Wednesday, March 10, 2010

Mari suburkan cinta


1umat

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang hendak rasai kenikmatan iman maka hendaklah dia mencintai orang Islam yang lain, semata-mata kerana Allah. (HR Musnad Ahmad, Bazzar).

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa Rasululah SAW beersabda: Sesungguhnya di antara tanda-tanda iman ialah seorang yang mencintai orang lain semata-mata kerana Allah, walaupun orang itu tidak memberinya manfaat harta. Mencintai seseorang semata-mata kerana Allah adalah iman (yang sempurna). (HR Tabrani).

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara dua orang yang mencintai satu dengan yang lain kerana Allah, orang yang mencintai saudaranya lebih adalah lebih baik. (HR Mustradak Hakim).

Dari Nukman bin Basyir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan seorang Islam dalam saling memberi kebaikan, kasih mengasihi dan bersimpati di antara satu sama lain adalah seperti satu jasad, jikalau salah satu dari anggota disakiti, seluruh jasad akan merasai sakit, tidak dapat tidur dan demam. (HR Muslim).

Dari Ibnu Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Salam yang sempurna adalah melakukan musafaha (berjabat tangan di antara keduanya). (HR Tirmizi).

Dari Bara' r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a. bersabda: Tidak lah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosanya kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah. (HR Abu Daud).


--->Mari suburkan kasih sayang sesama umat. Insya-Allah.

5 comments:

ابن زين الرمباوي said...

semua ada dalam amalan gash...

Ziarah76 said...

semua hadis diambil drpd kitab muntakhab, nak dpt/masukkan dlm diri kena jumpa orang cakap semasa ghast, 5 amal masjid... etc. Ingatan utk diri saya sendri.

Dr. Bentara said...

malam ni aku tafakud masturat 3 hari insyaAllah.

Ziarah76 said...

Ben,
insya-Allah, semoga Allah permudahkan.
Ooohhh... saat-saat indah berada di jalan Allah. Dgn isteri pulak tu... Alhamdulillah.

Ziarah76 said...

Ben,
insya-Allah, semoga Allah permudahkan.
Ooohhh... saat-saat indah berada di jalan Allah. Dgn isteri pulak tu... Alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails