Thursday, May 20, 2010

Terkonang semasa dulu...

Markaz Penanti, sekarang dah berwajah baru...

HARI ni masak kari ikan. Tetiba terkonang pula suatu ketika semasa berada di marhalah lama Taman Pauh Indah, di Penanti. Masa tu, sebagai orang awam, antara takaza kami ialah buat usaha atas student politeknik seberang perai (PSP) kerana surau kami berdepan dengan politeknik tu, hanya dipisahkan dengan jalan utama Permatang Pauh.
Satu lagi medan usaha ialah usaha atas student UiTM Pulau Pinang yang kedudukannya di jalan itu juga dan of course dalam halqah kami juga, tapi takaza usaha atas mereka banyak diambil oleh marhalah sebelah, Kampung Pertama yg lebih hampir kedudukannya.
Bagi politeknik, pensyarah yang aktif buat usaha ialah Cikgu Khairul dan Cikgu Shafie manakala rakan seusaha lain, Hj Rezuan, Hj Rezuan Arkitek, Faizul dan saya (paling lemah) yg merupakan bukan warga PSP membantu sedikit sebanyak usaha itu.
Kami juga dibantu oleh fikirmen student, Munir (berasal dari Perak) yg berpindah ke Pauh Indah kerana Allah, sebab mahu membantu usaha student. (Dia juga bekas student politeknik di negeri lain.)
Antara student yg 'jos tak hingat punya' masa tu (yg saya masih ingat) ialah Bashir (berasal dari Perak), Iskandar (Terengganu), Usop (Selangor), Nasa (Johor Bahru), Mat Noor (Segamat), Edy (selangor), Juffri (Terengganu). Ada lagi nama yg tak ingat. Mereka sungguh komited buat usaha.
Sebelum mereka ada Salleh (Selangor) yg sebelum itu, student Politeknik Engku Omar Perak yg praktikal di kilang Bukit Minyak dan duduk di sekitar Pauh Indah.
Dia ni memang sentiasa jos, wajahnya penuh fikir risau. Asbab berkat usaha gigih beliau, Allah s.w.t kesian, maka muncul lah student-studen lapis selepas tu yg jos jugak.
Saya masih ingat, Salleh hendak keluar 4 bulan jadi ehwalnya dimesyuaratkan di marhallah dan kemudian ke halqah dan seterusnya.
Saya terkesan cerita dia simpan duit berdikit-dikit untuk keluar IPB sebaik sahaja habis praktikal. Bahkan separuh duit loans dah diketepikan untuk belanja IPB, lepas tu dia suruh kami pegang. Tapi bila dimesyuaratkan, duit tu dipegang oleh syura.
Walaupun aktif buat usaha tapi dia student cemerlang dlm pelajaran dan apabila selesai semua urusan peperiksaan dan sebagainya belanjanya tak cukup tapi asbab amalannya entah siapa entah, ada infak. Allah pilih dia untuk pergi IPB.
Tak lama kemudian, ada pula budak nama, Rizuan (Terengganu) mengikut jejak langkah keluar IPB juga.
Ada beberapa rakan seusaha orang awam di mahalah yg buat usaha atas student masih belum dapat pergi IPB, bersyukur dapat tengok budak2 ni pergi IPB.
Lapis selepas mereka, itu lah kumpulan Bashir, Iskandar, Usop, Nasa, Mat Noor, Edy, Jufri. Mereka cukup aktif hingga pernah kami keluar 3 hari, bila mereka tasykil kawan2 mereka, surau roote kami keluar sudah jadi macam mini jord!.
Kadang2 hingga lebih 30-40 orang, macam nak pecah surau dibuatnya.
Walau macamana pun Allah permudahkan semua urusan. Lagi pun, student keluar hanya satu hari setengah, bila depa balik tangguh maka tinggal lah orang awam beberapa kerat. Suasananya jadi - 'aku tengok hang, hang tengok aku'.
Ada sekali tu, apabila rakan seusaha di kalangan orang awam ramai yg telah keluar 40 hari, 4 bulan, tinggal la saya dan cikgu khairul di mahalah membawa jemaah student.
Saya masih ingat masa tu, kami terpaksa panaskan, perhangatkan gulai kari dari hari ke hari sebab tak sempat nak masak yg baru. Ada juga bulan seterusnya, Cikgu Khairul menunjukkan skil masak asam pedasnya yg mana resepinya dicilok dari isterinya (orang Johor).
Selepas tu, bila depa masuk tahun kedua, kepala kantor student-student ni tak lagi duduk asrama, depa duduk luar menyewa di belakang rumah saya.
Maka bertambah meriah surau mahalah, penduduk setempat terkesan dengan akhlak mereka. Lebih-lebih lagi, masa tu isu semasa di luar sana hebat sungguh mengenai masalah seperti mat rempit dan sebagainya, maka bila orang awam tengok studen-studen buat usaha tabligh maka sejuk hati mereka.
Mereka lah yg berulang alik dari rumah ke surau, memenuhkan saf solat, membaca quran di surau dan akhlak mereka terbentuk dengan baik.
Sesi taklim mahalah dibaca di hadapan sebaik sahaja selesai imam membaca doa selepas solat subuh. Sesi taklim bukan sahaja karkun dengar tapi diikuti oleh penduduk kampung, semua jemaah, siap dengan mikrofon. Setiap hari, studen2 ni digilir2kan bersama orang awam membaca taklim di depan. Penduduk kampung sungguh senang hati dengan mereka.
Pengerusi surau, Ustaz Azmi dan AJKnya juga duduk dlm taklim.
Apabila gotong royong dan aktiviti surau, budak2 studen ni akan ke depan membantu, yang paling depa suka ialah bab makan. Tolong makan la...
Walaupun tak keluar jemaah, Ustaz Azmi memang sangat suka dan takde halangan utk apa-apa program jemaah termasuk mahalah kami jadi lokasi mesyuarat mingguan halqah secara tetap.
Surau kami cukup akrif dengan pelbagai ceramah, tetapi begitupun, mereka tetap mengosongkan hari Isnin untuk memberi laluan kepada Ghast pertama kami.
Ustaz tersohor mana pun yg datang tak buat ceramah hari Isnin lepas maghrib sebab ada 'ghast tabligh' dan beberapa kali diadakan jord student termasuk majlis ceramah syura Malaysia, Tuan Guru Haji Salleh sempena Nuzul Quran di surau bertuah itu.
Kadang2 rakan seusaha orang awam macam kami segan juga dengan kesungguhan student dan usaha atas student jadi asbab kami bergerak sikit-sikit.
Pernah sekali datang pula rasa malas hendak ke malam markaz, tapi bila terkenang student-student ni takde transport nak ke markaz walaupun semangat berkobar-kobar, maka naik jazbah balik hendak pergi ke markaz kerana Allah.
Satu ketika, ada urusan di Kuala Muda (Kepala Batas) yang mana tempat ni jadi nelayan turunkan hasil tangkapan laut.(sikit background: Kuala Muda ada dua, satu Kota Kuala Muda di daerah Sungai Petani, Kedah. Satu lagi Kuala Muda Penaga, Kepala Batas. Dua lokasi ni dipisahkan dengan muara Sungai Muda. Dua tempat ni pernah dipukul Tsunami 2006)
Di sini ikan dijual pakai sistem lama iaitu bisik-bisik. Jadi saya pun 'terbeli' ikan temenung (ikan kembung) satu bakul seberat 7 kg. Niat nak beli memang nak masak-masak sikit untuk student, tapi sebab tak reti sistem tawar menawar bisik-bisik maka terbeli banyak. Jadi bila tiba malam markaz, kami biasanya ikram student bawa taam. Jadi ikan kembung tu saya masak kari manakala studen blakang rumah macam biasa, saya suruh masak nasi pakai periuk letrik.
Al kisah.... Tapi semuanya dah ditetapkan Allah, maka resepi kari saya tak menjadi hari itu. Bila dibuka periuk yg diisi kari ikan tu, rupa-rupanya.... habis semua hancur isinya, terpisah-pisah dengan dagingnya.
Rupa-rupanya, salah saya, terbiar api masak lama sangat, sedangkan ikan tu saiz tak brapa besar, jadi begitu lah jadinya.
Maka selepas majlis bacaan hayatus sahabat malam markaz, semua student dengan wajah ceria menunggu juadah disediakan. Tunggu makanan sunnah kan. Di antara diorang, ada yg khidmat ambik saprah, bawa periuk, air, hidang sana sini etc...macam biasa
Bila 'ikan' diceduk dari periuk 'hikmat' ke talam alumunium dan diletakkan di atas nasi maka penuh la tulang-tulang kecik, besar, halus.
Tapi budak-budak studen tu ikram... langsung tak komplen apa. Punya lama depa nak prabis nasi setalam sebab hati-hati takut tersuap tulang ikan.
Pehhh... budak-budak ni ada sifat betul. Dalam hati, kalau saya, memang tak sanggup nak makan gitu. Depa ikram saya yg lemah ni.
Dipendekkan cerita sebaik sahaja habis pengajian mereka, kesemua 'kepala-kepala' tabligh di kalangan student ni semuanya berangkat ke India, Pakistan, Bangladesh (IPB) selama 4 bulan, kecuali Nasa yg keluar 40 hari kerana ada panggilan maktab perguruan dan Jufri kerana hal yg tak dapat dielakkan.
Masa depa nak keluar, habis moto, komputer dan macam-macam barang depa jual dikorbankan untuk tampung belanja pergi IPB.
Sekarang ni entah ke mana diorang semua dan apa khabar mahalah Pauh Indah? Jauh di sudut hati saya berdoa agar studen-studen ni semuanya terus aktif buat usaha lagi dan lagi sampai tiada lagi.... semoga Allah pilih syahid dalam usaha ni. aminn.

13 comments:

abufirdaus said...

Salam,
Entry yang bagus...
Nasa masih josh...sekarang khuruj negara jiran di Solo 40hari. Dia student UPSI dan satu marhalah dgn ana tuan...doakan kami juga mati dlm iman yang sempurna.jazakaAllah khair.

Admin said...

terkenang jugak zaman gua student. zaman markaz masjid india. gua pakai serban sebesarq bakul ikan. la ni lemah macam katak tunggu hujan.

misbah said...

saya pernah keluar area-area ni masa tahun 2008..dekat-dekat demgan uitm penang ngan poli..tak dilupakan markaz penanti yang belum siap lagi mse tu..

ismadiyusuf said...

2005 pernah keluar 40 hari di penanti, org muda2 pada masa tu byk nusrah, byk belajar mcmana nak nusrah jemaah dgn org tempatan

musa said...

Bila saya baca tentang himpun duit teringat le kawan saya dulu masa belajar kat UPM, dia kumpul wang siling sampai separuh karong besar untuk keluar 40 hari. sampai sekarang pun menjadi amalan saya kumpul wang setiap bulan untuk keluar 40 hari Nov. setiap tahun, jadi sampai masa insyaallah Allah mudahla bagi kita untuk korban harta dan diri

Unknown said...

untuk pengetahuan tuan ziarah76,PSP sekarang nie masih kuat,diorang cuba bersaing dgn poli kami(kulim) dari segi usaha,
cikgu sahul hamid,bro munir dan ramai lagi rakan seusaha yg kuat
dok ikram budak2 PSP nie...PSP pun azam 10 hari kuar,kami POLI kulim azm 10 hari khidmat tapak jhord di Beseri...

doa pada sy dan jemaah sy sy azam IPB 18 JUN 2010..

Ziarah76 said...

abufirdaus,
marhalah Tanjung Malim ka? beruntung la dapat rakan seusaha yang bersungguh2.
sama2 doa insya-Allah.

Kilat,
Brapa hasta punya serban tu syeikh?
Mudah-mudahan hujan hidayah, insya-Allah.

misbah,
2008 saya dah takde di sana.

ismadiyusof,
bila nusrah, org tempatan pula byk blaja dgn org yg sedang khuruj

hj musa,
saya ada tabung utk simpan duit syiling, tapi sampai sekarang tak penuh-penuh...hehe

Anak pendang,
di poli kulim, kalau tak silap ada cg rahim?
Cg Shahol Hamid di marhalah sebelah iaitu Pangsapuri Idaman, Taman Pauh. Masa saya di sana, dia byk ambik takaza studen UiTM kerana dlm kawasan pangsapuri dia ada bbrp blok yg khas utk student UiTM duduk.
Satu lagi, dia usahakan juga Pangsapuri Taman Pauh Damai sebelah marhalah dia yg juga ada studen.
Marhalah sy di Tmn Pauh Indah itu lebih dekat dgn poli berbanding surau cg shahol.
Semoga Allah permudahkan tuan untuk keluar IPB, insya-Allah.

Munir Kangsari said...

Anak Pendang Sekeluarga kenal saya ka? Aiseh x leh cover.

TPI leni tinggal bbrp orang sahaja. 4 Amal ja tinggal. Leni banyak buat usaha dengan student SMK.

UiTM - 3 orang sedang bergerak di kawasan Jord Merlimau, Melaka

PSP - 1 jemaah 10H insya- Allah on 28th.

Pauh Damai - dah kurang kontroversi selepas peristiwa hitam Karkun gaduh tu. Student PSP jadikan route 2nd Ghast depa. Marhalla ni fikirmen UiTM akan duduk sem depan dan usaha disini.

Bashir, Usop & Noh di KL
Iskandar di Tganu
Nasa tengah kuar

*Moulana Umar rah pesan kita x suruh tuan2 ikat perut dengan batu tapi ikat perut dendan 'Ayam' (makan sedap)

Talam student malam Markaz mmg meriah. Dijamu dengan Tandoori pelbagai ^^,

Unknown said...

alhmdulillah...route kami ke beseri di luluskan....
kpd bro munir....sy kenai tuan,tuan kenai sy....

Munir Kangsari said...

owh setelah diselidik Tuan ka. Kita ajak join halqah larut malam kita aritu tapi x join.

Bukan ke IPB ka x lama lagi?

Ziarah76 said...

Munir,
Macam beri laporan pd mesyuarat pula. Alhamdulillah... terus maju nampaknya usaha student.
Budak2 lama tu, ada rezeki jumpa la nanti, insya-Allah.
Kalau terus buat usaha, insya-Allah mudah dipertemukan.

Cg khairul ada call bagitau, Haji Jalil sekarang 4 bulan ke Jerman, Holland. Hj Mat Redha pulak khidmar Nizamuddin 2 bulan.


Anak pendang,
Selamat ke IPB.

Munir Kangsari said...

saya lama x jumpa depa. Cuma surat yang depa utus kat saya masa kuar IPB saya laminate simpan buat kenangan.

*India Air-Mail tu nipis sangat

A'ah Hj. Jalil BBNJ & Hj Mat Redha khidmat Nizamuddin.

Insya-Allah ada lagi orang Halqah yang azam ke Chile/Argentina.

Anonymous said...

[b][url=http://soft-buy-oem-7.com/item/2260-Adobe-Creative-Suite-5-Master-Collection.html]Adobe Creative Suite 5 Master Collection - $249.95[/url]
[url=http://soft-buy-oem-7.com/item/2134-Windows-7-Ultimate-64-bit.html]Windows 7 Ultimate 64 bit - $79.95[/url]
[url=http://soft-buy-oem-7.com/item/1535-Windows-XP-Professional-with-Service-Pack-3.html]Windows XP Professional with Service Pack 3 - $59.95[/url]
[url=http://soft-buy-oem-7.com/item/2272-Office-Professional-Plus-2010-64-bit.html]Office Professional Plus 2010 64-bit - $79.95[/url]
[url=http://soft-buy-oem-7.com/item/2259-Adobe-Photoshop-CS5-Extended.html]Adobe Photoshop CS5 Extended - $69.95[/url]
[url=http://soft-buy-oem-7.com/item/1826-CorelDRAW-Graphics-Suite-X4.html]CorelDRAW Graphics Suite X4 - $119.95[/url]
[url=http://soft-buy-oem-7.com/item/2256-AutoCAD-2011.html]AutoCAD 2011 - $199.95[/url]
[url=http://soft-buy-oem-7.com/item/2262-Norton-360-Version-4.0-Premier-Edition.html]Norton 360 Version 4.0 Premier Edition - $49.95[/url]
[url=http://soft-buy-oem-7.com/item/2299-Adobe-Creative-Suite-5-Master-Collection-for-MAC.html]Adobe Creative Suite 5 Master Collection for MAC - $259.95[/url]
[url=http://soft-buy-oem-7.com/item/2295-Adobe-Photoshop-CS5-Extended-for-MAC.html]Adobe Photoshop CS5 Extended for MAC - $69.95[/url]
[url=http://soft-buy-oem-7.com/item/2296-Adobe-Dreamweaver-CS5-for-MAC.html]Adobe Dreamweaver CS5 for MAC - $69.95[/url]
[url=http://soft-buy-oem-7.com/item/1832-Microsoft-Office-2008-Standart-Edition-for-Mac.html]Microsoft Office 2008 Standart Edition for Mac - $119.95[/url]
[url=http://soft-buy-oem-7.com/item/1996-Mac-OS-X-10.6-Snow-Leopard.html]Mac OS X 10.6 Snow Leopard - $29.95[/url]

[url=http://soft-buy-oem-7.com/][img]http://soft-buy-oem-7.com/img/baner/big2.jpg[/img][/url]

microsoft office 2007 oem software, [url=http://soft-buy-oem-7.com/]dj software for sale[/url]
[url=http://soft-buy-oem-7.com/]buy pc software[/url] windows software downloads educator software discounts
Advanced Mac FileMaker [url=http://soft-buy-oem-7.com/]adobe acrobat 9 backward compatilbility[/url] professional software purchase
[url=http://soft-buy-oem-7.com/]softwares price list[/url] i store software
[url=http://soft-buy-oem-7.com/]download adobe acrobat 9[/url] cheapest video editing software
adobe acrobat 9 pro activation error [url=http://soft-buy-oem-7.com/]office 2003 network copy and paste hangs vista[/url]

[url=http://www.kwangdae.com/bbs//zboard.php?id=bangmy&page=1&page_num=5&select_arrange=headnum&desc=&sn=off&ss=on&sc=on&keyword=&no=766801&category=1]2009 Mac[/url]
[url=http://forum.autogir.ru/viewtopic.php?f=4&t=27946]academic discount on software[/url]
[url=http://buchuk.de/blog/2009/02/sexay/#comment-6616]buying selling software[/url]
[url=http://www.forum.telldworld.com/viewtopic.php?p=9145#9145]buy microsoft frontpage software[/url]
[url=http://our-clothes.com/include.php?path=guestbook/signgb.php]free antivirus software for windows xp[/url][/b]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails