Thursday, December 31, 2009

Tidur di 2009, bangun di 2010

Tahun 2009 melabuhkan tirai, tahun 2010 membuka gelanggang pentas dunia yang pelakon-pelakonnya adalah kita semua termasuk anda.
Apa yang dah tercapai sepanjang tahun lalu...anda jawap sendiri. Harapan untuk dicapai 2010... anda jawap sendiri.
Lakonan ada banyak lakonan. Dari seorang yang tugas hakikinya sebagai seorang pelakon sehingga kepada seorang yang bermain wayang mempermainkan kehidupannya seperti pelakon walaupun bukan pelakon.
Terpulang kepada pandangan masing-masing. Terserah lah...
Kalau dikatakan kita pelakon dalam pentas dunia, maka persoalannya watak apakah yang hendak dilakonkan pada tahun 2010 yang masih segar udaranya ini?
Mari kita lihat seorang yang kerjanya adalah pelawak untuk menghiburkan, iaitu Yuyu -pelawak Firaun.
Dalam banyak aksi lawaknya yg cuba menghiburkan rajanya, pernah dia telah memilih melakonkan watak Nabi Musa A.S.
Dengan asbab lakonannya meniru-niru perbuatan seorang Nabi, maka terkemudian hari dia akhirnya terselamat daripada ditelan belahan air Laut Merah.
Hidup kita dari kecil sampai besar panjang hari-hari sebenarnya banyak yang meniru. Meniru pula banyak perbuatan yang berulang-ulang, untuk mencapai kejayaan.
Sebagai contoh, siapa boleh ingat berapa kali dia pernah menulis perkataan 'saya' sejak sekolah rendah hingga sekarang? Dah banyak kali tapi brapa kali?. Atau brapa kali kita buat benda yg sama ulang-ulang seperti menekan 'enter', 'backspace' di keyboard.
Seorang hafiz, hafizah, kalau dia tak mengulang bacaannya - maka besar kemungkinan dia akan bermasalah dalam hafalan.
Atau apa akan terjadi kalau seorang polis trafik, mogok tidak mahu meniup wisel yg sepatutnya diulang setiap hari, mengeluarkan saman atau seorang memandu tak mahu mengulang perbuatan menekan brek, membelok stereng.
Seorang pengadil bola sepak mengulang tiup wesel dari mula sampai habis.  
Sebagaimana proses pengulangan membantu manusia, proses meniru-niru juga membantu manusia.
Kalau seorang peniaga tidak mahu tiru cara baik peniaga yang berjaya maka besar kemungkinan dia akan tutup kedai. Kalau dia tak mahu tiru gaya hidup sihat, dia mungkin akan bermasalah kesihatan.
Seorang anak meniru sikap ayahnya. Seorang yang dipimpin meniru sikap pemimpin melalui teladan. Penjenayah juga meniru penjenayah yang berjaya.
Tanpa sedar kita telah meniru pelbagai perkara sama ada pakaian rock kita semasa remaja hingga ke meniru orang kepada menu makanan kegemaran.
Fikrah manusia mencari idola yang hendak ditiru, dan ia dipimpin oleh minat, kesedaran, fikir risau dan sebagainya sebagai dorongan, motivasi, galakkan etc. Misalnya budak2 muda yang minatnya muzik akan meniru gaya artis kegemaran mereka sama ada dalam cara bercakap, berpakaian...etc. Kalau peminat bola... jersey idola tentu wajib ada dalam almari utk tujuan tiru pakai.
Bila idea mewujudkan wilayah pembangunan bagi sesebuah negara berjaya, misalnya, Dubai (UAE), Shanghai (China), maka banyak negara turut meniru untuk mewujudkan perkara yang sama.
Ini termasuk Malaysia yang menubuhkan wilayah pembangunan yang dijenamakan sebagai koridor utara (NCER), timur (ECER), Iskandar Malaysia (Johor), SCORE (Sarawak, Sabah).
Ini semua idea peniruan, pengulangan. Tapi mengikut kesesuaian lokasi masa dan tempat. Dan ia perlu ditambah baik dari semasa ke semasa. Kadang kala peniruan tak menjadi, lebih-lebih lagi kalau hanya bersandarkan kepala otak manusia sahaja. Banyak lagi contoh manusia meniru-niru, mengulang-ulang.

Jadi hari ini siapa yang perlu kita tiru?

Kita perlu mengambil Nabi SAW sebagai contoh ikutan dan meniru-niru jejak langkah baginda dan para sahabat Nabi. Sahabat Nabi adalah manusia yang dijanjikan syurga, Allah isytiharkan keredhaan-Nya ke atas sahabat dalam al-Quran.
Kejayaan yang sebenar adalah dalam agama, mereka yang telah berjaya dalam agamanya telah ditunjukkan kepada kita maka perlu kita mencontohi, meniru mereka.
Salah satu proses yg kita patut tiru, hari-hari kita 'jumpa orang/manusia' atas maksud agama. Ini adalah proses pengulangan dari zaman dahulu hingga zaman sekarang. Ulang-ulang cakap perkara yang sama.
Tiru-tiru perbuatan orang-orang yang berjaya, mudah-mudahan Allah pilih kita jadi orang yang berjaya.
Kita tiru dan ulang hari-hari hingga tutup mata. Mungkin ada macam2 penambah baikan, misalnya dari 2 1/2 jam ke 8 jam ke 24 jam, 3 hari ke 40 hari ke 4 bulan, ke seluruh hidup..ect - tapi prosesnya tetap sama iaitu 'jumpa manusia', utk ajak kepada Allah.

Dengan itu, bagi menutup tirai 2009, saya azam untuk meningkatkan proses tiru dan ulang dengan peningkatan dlm diri sendiri lagi dan lagi hingga tiada lagi.
Ini adalah posting terakhir 2009. Angka 2009 sekadar nombor tapi pengisian dalam tempoh waktu itu yang penting, begitu juga apa amal yg kita akan lakukan pada 2009 atau 2010 atau bila-bila tahun pun itu yang penting. Sama ada kita dapat melakukan amalan2 yang menyukakan Allah, mendekatkan diri dengan Allah.
Amalan yang Allah suka adalah amalan yang dilakukan oleh kekasih-Nya, Baginda Nabi Muhammad SAW.

Sekian terima kasih.
Selamat tinggal 2009, maaf kpd si tahun masihi bahawa saya tak meraikan apa-apa pasal perubahan tahun baru masihi. Tapi malam ini kita ada kelebihan untuk tidur pada 2009, tapi bangun tidur pada 2010. Sesuatu yang hanya setahun sekali boleh buat, agak luar biasa tetapi apa nak dihairankan. Ashabul Kahfi tidur lalu Allah bangunkan 309 tahun kemudian.
Sebelum menutup tirai, mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk mengerjakan solat sunat gerhana malam ni, Insya-Allah. Ini takde kena mengena dgn tahun baru masihi, tapi solat sunat sebab ada gerhana. Nabi SAW melakukan solat ini semasa gerhana.



Sekian dulu, di bawah semua adalah copy paste.  -TAMAT-

********************************************************

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.
Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari. Hukum Solat Gerhana Matahari
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.
Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.
Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.
Cara Solat Sunat Gerhana
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah )
Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I'tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir

Diambil dari http://ustazazhar.com/v1/lain-lain/solat-sunat-gerhana.html

***************************************************************

PUTRAJAYA: Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Januari 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula jam 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada jam 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada jam 3.24 pagi.
"Gerhana ini dijangka berakhir pada jam 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari jam 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum," kata kenyataan itu.
Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.
Berikutan gerhana yang berlaku ketika cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.
"Program yang juga adalah anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam," kata Jakim. - Bernama

8 comments:

zarch said...

Asalam, panjang betul entry tahun baru ni, tapi tak apa, kerana minat, baca juga. Cuma pasal Ashabul Kahf tu, rasanya 309 tahun bukannya 900 dia-orang ditidurkan. Maaf jika saya tersilap.

Husaini said...
This comment has been removed by the author.
Hidayatullah said...

huh..ble la nk dpt cara idup nabi dan sahabat..
sehari lapar..sehari makan..azam2

Ziarah76 said...

zarzh,
terima kasih tegur, saya dah betulkan. Memang bukan 900 tahun, saya silap taip. Betul 300 tahun, ada riwayat 309 tahun.
Jazakumullah krn terus membaca.

Yard,
Insya-Allah, kita sama-sama usahakan sungguh2 ikut kemampuan.

Ahmad Al-Hadi said...

Buzruko sahb,
Saya azam 40h tahun ni....Doa untuk saya....Memang hakikat nya dunia sementara, akhirat juga yg kekal...

Tulisan bhai sahb buat saya insaf dan berazam untuk baiki diri..inilah guna seorang rakan yang ibarat cermin untuk kita baiki diri...

Tuan marhalah mana ye?

FakirFikir said...

Alhamdulillah, sebab tidur 2009, blh blh lagi bangun 2010. Takut tak bangun2 lagi.

ابن زين الرمباوي said...

agama itu nasihat..jazakallah

Ziarah76 said...

ahmad,
kalau anta keluar di JB bagitau, nanti saya nusrah insya-Allah.


Fakirfikir,
kalau tak bangun maknanya dah berpindah alam.

Ibnuzain,
nasihat itu bermanfaat untuk orang mukmin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails