Tuesday, November 8, 2011

Sentiasa pertingkatkan keimanan


Perutusan Aidiladha Muhyiddin pada 5 Nov. 2011.
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Umat Islam diminta  menyemarakkan ajaran agama itu yang  menggalakkan seruan ke arah kebaikan dan  mencegah kemungkaran bagi menangkis  gejala-gejala yang boleh melalaikan diri daripada  mentaati perintah Allah.
Maulana Hamid mengimamkan solat Zuhur di Ijtimak Nilai.
Muhyiddin turut serta. 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin  Yassin berkata, seruan ‘al-amr bil ma'ruf’ dan  ‘al-nahyu anil-munkar’ yang diterapkan oleh agama  Islam adalah benteng terbaik untuk menghadapi  cabaran keimanan, di dalam konteks kehidupan  masyarakat yang semakin kompleks.
“Saya yakin dengan adanya usaha berterusan  daripada pelbagai pihak untuk menyeru ke arah  kebaikan dan membimbing masyarakat menjauhi  kemungkaran, kita akan dapat mewujudkan  sebuah masyarakat yang harmoni,  bermoral dan  berakhlak mulia,'' katanya dalam perutusan  Aidiladha yang dikeluarkan di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, kesepaduan umat Islam untuk  membimbing masyarakat agar sentiasa mentaati  perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.  akan menjadikan umat Islam sentiasa dipandang  mulia.
Dalam perutusan itu Timbalan Perdana Menteri  turut menyarankan umat Islam supaya  menghargai nikmat keimanan kepada Allah dan  sentiasa berusaha memperkukuh dan  meningkatkan keimanan dengan mentaati segala  suruhan dan menjauhi segala laranganNya.
Prof. Abdul Rahman memberi taklimat ringkas kepada
Muhyiddin di Ijtimak Nilai. 
Sejajar dengan sambutan Aidiladha yang disambut  esok, beliau turut mengingatkan umat Islam  menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan  ketaatan anaknya Nabi Ismail menunaikan  perintah Allah.
“Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban tidak  dapat dipisahkan daripada ibadah korban.  Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia  merupakan hari untuk umat Islam memperingati   kisah pengorbanan Nabi Ibrahim  dan  kesabaran  tiada tara anaknya Nabi Ismail dalam mentaati  perintah Allah.
“Pengorbanan yang dilakukan Nabi Ibrahim  membuktikan kemuncak takwanya kepada Allah   SWT,'' katanya.
Selain itu, penghayatan juga harus diberikan  kepada junjungan besar Nabi Muhammad, para  sahabat dan ulama yang menyebarkan Islam ke  seluruh alam.
 "Alhamdulillah, dengan pengorbanan yang  dilakukan oleh mereka dalam menyebar syiar dan   dakwah Islam, kita telah menerima sinar hidayah  paling bermakna untuk menjadi umat terpilih,  umat yang beriman kepada keesaan Allah SWT   dan kerasulan Nabi Muhammad,'' katanya.
Bersempena sambutan itu, Timbalan Perdana  Menteri dan keluarga mengucapkan Selamat Hari  Raya Aidiladha kepada umat Islam di seluruh  negara dan rakyat Malaysia yang meraikannya di  seluruh dunia.

---------END------------

NOTA: Blog ini bukan blog politik, jadi ketepikan soal perbezaan politik, kerana jika ada unsur politik maka seruan TPM di atas mungkin tidak mahu dipersetujui oleh musuh politiknya. Hakikatnya, apa yang benar tetap benar walau siapa sahaja yang memperkatakannya. Di sini, apa yang dikatakan Muhyiddin adalah benar dan kita perlu menyokongnya!

7 comments:

Ahliacikgukhairul said...

betul.. betul.. betul.. kita sokong akan pernyataan yg benar tanpa mengira siapa pengucapnya. InsyaAllah. (semalam wilamah anak Hj Bakar.. makan sedap.. Alhamdulillah).

Hidayatullah said...

rindu ijtima'.. tapi ramai yang mempolitikkan perkara nih..tak faham betol..

Unknown said...

mashallah.....menarik...

Unknown said...

adiknya sudah keluar jalan kaki,abgnya sudah dtg ijtima...
xlmbt lg akan kuaq plak....
semoga Allah beri kita semua fham..

Ziarah76 said...

AliahCK,
hari tu kami ada tergerak nak menghala ke penang, tapi tukar haluan. Takda rezeki.

hidayatullah,
nak faham kena tambah korban.

Anak pendang,
mudah-mudahan Allah beri kita faham.

fuad ansari said...

seronok tgk ijtimak tidak menghalang manusia yg mempunyai pelbagai fahaman politik utk turut sama hadir..

hari ini, mahu tak mahu kita mesti bersatu di bawah payung Islam.. ketepikan fahaman politik memecahbelah dan gunakan kelebihan masing2 untuk majukan Islam..

hainur hapis said...

Benar.. JAZAKA ALLAH HU KHAIR...

moga ALLAH juga pilih pemimpin2 kita wat usaha agama INSYA ALLAH

JAZAKA ALLAH HU KHAIR
atas perkongsian bermanfaat..

Assalamualaikum

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails