti, tak mustahil nasi ambeng boleh pupus terus jika generasi muda tak ambil alih tugas 'kejobos' menyediakan nasi ambeng.
Tak lama dulu, aku sempat datang ke majlis keramaian yg dihidangkan nasi ambeng.
Menariknya, nasi ambeng ini disediakan dalam talam beralaskan daun pisang dengan lauk pauk yang bertimbun sampai timbul pula persoalan 'boleh ke diorang ni makan habis?'.
Lauknya ialah ayam seekor, sayur goreng tempe kacang panjang, ikan masing, bihun, kerisek, keropok dan sebagainya.
Tapi jangan risau sebab nasi ambeng tu bukan untuk dimakan di situ sebaliknya untuk dibawa pulang dalam bungkusan.
Yang paling best, tertib nasi ambeng ni diagih-agihkan kena ada seni!
Bila hadirin sudah duduk dalam halqah masing-masing maka talam berisi penuh nasi ambeng dan lauk pun datang. Jadi terbentuk beberapa kumpulan yang mana satu kumpulan satu talam.
Setiap satu kumpulan akan ada seorang yang jadi tukar agih, macam amir sab, dengan dibantu oleh rakan-rakan lain. Nasi, lauk dlm talam dibahagi-bahagikan kepada beberapa bungkus dalam plastik. Sorang tak larat makan sebungkus sebab kuantitinya banyak.
Rupa-rupanya, sorang pun tak makan nasi ambeng tu kerana kesemuanya untuk dibawa balik ke rumah!
Maknanya, orang yang hadir hanya makan kuih muih dan minum air manakala nasi ambeng makan kat rumah bersama keluarga atau etc..
Dari sudut itu, bagus jugak... sebab jimat masa, tak payak terlalu lama orang terpaksa spend masa di majlis itu sebaliknya boleh makan bersama orang tersayang di rumah.
Sambil mereka makan kuih selepas majlis tu, boleh la diorang borak2, bersembang dan beramah mesra dan bila bungkusan2 nasi ambeng dah siap diorang pun balik. Sungguh berhemah menggunakan masa!! Tuan rumah pun tak kalut nak basuh pinggan banyak2...etc.
Nasi ambeng yg sudah siap dibungkus dlm plastik utk dibawak balik rumah...

13 comments:

Dr. Bentara said...

pehhhh... meleleh nengoknya...

Ziarah76 said...

ben,
kalau meleleh maknanya kena try, test, cuba tu

Hidayatullah said...

hu2.. 2 mggu lps saya keluar kat dengkil
ada 7 stdnt..mlm 2 ada kenduri..
lps bace doa selamat sume
dia bwak dulang byk2..
dalam hati nh.."subhanallah.. diorg idupkan sunnah"
pastu dia bg plastik byk2
kitorg x pnh mkn cara jawa nh..
igtkan lahap kat situ je..
last2 diorg pack....
rezeki Allah ada kat mana2..da la time 2 lapar..hu2
last2.. buang 3 bungkus jugak la..sbb da basi..hu2

Hidayatullah said...

hu2.. 2 mggu lps saya keluar kat dengkil
ada 7 stdnt..mlm 2 ada kenduri..
lps bace doa selamat sume
dia bwak dulang byk2..
dalam hati nh.."subhanallah.. diorg idupkan sunnah"
pastu dia bg plastik byk2
kitorg x pnh mkn cara jawa nh..
igtkan lahap kat situ je..
last2 diorg pack....
rezeki Allah ada kat mana2..da la time 2 lapar..hu2
last2.. buang 3 bungkus jugak la..sbb da basi..hu2

Ishak Zaini said...

Aslmkm..
kabare wak..
wisngu mangan..
wisngu ngombei..

nasi ambeng.. kenangan masa kua 40hari di kawasan parit raja dulu.. ;) hehe.. mcm2 dapat belajar masa kua di jalan Allah ni..

Ziarah76 said...

yard,
haaahhh... pengalaman menarik tu. nasi ambeng tu balik kena terus makan, kalau simpan mudah basi sebab diorang agih2 guna tangan/dah gaul2.
takpe lah... takde rezeki, yg basi memang kena buang asbab mudarat.


ishak zaini,
parit raja Batu pahat tu lubuk jawa true punya. hehehe
byk blaja...cakap pun dah boleh nampaknya..

Ahliacikgukhairul said...

salam ziarah.. memang sedap nasi ambeng ni esp dia punya sambal goreng n ayam masak kicap... penyediaannya pun secara gotong royong.. tu yg boley ada mcm2 lauk.. Hidup Jawa!

Ahmad Al-Hadi said...

So yang nasi ambeng ni hang pekena kat mana?

aku pernah rasa masa kuar kat sg buah dengkil....lama dah....tambah tambah sebab dah lama tak kuar...

Ziarah76 said...
This comment has been removed by the author.
Ziarah76 said...

hajah ahliahcgkhairul,
betul la tu... tapi masa ni, ayam masak kicap tu takde pulak..

ahmad,
ni dulu masa balik kampung orang rumah di banting, selangor.
dekat la dgn dengkil tu...

hasan said...

Salam, lain lah nasi ambengnya. kat JB lain plak ...

amon_ismail said...

salam saudara... saudara mmg asal org johor n sekarang menetap dimana... kalo masih di johor apa yg boleh sy katakan patut la...utk pengetahuan saudara di selangor terdapat byk gerai samada untuk menjual sarapan pagi or di pasar2 malam dah banyak peniaga2 yg menjual nasi ambeng..trend ni dah berlaku semenjak awal tahun 2000 lagi... bukan saja di gerai2 pasar malam or tepi jalan tapi nasi ambeng ni juga kadang kala dijual di stesen-stesen minyak yg ada di selangor...yg bagusnya ia bukan sahaja dijual di sesuatu tempat sahaja tetapi ia boleh didapati di seluruh pelusuk selangor... cuma sy hairan ... tahun lepas semasa pesta masakan melaka diadakan sy juga turut serta ... dan masakan yg saya persembahkan adalah nasi ambeng dari selangor... ramai juga orang2 jawa johor yang turun...mmg tidak dinafikan mereka mengenali nasi ambeng tapi mereka hanya jumpa di kenduri kendara sahaja, takda yg kata jumpa dijual ditempat2 lain... komen tu sy dapat bukan sahaja dari org2 muda tapi juga golongan pakcik n makcik orangt jawa johor...mgkin nasi ambeng di johor cuma boleh didapati dijual di tempat saudara sahaja bukannya di seluruh pelusuk johor ... saya bukan org jawa .. saya bugis yg bercampur dgn madura, arab , jepun dan melayu...tapi saya suka makan nasi ambeng... expecially kerabu sayur nya yang dinamakan keluban di selangor

amon_ismail said...

diselangor ... nasi ambeng juga dikenali sebagai nasi banca'an.. tetapi nasi banca'an ini sesuai untuk menjlis kenduri yg melibatkan kanak2 seperti kenduri cukur jambul... popular di dikalangan masyarakat jawa banting, diselangor .. penggunaan mee sebagai salah satu menu adalah perkara baru... manakala di daerah seperti di tanjung karang dan belah2 atasnya ada juga nasi ambengnya menggunakan pulut kuning menggantikan nasi putih...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails