Menyorok atas tayar.. ni gambar dah keluar sikit..
Jadi bila gua pegi tengok dekat2, dia menggigil dan terus memperosokkan diri ke dalam. Bagus juga cara menyorok camtu sebab anjing tu tak dapat la sua kan muncung nak gigit.
Tapi bila dia alihkan sikit badannya maka ternampak lah ekornya dah berdarah dan 'alat' kejantanannya pun macam luka. Ish..ish kesiannnnn...
Gua suruh dia keluar dari tempat persembunyian kerana dia sudah 'Merdeka' dan 'Sekarang sudah aman'.
Walau apapun, kena control hensem..
Tapi dgn muka trauma dan cuak, dia terus duduk dlm dgn kepala terjenguk sikit ke luar, mungkin nak tengok line clear ke tak. Beberapa minit gak dia menyangkutkan diri atas tayar sampai sempat la gua ammik gambar. Pastu gua umpan dgn ikan keli goreng special, tapi dia 'malu-malu kucing' walaupun usia dia nampak mencecah warga emas, tapi tak la sampai umur 52 tahun.
Malu-malu kucing atau malu-malu takut...ikan keli goreng special tak terusik.
Lepas tu orang rumah pun bukak air paip sebab nak basuh lantai. Jadi bila nampak air je terus kucing tu melompat keluar dan melarikan diri dgn laju beb....
Dari tak berapa jauh dia berhenti, aku nampak dia macam dah lega kerana 'Sudah Merdeka' cuma dia takde la laungkan Merdeka!. Itu lah kucing yang dimerdekakan daripada penjajahan, pembulian dan perangai buruk haiwan anjing. Maka tiada lagi lah hidupnya buat masa tu dalam ketakutan kerana tiada lagi penjajah di kawasan daerah jajahannya.
Anjing tu memang tak berperikemanusiaan sebab dia bukan manusia. Tapi anjing tu ada hati perut dlm perut dia pasal tu bila dihalau, dia tahu itu bukan tempat milik dia lalu dia lari. Misalnya, takde la anjing tu menceroboh semenanjung Gaza lepas tu duduk buat macam rumah sendiri.
Kucing tu merdeka tapi dia tahu kemerdekaannya perlu dipertahankan dgn langkah-langkah tertentu kalau tak, boleh jadi kemerdekaannya hilang lagi dan hidup dlm ketakutan semula. Kerana anasir jahat kat luar tu bila-bila boleh datang balik.
Tapi selain ancaman luar, kucing tu tahu jugak agaknya ada ancaman dari dalam sebab kat daerah jajahan dia (sekitar taman perumahan gua) ada beberapa ekor kucing jantan jugak yang masing-masing mahu berebut kuasa, wilayah, kucing betina dan hasil mahsyul.
Semoga kucing tu terus merdeka....
6 comments:
kat sini takde nampak langsung anjing liar... aman sungguh.
"Anjing tu memang tak berperikemanusiaan sebab dia bukan manusia. Tapi anjing tu ada hati perut dlm perut dia pasal tu bila dihalau, dia tahu itu bukan tempat milik dia lalu dia lari. Misalnya, takde la anjing tu menceroboh semenanjung Gaza lepas tu duduk buat macam rumah sendiri."
aahahaha.
cudnt agree more;p
meowwww..
merdeka...!! merdeka..!!
meow..!! meow..!!
hahaha... sejak bila posting dah macam hamka nih?
abg ben,
alhamdulillah aman. Tp bila la agaknya cat dog ni nak bermaaf-maafan sblm kembali ke tanah?
atie,
Tu la hakikatnya...kadang2 manusia jadi lebih teruk drpd haiwan.
en_me,
meowww..
Eksp,
Hamka? x sama, dia punya post xde gambar. Dah otai tu..sy baru blaja2
Hidup atau mati, kucing tu dah pasti merdeka...
Kita ni je yg tak tau lagi merdeka ke tak kat "sana".
Tapi kat dunia ni buat macam "ana yg punya" (sayalah tu...)
***********************************
Sumber Alternatif Untuk Maklumat, Tips, Promosi dan Pengiklanan
[KAUSAR KREATIF INFOMEDIA]
Ruang alternatif untuk kongsi suara anda di Mini Forum Google Group [WARONG KOPI KAUSAR KREATIF]
***********************************
Post a Comment