Friday, March 12, 2010

Amalkan kebaikan atasi jenayah

Baru tadi sembang dgn member di Jepun. Katanya di sana dia rasa lebih selamat berbanding Msia yg hari2 kes jenayah semakin meningkat.
Dia tak menyatakan peningkatan kes bunuh diri di Jepun yg semakin meningkat, saya pun tak tanya.
Begitupun, apa yg dinyatakannya sedikit sebanyak ada kebenaran.
Sebenarnya statement bahawa tinggal di negara luar rasa lebih selamat/baik bukan sesuatu yg baru didengar.
Tak perlu pergi jauh, kalau rakyat Msia berada di Singapura pasti dia rasa sedikit kelainan berbanding selepas dia menyeberang selat tebrau melalui tambak Johor.
Tapi pada masa yg sama, pemandu warga Singapura tiba-tiba bertukar wajah memandu dgn brutal sebaik sahaja tiba di Johor Bahru, bukan lagi rahsia.
Kalau tak silap, negeri yang mencatat jenayah tertinggi ialah Selangor/Wilayah persekutuan, penang dan Johor. 
Jenayah juga ada patternnya.
Misalnya, jenayah kongsi gelap, gores dan menang, rompak kedai emas, bank, VCD haram, lucah, ah long dan sebagainya banyak dilakukan oleh penjenayah dari keturunan Cina.
Melayu pula banyak terlibat dlm kes ragut, rogol, sumbang mahram, dadah dan sebagainya manakala India pula banyak kes gaduh berkumpulan, mabuk samsu, geng curi treler dan muatan, bunuh diri frust dan sebagainya.
Apapun, jenayah tidak lah mengenal kaum malahan saudara mara sekali pun!
Dalam setiap kaum waktu ini ada yg baik dan ada yg jahat. Itu realiti.
Maka rasis menjadi irrelevant cuma mungkin dlm siasatan sesuatu kes barang kali ada kait mengait dlm hubungan kaum, dan trend jenayah rekrut merekrut itu biasa bermula dari orang terdekat.
Jenayah juga kian kompleks, modus operandi baru, dlm bentuk2 baru and cross border.
Yang pasti, anggota polis kita semakin berat beban tugasnya, mereka bekerja tanpa mengira masa dan meletakkan nyawa dalam bahaya, hingga apabila si bapa keluar bertugas - tak tentu lagi dia boleh pulang dlm keadaan sediakala bertemu anak-anak, isteri.
Baru-baru ini gaji mereka naik sedikit berbanding gaji dahulu yg kesian jika hendak disebutkan pun. Apatah lagi, kuaters2 yang baru dibina menyegarkan imej polis berbanding berek lama yg usang dulu. Alhamdulillah.
Ramai di kalangan mereka sebenarnya mempunyai fikir yang tinggi mengenai agama, dan sebahagian ketua-ketua polis yang pernah saya temui sungguh kuat mengamalkan agama.
Orang awam perlu lah memberi kerjasama dan sokongan kepada mereka kerana jumlah polis sebenarnya bukan ramai sangat, mereka terpaksa kerja siang malam, pagi petang. Walhal, macam-macam jenayah terus berlaku. Kita perlu kesian dan simpati kpd polis yg bertungkus lumus berusaha mewujudkan suasana selamat dan tenteram utk kita, anak-anak kita tinggal, bermain dan sebagainya.
Begitupun, tugas memelihara ketenteraman tidak lah patut diberikan sepenuhnya kpd. polis semata-mata. Semua perlu mainkan peranan, perlu bantu membantu mengikut kemampuan - itu lah yg biasa kita dengar.
Hakikatnya, jika semua manusia mengamalkan agama maka tentu lah dunia ini akan selamat aman tenteram.
Kalau semua manusia benar2 takutkan Allah dan yaqin bahawa Allah Maha Melihat, sudah tentulah anggotanya tidak mahu melakukan jenayah kerana takutkan Allah, kerna setiap perkara dilihat Allah.
Tetapi realitinya, ramai yg menganggap agama tidak begitu penting, atau menganggap ia hanya dalam bab nikah kahwin sahaja atau sebahagian saja daripada kehidupan. Maka masalah bertambah-tambah.
Mengikut fikiran manusia, jenayah juga ada kaitan dgn ekonomi. Bila orang takde duit, cari kerja susah, makan payah maka jenayah pecah rumah, curi dan sebagainya meningkat.
Ini kerana manusia yaqin dgn benda, dapat benda dapat selesai masalah, walhal hakikatnya tak begitu. Masalah ekonomi itu adalah kesan sampingan sebenarnya. Benda tak boleh selesaikan masalah tanpa izin Allah.
Akibatnya masalah menjadi asbab masalah baru,  masalah asal tak dirawat, kerana manusia tak yaqin kepada Allah.
Apabila umat Islam sendiri tak yaqin dgn amal2 agamanya maka keadaan kita menjadi lebih buruk daripada orang bukan Islam. Hingga sebilangan kecil negara bukan Islam dirasakan lebih selamat berbanding  sesetengah negara Islam.
Walaupun negara bukan Islam, rakyatnya yg bukan Islam tak berpegang kpd agama pun, tetapi keadaan orang Islam yang tak mengamalkan Islam lebih teruk daripada mereka.
Timbul arguement sesetengah pihak, bahawa masalahnya bukan mengenai agama, sebab, orang bukan Islam di Jepun atau luar negara misalnya tak kuat pun berpegang kepada agama tetapi mereka baik-baik belaka. Jadi kesimpulan mereka, tak perlu mengamalkan agama untuk menjadi baik. Ini satu penipuan bisikan syaitan! untuk menjauhkan manusia daripada agama Islam dan amalan-amalannya.
Nabi S.A.W pernah ditanya yang mafhumnya, bagaimana keadaan seseorang itu yang bersolat tetapi mencuri? Nabi memberitahu bahawa suatu hari solatnya mencegahnya daripada mencuri.
Dlm al-Quran, diberitahu bahawa solat itu mencegah fahsa dan mungkar.
Dari sini tentu lah kita faham bahawa penyelesaian umat ini adalah melalui perantaraan amal-amal soleh.
Hendak dilakukan amal-amal soleh ini perlu dikuatkan iman, hendak dikuatkan iman perlu diusahakan iman, hendak diusahakan iman perlu diberitahu yakin kepada Allah, kebesaran Allah, mengenai akhirat dan sebagainya.
Maka pastilah usaha agama itu memberi kebahagian, ketenangan, keselamatan dunia akhirat.
Sahabat-sahabat Nabi, agama telah masuk ke dalam diri mereka seratus peratus maka kebahagian, keamanan dan ketenteraman masuk ke dalam jiwanya hingga walaupun hendak dicampakkan ke dalam kawah mengelegak, hatinya terus berasa tenang hatta jika ada nyawa sebanyak bulu roma pun akan dikorbankan di jalan Allah.
Hari ini, sebab tak usaha bersungguh-sungguh, maka masalah yang timbul ini juga adalah salah saya, setiap individu bertanggungjawab. Kerana belum bersungguh2 bawa manusia kepada kenal Allah, perintah2-Nya, amal-amal agama.
Suatu ketika, saya memasuki bilik rakan sepengajian di universiti zaman dahulu. Di dindingnya terpampang peta dunia tetapi tertulis tajuknya ialah 'World's Organized Crime'.
Perbuatannya melekatkan peta itu disebabkan dorongan pengetahuannya yang mungkin terbina dgn banyak membaca terutama isu-isu jenayah dilakukan mafia, mossad dan sebagainya.
Tersentak dlm hati saya ketika itu, jika ada world organise crime/mungkar maka ada atau tidak world organise maaruf/kerja2 kebaikan bergerak ke seluruh alam secara terancang?
Saya rasa pertanyaan yg timbul dlm hati sudah terjawap. Selain diri sendiri, siapa kah yg tahu mengenai persoalan yg ada dalam hati itu?
So, I rest my case....

1 comment:

seorangnenektua said...

Asalamualaikum
Nenek rasa sangat mudah bentuk anak bila kita bagi Agama pada mereka.Bila mereka dah faham maksud hidup,mereka sudah ada hala tuju.Mereka tak akan buang masa buat benda tak berfaedah.Nakal sikit sikit tu biasala! nama pun budak. Itu yang pentingnya hidupkan suasana masjid dirumah.betul tak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails