Saturday, September 22, 2012

Soalan yang belum terjawab...

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah lama tidak berpeluang menulis entry, walaupun penulisan bukan sesuatu yang asing dalam rutin hidup. Blog ini pun hampir-hampir mati dibiarkan begitu sahaja, tak dipedulikan.
Saya teringat, suatu ketika saya menghadiri persidangan antarabangsa NAM (Non Aligned Movement) di Kuala Lumpur. Ia dihadiri para pemimpin dunia antaranya F.Castro dari Cuba, Pervez Musharaf (Presiden Pakistan) dan beberapa pemimpin utama dunia lain. Malaysia ketika itu masih ditadbir oleh Dr. Mahathir Mohamad.
Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya amat berbangga kerana pemimpin negara lain amat mengkagumi  kecerdikan Perdana Menteri kita. Dan ketika itu, saya pun berasa bangga begitu.
Saya berpeluang mengikuti beberapa ucapan dan kenyataan pemimpin-pemimpin dunia yang hadir pada persidangan itu. Ucapan Dr. Mahathir cukup menarik. Pengucapan Castro penuh karismatik dengan wajah bersungguh-sungguh memperlecehkan negara-negara Barat dan hipokrasinya.
Dalam satu kesempatan, saya dan beberapa rakan (dari luar negara) berpeluang bertanya soalan kepada Musharaf mengenai Osama Laden yang ketika itu sedang diburu hebat oleh Amerika Syarikat. Dan Pakistan adalah sekutu kuat Amerika bagi mewajarkan serta memastikan pemburuan itu berhasil di bumi Afghanitan hingga di North-West frontier Province (NWFP) - daerah tandus yang tidak berundang-undang.
Musharaf berkata, dia tak tahu di mana Osama berada dan kemungkinan Osama sudah meninggal dunia kerana dia mempunyai banyak penyakit. Bagi Musharaff, secara lojiknya bagaimana Osama yang mempunyai sakit itu dan ini boleh hidup dalam gua tanpa rawatan perubatan sempurna.
Musharaf berkata, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mengejar dan menangkap orang berjanggut atau berjambang di Pakistan. Kemudian Musharaf bertanya kami: "Do you know how many bearded men in Pakistan?" 
Kami yang ditanya terkedu mendengar soalan yang sebenarnya bukan soalan.
Soalan itu, sebenarnya tak perlu kepada jawapan. Tetapi sampai sekarang saya teringat soalan itu yang kadang kala lucu juga kerana di Pakistan sudah tentu terlalu ramai berjanggut dan berjambang. Bila Osama ditembak mati oleh Amerika pada May 2011, maka saya teringat kembali soalan Musharaf itu yang diajukan kira-kira lapan tahun sebelum Osama dibunuh.
Jadi, sekarang adakah anda boleh menjawab soalan Musharaf itu iaitu berapa ramai lelaki berjanggut di Pakistan? Sebenarnya, janggut tiada kena mengena dengan keganasan atau terroris, ia adalah sunnah Nabi s.a.w. Dan sepatutnya kita semua perlu menyimpan janggut bagi mengikuti sunah Baginda s.a.w.
Namun masalah timbul ialah bila orang menggunakan agama untuk tujuan kerosakan dan kepentingan dunia. Lalu Islam telah disalahertikan. Sedangkan agama yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Sekian dulu.

Thursday, July 12, 2012

Kisah jemaah Yaman, bapa Habib Ben Hafiz karkun...

SUDAH lebih sebulan tiada posting baru gara-gara kesibukan. Tapi hari ini cuba mencuri masa untuk berkongsi satu karkuzari mengenai cerita satu jemaah Yaman yang sedang bergerak sebulan di kawasan Alor Setar dan Kuala Kedah. Mereka jemaah dua bulan di Malaysia. Pada tarikh posting ini ditulis (12 Julai 2012), jemaah baru sahaja meninggalkan Alor Setar untuk ke Kuala Kedah. Roote mereka seterusnya sekitar Jitra dan Sungai Petani. Saya sempat bersama beberapa ketika memberi nusrah kepada jemaah ini ketika mereka berada di Alor Setar.

Bertamu
Satu malam, seorang ustaz (orang awam) tertarik dengan jemaah ketika bertemu di masjid apabila berbual-bual, lalu ustaz itu menjemput semua ahli jemaah untuk makan malam di rumahnya.
Saya juga pergi kerana diputuskan bertindak sebagai pemandu kereta membawa mereka. Setiba di rumah, jemaah disambut dengan cukup mesra. Ustaz tersebut bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih kerana pernah belajar di sebuah universiti tanah Arab (Mesir kalau tak silap).
Terpancar kegembiraan pada wajah ustaz tersebut dan rakan-rakan ahli jemaah suraunya ketika menerima tetamu dari Yaman itu. Lalu dihidangkan lauk pauk yang sungguh lazat.
"Dhuyuf, dhuyuf... tafadhol," kata salah seorang daripada mereka ketika mempersilakan tetamu. (Dhuyuf bererti para tetamu iaitu plural-jamak, manakala dhif bererti seorang tetamu iaitu singular-mufrad dalam bahasa Arab).
Maka tetamu juga tidak kekok mengambil makanan dengan senang hati bersama tetamu lain maka masing-masing berbual-bual mesra. Di kalangan rakan seusaha tempatan tidak semua yang tahu berbahasa Arab. Antara rakan seusaha jemaah tabligh tempatan yang fasih ialah Ustaz Lan dan Haji Shamsudin yang bertindak sebagai penterjemah.
Makanan yang disediakan cukup lazat bersama buah-buahan. Begitu lah sifat seorang tuan rumah iaitu seorang ustaz itu yang tahu kelebihan memuliakan tetamu. Semoga Allah memberkati ustaz tersebut bersama ahli keluarganya.  
Selesai menjamu selera makanan berat, tetamu dijamu buah-buahan pula seperti rambutan dan betik. Salah seorang ahli jemaah Yaman berkata rambutan tiada di Yaman kerana mungkin asbab buminya kurang hujan.

Bayan talam
Tiba-tiba, amir (ketua) kepada jemaah dengan hikmah meminta perhatian kepada semua hadirin untuk memberi ruangnya bercakap sebentar. Maka semua memberi tumpuan kepadanya.
Amir itu menyentuh mengenai kepentingan golongan ulama terlibat dalam usaha dakwah sambil menyebut kisah-kisah Imam Syafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali. Beliau juga ada menyebut mengenai hadis 'ulama warisatul anbiya'.
Beliau juga menyatakan bahawa islah bagi golongan alim ulama adalah ketika mereka duduk bersama orang awam manakala islah bagi orang awam ialah ketika mereka duduk bersama alim ulama. Dalam situasi itu, orang awam boleh mempelajari banyak daripada ilmu si alim ulama dan pada masa yang sama alim ulama boleh belajar bersabar dan ujian kerenah orang awam.

Habib Umar
Banyak lagi yang diperkatakannya. Namun satu perkara yang menyebabkan semua orang tempatan bertambah khusyuk ialah apabila amir jemaah Yaman itu bercerita tentang kisah ulama tersohor dari Yaman yang popular di Malaysia dan luar negara iaitu Habib Umar Ben Hafiz (rujuk gambar). Ini sebagai salah satu contoh ulama masakini terlibat dalam usaha dakwah Tabligh.
Habib Umar Ben Hafiz (kiri) ketika pergi menemui 
Maulana Abdul Hamid (kanan) Syura Jemaah Tabligh 
Malaysia baru-baru ini.
Amir itu berkata, suatu ketika Habib Umar pergi ke ijtimak di Pakistan (mungkin Raiwind) lalu bertemu dengan Bai Wahab (Amir jemaah Tabligh di Pakistan). Dalam pertemuan itu, Bai Wahab mengeluarkan sebuah buku (lama) lalu ditunjukkan kepada Habib Umar. Buku itu adalah mengandungi kisah para sahabat r.hum, tetapi di sebahagian kertasnya terdapat tulisan tangan yang panjang.
Bai Wahab memberitahu, bahawa tulisan itu adalah tulisan bapa kamu (iaitu bapa kepada Habib Umar) ketika bapanya datang ke ijtimak di Pakistan zaman dahulu. Bai Wahab memberitahu kepada Habib Umar bahawa ketika bapanya hadir di ijtimak zaman itu, jumlah majmak (audien, iaitu para hadirin orang yang datang) hanyalah beberapa ratus orang sahaja (Amir menyebut jumlah ratus itu tapi saya tidak ingat). Tetapi ketika anaknya (iaitu Habib Umar) datang ke ijtimak hari itu, jumlah orang yang datang mencecah jutaan orang (Amir juga menyebut jumlah juta itu tapi saya tidak ingat).
Amir itu memberitahu, bahawa berkat jemaah dakwah maka manusia-manusia berubah dan kembali kepada agama. Ayah kepada Habib Umar adalah karkun, buat usaha dakwah tabligh yang berkorban hidupnya untuk agama. [[*Bapa kepada Habib Umar ialah Sheikh Abu Bakar Ibn Salim, adalah ulama besar yang rapat dengan Amir Tabligh pada zaman itu iaitu Maulana Yusof dan Sheikh dikatakan pernah berguru  atau mempunyai hubungan dengan Maulana Zakariyya. (Klik info di sini) . Keluarga Habib adalah daripada keturunan ahlu bayt]].

Dakwah di Afrika
Amir itu memberitahu lagi bahawa satu ketika beliau sendiri bersama salah seorang ahli jemaah itu (seorang ahli jemaah itu mengangguk ketika kisah ini diceritakan) telah khuruj berdakwah ke Kenya dan Tanzania (negara Afrika).
Beliau memberitahu, apabila tiba di satu masjid, imam masjid itu menghalau mereka (jemaah) keluar daripada masjid (yakni tidak membenarkan mereka duduk dalam masjid).
Setelah mereka berbicara dengan umat Islam di situ didapati rupa-rupanya umat Islam di daerah itu telah ramai yang murtad dan keluar daripada Islam secara beramai-ramai masuk agama nasrani.
Amir itu memberitahu, antara taktik mubaligh nasrani ialah memberikan gula-gula kepada kanak-kanak dan orang awam. Ada dua jenis gula-gula. Satu jenis gula-gula dilabelkan dengan nama Muhammad manakala satu lagi jenis dilabelkan dengan nama Isa. Maka jenis gula-gula yang berlabel Muhammad diperbuat berperisa amat pahit manakala gula-gula berlabel Isa berperisa manis. Apabila disuakan gula-gula ini kepada penerimanya selepas memberitahu nama-nama label itu maka mereka akan membuang dan menyatakan tidak mahu Muhammad tetapi mahu Isa.
Keadaan ini berlaku dalam tempoh beberapa ketika maka ramai yang telah murtad manakala orang awam juga ditipu bahawa dalam dunia tiada lagi orang yang beragama Islam maka lebih baik mereka masuk nasrani sahaja. Dan ramai yang masuk nasrani.
Terdapat sebuah masjid pula, terdapat patung berhala diletakkan di dalam masjid.
Maka jemaah dakwah tabligh ini cukup sedih, telah menangis lalu bermesyuarat maka kesemua ahli jemaah satu fikir bertekad tidak mahu pulang ke Yaman selagi Islam kembali tersebar semula di situ atau mereka mati sahaja di situ demi menyebarkan dakwah itu.
Setelah beberapa tempoh hari dan bulan jemaah berada di kawasan itu lalu membuat amal masjid seperti biasa, jaulah, ziarah, bacaan taklim, hadis, quran, mesyuarat (seperti amalan dilakukan oleh jemaah tabligh) dan sebagainya maka pertolongan Allah turun.
Iaitu lama-kelamaan penduduk di situ mula hatinya terbuka untuk kembali kepada Islam dan akhirnya kesemua masyarakatnya kembali masuk Islam semula.
Ketika amir jemaah itu bercerita, sesiapa yang mendengar pasti hatinya akan rasa sungguh terkesan kerana beliau sendiri merasai perkara itu, dan ia diluahkan daripada lubuk hatinya. Beliau menyambung dengan berkata, berkat adanya dakwah orang Islam akan menjadi kuat dan orang bukan Islam akan terbuka hati untuk memasuki Islam tetapi jika tiada dakwah dijalankan maka orang Islam akan keluar daripada agamanya.
Selepas itu Amir jemaah meminta semua yang hadir memasang niat untuk keluar berdakwah khuruj fisabilillah atas maksud agama 4 bulan, 40 hari, 3 hari dan bersama jemaah tempatan melakukan amal masjid. Maka sebahagian yang hadir berkata: "Insya-Allah! Insya-Allah!".

Minta diri
Kemudian, jemaah meminta diri untuk beredar dan bersalaman dengan ustaz dan orang-orang tempatan. Kami pun beredar meninggalkan rumah ustaz itu lalu menaiki kenderaan untuk kembali ke surau kami.
Amir jemaah dan Hj Shamsuddin menaiki kereta saya, lalu saya bertanya serba sedikit mengenai apa yang dikatakannya supaya tidak tersilap apa yang didengar.

Saturday, May 19, 2012

Menziarahi Kubang Bujuk

Dari pintu masuk madrasah...
Baru-baru ini berkesempatan menziarahi adik dan bertemu beberapa rakan di Madrasah Kubang Bujuk. Suasana yang tenang di madrasah itu di Serada, Terengganu tidak dapat dirasakan di tempat lain, walaupun hanya sebentar berada di situ. Tidak lama lagi, hanya berbaki sebulan lebih maka tamatlah pengajian beliau di situ.
Beliau adalah teruna yang sudah lama matang jauh dari usianya dan kini diamanahkan dengan keilmuan agama untuk berkhidmat kepada umat yang sedang menderita. Mencurahkan ilmu.
Tabahlah adikku tidak lama lagi akan berangkat setahun di jalan Allah. Ayuh...perjuangan ini jangan kau gentar!! 



Sebelah kanan bangunan kelas alim, sebelah kiri sedang dibina perumahan bagi tenaga pengajar.




bersama kitab-kitab adalah rutin beliau...



di kubang bujuk juga akan diadakan ijtimak, maka gambar itu menunjukkan persiapan tandas


Malam markaz...


Selain itu, berkesempatan juga bersilaturahmi dengan beberapa kawan lama di situ.
Insya-Allah, ada rezeki akan bertandang lagi dalam tempoh terdekat ini...

Thursday, May 3, 2012

Teh yang bermaruah

Gambar hiasan shj
SUATU ketika saya dipilih Allah untuk melapang diri, masa dan harta di jalan Allah bersama satu jemaah yang dalamnya terdapat rakan-rakan seusaha dari pelbagai tempat, ada org local, org kelate, sabah, Sri Lanka, Somalia dan ada juga sorang dari Zimbabwe (baru masuk Islam) namanya Abdullah. (Sebelum memeluk Islam, dia beragama Kristian).

Bila berbual dengan rakan Sri Lanka, mereka memberitahu sedikit sebanyak keadaan usaha agama di negara mereka. Tetapi suatu perkara lain yg menarik, katanya, ialah Sri Lanka terkenal dengan daun teh dan sukan kriket. Teh dari Sri Langka dikatakan dieksport ke merata dunia manakala kriket pula sukan popular di negara itu.

Satu hari, dua rakan seusaha dari Sri Langka itu diputuskan untuk khidmat taam. Maka mereka mengambil kesempatan untuk menyediakan menu Sri Langka kepada jemaah dan jemaah cukup teruja menanti juadah dihidangkan. Pada waktu makan tengah hari, ahli jemaah cukup berselera dan terpancar tanda-tanda kelazatan pada wajah dan gigi-gigi rakan-rakan jemaah sewaktu menjamu selera. Dikhabarkan ayam yang dimasak menggunakan santan hingga RM8 sekali masak!

Namun bila tiba minum petang, ada sedikit kemusykilan berlaku. Ahli jemaah sudah menunggu di talam masing-masing untuk menikmati sentuhan 'teh' air tangan orang Sri Langka. Tetapi apa nak buat, teh yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba, menyebabkan ahli jemaah terus menanti dengan sabar. Maka saya pun bertanya kepada seorang rakan seusaha Melayu yang membantu orang khidmat itu (membantu untuk ke kedai, hidang, dan sebagainya). 

Dia berkata, sejak dari tadi, orang taam asyik dok rasa teh dia sebab nak pastikan betul-betul sedap. Sebab teh itu sekarang umpama maruah bagi taam yang berasal dari Sri Langka. Kejap-kejap diorang rasa, lepas tu rasa lagi, rasa lagi, rasa lagi hingga terlewat nak dihidangkan!

Selepas digesa agar cepat kerana tidak lama lagi mahu ghast, maka teh tersebut dihidangkan, maka rasanya....waahhhh...memang sedappp, Allah taala bagi sedap!! Ditanya apa resepinya, antaranya dia menggunakan susu cair.  

Ternyata, teh itu memang benar-benar bermaruah. 


Wednesday, April 18, 2012

Gembira bila kena marah

SUDAH lama tak update blog. Sibuk macam-macam. Di sini saya teringat satu kisah yang dicemburui untuk kita ambil iktibar. Ia mengenai sorang rakan seusaha, bernama Haji M (bukan nama sebenar) di satu markaz. Tak perlu dinyatakan nama sebenar cuma kisahnya sahaja yang kita nyatakan.
Beliau amat dikenali dan disegani dengan korbannya sejak zaman dahulu hingga waktu ini. Diberitakan suatu ketika beliau bertemu dengan seorang lelaki untuk maksud dakwah tersebut di sekitar kawasan mohallah beliau.
Haji M yang sudah pun berumur, menyampaikan dakwah melalui kata-katanya dengan begitu berhemah dan lemah lembut kepada lelaki itu.
Namun malangnya, lelaki itu telah menengking dan memarahi Haji M membuatkan Haji M terdiam. Ketika lelaki itu menghamburkan kata-katanya tiba-tiba berlaku sesuatu yang memeranjatkannya apabila Haji M tiba-tiba berubah wajah ceria, berasa gembira, tersenyum dan ketawa kecil ketika sedang dimarahi.
Lelaki itu menjadi hairan, kerana dia yang sedang marah tetapi orang yang dimarahi berasa cukup gembira.
Selepas selesai dimarahi, Haji M kemudian bersungguh-sungguh mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu sebelum beredar. Keadaan itu menyebabkan lelaki itu bertambah hairan dan terpinga-pinga.
Walaupun Haji M tidak bercerita tentang kejadian itu namun kisah ini agak mutawatir kerana berita itu berlegar di kalangan rakan seusaha dengan versi yang serupa sehingga sukar untuk disangkal lagi.
Apabila ditanya kepadanya mengapa beliau ketawa bila dimarah orang. Beliau berkata, beliau berasa sungguh gembira tatkala lelaki itu memarahinya kerana beliau tiba-tiba hatinya berasa cukup bertuah kerana beliau dimarahi semasa sedang buat usaha dakwah, yang mana seperti nabi-nabi juga pernah dimarahi kaumnya semasa menyampaikan dakwah.
Katanya, dia telah mendapat satu sunnah nabi ketika menyampaikan dakwah kerana Nabi Muhammad s.a.w juga dimarahi ketika berdakwah. Beliau begitu gembira kerana Allah memberinya taufik dan hidayat untuk mengamalkan satu sunnah itu dengan sabar. Dan sebab itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana menjadi asbab perkara itu berlaku.
Pada satu ketika, saya telah khuruj 40 hari ke markaz tersebut dan berjumpa semula Haji M. Beliau bertanya kepada jemaah kami, ada atau tidak ahli jemaah kami yang kena marah semasa ghast atau bila-bila waktu berjumpa orang.
Seperti yang telah ditetapkan oleh Allah, sememangnya salah seorang ahli jemaah kami memang sudah terkena 'fire' semasa jadi mutakalim. Haji M kemudian berkata, kalau begitu rakan seusaha yang kena marah sepatutnya kena banyak2 bersyukur dan buat sujud syukur kerana dimarahi ketika buat dakwah.
Begitulah orang yang banyak korban, kefahaman mereka berbeza dengan kita yang tidak berkorban ini. Sebahagian kita pula tidak tahan atau hilang sabar jika kena marah. Ini kerana kita belum dapat-dapat lagi kefahaman seperti itu. Kena korban lagi dan lagi.

Saturday, April 7, 2012

Hamka: Isteri cantik pun kena....

Semua di bawah adalah copy paste.

Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!
Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!

"Apa guna berbini cantik,
Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik,
Jika selalu mengelak di ranjang”

Woha!
Dipetik dari: http://keretamayat.blogspot.com/2012/04/isteri-cantik-pun-kena-cerai.html

Thursday, March 22, 2012

Takut bila jumpa orang Tabligh

SUATU ketika dahulu saya telah dipilih Allah untuk khuruj ke markaz Jerantut. Kami satu jemaah (lupa berapa orang, mungkin 10 orang kot) telah dihantar ke Kuala Lipis dan sekitarnya.
Salah satu roote ialah di kawasan Merapoh, kat situ berdekatan dengan salah satu pintu masuk ke Taman Negara Gunung Tahan (kalau tak silap ingatan saya). Sebab seingat saya, salah seorang rakan seusaha yang nusrah ketika kami di situ kerja keperluannya ialah naik turun gunung tahan bawa tourist.
Ia juga dekat dgn sempadan Kelantan, maka ramai penduduknya cakap loghat kelate. Org-org nya baik-baik.
Satu hari, saya dan seorang lagi rakan diminta buat random di sekitar kawasan kampung. Semasa kami melalui satu jalan, maka ternampak sekumpulan remaja/pemuda berlonggok lepak di tepi jalan.
Ada yang duduk atas motor dan ada yang berdiri dan ada yang mencangkuk dan duduk. Mereka berbual-bual, ada yg berseluar jeans koyak, ada yang pakai seluar pendek.
Jumlahnya sekitar 6-7 orang kalau tak silap. Jarak mereka dgn kami lebih kurang 20 meter camtu. Maka kami memberanikan diri mara menuju mereka untuk bersilaturahmi dan pada masa yang sama hendak memberitahu dan menjemput mereka ke majlis bacaan hadis yang sedang berlangsung di masjid.
Tetapi atas kelemahan fikir saya, sebaik sahaja mereka menyedari kami sedang menuju ke arah mereka, kesemuanya berdesuppp... kelam kabut meninggalkan tempat itu serta merta.
Mula-mula seorang yg dah duduk atas moto menghidupkan enjin dan blahh dgn sorang pembonceng. Sorang lagi yang atas moto cemas apabila kali pertama start (pakai kick start) gagal menghidupkan enjin. Tetapi lepas dihenjutnya 2-3 kali maka enjin hidup lalu dia pun beredar sambil tersenyih. Yang lain lari lintang pukang.
Yang lawaknya, terdapat parit sebelah jalan tu. Ada sorang berlari lalu melompat ke seberang parit itu, diikuti dengan sorang lagi yang landing betul-betul kat tepi tebing. Kemudian lesap.
Bila kami sampai tempat lepak, sorang pun tak tertinggal. Tapi yang musykil ialah, rupa-rupanya parit tu bukan kecil, agak lebar jugak, macam mana budak-budak tu boleh melompat jauh betul!!
Ni mungkin kes adrenaline rush yang boleh berlaku ke atas manusia bila terlalu takut atau terlalu gembira. Penjelasan psychology biasanya mengambil contoh seseorang yang terlalu takut bila dikejar sesuatu (manusia atau haiwan), akan boleh melompat tembok tinggi yang mana pada situasi biasa dia tak boleh melakukannya. Disebabkan takut itu badan merembeskan adrenalin utk kekuatan luar biasa. Jadi dlm kes budak-budak ni kemungkinan berlaku adrenalin rush agaknya.
Tapi apalah nak ditakutkan kepada orang Tabligh...mereka cuma mahukan kebaikan kepada umat ini dan keredhaan-Nya.
Allahu a'lam.

Friday, March 16, 2012

Sembang keselamatan, jenayah...

