Wednesday, May 12, 2010

Dah semakin tua

Chomel sungguh budak ni, kalau dah besar confirm la hensem. hehe

Hari ni, genap 34 tahun umur,  pejam celik rupa-rupanya begitu cepat masa berlalu.
Kat atas tu, gambar masa kecik bersama emak tapi tak sure umur brapa.

Kalau nak tahu, kami adik beradik sejak kecik2 dulu memang tak pernah sambut hari jadi atau majlis special ke apa2 yg sewaktu dengannya di rumah, walaupun emak selalu ingatkan satu persatu tarikh lahir anak-anaknya yg berjumlah 9 orang.
Cuma dah bosa panjang baru lah ada sikit-sikit meraikan tarikh-tarikh ulang tahun tertentu termasuk lah tarikh2 special anak2, isteri untuk menceriakan suasana.



Atas tu contoh jajan feveret masa kecil, tapi of course la packaging dan rege dia dah jauh berubah. Hari ni wife hadiahkan satu. Hehe

Apapun, tarikh lahir sudah kita ketahui tetapi tarikh mati tak diketahui bila. Mungkin esok lusa, entah bila....
Mafhum hadis, Nabi s.a.w bersabda, orang yang paling bijak adalah mereka yang ingat mati dan buat persediaan.

p/s: Kpd mereka yg berkongsi tarikh lahir, selamat menyambut ulang tahun kelahiran jugak la diucapkan...

13 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum, Shah,

Selamat menyambut hari kau diberanakkan!

Kimminas

ahlia azharjaafar said...

Hari Lahir..maknanya kene ucap Jazakillah pd mak ler..sb mak yg melahirkan..huhu...ape2 pun tahniah sb dapat sampai pd angka 34.

p/s..Ahlia bg hadiah mamee je ke? spesel2 yg lain xde???

ismadiyusuf said...

dulu kita di alam roh, dimasukkan ke dalam alam rahim, pas tu alam dunia...kat alam ni dah 34 tahun..baki kat alam ni tak tau lagi..esok,lusa dan bila...tapi aku masih lagi leka tentang alam seterusnya...

seorangnenektua said...

Semoga panjang umur dan hidup dalam keredhaan Allah.Semoga kerja Agama berterusan dan meningkat.Semoga bahagia selalu.

musa said...

Asmkum, bila tuan sebut emak sebut satu persatu tarikh lahir anak-anaknya 9 orang, sebak dada dan mengalir air mata saya kerana terkenang ibu yang telah pergi, Allahyarham ibu saya juga sering menyebut tarikh lahir anak-anaknya satu persatu seramai 13 orang, kami keluarga miskin anak nelayan, jadi tak pernahlah buat apa-apa majlis harijadi, Saya ucapkan selamat hari lahir pada anta dan ingat setiap bertambah umur kita maknanya semakin dekat kita dengan kubur, oleh itu tingkatkan lah usaha atas iman dan amal.

Ziarah76 said...

thanks kimi,


ahlia AJ,
yg betul dari sudut bahasa ialah menyambut 'ulang tahun' tarikh kelahiran. Maknanya 'tarikh' kelahiran tu yang diulang sambut. Yg beranak sekali je, tapi tarikhnya yg dikenang dan diraikan berulang kali.
p/s: ada hadiah lain, tp tak yah cakap dlm blog. hehe


ismadiyusuf,
Hazrat Hanzalah r.a berkata dia telah munafik hanya kerana keadaannya semasa bersama majlis nabi tak sama ketika berada bersama keluarga, di rumah.
Nabi SAW bersabda yg mafhumnya kalau keadaan beliau, fikir akhirat boleh kekal seperti mana dlm majlis nabi maka nescaya malaikat akan sentiasa berjabat tangan dengan beliau.

Manusia lemah mcm kita ni apatah lagi, memang byk leka. Semoga Allah ampunkan kita.


nenektua,
doakan saya dapat tambah korban.


Tn Haji Musa,
saya juga berasal dari keluarga miskin, nak makan hari2 pun ala kadar, jadi sudah tentulah tak mampu buat majlis hari jadi ke apa2.
Tapi syukur lah, sbb takde rasa apa2 kekurangan pun sbb takde majlis2 macam tu.
Ya, kubur semakin hampir, doakan saya agar dapat tingkatkan usaha lagi dan lagi.

izat said...

huishhh..siannya hadiah mamee je..he he..tulah buat kek tak mau makan..kan dah bg mamee je...tak pe ye tunggu farhah n sumaiyah kasi hadiah pulak ye..semalam mak dia n naufal dah kasi kan?Tunggu tauuuu...

Dr. Bentara said...

selamat jadi tua.

Unknown said...

slm....slmt hari2 tua....
tuan...minggu lepas...sy hadiri malm markaz...penanti,jumpa saudare munir dari kawasan seberang jaye...dia bawa student psp....cikgu shahul hamid pun ade....

Peluncur Islam said...

selamat pendek umur! huhu...

kita kan sama je tarikh lahir... 12 Mei... sama2 selamat pendek umur... sebab kita semakin pendek umur...bkn semakin panjang... semakin hari semakin pendek umur kita.. Ya Allah... bantulah kami berada atas jalan yang Engkau redhai..

arizWanmerahs said...

selamat harilahir. Umur semakin pendek, buku catatan akan ditutup, alam matrix yang panjang.. syurga dan neraka menyambut.. sebenarnya segalanya telah terjadi, hanyasanya kita tidak mengetahui..

Ziarah76 said...

ben,
tua dah...

anakpendang,
jumpa depa, sampaikan salam saya. Sebenaqnya la ni saya slalu dok teringat masa zaman2 di penanti dulu.

peluncur,
ya... sama kita 12 Mei. Tahniah la jugak untuk anta yg semakin pendek umur. hehe

merah,
Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui..

Othman Juliana said...

happy belated birthday. baru perasan *oh, awk kena paham, sejak umur meningkat (baca: saya)-byk yang perlu difikirkan & ada perkara yang terlepas pandang. oh, makin dekat kita dengan mati. moga dipanjangkan umur agak dapat perbanyakkan ibadah kepadaNya (in any types of ibadah). insyaAllah.

selamat hari tua :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails