Wednesday, August 10, 2011

JAIS dan Perlembagaan Persekutuan

بسم الله الرحمن الرحيم

Mari kita bincangkan isu pemeriksaan atau serbuan JAIS ke atas sebuah gereja baru-baru ini. Serbuan dilakukan ketika gereja kononnya mengadakan jamuan berbuka puasa, mengadakan kuiz Islam dan ada juga dakwaan mereka mengedarkan injil berbahasa Melayu yang melibatkan orang-orang Islam sebagai tetamu.
Jika ini benar, maka, tindakan JAIS adalah mengikut undang-undang, kerana terdapat peruntukan undang-undang yang mewajarkan langkah sedemikian diambil bagi memelihara akidah orang Islam.
Mari kita lihat Perlembagaan Persekutuan dalam artikel yang menyentuh soal agama Islam.

Maiyah menunjukkan senaskhah buku Perlembagaan Pesekutuan setebal 320 muka surat. Ia adalah poket saiz. Bapanya dulu pernah mengambil subjek undang2 sebagai elektif tapi lulus cukup makan sahaja.

Dalam Artikel 3 dinyatakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. (klik untuk baca)



Baca (1) hingga (5): perkara2 penting yg kita kena tahu dlm ni ialah Islam agama Persekutuan, Sultan/Raja negeri-negeri adalah ketua agama Islam di negeri masing2. Agong adalah ketua ugama Islam bagi negeri yg tiada sultan seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan kesemua wilayah persekutuan (KL, Labuan, Putrajaya).

Seterusnya, dalam artikel 11 perlembagaan dinyatakan kebebasan beragama. Baca teliti terutama dalam soal mengembangkan agama.


Sila teliti perenggan (4) iaitu dgn mudah kata ialah agama lain TAK boleh didakwahkan/dikembangkan kepada penganut Islam.

Mengikut peruntukan sedia ada, setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agamanya termasuk berdakwah kecuali ugama lain berdakwah kepada penganut Islam. Tetapi agama Islam boleh dikembangkan kepada penganut agama lain. [rujuk perkara 11 (1)(4)].
Jika ada pihak atau agama (selain Islam) atau dokrin lain cuba dikembangkan kepada penganut Islam, maka ia boleh disekat kerana bertentangan dengan Perlembagaan. Sebarang usaha, yang mengikut undang-undang dan peraturan, untuk melaksanakan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan adalah terpakai.
Bagi kes Selangor, langkah mereka diperkuatkan lagi dengan enakmen kerajaan negeri yang menyokong perlembagaan persekutuan iaitu majlis agama Islam diberi kuasa untuk menjalankan siasatan atau tangkapan tanpa waran untuk tujuan yang penting itu. Seperti di bawah:
Selangor’s Non-Islamic Religions (Control of Propagation Amongst Muslims) Enactment (1988), which outlines offences deemed as acts of proselytisation by non-Muslims towards Muslims, grants the religious authorities powers to launch investigations and arrest individuals without producing a warrant.
(terjemah lah sendiri ke dlm BM, atau cari lah buku enakmen yg penuh).
 Jadi, dalam laporannya JAIS hanya perlu membuktikan terdapat elemen agama lain cuba dikembangkan/didakwahkan kepada orang Islam semasa kes serbuan tempoh hari. Jika ini berjaya dibuktikan maka, hujah diatas boleh digunakan bersama bukti-bukti. Perlu diingat, serbuan JAIS hanya dapat masuk ke dalam gereja kira-kira satu jam selepas berbincang dgn pihak gereja, maka dalam masa satu jam macam2 boleh berlaku termasuk bukti dilesapkan (disembunyikan) oleh pihak yang berada di dalam gereja.

 Cadangan:
1) Bertindak lah mengikut undang2 dan peruntukan sedia ada. Ada cadangan daripada seorang Timbalan Menteri agar digubal Akta Jenayah Akidah. Cadangan itu bagus untuk memperketatkan lagi halangan kes murtad. Pada masa yang sama peruntukan sedia ada sudah boleh digunakan untuk kes JAIS ini. Jika hendak tunggu akta baru dibahas, digubal, diwartakan di Parlimen maka ia akan berjalan dan memakan masa sedangkan kes JAIS ini sedang berlaku. Akta yg baru itu mungkin untuk kes akan datang tetapi sekarang boleh digunakan apa yang ada. 
2) Orang Islam perlu mengetepikan soal politik berkaitan isu ini. Bertindaklah dengan jujur mengikut kehendak Allah dan rasul-Nya. Selain itu, keharmonian antara berbilang kaum dan agama amat perlu dijaga.
3) Orang Islam perlu meningkatkan usaha dakwah. sama ada dakwah kepada bukan Islam atau dakwah kepada sesama Islam. Orang yang menghalang sebarang pergerakan dakwah termasuk usaha dakwah  sesama Islam seperti mengajak ke masjid, membaiki iman dan amal dan sebagainya, sebenarnya perbuatan menghalang itu bercanggah dengan perlembagaan persekutuan juga.
4) Umat Islam perlu bersatu menyokong JAIS dan JAIS jangan berundur atau mengalah dalam isu ini kerana jika berlaku mengundur ke belakang maka ini akan dijadikan contoh tauladan kepada kes-kes seperti itu pada masa depan untuk dipergunakan oleh anasir yang memusuhi Islam.
5) Langkah JAIS memberi laporan kepada Sultan Selangor mengenai kes ini adalah langkah tepat, kerana Sultan adalah ketua agama Islam bagi negeri Selangor. Kerana ini adalah isu sensitif maka apabila sultan membuat keputusan maka ia adalah terbaik dan semua pihak (agama lain) patut mematuhinya.
6) Ada dakwaan orang Islam pergi mendapatkan bantuan makan etc daripada gereja kerana pejabat agama/zakat tak layan mereka. Ini kes terpencil. Sebenarnya, umat Islam ramai yg sudah terjauh daripada masjid dan surau. jika mereka hampir dengan masjid dan surau maka betapa banyak bantuan, makanan (berbuka setiap hari ada di kebanyakan masjid/surau) dan sebagainya. Bantuan zakat pula, kita kena faham bahawa pemberian kepada asnaf bukan untuk asnaf bermewah tetapi ada had yg perlu dipatuhi sekadar cukup untuknya. Bagaimanapun tidak dinafikan mungkin ada kes-kes terpencil dari segi kekurangan/masalah kakitangan. Ini rasanya kes terpencil. Memburukkan majlis agama Islam dan institusi Islam yang lain secara terbuka kepada umum adalah sekadar alasan yang kadang kala boleh dipertikaikan kejujuran atau agenda di sebaliknya. Bagaimanapun, pihak berwajib perlu ambil perhatian jika benar aduan/masalah itu berlaku dan disiasat.

Satu lagi tambahan iaitu, dalam Perlembagaan Persekutuan adalah sah bagi persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyelenggara sesuatu institusi Islam atau mengajar agama Islam dan membelanjakan wang negara untuk agama Islam. [perkara 12 (2). Jadi tidak patut timbul, penganut agama lain merungut jika Kerajaan membelanjakan wang kerajaan untuk membina masjid atau apa-apa bagi kemajuan Islam.


Dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut, 'Bagi maksud Fasal (d), agama bagi seseorang yang berumur kurang dariapda lapan belas (18) tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya. Ini bermaksud agama kanak-kanak di bawah umtu 18 tahun ditentukan oleh ibu bapa penjaga. Maka tidak patut timbul seperti cadangan DAP yang mahu agar anak-anak diberi kebebasan untuk memilih agama mereka sendiri.


Sekian dulu, saya sebenarnya mahu menulis perkara ini secara ringkas dan simple sahaja. Minta maaf jika terpanjang atau jika terdapat sebarang kesilapan. T kasih.

6 comments:

Anonymous said...

assalamua'laikum tuan,

point #3 & #6 tuan. masyaAllah. :)

FakirFikir said...

sokong. Kecelaruan dan kegilaan politik bukan hanya menyesakkan kita, mencelarukan hal beragama juga. Tambah parah, kita yg byk menyerang agensi yg menjaga agama kita sendiri.

Waqheh said...

Alhamdulillah tuan, penerangan yg terperinci banyak memahamkan saya..

Ahliacikgukhairul said...

Syabas kat JAIS. Dulu belajar dan kena hafal "FEDERAL CONSTITUTION" tapi dah tak ingat sepatah habuk.. hehehe.. Mudahan ahli politik dapat membezakan mana bathil dan mana haq. Rakyat pening kepala mana satu memperjuangkan kebajikan mana satu yang memperjuangkan agama.. :)

Irwan said...

Elehhh, semua orang tahu ini sebenarnya isu politik. Apa saja yang dibuat kat Selangor akan jadi bahan dalam BullshitUtama. Biorkan jer.

Tapi pasal isu gereja tolong orang susah, disamping point of view tuan, saya juga ingin menambah. Mari kita pikirkan camana organisasi yang takde Majlis agama tu, boleh dapat dana nak funding itu ini, pengkristianan dan betapa mereka berpegang pada janji (kata nak kasi lepas convert, diorang kasi duit betul-betul!).

Ni tidak berlaku kepada orang Islam. MAjlis Agama dan BaitulMal ada duit bukan takde, tapi bila nak kasi banyak dolak dalih. Kat Selangor boleh kasi, kat N9 takleh kasi, asnaf ikut mufti ke? Lagi satu, dana berujuta-juta, tapi Bersamamu, orang yang bergelendangan, kebanyakan tetap orang Islam. Apa? Nak kena isik borang dan datang mengadap baru nak kasi? Nak kena report kat RTM3 baru nak tolong? Takleh ke proaktif turun padang dan selesaikan masalah sebelum ia menjadi masalah?

Inilah persoalan yang gua nak utarakan dengan artikel gua pasal isu yang sama 3 bulan lepas:

http://payabesarpedas.blogspot.com/2011/04/berapa-cepat-mereka-membantu-kita.html


Anyway, selamat Berpuasa!

Unknown said...

tahniah,lengkap,kefahaman yg keterangan yg ringkas...

memang style editor...

lepas ni kupas isu yg sama di gereja BM(bukit mentajam) peneng

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails