Saturday, November 21, 2009

Alhijrah tahun depan disokong

Ingat tak, dulu kita pernah bincangkan soal TV dlm blog ni dalam posting di sini dan di sini. Rata-rata bersetuju bahawa siaran TV di negara kita ni agak merbahaya terutama kepada anak-anak kita jika ia tidak dikawal.
Mungkin pertimbangan stesen TV adalah antara soal profit iaitu disebabkan hendak menghidangkan rancangan yang menarik untuk menarik penonton hingga sanggup mengetepikan soal moral dan nilai-nilai agama.
Memang ada rancangan yang ok, tapi banyak yang tak ok. Itu lah antara kesimpulan yang boleh dipersetujui semasa berbincang dalam bab ini pada posting lepas.
Justeru, rancangan kerajaan untuk mewujudkan Stesen TV Alhijrah adalah amat dialu-alukan. Secara umumnya idea untuk itu adalah baik, sekurang-kurangnya keluarga Islam ada alternatif untuk menonton. Walaupun sebenarnya, kalau boleh hidup tanpa TV agaknya lebih baik, tapi realiti sekarang ia amat sukar dilakukan bahkan kalau ada yang berjaya berbuat demikian tentu lah boleh dibilang dengan jari jumlahnya.
Apapun, berita Siaran TV Alhijrah mula tahun depan amat disokong dan dialu-alukan demi kebaikan masyarakat Islam negara ini.
Lebih parah sekarang ni masyarakat dah tak dapat dinafikan menuju ke arah hedonisme, bersuka ria semata-mata dalam pelbagai sudut kehidupan.
Bagaimanapun, kita tunggu dan lihat lah bagaimana pengisian TV itu nanti, kalau ia diselitkan dengan unsur politik kepartian maka sudah tentu ia tak mencapai maksud. Sewajarnya ia perlu menjadi stesen yang tulus mulus, ikhlas dan benar-benar dapat membantu masyarakat Islam dalam pelbagai sudut terutama dalam pendidikan.
Apapun kita tunggu dan lihat lah bila beroperasi tahun depan. Sebenarnya, lebih cepat lebih baik.


Siaran TV Alhijrah mula tahun depan
PUTRAJAYA 20 Nov. - Saluran televisyen Islam pertama negara, TV Alhijrah dijangka memulakan siarannya pada pertengahan tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bagaimanapun berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyempurnakan majlis prapelancaran TV Alhijrah lebih awal iaitu pada hujung tahun ini.
Beliau berkata, rancangan TV Alhijrah sesuai ditonton oleh seisi keluarga tanpa mengira latar belakang agama penontonnya.

''Program kita bukan sahaja mengenai bacaan al-Quran, forum perdana dan kuliah, tetapi ia mengambil kira keperluan semua penonton termasuk mereka yang bukan Islam.
''Rancangan kita memenuhi keperluan seisi keluarga, golongan remaja, peminat sukan dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan sumbangan bernilai RM500,000 daripada Bank Rakyat kepada Alhijrah Media Corporation di Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Daud Tahir kepada Pengerusi Alhijrah Media Corporation, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.
Jamil Khir berkata, kerajaan telah bersetuju memperuntukkan RM10 juta kepada TV Alhijrah untuk menampung kos pengurusan dan pentadbiran saluran televisyen baru itu.
''TV Alhijrah merupakan saluran tidak berbayar kerana kita mahu masyarakat di seluruh negara memanfaatkan rancangan-rancangan yang disiarkannya.
''Keadaan ini juga bermakna TV Alhijrah memerlukan sumbangan dana daripada pelbagai pihak," katanya
---Diambil dari UTUSAN MALAYSIA

4 comments:

Dr. Bentara said...

sokong!!!

haSan faTula said...

Salam, apa yang penting orang Islam, bukannya tv Islam. Sebab yang nak menguruskannya manusia atau orang yang biasanya Islam. Kalau orang ini kemaruk dunia atau pencinta dunia yang tegar, walaupun ada tv Islam masih tak dapat atasi masalah sekarang.

ابن زين الرمباوي said...

abis smua benda masuk islam..bank islam, pusat islam,kedai islam,produk islam,fesyen islam,negara islam, skarang tv dah masuk islam..orang banyak keluar dari islam dan amalannya..salah saya jugak usaha agama tak sungguh2..smoga Allah ampun...

Ziarah76 said...

ben,
ok la tu.

hassan,
orangnya kena didakwahkan.

zain,
salah saya jugak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails