Monday, March 29, 2010

3 hari

Al kisah, satu ketika ada seorang mamat bermuka serius, gempal dan kulit sawa matang yang tiada sebarang rasa kelakar pun kalau dilihat raut wajahnya, tapi masalahnya dia bercita-cita hendak jadi pelawak terkenal.
Jadi, dia masuk uji bakat raja lawak dua tahun berturut-turut. Tapi malangnya gagal, tak lepas untuk pusingan seterusnya.
Atas masalah peribadi, hidupnya terumbang ambing beberapa ketika akibat beberapa masalah yang kronik dlm hidupnya, sehingga satu hari, dia tak tahu nak pergi mana waktu malam, letih, kemudian pergi ke sebuah masjid untuk berehat tapi tertidur.
Sebagaimana yang telah diatur oleh Allah, di masjid itu ada jemaah sedang keluar 3 hari.
Maka, selepas dia bangun dari rehatnya, jemaah beramah mesra dengannya, menikmati juadah bersama dan mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi.
Dia menceritakan satu persatu tanpa segan silu sebab dah tak tahu di mana hendak mengadu.
Dia kemudian meluangkan masa 3 hari bersama jemaah dan selepas tamat 3 hari itu, dia mengikut ke markas pula.
Hari ini dia ada azam kuat untuk keluar 40 hari pada Mei ini. Tuan-tuan doa lah untuk dia. Semoga Allah mudahkan, aminn...

6 comments:

ابن زين الرمباوي said...

tula hidayat namanye..

Ziarah76 said...

ibnuzin,
mari kita giatkan lagi line hidayat...

Nadri said...

turn kawan tak tahu bilalah agaknya tuan??? asyik sibuk dgn aktiviti duniawi shj...

Ziarah76 said...

nadri,
sama la dgn kawan, asyik sibuk je. doa doa..

zarch said...

Semoga Allah mudahkannya untuk keluar 40 hari, 4 bulan dan seterusnya baki zendegi untuk usaha agama.

Ziarah76 said...

zarzh
amin...pure zendegi, pure alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails