Thursday, October 27, 2011

Sebut betul-betul...'mursyid'

BEBERAPA tahun dahulu, saya dihantar ke suatu kawasan di Utara untuk tempoh 40 hari berada di jalan Allah.
Kebanyakan ahli jemaah adalah dari halqah (kawasan) sendiri iaitu di selatan tanah air. Salah seorangnya adalah seorang pemuda yang pertama kali membelanjakan diri, masa dan harta bagi tempoh 40 hari. Kalau tak silap beliau pun baru satu atau dua kali keluar 3 hari sebelum itu, dan terus ke cillah 40 hari itu.
Walaupun begitu, jazbah beliau sentiasa tinggi dan kalau kita bersembang dengannya, menerusi akhlak dan keterampilannya maka kita akan terasa seolah-olah dia seperti orang lama terlibat dalam usaha.
Beliau juga seorang yang tekun dan bersungguh-sungguh hingga saya sendiri kadang kala terkesan dengan sifatnya.
Satu hari semasa awal tempoh cillah itu, dalam mesyuarat pagi, amir yakni ketua jemaah memutuskan beliau untuk memberi bayan subuh, iaitu ceramah penerangan selepas solat Subuh.
Beliau taat kepada keputusan walaupun nampak seperti keberatan dan ada juga mengesyorkan nama rakan lain. Dia tidak memberi sebarang alasan atau tekan syor tetapi hanya diam dan taat.
Selepas habis mesyuarat, ketika bersembang, dia menyatakan kerisauan kerana dia masih belum boleh bercakap enam perkara sifat sahabat yang mana kebiasaan disampaikan pada bayan subuh. Lagipun, katanya, memandangkan ia adalah kali pertama bayan subuh dalam hidupnya maka dia bimbang akan berasa gugup nanti kerana kurang bersedia.
Namun, rakan lain memberi semangat, dorongan dan menyakinkan beliau boleh melaksanakan tugas tersebut dengan jayanya dan niat untuk belajar, untuk diri sendiri. Lagipun, beliau sudah beberapa kali bermuzakarah dengan rakan seusaha mengenai 6 sifat sahabat itu.
Seorang rakan kami menenangkan perasaannya: "Alaa bayan subuh mana ada orang tempatan duduk... kita-kita je yang duduk, jadi apa nak risau."
Maka sepanjang hari berjalan lancar dan beliau kelihatan lebih tawajuh.
Apabila tiba saatnya iaitu pada selepas solat subuh maka bangunlah beliau lalu duduk di kerusi depan ruang solat untuk memberi bayan subuh.
Beliau memulakan pengucapannya dengan baik tetapi tersekat-sekat, buah-buah bayan adalah seperti orang menghafal sesuatu berkisar mengenai maksud, kelebihan dan cara nak dapatkan.
Apabila selesai hakikat kalimah maka masuk ke bab hakikat solat, beliau nampak berasa seperti sudah selesa dan bertambah bersemangat.
Sebahagian ahli jemaah mendengar dengan khusyuk dan sebahagian lagi 'teramat' khusyuk hingga kepalanya tertunduk ke bawah. Terdapat rakan seusaha tempatan dan juga seorang orang tempatan.
Tiba-tiba apabila sampai ke bab ilmu dan zikir, berlaku sedikit kekecohan.
Mana tidaknya, beliau berkata,".... ilmu masaile kita kena belajar dengan ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang musyrik..."
Nahh..ambik kau. Orang tempatan wajahnya terpinga-pinga mendengar 'mursyik' manakala dua, tiga orang rakan seusaha di depan pun cuba membetulkan percakapan: "...mursyid! mursyid!..."
Tapi sebab kereta dah laju jalan susah nak break, beliau terus jalan bayan kerana tak prasan terjadi kesilapan sebutan, tapi mujur tak jauh beliau tersedar, lalu membetulkannya.
Terdengar kekecohan kecil tu, ahli jemaah yang tunduk kepalanya kerana 'amat khusyuk' pun tiba-tiba terjaga dan terpinga-pinga juga lalu tanya 'apa hal?'.
Bayan diteruskan hingga ke akhir dengan lebih berhati-hati.
Apapun, selepas kejadian itu, kami pun tergelak bila mengenangkan kejadian itu. Tetapi hikmah daripada kejadian itu dan berkat beliau taat amir, mesyuarat, dikhabarkan hari ini beliau adalah salah seorang rakan seusaha yang mantap jika diputuskan memberi bayan dan juga hari ini dikatakan beliau lebih maju dalam usaha dan memberi pengorbanan untuk agama.

5 comments:

zarch said...

he.. he.. he, macam-mcam ada

Ismi Ijmi said...

hehe.
teringat 1st tyme bayan.
heh

Unknown said...

semua kita ada kenangan manis...ketika bayan...sy dulu pancung org yg simpan misau tp x smpan janggut...bila bayan terus amir sab bangun dan amek alih bayan..

hikmahnya...org jahil mcm sy hanya layak khidmat pd ulema,tp ulema la yg berhak kpd bayan...

School Of Tots said...

Ibarat kita blaja naik basikal...jatuh bangun cuba lagi, jatuh bangun lagi, cuba dan try dan cuba...akhirnya basikal itu dapat ditunggangi tanpa pegang handle. ust Azhar Idrus tidak terus2 terer bagi ceramah, dulu pun dia penuh gementar dan tersekat-sekat. Ilmu, amal dan praktikal menjadikan mantap. Kejayaan tidak datang bergolek apatah lagi berjuang menegak agama Allah. Itu Sunnatullah.

Ziarah76 said...

zarch,
tu la pasal...

Ijmi,
Benda 1st time biasanya susah nak lupa

Anak Pendang,
Kalau dah diputuskan, taat je ler.

School Of Tots,
susah payah kerana agama dipanggil mujahadah.
susah payah kerana dunia dipanggil musyaqqah.
pilih lah yg mana nak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails