Pernah dengar pasal Kalumpang? Errr... bukan pelempang ye. Kalumpang, kawasan di Kerling, Selangor yang kini menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk bermandi manda.
Kalau drive ikut highway dari Klang menghala ke utara, boleh sampai ke Kalumpang antara sejam atau dua jam ikut tahap memecut masing-masing. Dari KL, diberitakan ambik masa paling kurang 45 minit. Kalau terbabas pecut, terus sampai ke Tanjung Malim, Perak. Kalumpang terletak di daerah Kuala Kubu Baru, Selangor. Tengok peta kat bawah:
Di Kalumpang tarikan utamanya ialah keindahan Sungai Inki yang diciptakan Allah bagi manfaat makhluk-Nya. Udara nyaman, air sungai bersih, jernih, sejuk, persekitaran yg segar dan amat sesuaaai utk bawak ahli keluarga beriadah.
Cuti yg berbaki baru-baru ni, kami sekeluarga tak melepaskan peluang untuk ke Kalumpang bersama beberapa adik beradik aku yang masing2 membawa family. Tapi tak lah semua adik beradik dapat ikut... memandangkan ada yang sedang khuruj, di luar kawasan etc.
Bagi 3 orang anak aku - Naufal,7, Farhah,5 dan Sumaiyah,1 - itu adalah pengalaman pertama mereka mandi sungai. Jadi cukup seronok diorang walaupun mandi kat tempat cetek je dan arus pun tak deras.
Disebabkan diorang bersama sepupu sepapat kaki mandi, jadi lepas mandi sungai diorang repeat mandi kat kolam kanak-kanak yang ada kat kawasan chalet.
Orang dewasa mandi macam biasa la.. ke tengah sungai, tapi tak la dalam mana, cuma ada jugak spot yang boleh buat aksi terjun tiruk sebab kedalamannya boleh buat gitu!.
Selain itu, arus yang deras di tengah2 juga boleh membuat aksi seolah-olah berenang tapi sebenarnya hanyut dibawa arus.
Kalau ada gogle boleh tengok anak ikan yg rata-rata saiznya kecil dan sederhana yg bermain2 di celah2 batu.
Batu2 sungai kena hati2 sebab ada yg licin, kesat, bulat, leper, tajam! dsbnya. Pagi, tengah hari, petang, pagi... mandi lagi dan lagi...
Masa kami tiba hari Jumaat, masih belum ramai orang tapi bila Sabtu kebanjiran orang awam, student IPT, makin pack tapi terkawal, tengah hari Sabtu kami caaabuutt balik Klang.
Kami sempat lah menginap semalam di chalet yang ada. Kemudahan di situ overall selesa, baik dan kira okay la... dan penyelenggaraanya bagus, harga berpatutan. Suraunya luas, masjid Kampung Pasir Putih pun dekat.
Cuma, al maklum lah sekarang cuti sekolah maka penuh chalet jadi kena booking awal, parking pun penuh kat luar.
Aku bercadang untuk datang lagi nanti ke Kalumpang, insya-Allah. Tapi tak tau bila.
Kalau korang nak cari tempat relaks-relaks bersama keluarga, boleh lah Kalumpang jadi antara destinasi pilihan.
Untuk maklumat lanjut boleh click Kalumpang
Untuk maklumat lanjut boleh click Kalumpang
12 comments:
besstttttttttt!!!!
Nak kena pergi ni!!!
pegi jgn tak pegi....huhuhu mmg best!
aku dah teruja nak pegi ke sana gak nih, sebab ko citer macam best jek hehehee..-harimau
merah,
kalau harimau dtg orang lari!! hehehe
best la jugak kalau dpt pegi utk yg suka suasana macam tu.
Jazakallah atas info tempat ni, insyaallah, bila balik nanti, saya singgah disitu.
- Doakan untuk arwah ummi saya, dia meninggal dunia pagi ahad lepas, dihospital Klang manakala ayah saya pula masih dihospital yang sama dalam keadaan uzur.
zarzh,
innalillah. al-fatihah buat ummi tuan. Bykkan sabar.
semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang soleh. Amin.
Kita doa sama2 utk arwah dan semoga ayah tuan semakin sihat.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah kan?
Tuan asal orang Klang rupanya. Klang kat belah mana tu?
Jazakallah ziarah76, mak tiri saya yang meninggal, emak kandung masih ada, alhamdulillah, emak tiri saya tu kuat amalannya, tak pernah miss tahajud.
Abang dan kakak saya tinggal diKlang, saya bukan asal klang, tetapi selalu juga turun disana.
zarzh,
oooo i see... insya-Allah, hidayat seluruh alam.
KALUMPANG...
tempat kelahiranku..
RINDUUU nk balik kampung.
tunggu la lepas 3 thn ni insyallah..
(akan ku jejak tanah itu...waahh!)
QuLMinD,
dah lama tak balik kampung yg indah tu ye? sekarang dudok mana?
hah!baru perasan ada komen..huhu..
itu kg kelahiran..
skang ni kt mosir cemano den nk poei..huhu..
Post a Comment