Monday, April 5, 2010

Adakah kita produktif?

Satu perbincangan yang kerap masyarakat terjebak khususnya orang Melayu ialah 'siapa yang lebih dahulu'. Seperti cerita antara 'telur ayam' dengan 'ayam itu' siapa kah yang lebih dahulu ada?
Kalau telur ayam dahulu, siapa pula yang mengeluarkan telur itu? Tentu lah ayam terlebih dahulu ada, tetapi ayam itu tentu berasal dari telur terlebih dahulu, jadi tentu lah telur dahulu?
Bagaimanapun N3 ni bukan bertujuan hendak menyelesaikan isu tersebut, sebaliknya ia hanya contoh polemik dalam masyarakat dalam isu tertentu hingga persoalan tidak sudah-sudah.
Persoalan sebegini banyak kesnya adalah tak produktif tetapi diselesaikan secara tak produktif juga dalam masyarakat kerana kebanyakkan menuju ke arah menyalahkan orang lain.
Contohnya, dalam masyarakat ada dua lapisan dominan iaitu pemimpin dan rakyat. Jumlah pemimpin adalah sedikit dan kadang kala mereka dipanggil golongan elit. Ini amat mudah difahami dalam teori elitisme.
Golongan elitist juga mempunyai banyak lapis antara pihak judiciary, executive dan legislative dalam sesebuah kerajaan.
Tetapi di peringkat bawahan terdapat lapisan seperti ahli majlis majlis perbandaran (PBT), pemimpin parti peringkat cawangan, bahagian, JKKK hingga ke pengerusi masjid dan surau hingga ke ketua rombongan cik kiah ke Putrajaya. Ini elit terendah.
Rakyat pula adalah golongan paling ramai jumlahnya, dan mereka membayar cukai, mengharapkan nikmat pembanguanan, kestabilan, keharmonian dan sebagainya dan menyumbang kepada negara melalui kederat empat kerat mereka.
Sebahagian rakyat bawahan juga kadang kala adalah golongan elit dalam bidang tertentu.
Dari segi jumlah dan puncak kekuasaan, kita boleh lakar sebuah piramid tiga penjuru yang mana golongan elit berada di bucu puncak manakala rakyat di bawah piramid antara bucu kanan hingga kiri.
Dalam mana-mana masyarakat waktu ini rata-rata akan timbul masalah di sana sini mengikut cabaran masing-masing, ini termasuk dalam isu hendak melonjakkan lagi kesejahteraan masyarakat.
Apa yang biasa berlaku ialah bagaimana dua lapisan dominan tadi iaitu pemimpin dan rakyat melihat terhadap penyelesaian masalah itu.
Di sini bermula cerita 'telur ayam dan ayam' tadi bila sesuatu situasi hendak dibaiki atau dinaik tarafkan. 
Lazimnya golongan rakyat akan berpendapat pemimpin adalah lebih perlu berbuat begini dan begini, menggubal dasar baru, peraturan baru, menguatkuasakan undang-undang...etc to impove situation. Pada masa yang sama pemimpin pula akan berpendapat rakyat, pengguna dan orang ramai sepatutnya buat  begini dan begini untuk atasi sesuatu masalah.
Bagi rakyat dan golongan biasa, kalau pemimpin rosak maka habislah seluruh masyarakat rosak.
Bagi pemimpin, kalau sudah disediakan semua benda, semua dasar dan peraturan yang terbaik tetapi jika rakyat tidak mahu ubah sikap maka sia-sia lah semuanya.
Dua lapisan dominan ini terjerumus kepada salah menyalahkan dan perkara ini kerap kita dengar, lihat dan baca dari dahulu hingga sekarang dalam sesuatu isu. (Kecuali jika hampir waktu pilihanraya, keadaan ada sedikit berubah, kerana semua blame dan kesalahan akan diletakkan di bahu parti-parti yang bermusuhan. Kerana itu lah scapegoat terbaik mengikut kesesuaian masa).

Apa pandangan anda? Adakah anda bersetuju bahawa argumen seperti ini tak produktif?

Sebenarnya, hal begini bukan berlaku di sesebuah negara sahaja tetapi juga di banyak negara termasuk negara maju yang mengaku lebih bertamadun dan demokratik termasuk Amerika Syarikat, lebih-lebih lagi dalam dasar luar terhadap Afghanistan, Iraq, Cuba, Korea Utara, beberapa negara Arab dan sebagainya.
Ini permainan biasa yang setakat ini Israel lebih mendapat laba.

 Gambar atas merujuk kepada politik antarabangsa sahaja, tau!

Berbalik soal hubungan dua golongan dominan tadi dalam masyarakat, bolehkah dikatakan mendapat kuasa lalu menjadi pemimpin adalah penting untuk mengubah masyarakat? Kita bercakap dalam konteks demokrasi moden yang kononnya diagungkan oleh kita semua sekarang.
Atau adakah peranan rakyat lebih penting? Atau adakah orang biasa ini tidak pernah berjaya dalam mengubah keadaan? 
Jika kita katakan bahawa adalah penting untuk berpolitik lalu menjadi pemimpin dan dengan itu perubahan masyarakat boleh dilakukan, ini ada benarnya, tetapi hakikatnya tidak semuanya benar.
Jika dilihat contoh demokrasi masa kini sudah tentu, pemimpin bertindak mengikut citarasa dan selera rakyat yang mengundinya, hingga berlaku di luar negara yang bersetuju membenarkan homoseks atau sesuatu yang bercanggah dengan norma positif hanya kerana hendak memenuhi kehendak rakyat bawahan. 
Kerana kegagalan melayan apa yang dikehendaki orang yang dipimpin adalah merbahaya bagi kedudukan orang yang memimpin. 
Jadi maknanya, bukan pemimpin tetapi rakyat lebih utama. Sebab itu slogan rakyat didahulukan mudah popular kerana ia adalah realistik. Jika dipimpin marah, maka bertukar kepimpinan, sama ada peringkat elit atasan atau elit bawahan.
Seperti juga teori kononnya, pengguna perlu menggunakan kuasa pengguna untuk mengajar peniaga dengan memulaukan peniaga tamak haloba.
Nampaknya pengguna lebih berkuasa walaupun pengguna juga adalah golongan yang selalu kena tipu oleh peniaga.
Ok, katakan kita bersetuju dgn pendapat bahawa golongan rakyat, orang ramai, pengundi dan pengguna adalah paling utama berbanding pemimpin, maka ini juga benar tetapi tidak semua benar juga.
Hakikatnya, golongan kebanyakan biasanya lebih tidak mempunyai akses kepada maklumat dalaman yang penting dan sering tidak dapat membuat keputusan yang paling bijak daripada yang bijak.
Disebabkan kekurangan itu, mereka lebih terjerumuskan kepada emosi, perasaan, keuntungan jangka pendek dan tidak melihat jauh dalam sesuatu keputusan.
Sebab itu jika mereka juga adalah golongan yang mudah diperdaya, dihasut lalu mengadakan demonstrasi sepanjang hari, sama ada memakai baju kuning atau merah sama ada diupah atau datang sendiri.
Ini berlaku di Indonesia, Thailand dan negara-negara lain. 
Tentu lah banyak contoh lagi jika perkara ini hendak dibincangkan.

Tetapi, kita tidak perlu juga terlalu detail hingga membuka semua buku Jeans Jacques Rousseu, Thomas Hobbes misalnya kerana ia memeningkan kepala dan tidak membantu pun.
Boleh juga kalau hendak dibincangkan pandangan idea-idea Ibnu Khaldun, Ibnu Taimiyah, Rashid Rida dan sebagainya. Kerana kita tiada masa untuk perkara itu sekarang ini.

Kesimpulannya, kedua-dua lapisan dominan tadi adalah penting dan lengkap melengkapi seperti telur dan ayam kedua-duanya penting.
Tetapi ia menjadi bebal dan rosak jika kedua-dua pihak mengikut kehendak mereka sendiri tanpa mengikut kehendak Allah dan Rasul-Nya.
Jika pemimpin mengikut telunjuk rakyat atas perkara fasad maka ia adalah bebal dan begitu juga sebaliknya.
Apa guna jika kita boleh menggembirakan berbilion manusia tetapi tidak mengembirakan Allah, membawa kemurkaan Allah?
Tetapi realitinya, kerap kali amat menyedihkan, kerana ini bergantung kepada tahap keimanan seseorang dalam masa lapisan masyarakat pun.
Sebenarnya, tidak penting berada di lapisan dominan mana sekali pun --- pemimpin-rakyat, kaya-miskin, kota-desa dan sebagainya --- tetapi yang penting ialah bagaimana hubungan kita dengan Allah, kehidupan akhirat yang hendak dibina.
Sama ada pemimpin atau rakyat tidak mengapa, tetapi bagaimana dalam keadaan kita itu agama dapat dibawa dalam diri kita.
Dengan cara ini, masyarakat akan melihat kebaikan dan tidak menyalahkan.
Kalau semua orang Islam benar-benar beriman, maka pemimpin yang bertaraf kacang hantu pun terpaksa melakukan keputusan yang memihak kepada masyarakat bertakwa tadi.
Dan sudah tentu, pemimpin yang kurang sifatnya tak boleh diangkat jadi pemimpin di kalangan masyarakat teguh iman dan taqwa tadi.
Maka usaha meningkatkan iman adalah paling penting kerana ia akan memberi kesan kepada semua golongan, menyusup hingga ke hujung kuku-kuku orang ramai sama ada dia lawyer, doktor, majistret, peniaga, ahli muzik, penyapu jalan dan sebagainya. 
Sesiapa sahaja golongan elit, maka mereka boleh terus dalam keadaan elit mereka kerana usaha agama yang hak tidak berhajat kepada perkara apa yang mereka ada.
Siapa-siapa sahaja yang berada di kelompok bawahan, maka mereka boleh terus berada dalam keadaan mereka, kerana usaha yang hak juga tidak mahu apa-apa daripada mereka.
Usaha agama tidak mendapatkan manfaat daripada manusia, tetapi manusia lah yang mendapat manfaat daripada usaha agama.
Usaha agama dipelihara oleh Allah, hidayat juga di tangan Allah.
Sama ada dia parti A atau B atau tiada parti, parti tupperware, tidak mengapa, kerana semua adalah saudara seIslam yang jika mereka menjaga agama, maka dia sendiri akan mendapat manfaat dan seterusnya kepada umat. 
Kita tak perlu terperangkap dalam perkara tidak produktif sebaliknya perlu menggunakan diri, masa, dan harta pada tahap maksimum produktif iaitu di jalan Allah.
Wa Allahualam.

p/s: Mengambil kira peranan semua pihak secara positif, sudah tentu kita tidak boleh sama sekali menyalahkan atau memandang negatif/serong kepada suadara seIslam kita yang tidak mahu terlibat dalam politik atau berparti!
Artikel ni sekadar memberi hujah rasional.
 

4 comments:

Umma-ali said...

Salam,
Huii pjgnya, xsempat baca semua, terus nak komen...hehe.
Teringat byn kiyai Uzairon, ayam sekarang asalnya dari mana? Dari ayam yg sebelumnya...tapi ayam yg pertama asalnya dari mana??? Daripada tiada kepada ada, diadakan oleh Allah swt... Dunia ni diciptakan oleh Allah SWT drpd tiada kpd ada, langsung menyangkal pendapat n teori yahudi...Allah menciptakan alam ini dlm masa 6 hari dan hari ke6 iaitu jumaat Allah sempurnakan ciptaanya iaitu Adam AS...byk lagi, nnti saya cuba buat n3 berkenaan ni insyaAllah...

Ziarah76 said...

kak,
menarik kiyai tu...
tp N3 ni kena baca abis la. hehe
Sbb N3 bukan nak selesaikan isu ayam, telur tu.
Ayam itik tu bukan maksud, tapi nak bagitau org slalu ada dua golongan berbeza pendapat tp menyalahkan lain pula.
Dlm soal nak islah masyarakat, depa pikiaq nak buat dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas?
Lepas tu depa tak bole trima orang tak mahu pi mengundi!

-Kadang2 apa yg saya tulis bukan untuk bacaan karkun tapi utk orang awam termasuk rakan sekerja atau member2 bukan rakan seusaha.
-Wa allahualam

zarch said...

Suatu nukilan yang baik, thanks for sharing. Teringat sekali tu dijemput kesuatu kenduri, terlewat sikit, kemudian dihidangkan hanya kuah dengan telor. Tuan rumah dengan segan-segan beritahu, "Maaf, ayam semua dah lari, jadi tinggal telor aje..."

Ziarah76 said...

zarzh,
ok jugak dpt telur, ada gak hakikat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails