Sunday, May 30, 2010

Mari contohi para sahabat r.ahum

Nabi s.a.w telah bertemu dengan Harithah r.a lalu bertanya kepadanya: "Bagaimanakah khabarmu hari ini?
Jawab Harithah r.a: "Saya menghadapi pagi ini dengan keimanan yang sebenarnya kepada Allah!
Nabi s.a.w lantas bertanya lagi: "Setiap ucapan itu memiliki hakikatnya, maka apakah hakikat keimananmu?
Jawapnya: "Diriku menjauhi dunia, lantas saya menjadikan siang hariku dengan puasa, malamku diisi dengan tahajjud dan seolah-olah saya melihat jelas akan arasy Allah, dan seolah-olah saya melihat para penghuni syurga sedang menziarahi antara satu dengan yang lain manakala ahli-ahli neraka sedang menjerit-jerit menerima hukuman dalam neraka.
Mendengar itu Nabi s.a.w bersabda: Kamu benar ! maka tetapkanlah keimananmu, hamba yang diterangi hatinya dengan Nur daripadaNya. (Riwayat al-Bazzar dari hadis Anas dan al-Tabarani).

5 comments:

Abang Ben said...

sedih je compare dengan diri

Anak Pendang Sekeluarga said...

kami sedanmg keluar ngn student PSP,amirsab bro munir....sempoi beb....

ziarah76 said...

ben,
aku pun sama, begitu la yg kita patut rasa...

anakpendang,
tengah keluaq pun boleh blogging? Memang sempoi amer sab, apa nak buat dah amer sab pun bloggers... hehe

ibnu dinar said...

sahabat adalah role model umat........

ismadiyusuf said...

ikutan bagi umat akhir zaman

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails