Aku accident jatuh motor masa balik solat subuh di surau, Khamis lepas. Tapi alhamdulillah semuanya okay. Luka sikit kat lutut, dagu, pipi, siku dan kaki.
Tak silap aku, kalau seseorang tu on the way pergi kerja atau balik kerja lalu terlibat kemalangan, pekerja itu akan dicover oleh Perkeso dan layak untuk dapat sedikit pampasan insuran pekerja atau apa2 tah.
Tapi bagi kes aku, lepas balik solat subuh yg lepas tu ada taklim dan mesyuarat harian. Jadi, tuan2 doakan lah untuk saya supaya accident ni jadi asbab kifarah dosa aku yang banyak macam butiran pasir pantai Morib atau PD atau di mana-mana lah. Wallahualam.
Dosa zaman2 rock, bawah tanah dulu pun dah banyak, ini kan pula dosa nak kesemuanya, ditambah pula amal ibadat yg sedikit!
Haiii...apa nak jadi kepada kau blog owner Ziarah 76!! Engkau tahu maut itu boleh datang bila2, tapi engkau masih lagi berseronok dgn tipu daya dunia!Satu benda yang kita boleh check diri sendiri ialah bila terkejut atau terjadi sesuatu di luar dugaan, apa yang terkeluar dari mulut kita?
Engkau tahu, dosa kau yang banyak tapi masih rasa complesent dgn amal ibadat yg sedikit!
Engkau tahu masa untuk dimasukkan ke dalam kubur semakin hampir tapi ko tak buat persediaan terhadapnya!
Engkau tahu dunia ini sementara tapi ko hidup sibuk menghimpun isu perut dunia untuk hidup seolah-olah selama-lamanya!!
Ya Allah, daku sentiasa mengharapkan rahmat-Mu, ampunkan lah dosaku.
Adakah perkataan itu:
1) Allah
2) Innalillah
3) Adoiiii
4) Aahhhh
5) etc... letak sendiri, ikut kesesuaian anda
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang mafhumnya, seorang yang akhir kalamnya dapat mengucap kalimah Lailahailallah maka wajib syurga untuknya.
Tapi benda yg nak terkeluar dari mulut secara sepontan bukan benda yg boleh dibuat-buat. Kalau perkara itu yang kita usahakan dalam hidup ini dan telah masuk bersarang dalam hati kita maka besar kemungkinan perkara itu lah yang mudah terkeluar kalau berlaku sesuatu di luar jangkaan.
Ini lah yang kita risau.
Bagaimana kesudahan kita?
--------------------------------------------------------------
Mutu
Apapun, akibat accident tu, aku diberi MC 5 hari. Maka aku balik ke kampung kerana famili ada di kampung sempena cuti sekolah.
Sambil daily dressing yg perlu dilakukan, boleh lah aku berehat bersama famili.
Aku sengaja utk ke hospital kerajaan walaupun dressing boleh dilakukan di mana-mana saja. Jadi aku menilai mutu perkhidmatan hospital kerajaan.
Bagi aku mutunya lebih baik jika dibanding dengan zaman2 dulu kerana walaupun di kampung ini kemudahan tidak lah secanggih di hospital kerajaan di bandar namun mutu nye not bad.
Bagaimanapun, layanan kakitangan hospital terhadap orang ramai yang menjadi pelanggan hospital ini nampaknya masih boleh ditingkatkan. Sebabnya, masih ada jururawat yg bersikap seolah-olah pesakit ini menyusahkan mereka walhal sememangnya tugas hakiki mereka merawat pesakit dgn baik!.
Apapun, tidak dapat dinafikan juga, kemungkinan besar bebanan kerja yang terlalu banyak menyebabkan mereka demikian. Mana tidaknya, dengan RM1 dan kad pengenalan, anda sudah layak untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, maka berduyun2 orang khususnya berpendapatan rendah dan sederhana mengambil nombor untuk mendapatkan rawatan.
Pada masa depan, aku fikir, perkara ini akan diatasi dari semasa ke semasa bertepatan dengan perubahan zaman yg menuntut setiap perkhidmatan dan sistem penyampaian ditingkatkan ke tahap maksima.
-------------------------------------------------------------
Kronisme
Bercerita mengenai hospital kerajaan, pada tahun 2004, anak aku yang sulung disahkan menghidap hernia atau orang melayu panggil angin pasang.
Anak aku asyik merengek. Bayangkan perasaan ibu bapa melihat anaknya merengek dek masalah tu. Maka doktor cadangkan supaya pembedahan kecil dilakukan segera bagi mengatasi masalah itu.
Maka aku pun registerkan nama anak aku untuk pembedahan kecil itu, tetapi sungguh mendukacitakan kerana senarai orang menunggu untuk pembedahan terlalu panjang.
Masa tu di hospital di sebelah utara.
Date yg diberi kalau tak silap lebih sebulan untuk tunggu turn anak aku dibedah. Silap hari bulan ia boleh juga memakan masa berbulan-bulan jika ada kecemasan lain, sedangkan anak aku merengek kesakitan setiap hari akibat hernia.
Selepas solat hajat, yassin dll, aku ikhtiarkan sesuatu yang orang Malaysia panggil 'kronisme'.
Aku tak peduli semua tu!! yang penting anak aku dapat dibedah segera dan aku fikir apa yang aku lakukan adalah semuanya ikhtiar bersungguh2 aku asalkan tak melanggar undang2, tapi dengan yakin bahawa semua keputusan di tangan ALLAH.
Disebabkan aku 'kenal baik' dgn orang berpengaruh dlm sektor kesihatan maka aku telah merayu dia bantu aku untuk percepatkan pembedahan anak aku.
Akhirnya, dengan satu atau dua phone call sahaja, nama anak dah tersenarai untuk dibedah dlm minggu tu jugak!. Maknanya, aku dah skip berapa banyak punya nama orang lain yg dalam waiting list.
Maka, alhamdulillah, minor surgery pun selamat dan anak aku tidak lagi menghidap hernia dengan izin Allah.
Persoalannya, apa pendapat anda mengenai perkara yang berlaku dlm keadaan terdesak ini?
Apapun, aku harap aku tidak lagi akan menggunakan 'tangan ghaib' untuk urusan2 pada masa depan. Dan menjadi harapan juga masalah kelewatan, penantian terlalu lama di hospital2 kerajaan tidak lagi berlaku seperti zaman dahulu yang aku alami.
Kalau di lihat sekarang, nampaknya, mutu perkhidmatan semakin baik, laju, cepat, computerised, well managed. Mungkin ini kerana kementerian kesihatan sudah menyedari apa yang berlaku dahulu lalu meningkatkan mutu sistem penyampaian.
Syabas!! Harap semuanya bertambah baik.
waallahualam bissawab
14 comments:
Salam.
Alhamdulillah la tuan diuji.
Aku ni tak pernah accident seumur hidup aku. Terbalik motosikal tu pernah la. Mmmmmm.. Kena fikirkan tu!!
Innalillah..Saya baru baca blog engkau dah kena accident plak? Moga2 ianya buat meninggkatkan darjah engkau.. Syafaakallah.. Pertama sekali bersholat Hajatlah mohon 'ubat' dari Allah SWT. Seterusnya ikhtiarlah apa2 yang mampu untuk sembuh.. Wassalam..
wan,
cepatnya ko mengomen. pantas dan tuntas gitu...
merah,
alhamdulillah, aku dah sihat sikit. terima kasih ingatkan saya.
aku pernah beberapa kali jatuh motor.. maklumlah le rider.. ada sekali tu jadi asbab otot lutut koyak & kena operate.. dan yang penting dpt mc 2 bulan & sempat keluar 40 hari..
padan muka bos aku sebab sblm tu x lulus cuti aku 40 hari..
azhar,
rider mmg biasa ada pengalaman acc.
(nak tumpang sekaki) Padan muka bos ko... lain kali kalau org nak cuti 40 hari, kena luluskan 4 bulan terus. haha
dulu kat Uk ada gak register anak hernia. Untuk check up ja jumpa consultant, appointment masa tu boleh ambik masa sampai setahun. Belum nak waiting list. My husband pun buat operation ernia , muala mula waiting list setahun, tapi lepas beberapa bulan, ada orang cancelled, so dapat la mencelah.
So, anak akak pun masa 2005, balik malaysia, kenala jump queque jugak sebab balik 2 bulan saja..hemm..nak buat macamana..dah terdesak..Ok jugakla, kat malaysia bayar seringgit boleh jump queque, kat uk tax 22%, kena tunggu long list dan tak boleh jump queqeue unless kalau ada orang cancelled queque..
cuma may be yang beza adalah perkhidmatan org bukan islam yang ada ciri ciri sifat orang islam yang membantu org sakit dengan lemah lembut walaupun stress kerja banyak..:)
Nasib baik accident br balik fikir harian.. kalau br blk bwat bnde lagha..
hurm
smoga kita sentiasa bermujahadah ke jalanNYa
Aslmkm..
Innalillah.. moga Allah naikkan darjat tuan..
Sesungguhnya inilah kemalangan/eksiden yang amat dicemburui..
saya tgh jeles gila2 ni.. hehe..
bestnya eksiden selepas buat amal..
Allah nak muliakan tuan tu.. kena syukur..
sy yg lavel rendah2 ni.. setakat kena sergah dengan anjing jiran kat umah ni ja la salunya pepagi nk pi o balik subuh tu.. hehe.. amal x cukup power lg..
kak ummi,
betul tu... kadang2 value yg sepatutnya ada pada orang Islam tapi takde pd orang Islam dan ada pulak pada orang bukan Islam.
Yard,
mudah-mudahan, amin...
Ishak,
kene kejar anjing tu pun mujahadah jugak tu..
semoga Allah terima pengorbanan tuan.
salam ziarah.
syukran.
syabas, tuan mulia.syabas..
kerana apa tuan mulia?
kerana tuan mulia telahpun bersusah payah di jalan allah..
bercalar-balar di jalan allah..
aku jealous..
aku cemburuimu..
kerana apa tuan mulia?
kerana itulah buktimu bila berdepan dengan allah s.w.t nanti.
subhanallah.. semoga allah s.w.t terima segala amalan tuan. dan semoga allah s.w.t memilih kita semua untuk buat kerja nabi s.a.w, buat kerja dakwah, hidupkan 5 amal masjid dan kita sama-sama pasang azam untuk buat usaha atas iman ini istikhomah sampai mati, insya allah..
ameen.
Innalillah...
assalamualaikum, apa khabar sekarang, semoga sudah pulih sedia-kala. Dan darjat ziarah76 pun semakin tinggi nampak, masyaallah.
- ziarah76, setiap kali saya buka ruang komen ziarah76, ada pop-up add, macam-macam ikhlan keluar da, tadi yang paling ranjau punya ikhlan, sebab tempat close dia,dia tukar sebagai bookmark,jadi saya tak dapat nak close,terpaksa shut down satu komputer...haiya ya ya..
salam...saya rasa hospital tu hospital seberang jaya kan...hospital tu memang slow ckit...tapi hospital tu banyak nurse yng cun....ha3....
teringat awal tahun 2008 ,xcident di highway BKE ,,,lepas keluar 3 hari....pergi hospital seberang jaya berserban.....ha3
7daysweekN,
mudah-mudahan Allah beri kekuatan utk kita istiqamah
anna,
alhamdulillah, Allah bagi sembuh
Zarzh,
banyak iklan ranjau? bahaya tu. Mcm ne nak buat? aku pun tak tau benda pop-up tetiba ni. delete cepat2 kot.
Anakpendang,
Mcm mana hang tau tu sepitalnye. hehe. kalau byk masturat kena tundukkan pandangan, jaga mata, nampaknya.
Berserban? syiarkan sunnah gitu. Alhamdulillah.
Post a Comment