Izinkan saya meng'update' blog yg sudah sekian lama bersarang labah-labah.
Mari kita sembang pasal isu keselamatan yang masyarakat kita hadapi ketika ini dan semakin memuncak kegusaran kita gara-gara selepas kejadian seorang kanak-kanak perempuan dibunuh kejam di Seri Alam, Johor Bahru, baru-baru ni.
Memang lah sekarang ni orang bercakap tentang kejadian ini dari pelbagai sudut tapi dari satu segi, keadaan zaman sekarang tentulah amat berbeza dengan zaman budak-budak kita dulu.
Kalau zaman budak2 dulu, kita keluar rumah pagi balik petang pun takda hal. Kalau waktu cuti sekolah berjalan dgn kawan ke sana sini, balik rumah tengahari utk makan lepas tu keluar rumah balik. Macam2 benda adventure yg kita buat, panjat pokok, terjun sana sini, mandi lombong, mandi parit, sungai, keliling kampung ukur jalan, merambu sana berambu sini....entah apa2tah lagi.
Tapi itu dulu... Zaman sekarang nak biarkan anak2 main depan rumah pun risau. Mana tidaknya...kereta pun banyak lalu lalang, dulu benda2 camtu takdak, gate rumah pastikan ditutup, nak keluar rumah pastikan kita teman anak, org tak kenal kena waspada, macam2 kes berlaku, apa2pun kena lebih berjaga-jaga.
Zaman sekarang tak macam dulu, manusia dikatakan kononnya makin pandai hingga crime pun dah makin kompleks, cross border, tragedi luar biasa dan lebih menyayat hati. Situasi boleh bertukar sekelip mata menjadi sesuatu yang menakutkan.
Seperti juga manusia mendakwa semakin pandai dlm bidang perubatan rupa-rupanya semakin banyak penyakit pelik2 menyerang manusia hingga manusia sendiri gagal menemui ubatnya. Bagi golongan ibu bapa, tentulah isu-isu keselamatan menjadi perkara yg amat diberi perhatian.
Dari sudut dunia, isu keselamatan telah menyebabkan manusia zaman sekarang hidup dalam keadaan lebih tertekan, antaranya menyebabkan kos sara hidup meningkat akibat terpaksa membayar untuk mendapatkan kemudahan dan perkhidmatan berkaitan keselamatan.
Contohnya, pemaju perumahan mengenakan harga yang lebih tinggi bagi taman perumahan yang berpagar atau lengkap dgn pengawal keselamatan. Bagi taman perumahan yang tiada pegawal, maka penduduk terpaksa mewujudkan perkhidmatan itu dengan kadar bulanan yg ditentukan. Pondok guard perlu dibina di pintu masuk taman perumahan atau bagi yg berkemampuan pengawal di depan rumah. Alarm, CCTV dipasang bagi yg berkemampuan. Paling tidak pun, rondaan sukarela rukun tetangga digerakkan.
Itu semua meningkatkan kos, tenaga, kerunsingan dan tekanan kehidupan.
Menggunakan asbab tidak mengapa krn kemudahan yg ada wajar dimanfaatkan sebaiknya tapi yang merbahaya bila manusia yakin dgn asbab akibat terkesan dgn terlalu banyak bergantung kepada benda.
Di Msia ni, 3 tempat yg kadar jenayah dikatakan tinggi iaitu di KL wilayah persekutuan, Johor dan Penang. Disebabkan berpengalaman mengendalikan kes crime yang tinggi, maka bekas ketua polis Johor biasanya berpotensi menjadi ketua polis negara seperti Tan Sri Musa Hassan yang dulu-dulu ialah ketua polis johor.
Saya pernah menetap di ketiga-tiga tempat ini tetapi dalam waktu-waktu berbeza. Pada pandangan saya, persamaan tempat2 ni ialah berlaku pembangunan yg menyebabkan masyarakatnya secara umumnya (kecuali rakan seusaha) mempunyai tahap materialistik yang tinggi dan kos sara hidup yang juga tinggi. Tiada sapa menolak pembangunan, tetapi kesan negatifnya yang perlu dibendung.
Bagaimanapun, lebih kesian kpd Johor kerana walaupun tidak lah membangun semaju wilayah persekutuan dan negeri terkaya di msia ialah Selangor, tapi malangnya tempat2 seperti di JB mmpunyai kes jenayah tinggi. Dorongan materialistik juga tinggi disebabkan kesan bersempadan dengan Singapura.
Kenaikan harga barang dan kos sara hidup di JB juga antaranya disebabkan spillover effect pengguna Singapura yang berbelanja di JB. Akibat dorongan kehendak dan keperluan hidup, rata-rata suami isteri di JB terpaksa bekerja.
Semasa saya tinggal di JB, jiran2 berasa pelik bila mendapat tahu isteri saya tak bekerja, lebih2 lagi isteri saya mmpunyai ijazah dlm bidang surveyor di UM. Semasa awal2 tiba di JB, kami juga agak terkejut melihat ramai wanita Melayu yang tidak bertudung di JB berbanding tempat lain yg pesat mmbangun seperti KL, Selangor dan Penang sendiri.
Tidak dapat dipastikan adakah disebabkan dorongan materialistik? Walaupun, sekolah agama Johor dikatakan paling lama dan mmpunyai keistimewaan tersendiri, namun situasi hidup kita bukan setakat ilmu yg kita tahu tapi juga apa amal yg kita buat.
Bagaimanapun, mereka yang buat usaha agama begitu hebat orangnya, kerana dlm cabaran sebegitu, maka keluarga, wanita-wanita mereka masih teguh menjaga aurat termasuk berpurdah, sabar dan tahamul, menjaga ahli keluarga dgn baik mngikut sunnah dan sebagainya. Si suami korban habis-habisan.
Tidak hairan usaha agama di markaz JB begitu maju dan ramai rakan seusaha berbanding beberapa markaz negeri lain di msia yg pernah saya pergi. Kalau mlm mesyuarat JB sahaja sudah melebihi jumlah mlm sabguzari jitra atau sg petani atau selama atau penanti. Kawasan paling maju di JB ialah Kulai, Pasir Gudang dan Skudai. Makin kuat cabaran makin kuat ketahanan, counter productive, tak terkesan.
Ibarat contoh kalau jarak tempat markaz kita dekat dengan rumah maka kemungkinan besar kita kerap datang lewat, tapi kalau jaraknya jauh berjam-jam perjalanan maka kita akan sampai awal kerana bertolak awal dgn siap bekalan dua bungkusan. Kita lebih berdisiplin dan dgn kerisauan kita, jadi asbab Allah berikan taufik utk bantu kita. Jika tiada risau, tiada fikir maka kita ambil mudah, complacent.
Berbalik soal keselamatan, begitupun, kita jgn salah faham dgn mnganggap posting ini mmandang negatif kpd org johor, KL/sel atau penang sebab ada satu persamaan di kawasan mmbangun iaitu berkait rapat dgn kehadiran org luar dari negeri terbabit termasuk warga asing yg bekerja sebab pmbangunn mmbuka peluang pkerjaan. Org luar berbondong2 dtg cari makan.
Maka jenayah terjadi juga akibat perbuatan org tempatan dari negeri lain atau negara lain spt indon, bangla, mynmar, vietnam etc...
Msia ada Melayu, Cina dan India yg mana kita tak perlu ada sikap rasis dlm melihat jenayah kerana semua kaum itu ada segelintir kecil yg melakukan jenayah dan setiap kaum itu membenci jenayah dan mahukan hidup dgn tenteram.
Namun crime pattern yg sering berlaku ialah sesuatu kaum sering terlibat dgn jenis jenayah yg sama. Contohnya, melayu kes curi motor, jenayah seks, sumbang mahram, pecah amanah, dadah; Cina (kes rompak kedai emas, kongsi gelap, vcd/dvd haram, gores dan menang, perjudian, pusat hiburan); india (mabuk samsu lalu bergaduh, bunuh diri, bunuh, highway robbery). Again, perlu diingatkan bahawa jenayah tak mengenal warna kulit.
Apapun, kita sendiri tahu pelbagai rancangan dan penguatkuasaan undang2 termasuk memasukkan indeks mengurangkan kadar jenayah dalam NKRA diperkenalkan utk menangani jenayah. Bagi saya ini amat baik sebagai jalan ikhtiar dan perlu disokong oleh masyarakat.
Namun kita semua boleh bersetuju bahawa langkah penguatkuasaan undang2 semata-mata tidak mampu mencegah jenayah sepenuhnya. Sewajarnya, masyarakat diusahakan kpd sahsiah dan jati diri yg utuh.
Bagi umat Islam perlu diusahakan keimanan agar teguh mentaati perintah agama agar punca akar umbi kepada perlakuan jenayah dicegah dgn berkesan. Semua pihak patutnya bersama-sama bantu mmbantu, bergotong royong dlm usaha agama atau sekurang-kurang tidak mnghalang usaha agama, mengimarahkan masjid, meningkatkan iman, berkorban utk agama dijalankan utk mendapatkan keredhoan-Nya.
Keselamatan di tangan Allah, semoga Allah memberi kita keselamatan di dunia dan akhirat.
Wallahu a'lam.

Saturday, February 4, 2012

Coretan mingguan...

Alhamdulillah, baru-baru ni berkesempatan untuk menziarahi kaum keluarga di kampung sempena cuti sekolah pada cuti tahun baru cina.
Memandu long distance agak meletihkan tapi semuanya berbaloi bila dapat bertemu dgn sanak saudara dan adik beradik. Rata2 yang ditemui sihat dan ada juga yang kurang sihat. Memang lah salah satu tujuan kami menziarahi orang yang kurang sihat di kalangan ahli keluarga sewaktu kesempatan ini.


Rakan seusaha. 
Masjid di kampung didapati tidak seperti dulu2 dari segi jumlah jemaahnya. Kalau dulu, waktu maghrib isyak sekitar dua saf tetapi kini bertambah lebih kurang lima saf di ruang solat yang panjang dari kanan ke kiri. Kanak-kanak juga ada satu saf, kalau dulu takde. Waktu subuh, zuhur, asar juga meningkat jemaah daripada jumlah dulu-dulu. Bila ditinjau, rupa-rupanya, masjid tu kini sudah hidup lima amal masjid berbanding dulu hanya hidup beberapa amal. Dan jumlah rakan seusaha juga bertambah. Beberapa rakan seusaha yang baru berpengalaman 40 hari, 3 hari, gigih mengambil bahagian dalam amal masjid. Berkat usaha jemaah masjid dan kesungguhan rakan seusaha di situ, Allah jadikan asbab hidayat.
Terkesan juga bila bertemu dgn sorang rakan seusaha yang gigih dan istiqamah. Sejak dulu jazbahnya sentiasa maintain, tak berubah terus maju dalam korban. Dua tahun lepas, Allah pilih beliau khuruj ke negara kanggaru, Australia manakala tahun lepas ke Singapura utk korban di jalan Allah. Korbannya sungguh dicemburui.

Ujian
Berada di kampung untuk beberapa hari mengingatkan saya dengan seorang rakan seusaha yang saya kenali sewaktu dia masih student. Saya sebagai orang awam masa tu kagum dgn jazbahnya yang begitu bersungguh buat usaha hingga ditaskilnya ramai student utk keluar 3 hari atau sehari setengah. Kami sebagai org awam tumpang sekaki shj dgn serba sedikit ikram student. Selepas selesai belajar, dia berangkat ke IPB 4 bulan. Itu masa dulu, sekarang khabarnya sudah berbeza.
Jadi baru-baru ni, lepas solat fardu, kami ke rumah rakan seusaha ni utk menemuinya. Alhamdulilah dpt berjumpa sebentar kerana sebenarnya dia hendak keluar rumah. Dia beritahu, dia kini menetap di daerah lain kerana kperluan dan hari itu dia balik kampung.
Dia memberitahu, keadaannya sibuk dan sedang diuji dengan beberapa hal.
"Markaz pun sudah bertahun-tahun tak jejak kaki," katanya sedih. Katanya, selepas balik IPB dulu, dia tinggal di kampung, khidmat keluarga dan melakukan beberapa pekerjaan tetapi kemudian berpindah kerana keperluannya dan sekarang keadaannya sedang diuji....
Marilah kita doakan agar bangkit semula dlm usaha. Dia mengakui mahu aktif semula tetapi tak tahu bila. Katanya: "Allah tak pilih." Sama sama kita doakan beliau. 
Biasa lah, semua pun ada kalanya diuji, ada yang dapat bertahan dan ada juga yang tumbang. Tak kira lah sama ada rakan seusaha 3h, 40h, 4bulan, orang korban, fikirmen bahkan syura sekalipun. Itu yang membuatkan saya yg dhaif ni berasa seram. Semoga Allah kekalkan diri saya dan zuriat keturunan saya dalam usaha.

Anak-anak, bercuti


Kesempatan cuti sekolah yang ada, dimanfaatkan juga untuk riadah anak-anak. Dan sebab itu kami sanak saudara berkunjung ke Pantai Bagan Lalang dan menginap di Hotel Seri Malaysia. Alhamdulillah semuanya seronok dan semua berjalan lancar. Bagan Lalang kini semakin menjadi tumpuan kpd orang ramai, khususnya kpd mereka yang sudah rimas hendak ke Port Dickson yg sentiasa sesak dgn orang terutama waktu cuti. Jadi Bagan Lalang satu alternatif terbaik di samping suasana yang segar, pantai yg ok dan kemudahan yang baik tersedia. Selain aktiviti pantai pada waktu siang, pada waktu malam pula penuh orang makan ikan bakar.

On the way balik ke Utara, singgah di salah satu tempat feveret utk pekena cendol di simpang makloom, memang best. dan jugak laksa n sup sebelah tu.
cendol power...


kena try ler...


kewtiaw sup, daging ricih..

laksa ada daun pudina, nanas potong..pernah cuba?



Takziah 
Baru-baru ini juga kita menerima berita salah seorang Syura Malaysia Tuan Guru Haji Salleh telah pulang ke rahmatullah. Sebelum itu, syura Msia Bai Khaled turut kembali menemui Allah s.w.t. Masih terngiang-ngiang beberapa mutiara kata-kata yang pernah telinga saya dengar dari mulut kedua-dua syura ini suatu ketika dahulu. Semoga Allah menerima pengorbanan mereka dan ruh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhadak wa solihin.

Tuan Guru Haji Salleh menunaikan solat Asar berjemaah di sebelah Perdana Menteri Najib Tun Razak dengan diimamkan oleh Maulana Hamid. Hari ini orang yang mengimamkan solat tu telah dilantik sebagai salah seorang syura Msia. Pelantikan beliau beberapa hari sebelum pemergian Tuan Guru Haji Salleh. Elders kita seolah-olah diberi ilham agar orang alim yang pergi digantikan dengan orang alim yang baru dlm barisan syura Msia.


Maulid

Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kita untuk mengamalkan sunah Nabi s.a.w dalam kehidupan. Di bawah adalah poster maulid yg dihadiri salah seorang Syura Msia kita yang baru, Maulana Abdul Hamid.

Add caption


Thursday, January 26, 2012

Keberkatan orang soleh

Rumusan tentang tabarruk KITA sering mendengar orang berkata: "Kami berada dalam keberkatan Rasulullah SAW" atau "Bersama kami keberkatan Rasulullah SAW". Ketika Ibnu Taimiyyah ditanya tentang perkara ini, beliau menjawab: "Adapun, orang yang berkata 'kami berada di bawah keberkatan si fulan' atau 'semenjak dia bersama kami, ada berkatnya pada kami' perkataan seperti ini daripada satu sudut adalah benar. Tetapi daripada satu sudut yang lain, ia adalah batil dan salah.""Ia dikatakan benar dan sahih jika orang yang mengungkapkannya bermaksud: "Si fulan telah membimbing dan mengajar kami serta menyuruh kami melakukan kebaikan dan melarang kami melakukan kemungkaran. Maka dengan berkat mengikut dan mentaatinya, terhasillah kepada kami kebaikan sebagaimana yang telah tercapai."Ungkapan seperti itu adalah betul sebagaimana yang berlaku kepada penduduk Madinah. Setelah Nabi Muhammad SAW datang ke Madinah, penduduknya mendapat keberkatan baginda kerana mereka beriman dengannya dan mentaatinya. Dengan keberkatan ini, mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.Bahkan, setiap Mukmin yang beriman dengan Rasulullah dan mentaatinya, menikmati daripada keberkatan Rasulullah disebabkan keimanan dan ketaatan mereka kepadanya kebahagiaan dunia dan akhirat yang tidak diketahui hakikatnya kecuali Allah.Begitu juga, jika yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut adalah dengan berkat doa dan kesolehannya, lalu Allah menolak bencana dan memberikan rezeki serta kemenangan; maka ia juga adalah benar.Ia sebagaimana yang pernah disabdakan oleh Nabi: "Tidaklah kamu ditolong dan diberikan rezeki, kecuali dengan (keberkatan) orang-orang yang lemah di antara kamu dengan doa, solat, dan keikhlasan mereka."Kadangkala, suatu azab atau bala itu tidak jadi diturunkan kepada orang kafir dan pelaku kejahatan, supaya bala atau azab tersebut tidak turut mengenai atau menimpa kaum mukminin yang ada bersama mereka, kerana kaum mukminin itu tidak berhak untuk turut menerimanya. Rujuk ayat 25 surah al-Fath.Justeru, jika bukan kerana berkat kaum Mukminin yang lemah di sekitar Mekah, yang hidup bercampur dengan kaum kafir, sudah pasti Allah menurunkan azab kepada golongan kafir.Demikian juga sabda Rasulullah SAW: "Jika bukan kerana di dalam rumah itu, adanya kaum wanita dan anak-anak, sudah pasti aku akan memerintahkan untuk melakukan solat, sehingga solat itu didirikan. Kemudian, akan pergi bersama-samaku kaum lelaki dengan membawa seberkas kayu kepada kaum yang tidak menyaksikan solat bersama kami (solat berjemaah), lalu aku akan membakar rumah-rumah mereka."Begitu juga, Nabi SAW pernah menangguhkan hukuman rejam terhadap seorang wanita yang berzina kerana dia sedang hamil sehinggalah dia melahirkan anaknya.Keberkatan para wali Allah dan orang soleh yang dilihat dari sudut manfaat kepada makhluk diperolehi melalui seruan dan ajakan mereka kepada ketaatan kepada Allah, doa mereka untuk makhluk-Nya, rahmat yang diturunkan oleh Allah kepada mereka dan perkenan-Nya menolak bencana dengan sebab mereka. Itulah yang mesti diakui kebenarannya.Dengan demikian, barang siapa memahami berkat dengan pengertian seperti ini, maka dia adalah benar dan perkataannya juga adalah benar.Ungkapan seperti itu juga boleh dinilai sebagai batil atau salah. Misalnya ia bermaksud menyekutukan Allah dengan makhluk.Contohnya, orang yang telah dikuburkan (mati) di suatu tempat disangka bahawa Allah memberikan pertolongan kepada mereka kerana keberkatan orang yang telah mati tersebut, meskipun mereka (yang diberi berkat itu) tidak melakukan ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya.Ini merupakan suatu kejahilan. Rasulullah SAW penghulu anak Adam, disemadikan di Madinah pada tahun berlakunya pertelingkahan antara penduduk Madinah dengan tentera Yazid ibn Muawiyah.Pada masa itu, penduduk Madinah ditimpa musibah. Ramai yang terbunuh, ditawan dan berada dalam ketakutan yang tidak diketahui puncanya melainkan Allah. Ini kerana, setelah berlalunya masa pemerintahan Khulafah al-Rasyidin, penduduk Madinah banyak melakukan perkara negatif yang mewajibkan mereka ditimpa musibah seperti itu.Sedangkan, pada zaman Khulafah al-Rasyidin, Allah menahan bencana terhadap penduduk Madinah dengan keimanan dan ketakwaan mereka kerana para khalifah tersebut mengajak dan mendorong mereka ke arah tersebut.Dengan berkat ketaatan mereka kepada para khalifah itu dan amalan para khalifah bersama mereka, maka Allah menolong dan menguatkan mereka.Begitu juga al-Khalil, Nabi Ibrahim a.s disemadikan di Syam. Namun, kaum Nasrani telah menguasai negeri itu hampir 100 tahun dan penduduknya pula melakukan kejahatan.Justeru, sesiapa yang meyakini bahawa mayat dapat menolak bencana daripada mengenai orang yang hidup, sedangkan orang yang hidup tersebut melakukan maksiat dan dosa maka ini juga kesalahan besar.Begitu juga adalah batil apabila seseorang menyangka bahawa keberkatan seseorang akan diturunkan kepada orang yang menyekutukan Allah dan terkeluar daripada mentaati Allah dan rasul-Nya.Misalnya, seseorang menyangka bahawa berkat sujud kepada selain Allah dan mengucup tanah yang berada dekat dengan kubur tersebut dan sebagainya menghasilkan kebahagiaan baginya sekalipun dia tidak melakukan ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya.Demikian juga, apabila seseorang itu beriktikad bahawa orang seperti itu layak memberi syafaat baginya dan memasukkannya ke dalam syurga, hanya kerana mencintainya dan menisbahkan diri kepadanya.Kesemuanya ini dan yang seumpama dengannya, termasuk di antara perkara-perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan sunnah.Ia merupakan keadaan atau ciri-ciri orang-orang yang mensyirikkan Allah dan ahli bidaah. Ia adalah batil, tidak boleh dipercayai dan tidak boleh dijadikan pegangan. (Ibnu Taimiyyah,Fatawa, 11:113). -Copy paste daripada PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Monday, January 16, 2012

Sudah berjalan...

Muhammad Talhah paling awal dapat berjalan iaitu sekitar tujuh bulan sudah boleh berjalan, alhamdulillah. kakak2 dan abangnya kalah dalam bab ni. 

Friday, January 13, 2012

Wednesday, January 11, 2012

Usaha atas student

Sejak kebelakangan ini isu membabitkan student boleh dianggap menyedihkan. Student Malaysia sekarang makin terkenal di mata dunia kerana sudah ada yang berbaring di jalan, melawan polis, menjerti-jerit, dipergunakan dan ada juga kes yang culture shock di luar negara dan ada juga yang sudah melangsungkan perkahwinan sejenis. Ini pernah dibincangkan oleh posting Al-Alorstari dalam Permata yang hancur berkecai...
Masalah ini semua adalah kerana asbab kelemahan kita buat usaha atas student dan kelemahan kita juga tak buat usaha bersungguh-sungguh kepada umat. Kesian umat menderita....salah siapa? salah kita juga. Masalah umat memang banyak, tetapi kita tidak cukup membantu menyelesaikannya, semoga Allah ampunkan kita. Saya sendiri tak buat usaha masa zaman student dulu-dulu.
Dulu, ada orang bagitau, ada satu universiti di Msia kuat berjalan usaha hingga namanya dikaitkan dengan jemaah kerana asbab student dan pensyarah 'bergotong-royong' buat usaha.
Cuba tengok list kat bawah, yang manakah agaknya yang dimaksudkan universiti itu?

UIA - Usaha Iman Amal
UM - Usaha Masjid
USM- Usaha Sampai Mati
UTHM - Usuli Tengah Hari Malam
UTM - Universiti Tabligh Malaysia
UKM - Universiti Karkun Malaysia
UiTM - Usaha Iman Terbaik Malaysia
UTP - Untuk Taskil Pakistan
UNIMAP - Untuk Nak Iman Mesti Ada Pengorbanan
UNIMAS - Usaha Naikkan Iman Mesti Amal Senang
UUM - Umat Usaha Masjid
UPSI - Usaha Pelajar Sempurnakan Iman
UPM - Universiti Pendakwah Malaysia
UMS - Usaha Masturat Sedunia

Ada lagi nak tambah?

Saturday, January 7, 2012

Iklan rumah sewa ditutup, penyewa baru sudah dipilih

بسم الله الرحمن الرحيم
sudah ada penyewa baru...
Iklan rumah sewa pada posting yang lalu terpaksa ditutup kerana kami telah memilih seorang untuk menjadi penyewa yang baru berkuat kuasa 1 Februari 2012.
Selepas diiklankan dalam blog, mudah.my dan poster ditampal depan rumah, maka jenuh kami hendak menjawab telefon dan SMS daripada orang yang berminat nak menyewa atau orang yang sekadar bertanya.
Jumlah ramai orang yang berminat terhadap rumah itu sungguh mengujakan hingga terasa macam hendak naikkan lagi kadar sewa sebab kalau ikut teori ekonomi bila demand meningkat, suply kurang maka harga boleh meningkat! Tapi apa nak buat, saya bukan orang ekonomi begitu jadi harga terus dikekalkan seperti dalam iklan, lagi pun rumah ni biasa-biasa sahaja, takde renovate atau apa-apa. Bagaimanapun besar lah harapan kami agar tidak salah pilih penyewa supaya tiada sebarang masalah pada masa depan.
Kadang kala susah hendak membuat pilihan, lebih-lebih lagi jika ramai yang merayu agar disewakan rumah itu kepadanya sambil membentangkan masalah kesusahannya mencari rumah dan betapa desprado nya mereka mencari rumah. Aduhhh. Istikharahkan, pilihan tetap perlu dibuat. Mudah-mudahan, Allah permudahkan.

Demikian lah jawapan standard kepada penyewa yang merayu hendak menyewa...

Dengan itu, iklan rumah sewa ditutup. Terima Kasih.

Monday, January 2, 2012

Tun Abdul Razak: Bapa pembangunan Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم
Karguzari: Baba Abdul Razak Kakrail

Karguzari "May Allah grant us hidayat from lives of these people" bersumber daripada seseorang yang bernama pena, Ibni Hatari. Penulis menceritakan pengalamannya semasa khuruj di Bangladesh sekitar Mac 2006 atau lebih tepatnya di Masjid Kakrail, Dhaka. Semoga beroleh manfaat hendaknya, Insya'Allah.

Ibni Hatari menukil karguzari:

Suatu pagi, setelah selesai sarapan roti dan chai (minuman teh susu) yang enak bersama ribuan ahli jemaah, maka pun aku merayau-rayau sorang-sorang dalam masjid Kakrail. Masjid ni sangatlah besar dan bertingkat-tingkat. Aku dah tak berapa ingatlah bilangan tingkatnya, tapi yang aku pasti masjid nih boleh memuatkan para jemaah sehingga melebihi 10ribu orang. Waktu tu pun jemaah arab dah ramai mulai membanjiri masjid tersebut. Tanda-tanda usaha agama semakin berkembang dan akan kembali ke tempat asalnya..


Masa tengah rayau sorang-sorang tu, aku telah termasuk ke dalam satu bilik yang mana terdapat satu jemaah Indonesia yang tengah berkumpul untuk mendengar bayan wapsi/tangguh daripada sorang lelaki tua. Kebetulan ketika itu juga mereka memerlukan penterjemah bayan, maka tanpa niat aku telah terpilih menjadi perantaraan untuk alih bahasa English ke bahasa Indonesia. Inilah pengalaman pertama aku sebagai murtajim/penterjemah bayan. Amal berakhir sekitar 1 jam lebih..


Jemaah Indonesia ini agak istimewa, telah diberitakan kepadaku oleh karkun-karkun yang lain ketika itu bahawa salah seorang ahli jemaahnya yang juga merupakan seorang ustaz dan juga amirsab telah meninggal dunia/syahid dalam dua hari lepas, babak-babak terakhir mereka sebelum tamat tempoh khuruj. Yang mengejutkan aku, route dimana tempat mereka dihantar untuk buat usaha agama sama juga dengan route jemaahku, cuma mereka telah selesai tangguh daripada keluar, akan tetapi jemaahku akan ke sana sekitar tengahari lepas zohor. Memang mulia keadaan orang yang meninggal dunia ketika keluar semasa buat usaha agama. Rupa macam orang tidur tersenyum.. cuma disini aku bukan mahu bercerita kisah orang syahid, tetapi pengalamanku bersama pembayan tua yang aku terserempak ini.


Selesai bayan, maka pembayan tua itu terus mencekup bahuku lalu berkata dalam bahasa inggeris " Where are you from? Jazakallah khairan for the khidmat of bayan for this particular jamat.. have somebit of time with me". Beliau tersenyum dan terus membawaku bersandar pada timbunan-timbunan bantal, di satu sudut dalam bilik tersebut. Rupa-rupanya bilik yang aku tersesat masuk tanpa niat menjadi penterjemah tadi adalah bilik khas beliau di dalam masjid Kakrail ini. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Abdul Razak, dan mahu aku panggilnya Baba. Rupa parasnya sederhana tinggi, matanya biru dan asyik terbeliak apabila ingin menyampaikan satu perkara yang penting, amat fasih berbahasa inggeris, penuh dengan jenaka tetapi tegas perwatakannya. Mukanya semacam ada nur... penampilannya serupa sedikit seperti Maulana Nazlur Rahman Raiwind damatbarakaatuhum... beliau memberitahu umurnya 89 kepadaku dengan penuh semangat. Aku pun dengan penuh rasa hormat sambil tersipu-sipu memperkenalkan diriku dan mengatakan diriku berasal daripada Malaysia.


Memang ada suatu jazbah yang berlainan dalam diri orang tua ini jika dibandingkan dengan orang-orang tua yang umum sebaya dengannya. Kebanyakan orang tua-tua dalam usaha agama biarpun umur yang lanjut, percakapan mereka ini sungguh hikmah dan menusuk hati. Tanda daie yang makbul.


"O from Malaysia? MASYAALLAH!" nadanya yang semangat. Maka disambung lagi Baba Abdul Razak kakrail "I KNOW your late prime minister Tun Abd Razak, not only we share the same name, but i know him VERY WELL". Aku pun berkata " Everyone knows about our prime ministers." Tetapi terus beliau menyahut "Oh you see this is different, everyone know Tun Razak and his son Najib but i want to tell you about something that not most of people knows about your late prime minister Tun Abd Razak". Maka berceritalah Baba Hj. Abd Razak kakrail dengan episod karkuzarinya mengenai Tun Abd. Razak. Kami bersembang-sembang sambil bersandarkan bantal pada dinding biliknya.


Beliau bertaaruf sambil bercerita kepadaku, "I was at your very age that time when doing dawat" ujar Baba. Aku pun zauk sangat ketika beliau berkata begitu(sampai sekarang masih lagi terngiang-ngiang).. beliau telah berbaiah di tangan Hadratji Maulana Yusuf Khandlalawi rah. Dan antara awwalun dalam usaha ini. Pada sekitar awal 60an, hazratji Maulana Yusuf Khandlavi telah bentuk satu jemaah India (waktu tu Pakistan dan Bangladesh belum wujud lagi, masih di sebut India) yang khusus ke Malaysia, yang mana beliau juga merupakan salah satu daripada ahli dalam jemaah tersebut.


Kata Baba lagi, ketika ke Malaysia, Baba Hj. Abd Razak kakrail dan jemaahnya menaiki kapal terbang. "In the plane, I sat next to your Tun Razak, and from there we became friend" ujar beliau. Beliau memuji sifat alharhum Tun Abd. Razak ketika itu kerana tidak seperti orang khawas yang lain, Tun Abd. Razak telah memilih untuk duduk bersama-sama dengan orang tempatan. "He sat down beside me and yet i noticed that he has the "ummati's sifat" " puji Baba mengenai Tun Abd. Razak.


"When we in Malaysia, our jamat'tasykil'ed him to spend sometime with us, but he was very busy.. somehow he did give nusrat by lending us his personal car and a driver. Only by night time if he is not busy, then he will perform salah maghrib and isya together with us.." kata beliau. ketika itu Tun Abd. Razak belum menjadi perdana menteri, tetapi menteri luar bandar ujarnya. Aku pun "impress" jugak dengan Baba ni akan ingatannya yang kuat dan juga masih mengetahui akan kedudukan Tun Abd. Razak ketika itu dalam bercerita.


" After months we have been in malaysia, so it was time to return back to India. before we leave your country, Tun Abd Razak wanted us to find one of his bestfriend during his studies in London, who resides in Dhaka. Tun Abd Razak was so concern about his friend, he did even write down the address and the contact number of his friend, and give it to us. He had a note for this fellow friend and want us to deliver it to him", cerita Baba.


Baba beritahu, selepas beberapa masa balik daripada tasykil Malaysia, maka datanglah satu jemaah Kuwait yang pertama kali dikatakan telah datang ke India untuk 4 bulan. Dalam jemaah Kuwait tersebut salah sorang daripada ahlinya merupakan ahli koperat. Maka dibawalah ahli koperat Kuwait tadi bersamanya untuk khususi kawan baik Tun Abd. Razak ini.


Baba bagitahu, "This Tun Abd Razak's fellow friend is extremely busy like Tun Razak too. And then we found out that this fellow was a very successful senior city planner, architect and also an engineer who works with the goverment at that time. With the given address, we managed to find his house. He lives in a very big house!"


Setelah susah payah dan memberitahu mengenai satu note daripada Tun Abd. Razak, maka Baba dan ahli koperat tadi berjaya mendapat satu "appointment" untuk perjumpaan pada waktu malam. Maka pada malam tu, lepas habis makan malam di rumah engineersab tersebut maka teruslah ahli koperat Kuwait tu bagi fikir pentingnya untuk usaha atas iman melalui perantaraan usaha agama Nabi s.a.w.


Baba pun bercerita; so the engineersab responed; "How can i spend time for this? I cannot even take a minute to relax for myself. Im very busy with the work". The kuwaiti sati said to the engineersab " Just make an intention, for you wont lose anything if you give and declare your intention to Allah."


Engineersab replied; "Ok, i put intention.. i will go in path of Allah for iman and amal before i die."


"So several years later he entered Kakrail performing zohor salah and then he sat down in a bayan. At the end of the bayan tasykil were made. He wanted to leave the gatherings.. until the person who gave the bayan said - if you think iman and amal is important before you die, please stand up and go out in the path of Allah.. so Allah gave him ilham, then he remembered back the intention he made pledge infront of me and the kuwaiti sati. So right away after that he went out for 4 months!"


Baba bagitahu sewaktu itu engineersab dilanda kemurungan jiwa.. kekayaan melimpah dalam hidupannya namun hatinya sedih dan kosong. Namun dengan qudrat Allah, engineersab telah masuk ke dalam masjid Kakrail. Sejak daripada bayan tersebut telah mengubah hidupannya 180 darjah.


Perbualan antara aku dengan Baba yang tidak dapat ku lupakan ketika Baba beritahu; "The development and extensions of Kakrail masjid was under his responsibilities. Allah accepted his struggles, Hadzratji rah appointed him as syura. Not only Bangladesh, he traveled more than 100s countries to spread islam and changed hundred thousands of them, spending whatever he has earned in his life just for dawat. He goes in the path of Allah for the rest of his life.. his whole family also changed into very devoted to islam and dawat ki mehnat. All of his children now hafizs and hafizahs, alims alimahs, zahids zahidahs. He made so much qurbani and now you see in annual Tonggi ijtima's the local old satis still remember his name untill now..."


Aku pun bertanya kepada Baba akan siapakah sebenarnya engineersab tersebut yang diceritakan oleh Baba?


"There are thousands of such examples, but they remain silent because they do it for Allah. So just let the name of engineersab remain unknown to you." senyum Baba.


"But above all, do you know why, what is the reason for me telling you all of this, and lessons can you get from this karkuzari?" Baba menyoal aku balik.


"Tell me baba" jawabku menyerah diri sambil mengerut kening..


Baba berkata (berbahasa inggeris); "Kalau kamu tahu hakikatnya, semua pahala pengorbanan yang dibuat oleh engineer sab itu, semuanya pulang kembali kepad Tun Abd. Razak kamu, kerana beliaulah asbab hidayah kepada engineersab itu. Ketika kami di Malaysia, Tun Abd. Razak telah buat pengorbanan dengan memberi nusrah kepada jemaah kami dan jelas Tun Abd. Razak telah risau ke atas engineersab. Tun Abd. Razak bukannya sahaja seorang yang kaya di dunia, bahkan di akhirat! Dalam usaha ini, kerisauan yang ada dalam hati kita dan pengorbanan dalam jalankan usaha agama adalah roh kepada jasad usaha Nabi s.a.w ini. Dengan kerisauan dan pengorbanan juga maka Allah turunkan hidayah."


Terbeliak mataku "SUBHANALLAH!, are you telling the truth? amazing! mean i cant believe that Tun Abd. Razak got a share in tablighi effort! such a beautiful struggles.."


Dan aku menyambung lagi dengan SOALAN "Engineersab, that you are telling me about, might it be the late bhai Hj. Muqib sab? am i right?"


Baba tersenyum dan hanya mampu berkata, "May Allah grant us hidayat from lives of these people."


MasyaAllah, pertemuan aku dengan Baba Hj. Abd Razak kakrail memang khas daripada Allah, ditentukanNya kepadaku. Entah mengapa, tetapi yang pasti inilah bayan hidayah dan jazbah kerja yang "special" untukku sebelum keluar tasykil di sekitar Bhola, perjalanan 2 hari 1 malam dengan menaiki feri.


Inilah kisah "behind closed door tabligh".. biarpun agak bizzare untuk dicernakan oleh sesetengah pemahaman orang awam, tetapi selepas karkuzari Baba tersebut sehingga kini pun masih lagi dapatku rasakan jazbah dan faiznya daripada Baba biarpun hampir 5 tahun berlalu. Dengan jazbah inilah aku nukilkan di dalam blog ini untuk perkongsian bersama.. lebih-lebih lagi dengan teman-teman seusaha. Kisah ini mengingatkan aku seorang waliAllah, Hazrat Ibrahim Adham Balkhi, yang sanggup korbankan kemewahan dunia, hidup berzuhud untuk sukakan Allah. Hazrat Hj. Muqib sab juga telah korban segala dunianya untuk usaha agama dan memilih jalan yang sama. Jika anda orang lama pasti anda tahu kisah Haji Muqib, Karnal Amiruddin, Prof. Sanaullah, Miaji Mehrab, Miaji Musa dan banyak lagi orang-orang lama dalam usaha agama ini.. kebanyakan mereka telah kembali menemui Allah. Semoga semua mereka diredhai Allah.. alangkah baiknya jika Allah kekalkan jazbah ini kepadaku dalam amalan 2 1/2 jam.. semoga Allah pilih kita untuk jadi seperti mereka.


Semoga Allah berkati usaha Baba Haji Abd. Razak kakrail dan juga asbab sebagai qabulliat beliau dalam usaha agama. Endingnya YANG aku benar-benar PAHAM, actually last-last semua pahala diorang masuk dalam buku amal Baba jugak.. pasal Baba sambut takaza dan buat kerja!..


Lessons learnt - "May Allah grant us hidayat from lives of these people."


Nota: 'Baiat' yang dimaksudkan di atas tidak lebih daripada berjanji setia kepada muslimin lainnya dalam mentaati Allah dan Rasul-Nya. Hanya dalam urusan infradi (orang perorangan secara khusus), berlaku dikalangan orang-orang yang rapat dengan eldest(0rang-orang lama) dalam usaha dakwah dan tidak dijadikan tertib umum dalam usaha agama.



Semua di atas copy Paste dari Karguzari: Baba Abdul Razak Kakrail?

Sunday, January 1, 2012

Iklan rumah sewa dibuka lagi 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar terkini... siap ada pokok daun pandan kat halaman.

Masa berlalu pantas. Maka rumah teres setingkat kami yang disewakan di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan akan dikosongkan oleh penyewa pada akhir Januari ini. Penyewa yang budiman itu membuat keputusan untuk berpindah kerana membeli sebuah rumah teres dua tingkat di area yang sama. Drpd tiada rumah kpd ada rumah sendiri adalah satu pencapaian kepada pasangan suami isteri muda yg menyewa itu. Tahniah!
Justeru, rumah sewa kami ini sudah pernah didiami dua penyewa, tetapi tuan punya rumah masih belum pernah menetap di situ!. Itu lah dunia...senda gurau main-main, sungguh sementara sifatnya.
Iklan rumah ini pernah dipublish dlm blog ni di SINI , SINI , SINI dan SINI. (Boleh klik untuk tengok gambar lama).
Lokasi rumah ini amat strategik dan kawasannya amat mendamaikan untuk tinggal, sehinggakan penyewa sebelum ini pun membeli rumah di area yang sama. Lokasinya di Seri Kembangan tentulah dekat dengan Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Kuala Lumpur, Bandar Kinrara, Bukit Jalil, Masjid Jamek Sri Petaling, Stadium Bukit Jalil, Giants, Jusco, Pasar Borong, Carefour, TPM dan sebagainya. Kawasan ini juga mudah untuk ke KLIA, Sepang, Dengkil, Banting dan sebagainya dengan lingkaran jalan raya dan highway yang banyak.
Kemudahan di kawasan ini juga dah bertambah termasuk gerai, restoran, kedai-kedai, tadika, petrol station, sekolah...etc dan sebuah surau yang terletak berhampiran rumah sedang dalam proses pembinaan. Ketika ini, masyarakat Islam boleh meramaikan jemaah di surau di sebuah apartment yang juga terletak berdekatan taman.

gambar lama.. masa mula2 ambil kunci




Mengambil kira rate terkini di sekitar kawasan itu, maka kami bercadang mengenakan:
-Kadar sewa RM700 sebulan.
-Deposit 2+1 (deposit sebulan dan sewa rumah masuk 1 bulan)
-Deposit api air RM250
Sesiapa yang berminat boleh meletakkan nombor di ruang komen di bawah. Dan kami akan hubungi, insya-Allah
Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails