Dalam sehari dua ini, ada beberapa kawan-kawan pejabat dan di luar pejabat yang bertanya kepada aku soalan yang sama. Ada juga saudara mara yang bertanya.
Yang peliknya, walaupun orang berlainan, berasal dari negeri berbeza tetapi soalan tetap sama. Seolah-olah persoalan ini berlegar-legar dalam masyarakat. (Diharap tidak, kerana ia dianggap perkara basic oleh sesetengah pihak). Hikmahnya, soalan-soalan itu membuatkan aku lebih teliti dan terus bertanya kepada yang ahli.
Soalannya berbunyi lebih kurang begini:
SOALAN 1
Kawan: Daging korban, orang yang buat korban tu boleh makan ke tidak?
Aku: Siapa cakap tak boleh makan?
Kawan: Dengar ada orang cakap tak boleh.
Aku: Main dengar-dengar (hearsay) ni lah yang payah ni.
SOALAN 2
Kawan: Daging Aqiqah tak boleh beri bukan Islam, daging korban boleh ke tidak? Tulang daging aqiqah ditanam, tulang korban macam mana?
Aku jawap: tulang korban buat sup gear box sedap.
SOALAN 3
Saudara mara kata: "Orang nak korban seekor lembu, tapi AJK masjid suruh ikut bahagian yang dibahagi kepada 7 bahagian. Mana lebih baik? Tak boleh ke seekor terus?"
Sebelum mengulas lanjut, perlu dinyatakan di sini bahawa aku bukan 'ostat' ataupun ustaz, walaupun nampak macammm osstaatt baru nak start.
Yang kedua, persoalan fiqh adalah daerah yang perlu berhati-hati. (Bayangkan kalau tersalah, lalu orang mengikut perkara yang tersalah itu, siapa nak tanggung tu?).
Jadi, yang terbaik jika ada kemusykilan, adalah lebih baik saudara saudari pergi berjumpa dan merujuk sendiri kepada ustaz-ustaz dan guru agama yang
mursyid. Dapat jumpa face to face lagi baik.
Bagaimanapun, untuk tidak menghampakan 'penyoal' tadi dan mengelakkan kekeliruan berlarutan berlegar di kepala jemala mereka, maka terpaksa jugak dijelaskan secara ringkas mengenai soalan itu (sikit je) selepas aku merujuk lanjut (utk lebih berhati-hati) kepada seorang ustaz yang 'berpangkalan' di Kubang Bujuk. Beliau merujuk terus kepada kitab asal dan menterjemahkannya dari bahasa Arab kepada Melayu satu persatu kepada aku.
Kitab yang dimaksudkan ialah kitab Mahalli karangan Syeikh Jalauddin Muhammad bin Ahmad al-Mahalli merupakan syarah kepada kitab Minhajut Tholibin karangan Imam Nawawi. (Mahalli adalah antara kitab syarah yang tertinggi dalam mazhab Syafie rah.)
Dan tujuan menulis secara ringkas di sini, semoga, ia dapat memberi manfaat kepada aku (iaitu direkodkan dlm catatan di sini) dan sesiapa sahaja boleh mengambil manfaat daripadanya jika mahu, insya-Allah.
JAWAPAN SOALAN 1
Disebut dalam kitab itu:
1) Qaul pertama, ialah orang yang membuat korban boleh memakan satu pertiga (1/3) daripada daging yang dia korbankan, yang baki disedekahkan.
2) Qaul kedua, ialah orang yang membuat korban boleh memakan separuh (1/2) daripada daging yang dia korbankan, yang baki disedekahkan.
3) Qaul ketiga, ialah orang yang membuat korban boleh memakan 1/3 daging korban manakala 1/3 lagi disedekah dan 1/3 lagi dihadiahkan.
Disebut juga, daging korban boleh diberikan kepada orang kaya tetapi dengan syarat tidak boleh bagi milik, yakni hanya boleh untuk sekadar dimakan si kaya itu tetapi tidak boleh dijual dan sebagainya.
Daging korban yang disedekahkan kepada orang miskin, terserah kepada orang miskin itu untuk dibuat apapun.
Walau bagaimanapun, kesimpulannya:
1) Wajib mensedekahkan sebahagian daripada daging korban itu.
2) Yang paling afdhal ialah mensedekahkan semuanya kecuali satu suap untuk dimakan oleh orang yang mengorbankan daging itu bagi mengambil berkat. Satu suap itu disunatkan kerana Nabi Muhammad SAW berbuat demikian.
3) Sedekah daging ini hanya daging manakala kulit dan tanduk tidak termasuk.
4) Hukum membuat korban adalah sunatun mustahabatun (sunat yang digalakkan) dan satu lagi Qaul, hukumnya adalah sunat muakad (sunat yang ditekankan).
JAWAPAN SOALAN 2
Daging Aqiqah dan korban sama sekali tidak boleh diberikan orang kafir.
Tulang aqiqah ditanam, tulang daging korban tak perlu ditanam.
Pembahagian daging aqiqah adalah sama seperti daging korban sebagaimana di atas.
Perbezaan lain antara daging aqiqah dengan daging korban pula tentu sudah sedia maklum dan diketahui umum maka tidak perlu dinyatakan lagi.
JAWAPAN SOALAN 3
Korban yang afdhol mengikut turutan keutamaan, untuk korban:
1) Paling afdhol seorang buat korban seekor unta;
2) seorang buat korban seekor lembu;
3) seorang buat korban seekor kambing;
4) tujuh orang buat korban tujuh ekor kambing masing-masing
5) tujuh orang buat korban seekor lembu yang dikongsi kepada tujuh bahagian. (yang ini banyak dilakukan di masjid-masjid di Malaysia).
(Maknanya, dari segi keutamaan, yang no. 1 lebih afdhal dari no. 2, yang no.2 lebih afdhal dari no.3, yang no.3 lebih afdhal dari no. 4, yang no. 4 lebih afdhal dari no. 5)
Sekian, waallahualam bissawab
Info tambahan:
**Pagi tadi, duduk bayan suboh malam markas, semasa bayan, pembayan memberitahu, beliau telah bermuzakarah dengan Imam Besar Masjid Sri Petaling dan maulana itu memberitahu, umat Islam di Malaysia disunnahkan mengikut mazhab Syafie.
7 comments:
1. bro... guru mursyid tu apa? Camana nak beza guru mursyid atau tak? Cikgu agama kat sekolah tu mursyid ke? Minta penjelasan.
2. Mazhab Syafie yang kita ikut selama ni betul2 ke dari Mazhab Syafie (majlis tahlilan, doa awal/akhir tahun, maulid nabi etc). Minta penjelasan juga.
suka ulasan yang terakhir tu.
ben,
1-dari segi bahasa, mursyid bermaksud yang memberi petunjuk, roote word dieja huruf ro, syim, dal. ditambah alif pd awal supaya maknanya lebih tepat sbg arsyadu (past tense) atau huruf ya utk yursyidu (present tense).
Mursyid adalah pembuat, seperti play, pembuatnya player.
-dari segi istilah. mursyid, orang yakni ulama yg dgn perantaraannya Quran dan Sunnah Nabi SAW dpt dihidupkan. Maknanya dia mengamal, menghidupkan sunnah.
-guru agama di sekolah, kita boleh panggil ustaz @ org alim. Mursyid lebih tinggi drpd ulama, kalau sekadar mengajar di sekolah agama tanpa mengamal, x menghidupkan sunnah tak sampai lah tahap mursyid.
2-isu ni mmg dah dibincangkan lama oleh ulama. Dlm syafie, ia takde masalah tapi kena tengok implementation jgn bercampur aduk benda2 yg tak boleh...etc. ada masaail dlm hal ini. (duit simati beri kpd yg hadir tahlil arwah sbg upah..etc.. campur laki prempuan, etc.. dll. masa..dll).
Jika tak dijaga lebih baik dijauhi, kalau semuanya dijaga maka ia mustahab digalakkan, ada juga yg kata harus dlm sesetengah kitab ada lafaz yusannu, dlm usul fiqh, sunnah ada byk peringkat, yusannu bukan sunnah yang Nabi buat tapi yg dibolehkan buat.
Mufti Negeri Sembilan ada tulis buku mengenai semua persoalan ni, dgn lengkap dan ada ustaz yg syorkan aku cari, beli. Aku tak jumpa lagi. Mufti Johor galakkan baca Yassin mlm jumaat..etc. Katanya, komunis tewas di bukit kepong, asbab amal org Islam baca Yassin beramai2 setiap malam, lepas tu berdoa. (Senapang xde)
-apapun, jgn berpuas hati dgn jawapan ringkas ni, perlu tanya org alim, ustaz. Aku bukan ustaz. Aku jawab pun sebab ko ikhlas tanya. Jika tak, aku x mau jawab.
Munir,
tu yg aku dengar, tiba2 je pembayan cakap pasal tu bila dia karkuzahri baru balik keluar 4 bulan di luar negara yg ada mcm2 pendapat, jadi dia muzakarah.
- Kitab yang dimaksudkan ialah kitab Mahalli karangan Imam Nawawi rah. dan yang mensyarahkan kitab ini adalah Imam Qulyubi dan Imam Umairoh. Dan kesemua mereka adalah bermazhab Syafie rah. (Mahalli adalah antara kitab syarah yang tertinggi dalam mazhab Syafie rah.)-
Ustad, sedikit pembetulan, kitab Mahalli atau Kanzul Raghirbin adalah karangan Syeikh Jalauddin Muhammad bin Ahmad al-Mahalli merupakan syarah kepada kitab Minhajut Tholibin karangan Imam Nawawi. Manakala kitabQalyubi wa Umairah adalah merupakan Hasyiah kepada Syarah Mahalli (Jalaluddin al-Mahalli) 'ala Minhaj (Imam Nawawi).
anonymous,
terima kasih betulkan, saya bukan ustaz. Diakui saya memang kurang teliti dlm hal demikian. Sudah dibetulkan dlm posting
anonymous,
hasyiah atau hasyiatain sebab ada 2nota kaki.
Ada 4 imam terlibat, Minhaj (kitab Imam Nawawi) lalu disyarahkan Syeikh Jalauddin Muhammad bin Ahmad al-Mahalli, Imam Qulyibi, Imam Umairoh.
Selain Imam Nawawi, saya dah tak ingat precisely apa nama kitab terkenal karangan seorang lagi syaikhon, Imam Rofie.
Maaf, kalau saudara bagitau nama tuan pun ok jugak kot.
kalau daging gerban ad 6 gerban 1 aqiqah boleh ke tidak?
Post a Comment